• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Karipap pusing segera untuk minum petang

Karipap pusing segera untuk minum petang

4th September 2015 by akubiomed 33 Comments

Karipap pusing segera mudah digoreng.

Sudah lama tidak merasa karipap yang panas-panas baru sahaja keluar dari kuali. Kali ini dapat merasa karipap pusing segera yang hanya tinggal untuk digoreng sahaja.

Saya suka karipap inti kentang berbanding inti keledek yang manis. Maklumlah harga kentang pun mahal jadi ada peniaga kuih beralih dengan mengunakan keledek yang lebih murah dari kentang.

Karipap pusing segera ini dibeli pada harga RM6 untuk 15 biji. Saiz karipap besar-besar tidaklah ralat membeli. Rasanya boleh tahan dan kulit karipap pusing frozen ranggup dimakan. Masa masih panas paling sedap dimakan.

Ada tak yang suka makan karipap inti sardin? Saya layan juga tetapi tidaklah seperti karipap inti kentang menjadi kesukaan saya. Kalau ada orang belanja karipap percuma lagi tidak kisah dan suka.

Pernah suatu ketika dahulu menjadi usahawan kecil cendawan tiram. Jadikan cendawan tiram sebagai inti karipap. Rasanya sedap. Kalau tidak percaya bolehlah cuba mengunakan cendawan tiram sebagai inti karipap mengantikan kentang.

Kalau ke menunju ke Selatan tanah air boleh berhenti rehat di hentian R&R Seremban. Boleh singgah di stesen minyak Petronas kerana ada seorang brother menjual karipap gergasi ini kentang dan rendang didepan stesen minyak tersebut. Saya kalau balik Melaka akan singgap untuk mendapatkan karipap gergasi di situ.

Tentu ada yang pelik, apa motif saya menulis mengenai kuih karipap pusing frozen? Kebetulan ada goreng karipap segera lalu dijadikan bahan untuk menulis blog.

AkuBiomed: Selamat bercuti dihujung minggu.

Sila tekan butang kongsi:

  • Kek Coklat Moist untuk sambutan hari lahir
  • Resepi roti pizza yang mudah dan sedap untuk dicuba
  • Home made air soya segar

Filed Under: blog Tagged With: inti karipap, karipap, karipap kentang, karipap pusing, karipap pusing frozen, karipap pusing rangup, karipap pusing sardin, karipap rangup, karipap sedap, kuih karipap, resepi karipap

Reader Interactions

Comments

  1. Asyraf Asri says

    8th May 2017 at 5:51 pm

    Sedap karipap pusing ni. Suka makan. Pantang je nampak mesti beli.

    Reply
  2. cik tom says

    12th December 2015 at 10:50 pm

    baru je buat karipap pusing minggu lepas..seronok dan puas hati makan..

    Reply
  3. titan says

    11th December 2015 at 3:14 pm

    lama juga tak jumpa karipap pusing ni sekarang.

    Reply
    • cik tom says

      12th December 2015 at 10:52 pm

      mai order denga emak cik tom..ada jual frozen punya..hehe..

      Reply
  4. suri says

    19th September 2015 at 9:19 am

    salam gemar buat karipap biasa sebab cepat..kalau buat pusing ini silapnya inti tu dah anak-anak habiskan dulu dalam kuali..

    kata orang tak sempat nak buat inti dah makan karipap kosong nanti.

    Reply
  5. titan says

    15th September 2015 at 7:30 am

    kat banting ni, ada satu je kedai aku suka beli karipap pusing ni.

    tapi..dah tutup.

    dan aku rasa, takde lagi kedai yang aku jumpa setanding karipap pusing makcik tu kat banting nih.

    teringin nak belajar dari makcik tu.

    Tapi asal aku nak gi rumah pakcik tu..mesti takde orang.

    Reply
  6. ahmadyani says

    13th September 2015 at 3:09 am

    Saya suka karipap kentang masak sambal bukan masak kari. Tapi dah lama tak jumpa jenis masak sambal. Biasa ada cuma kari..

