• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Kisah cuak keciciran Lens Hood Sigma di Teluk Kemang

Kisah cuak keciciran Lens Hood Sigma di Teluk Kemang

29th March 2014 by akubiomed 33 Comments

Kesedihan keciciran Lens Hood Sigma ketika BBQ di Teluk Kemang

Masih lagi berkisar mengenai percutian keluarga minggu lepas. Berasa cuak apabila keciciran Lens Hood Sigma secara tidak sengaja semasa mengambil gambar BBQ di Teluk Kemang ketika menyertai Hari Keluarga yang dianjurkan disana.

Mood untuk mengambil down selepas lens hood tercicir didalam gelap

Sebelum beli lensa Sigma ada terbaca mengenai Lens Hood Sigma ini mudah tertanggal kerana longgar disebabkan ‘wear & tear’. Saya tidak sangka akan mengalami situasi cuak bakal kehilangan lens hood Sigma ini. Ia berlaku ketika sesi mengambil gambar BBQ untuk makan di Teluk Kemang. Saya mula rasa kelainan apabila UV Filter longgar dan ketika mengetatkan UV Filter baru perasan lens hood sudah tertanggal serta hilang didalam suasana gelap dipantai. Puas cari didalam kegelapan dengan mengunakan lampu flash dari telefon bimbit. Ia mengundang ‘mood’ terus ‘down’, maklumlah walau kehilangan lens hood ini adalah kecil tetapi tetap rasa gajet seperti tidak lengkap. Merata mencari dari sudut ke  satu sudut tetapi tidak jumpa.

Mencari pengantian Lens hood di ShaShinki.

Pada malam selepas BBQ terus mencari info untuk membuat pengantian lens hood  yang hilang. Saya terjumpa lens hood pihak ketiga di ShaShinKi yang dijual pada harga RM28. Memandangkan saya mendapat diskaun kupon RM10 kerana mendaftar buat kali pertama hanya perlu membayar RM18 sahaja. Pastikan membelikan lens hood pihak ketiga ini dengan mengenal pasti saiz ring kerana ia adalah jenis skru mudah untuk dipasang sama secara terus kepada lensa atau pada UV filter. Kelebihan lens hood ini boleh ditarik keluar untuk 3 mode yang berbeza.

Keesokkan seawal pagi saya dan isteri telah ke lokasi BBQ pada malam sebelumnya. Puas cari merata tidak jumpa memang sudah berasa kecewa sangat kerana bimbang sesi pagi ada sesi mengambil gambar untuk sukaneka dengan ketiadaan akan memberikan masalah ‘flare’. Saya telah dikejutkan abang Long berjaya menjumpai lens hood terbenam didalam pasir pantai dan tiada kerosakkan. Alhamdulillah apabila semua kembali lengkap.

AkuBiomed: Satu peringatan kepada saya supaya lebih berhati-hati setiap kali mengunakan lensa Sigma ini.

  • Vlog Percutian Keluarga di Ancasa Residences Port Dickson
  • Apa ada dalam beg anda?
  • Menara Condong Teluk Intan

Filed Under: blog Tagged With: lens hood, lens hood sigma

Reader Interactions

Comments

  1. Melastik Bintang says

    4th April 2014 at 3:02 pm

    aisey… benda dah terjadi bro.. usah dikenang lagi..hehe

    Reply
  2. Bella Enveeus says

    31st March 2014 at 8:43 pm

    Oh kalau dah tahu begini kena lebih berhati2.. Selama saya dengan DSLR saya belum pernah tercicir apa2.. Harap2 takkan berlaku begitu..

    Reply
  3. hafiz says

    31st March 2014 at 7:24 pm

    Nasib baik jumpa balik bro…

    Reply
  4. Ummi Hanie says

    31st March 2014 at 5:07 pm

    tentu cuak jika terjadi perkara sebegitu… tambahan pula suasana gelap menyukarkan lagi usaha pencarian

    syukur sudah dapat p’ganti

    Reply
  5. hafidz says

    31st March 2014 at 4:04 pm

    fuh~

    nasib baik jumpa balik bro huhu 😛

    Reply
  6. sweetkurma says

    31st March 2014 at 3:57 pm

    ala haiiii siannya

    Reply
  7. Ahmad Fauzi Aryaan says

    31st March 2014 at 3:44 pm

    sayang nye laaa haiii kan. Bukan murah nak dpt lg ek.

    Len kali hati2 yee..

