• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / The Long Short Walk membawa mesej keselamatan di jalan raya

The Long Short Walk membawa mesej keselamatan di jalan raya

11th October 2014 by akubiomed 40 Comments

The Long Short Walk mewar-warkan mesej keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.

Hari ini saya saya telah menyertai pelancaran program The Long Short Walk 2014 peringkat negeri Selangor. Acara anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya @JKJR ini berlangsung di dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Program The Long Short Walk ini disertai oleh orang awam, ahli JKJR dan 402 pelatih PLKN siri 3/2014 dari 3 kem di Selangor. Program ini menwawarkan pendidikan keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya melalui poster keselamatan di jalan raya.

Program ini menyasarkan golongan sasaran berumur 16-20 tahun antara pengguna jalan raya yang paling banyak maut akibat kemalangan dijalan raya dan diikuti pengguna jalan raya berumur 21-25 tahun. Kedua-dua kumpulan umur ini menyumbang 1/3 daripada jumlah kemalangan maut di jalan raya. Pada hakikat ia adalah satu stastik yang menyedihkan kerana 2 golongan ini adalah umur yang sangat produktif untuk negara.

Berdasarkan stastik IPK Selangor, kematian maut dijalan raya ada menunjukkan penurunan daripada 1,102 pada tahun 2012 kepada 1,019 pada tahun 2013, penurunan sebanyak 83 kematian @ 7.53%. Statistik bagi bulan Ogos  2014 sebanyak 87 kematian berbanding 99 kes bagi bulan Ogos yang sama tahun 2013 dimana terdapat penurunan kes kematian sebanyak 12 kes @ 12.1%.

Pendaftaran di booth JKJR

T-shirt The Long Short Walk

Pelatih PLKN

Pengedaran ration kepada peserta PLKN

Jurulatih senamrobik beri signal untuk bermula

Melonggarkan dan memanaskan badan dahulu dengan senamrobik sebelum bermula berjalan sejauh 2.2km mengelilingi dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan membaw sepanduk kesedaran keselamatan dijalan raya kepada pengguna jalan raya.

Berkumpul untuk memulakan berjalan

Pelepasan oleh Puan Nor Laily binti Haji Zakaria selaku Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor

Jarang-jarang dapat gambar untuk diri sendiri.

Selfie dengan salah seorang peserta The Long Short Walk. Steady nampak adik ini berjalan.

Selfie lagi bersama adik-adik PLKN bersemangat berjalan

Mari kita minum dahulu. Milo percuma disediakan oleh pihak Nestle untuk peserta yang menamatkan berjalan kaki.

Assistant saya hari ini abang Ngah

Kanak-kanak sehinggalah tua membesar dengan minum Milo. Rasa lebih segar dan bertenaga.

VIP dihadiri dari kiri YBhg. Dato’ Dr. Tan Weng-Ketua Pengarah JKJR Malaysia, Wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Jaafar Bin Haji Mohd Atan-Datuk Bandar Shah Alam.

Bacaan ikrar Keselamatan Jalan Raya

YBhg. Dato’ Dr. Tan Weng-Ketua Pengarah JKJR Malaysia memberi ucapan

Perasmian The Long Short Walk oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Sesi penyampaian lesen motorsikal kepada 30 pelajar sekolah menengah terpilih dari 3 daerah iaitu Gombak, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Kos memiliki lesen telah ditaja separuh oleh JKJR Selangor. Jumlah keseluruhan 150 pelajar telah dibantu iaitu 50 dari setiap 3 daerah. Secara tidak langsung mengalakkan pelajar menunggang dengan mempunyai lesen yang sah.

Tanniah adik-adik telah mendapat lesen memandu yang sah

Selain itu ada mini pameran yang turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti JKJR, PDRM, KPK, MIROS, AADK, PERKESO, Jabatan Penjara Sungai Buloh, JPN Selangor, FAMA dan agensi swasta seperti PUSPAKOM, Karangkraf, AAM dan Plus.

