Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi 5 tips membeli rumah impian pada usia muda. Kali ini saya berkongsi bagaimana mengira Debt Serve Ratio(DSR) mengunakan kalkulator kemampuan.
DSR ini adalah satu elemen penting yang menentukan kelayakkan untuk kita mendapat kelulusan pinjaman perumahan setelah diambil kira pendapatan bersih bulanan, tempoh pembayaran balik pinjaman perumahan dan kadar faedah pinjaman perumahan. Sila tonton vlog yang disediakan saya dengan kerjasama Mega 3 Housing Sdn. Bhd. dan mendapat manfaat darinya.
Banyak info manfaat dikongsi kepada bakal pembeli untuk mendapat ilmu sebelum membeli rumah impian mereka pada harga mampu milik. Sila lawat laman rasmi. [+] Mega 3 Housing Sdn. Bhd.
nampaknya saya banyak hutang nih, sukar nak buat loan
Kata orang zaman sekarang kalau tidak berhutang tidak akan merasa. Bila sudah berhutang tetap perlu dibayar. Insyallah suatu hari nanti layak memiliki rumah idaman.
terimakasih atas perkongsian tuan, masih berkira-kira nak beli rumah impian…mudah-mudhan akan terlaksana, aamiin ya Allah…
Sangat bermanfaat, insyaAllah boleh simpan impian nak beli hartanah lain pula lepas ni
Sudah ada kalkulator yang boleh kira DSR lebih memudahkan.
Huhu..simpan angan-angan aje la dulu.. insyaAllah satu masa akan tiba..hehe
Jangan tunggu lama.-lama nak milik rumah sendiri. Kalau dahulu orang berunggut rumah murah tetapi kadar faedah tinggi dan sekarang pula orang masih berunggut rumah mahal tetapi kadar faedah rendah.
satu perkongsian yg bagus…boleh bookmark utk kegunaan akan datang..sbb teringin nak beli umah..tapi byk komitmen dan kewangan xstabil..huhu
Pastikan kurang komitmen untuk memastikan mendapatkan kelulusan pinjaman pembiayaan perumahan diluluskan oleh pihak bank.
Assalamualaikum tuan,
Saya nak tanya tentang kalkulator kemampuan tu.
Jumlah maksimum pinjaman tu adakah 100% tepat dan akan dapat kelulusan dari bank?
Kadar kelulusan pinjaman perumahan bergantung kadar DSR. Kadar DSR setiap bank tidak sama jadi perlu dapat dari pihak bank sendiri.
Alamak, kita tiada fix income setiap bulan. So macam susah sikit nak buat pinjaman.
Kena usaha ada rumah sendiri barulah boleh melunjur kaki.
harga rumah sekarang ni macam tak masuk akal, kecian generasi muda termasuk anak akak
Harga rumah tetap akan naik. Kalau pendapatan sedia ada tidak mampu untuk memiliki rumah kena buat perancangan untuk menambah pendapatan yang sedia ada.
info sangat bermanfaat
Sila manfaatkan untuk mendapat rumah mampu milik. Bertindak sekarang.
Terima kasih di atas perkongsian info… eloklah beli rumah di waktu usia masih muda… sebab akan datang, harga rumah akan jadi semakin mahal..
Boleh insyallah kalau dari mula sudah mempunyai perancangan awal. Apabila sudah letak matlamat nak beli pada usia muda bila barulah datang perancangan dan tindakan susulan.