    Reply
  7. kempiskanperutbuncit says

    10th September 2015 at 8:24 pm

    sedap karipap pusing nie. kalau beli kat pasar malam selalu dapat inti oksigen ja. sedih

    Reply
  8. farzli says

    9th September 2015 at 6:17 pm

    aku suka yang inti ikan..

    kalo buatan ganu, mmg sangkut ler jwb nye..

    hehe

    Reply
  9. Hafizul says

    9th September 2015 at 4:49 pm

    murah dah tu harga dia..saiz pun besar.. tengok dah nampak sedap..inikan pula bila lidah merasa..hehe

    Reply
  10. Belang tarung says

    9th September 2015 at 11:10 am

    karipap segera memerlukan ketahanan mental pada ubi supaya tidak busuk haha

    Reply
  11. seri says

    9th September 2015 at 3:18 am

    sya pernah fobia beli karipap kerana pengusaha kantin sekolah sy meletakkan mee hon yag tidak abis dijual. teras ditipu dan jumpa makcik kantin tu dan kata nak tukar makanan lain sebab sy x boleh nak telan dan terima. dah la masa seolah bawa dui hanya 30-50sen…huhuhu

    Reply
  12. Adi Arena says

    8th September 2015 at 3:01 pm

    Karipap memang salah satu faveret aku sampai bangka le ni… terutama karipap kenit inti kelapa goreng tu memang sedap…

    Reply
  13. Mus says

    8th September 2015 at 2:23 pm

    pernah belajar buat karipap jenis ni.. tapi sampai sekarang tak berapa menjadi

    Reply
  14. Dkna Abza says

    8th September 2015 at 2:12 pm

    macam dah lama dkna tak makan karipap.. esok nak beli kat cafe la. harap rasanya sedap

    Reply
  15. Raihanah Ahmad says

    7th September 2015 at 5:02 pm

    sedapnya karipap, favorite saya ni

    Reply
  16. efie muhamad says

    7th September 2015 at 3:05 pm

    anak sulung saya suka sangat makan karipap.. terus teringin nak pegi cari frozen karipap untuk minum petang, petang ni..

    Reply
  17. Inspirasi Huda says

    7th September 2015 at 11:01 am

    Dari penyediaan karipap menggunakan tangan, peralatan dan mesin. Karipap tetap menjadi tumpuan ramai samada ada pagi, petang atau malam. Karipap yang best adalah yang banyak isi atau lauk,

    Reply
  18. Suriya says

    7th September 2015 at 2:56 am

    oh ingatkan menguli karipap. frozen pun sedap kalau kena gayanya…

    Reply
  19. Manan Qayyim says

    6th September 2015 at 11:56 pm

    favorite aku nie…. susah nak dapat org betul2 boleh buat karipap pusing ni…

    Reply
    • akubiomed says

      7th September 2015 at 1:06 am

      Ya betul tak ramai yang boleh buat. Kalau ada pun mengunakan acuan.

      Reply
  20. ChikTie says

    6th September 2015 at 7:59 pm

    sedapnya karipap panas panas, buat minum petang. Yati pun selalu simpan stok karipap segera dalam peti sejuk, senang. Tetamu datang boleh goreng dalam airfryer kejab hehe

    Reply
    • akubiomed says

      7th September 2015 at 1:07 am

      Senang kalau tetamu datang boleh hidang untuk mereka. 🙂

      Reply
  21. sabree hussin says

    6th September 2015 at 2:51 pm

    Tempat saya, jarang boleh dapat inti keledek. Kadang-kadang saya rasa keledek lagi sedap, kalau dapat jenis yang manis

    Reply
    • akubiomed says

      7th September 2015 at 1:07 am

      Inti keledek manis.

      Reply
  22. Tehr says

    6th September 2015 at 12:03 am

    macam berpakat pula
    rumah kami juga dah mula layan karipap segera
    murah senang dan sedap

    Reply
    • akubiomed says

      7th September 2015 at 1:08 am

      Tak sempat nak buat karipap beli karipap frozen segera senang. 🙂

      Reply
  23. ajumohit says

    5th September 2015 at 4:44 am

    sedapnya, dah lama x makan karipap, maklumla tgh pantang, kalau guna butter lagi crispy rasa kulitnya tu

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2015 at 1:28 pm

      Terima kasih dedahkan petua untuk kulit karipap lebih ranggup.

      Reply
  24. aimannajmy says

    5th September 2015 at 4:17 am

    Ohhhh kuih favorite ni! Banyak jenis karipap ada.. ada yang bentuk macam bantal, ada yang bersaiz mega. Yang penting sekali intinya.. ada yang letak sardin, ada yang letak inti cucur badak tapi yang biasanya inti kentang la.. jangan karipap oksigen sudah haha.Kat tempat saya masih 3 seringgit.. tapi teringin karipap king.. masa puasa salu ada..

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2015 at 1:30 pm

      Sedih juga apabila terkena karipap oksigen dengan inti ciput. Memang tak patutlah. Kalau inti keledek masih boleh terima lagi.

      Reply
  25. amirulfaiz says

    4th September 2015 at 11:46 pm

    Pernah gak nampak brother yang jual karipap depan Petronas R&R Seremban tu, tapi tak pernah beli lagi. Nanti boleh try..

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2015 at 1:30 pm

      Boleh singgah nanti. Biasanya karipap gergasi inti kentang laku keras.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in