Slogan JKJR, “Pandu Selamat, Tunggang Selamat, Jalan Selamat, Anda Mampu Mengubahnya”

Sila tekan butang kongsi:

  • Penubuhan Celebrity Support Group oleh JKJR Selangor
  • Program Perjalanan Selamat 2012
  • Salam Hari Raya Aidilfitri

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Datin Tyka says

    20th October 2014 at 4:32 pm

    bagus ada kempen macam ni. sentiasa sihat… tapi tak ramai join. DT pon ade hal masa ni

    Reply
  2. Nadot says

    19th October 2014 at 7:03 am

    Rindunye la Shah Alam… rindu juga nak join aktiviti macam ni tapi rasanya kalau balik Malaysia mesti tak join sebab dah berat sangat, malas nak jalan.. hihi

    Reply
  3. Padin says

    17th October 2014 at 1:07 am

    pernah bawak student IKM join aktiviti ni, di Larkin.. dapat baju berbeza dgn student,
    dapat helmet…. 😀

    Reply
  4. Mus says

    16th October 2014 at 2:43 pm

    bagus aktiviti begini..
    kena didik dari peringkat kanak-kanak..

    Reply
  5. Hasrul Hassan says

    16th October 2014 at 3:40 am

    Bagus ada kempen sebegini .. walaupun ada kata dah banyak sgt kempen dibuat tetapi memang sifat manusia yang sering lupa dan lalai. Saya dulu aktivis gak dalam bab-bab keselematan jalanraya .. almaklum kerja dulu pun berkaitan dengan jalan .. memeranjatkan bila dibuat beberapa kajian …. nyata pengguna jalanraya Malaysia ini unik dengan kebiadapannya.

    Reply
  6. blogger lelaki says

    13th October 2014 at 9:03 pm

    kena rajin berjalan ni kurang lemak…hu3

    Reply
  7. suri says

    13th October 2014 at 3:25 pm

    entah bila agaknya saya dapat keluar kerana hujung minggu ini hanya berlegar rumah mak mertua dan biras sahaja..

    indah kalau dapat bersantai bersama rakan dan masyarakat umum

    Reply
    • akubiomed says

      13th October 2014 at 8:06 pm

      Kalau di kawasan Lembah Klang cuaca kurang baik akibat berjerubu.

      Reply
  8. AZENI AHMAD says

    13th October 2014 at 1:47 pm

    Wahhh.. bagus aktiviti nie.. Langkah kerajaan negeri buat nie sangat bagus.
    Selain harga untuk ambil lesen pun dinaikkan secara mendadak. Ada pro nya. Senang tak semua remaja boleh suka suka ambil lesen.

    Nice sharing… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th October 2014 at 8:07 pm

      Bantuan menaja separuh kos mendapatkan lesen dapat meringankan beban pelajar itu sendiri dan lebih penting mengalakkan menunggang dengan berlesen.

      Reply
  9. Norasikin says

    13th October 2014 at 1:28 pm

    Program macam ni perlu diadakan selaludan berterusan. Orang malaysia memang sangat kurang kesedaran mengenai keselamatan jalan raya. Lepas program macam ni ada la kesedaran sekejap, lepas tu mula lupa diri semula.

    Reply
    • akubiomed says

      13th October 2014 at 8:08 pm

      Ya, kempen kesedaran keselamatan di jalan raya adalah usaha berterusan.

      Reply
  10. Hairul Azni says

    13th October 2014 at 1:03 pm

    Bagus program macam ni..
    Tahniah buat adik2 yang dapat lesen yang ditaja oleh JKJR..

    Reply
    • akubiomed says

      13th October 2014 at 8:09 pm

      Penajaan separuh kos lesen memandu dapat mengurangkan beban pelajar dan mengalakkan pelajar menunggang motorsikal dengan lesen yang sah.

      Reply
  11. Raihanah Ahmad says

    13th October 2014 at 11:56 am

    last sekali buat ni time kat universiti dulu.

    Reply
    • akubiomed says

      13th October 2014 at 8:11 pm

      Kalau minat kerja-kerja NGO boleh jadi ahli kelab JKJR berdekatan.