    Reply
  8. kesoma.rai says

    31st March 2014 at 2:44 pm

    memang tak puas hati kalau hilang benda camtu kan.. sbb bukan senang nak cari part kecil2 ni.. dah la tu..biasanya tak murah jugak.. nasib baik jumpa semula..

    Reply
  9. ema says

    31st March 2014 at 12:21 pm

    rezeki masih berpihak pada bro.. dah jumpa..kitaorang pernah tercicir penutup lens… jatuh dalam waterfront sarawak…nasib ianya timbul dan sempat turun kat tangga ambil…tapi hilang juga ketika turun dari flight..

    Reply
  10. Encik Mus says

    31st March 2014 at 9:35 am

    sesiapa saja akan down bila barang kesayangan hilang bro..

    Reply
  11. titan says

    31st March 2014 at 3:07 am

    kalau gua..mandi kat laut confirm tak basah punya..haha

    Reply
  12. suri says

    30th March 2014 at 9:30 pm

    malam bila party dah habis tak cari semula ke? kalau saya mesti cari.pastu bila bangun dari tidur saya akan cari balik eh. mana tahu jumpa kembali.

    sedih pula saya mendengarnya huu…sob2..

    Reply
  13. Ismail N says

    30th March 2014 at 8:59 pm

    Ada gak penggantinya yuk. Cuma tak sama mcm yang ori kan? Apa-apa pun nasib baik jumpa balik. Syukran…

    Reply
  14. wazy says

    30th March 2014 at 6:24 pm

    Memang terus down kalau berada situasi macam tu

    Reply
  15. Zuan says

    30th March 2014 at 1:08 pm

    den klu lens terlanggar orng pun dah rasa ‘ouchhh’ inikan hilang.. semoga ada rezeki bro untuk dapat lens yang lebih baik.

    Reply
  16. zik says

    30th March 2014 at 12:37 pm

    dah kena bali baru pulak.. cari malam2 pun susah nak jumpa.. siang pun xtau jugak boleh nampak ke..

    Reply
  17. MK Kimi says

    30th March 2014 at 12:33 pm

    most sigma lenses mmg masalah pada hood yang sangat mudah tanggal. ingatkan defect pada sesetengah produk je tp mcm hampir semua sigma lens ada mslh ni

    Reply
  18. ieta mat sa'ad says

    30th March 2014 at 1:13 am

    uish, memsng cuak… barang berharga memang cuak… Syukur dah dijumpai kan?

    Reply
  19. mawardiyunus says

    29th March 2014 at 6:58 pm

    huh, kalau saya pon mmg terus down la.

    Reply
  20. profhariz says

    29th March 2014 at 5:24 pm

    Lepas ni berhati-hati lebih sikit bro. Terkadang memang kita tak sedar kan.

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2014 at 7:17 pm

      Ambil gambar dalam gelap memang tidak perasan jatuh.

      Reply
  21. hafizmd says

    29th March 2014 at 4:40 pm

    Ada rezeki lagi…abg long jadi hero

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2014 at 7:17 pm

      Beliau berusaha tolong membantu mencari.

      Reply
  22. W.R says

    29th March 2014 at 4:19 pm

    huh.. memang hilang mood bila barang kesayangan dan juga keperluan hilang beb…

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2014 at 7:18 pm

      Serius mood terus down.

      Reply
      • W.R says

        29th March 2014 at 7:40 pm

        gua tahu perasan tu sebab pernah hilang benda alah yang serupa 🙂

        Reply
  23. Pendekar Berkuda says

    29th March 2014 at 3:42 pm

    HAHAHA. Lens ni dah kira separuh daripada hidup aku ni.

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2014 at 7:18 pm

      Serious bro. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th March 2014 at 9:32 pm

        hilang sudah jadi haru tu baur satu kalau dua tiga hilang payah nak tidur lelapkan mata

        Reply
  24. Aniq Bukhary says

    29th March 2014 at 3:15 pm

    Nasib baik jumpa… Luas kot Teluk Kemang tu nak cari benda kecil mcm tu…

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2014 at 7:19 pm

      Nasib setempat sahaja tetapi pasir pantai menutup lens hood.

      Reply
  25. tarmizishukri says

    29th March 2014 at 2:32 pm

    Saya pernah hilang monopod, memori kad & lens cap semasa bertugas. Memang kacau mood walaupun yang hilang tu takla mahal, tapi tetap akan rasa “tak lengkap”.

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2014 at 7:20 pm

      Hilang dicuri ker bro?

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in