      Reply
  12. tutyrahiza says

    13th October 2014 at 1:23 am

    weekend baru ni pun saya terlibat dengan program kesedaran untuk gendong anak..dari semasa ke semasa, memang perlu untuk adakan kempen kesedaran.

    zaman sekolah pernah terlibat dengan pertandingan keselamatan jalan raya anjuran Shell. Berguna sesangat sebab mengajar untuk mengenal signboard di jalan raya serta patuhi peraturan keselamatan

    terlupa pula..salam kenal

    Reply
    • akubiomed says

      13th October 2014 at 8:12 pm

      Ilmu yang berguna tuh untuk lebih peka dengan keselamatan di jalan raya.

      Reply
  13. Effa says

    13th October 2014 at 12:48 am

    Dah lama tak join activiti mcm nie sejak dah beranak pinak.huhu

    Reply
    • akubiomed says

      13th October 2014 at 8:12 pm

      Kalau berminat boleh sertai ahli kelab JKJR berdekatan.

      Reply
  14. suri says

    12th October 2014 at 4:51 pm

    nak milo jugalah heee…bestnya kala bersenam beramai-ramai

    Reply
    • akubiomed says

      12th October 2014 at 11:37 pm

      Memang seronok buat senamrobik beramai-ramai. 🙂

      Reply
      • suri says

        13th October 2014 at 3:26 pm

        saya ada workout dekat luar tapi tak sempat pergi ..frust sungguh..uh..

        Reply
  15. titan says

    12th October 2014 at 3:41 pm

    wahh..

    dah lama tak nampak van milo nih..

    Reply
    • suri says

      12th October 2014 at 4:52 pm

      masa sekolah selalu dapat minum air ini

      Reply
      • akubiomed says

        12th October 2014 at 11:39 pm

        Ya, masa sekolah dahulu kerap juga van Milo datang. 🙂

        Reply
  16. jaymiee says

    12th October 2014 at 3:18 pm

    macam meriah jer bro….terbaik lah….teruskan usaha berlari…aku jugak x done nak lari ni…

    Reply
    • akubiomed says

      12th October 2014 at 11:40 pm

      Kami tidak berlari tetapi berjalan dengan membawa sepanduk yang mengandungi mesej keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.

      Reply
  17. shiqin sunshine says

    12th October 2014 at 12:36 pm

    Bagus kempen cmni….huhu safety first 😉

    Reply
    • akubiomed says

      12th October 2014 at 11:52 pm

      Sifat manusia mudah lupa dan perlu diingatkan selalu.

      Reply
  18. sabree hussin says

    12th October 2014 at 3:51 am

    Oh Shah Alam 🙂

    Moga aktiviti ni berjaya mencapai misi dan objektif nya

    Reply
    • akubiomed says

      12th October 2014 at 11:53 pm

      Statistik kemalangan 2013 ada menunjukkan penurunan kemalangan maut. Harap dapat turun lagi statistik kemalangan maut ini.

      Reply
  19. Pahan says

    11th October 2014 at 11:52 pm

    best gak ni.hehe. menyihatkan badan.hehe

    salam kenalan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th October 2014 at 11:56 pm

      Sekali sekala keluar peluh. 🙂

      Reply
  20. sweetkurma says

    11th October 2014 at 10:20 pm

    rajin sungguh azrin beraktiviti, patut leh well maintained hehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2014 at 11:05 pm

      Ha..ha..tak adalah. Badan jenis high metablism payah nak naik berat badan.

      Reply
  21. eyriqazz says

    11th October 2014 at 9:58 pm

    Hehehe. like statement jarang2 ada gambar sendiri..Hehehe,inila dilema photographer kan?

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2014 at 11:07 pm

      Ada pembantu abang Ngah tolong snap. 🙂

      Reply
  22. myrujukan says

    11th October 2014 at 9:35 pm

    satu aktiviti yang sangat sihat, terbaiklah, lagi pula ianya dapat memberikan ruang kepada warga muda untuk enjoi dengan cara yang lebih sihat

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2014 at 11:08 pm

      Inilah satu cara untuk mendekati masyarakat terutama golongan muda untuk menyampaikan mesej positif.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in