Jururawat terjun dressing merawat luka anak sendiri.
Anak saya baby Aslah telah pun keluar dari hospital setelah mendapat rawatan pembedahan bisul pada hari Rabu yang lalu. Secara tidak langsung saya akan menjadi jururawat terjun dressing merawat luka pembedahan setelah baby Aslah pulang ke rumah. Beliau dibenarkan pulang oleh doktor yang merawat beliau berpuas hati setelah melihat tanda-tanda perkembangan positif tidak ada komplikasi selepas prosidur pembedahan membuang saki-baki nanah bisul yang masih tinggal berjaya dilakukan.

Pengalaman bekerja bidang berkaitan dengan perubatan tidak menjadi masalah untuk berdepan situasi cemas dan tegang. Bukan hendak mendabik dada tetapi pengalaman berhadapan melihat pesakit tidak kira umur didalam keadaan kesakitan di Unit Rawatan Rapi banyak menginsafi diri saya.
Mengimbau ketika saya baru menamat pengajian Kejuruteraan Elektronik Perubatan, apabila sahabat handai dan saudara-mara keliru dengan pengajian yang saya ambil. Kadang-kala saya tidak dapat mengelak daripada ditanya oleh saudara mara mengenai penyakit yang mereka alami. Saya berkata saya ini bukanlah doktor tetapi adalah doktor mesin alat perubatan sahaja. 🙂
Jururawat lelaki bukanlah asing pada zaman sekarang.
Sekarang ini makin ramai yang memohon untuk menjadi jururawat dan kolej-kolej swasta banyak menawarkan pengajian Kejururawatan selain ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan. Pengajian Kejururawatan boleh dikatakan antara pengajian yang terhangat dipasaran tidak hairan sekarang ini lelaki pun ada yang memohon sebagai jururawat yang mana ia adalah sesuatu yang asing satu ketika dahulu kalau jururawat tersebut adalah lelaki. Kerajaya jururawat mendapat permintaan tinggi terutama dari negara Timur Tengah.
Berbalik saya menjadi jururawat terjun dressing merawat luka bisul anak saya. Bagi sesetengah orang ia adalah perkara yang jijik dan mengelikan tetapi tidak bagi saya kerana yang hendak dirawat adalah darah daging sendiri. Belum tentu orang lain dapat memahami darah daging sendiri berbanding orang lain.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk dressing merawat luka.
Pastikan tangan dibasuh dengan sabun antiseptik setiap kali merawat luka dan jangan kitar semula bahan dressing yang telah digunakan. Kerap memeriksa dan tukar dressing supaya tidak ada jangkitan berlaku.
p/s: Sebelum ini saya pernah menjadi jururawat terjun kepada luka isteri saya akibat kemalangan motorsikal 2 tahun lepas.
alahai..aku ingat pemilik blog akubiomed ni ada ijazah dalam bidang sains bioperubatan rupa2nya bidang kejuruteraan elektronik perubatan..banyak beza tu bro..
Memang betul banyak perbedaannya. Saya orang dibelakang takbir. 🙂
Mempunyai pengetahuan sebegini amat membantu merawat ahli keluarga yang cedera apabila kita tinggal jauh daripada klinik mahupun hospital.
Sedikit sebanyak kita kena tahu bab2 berkaitan pertolongan cemas ni. Kadang2 ahli keluarga sendiri memerlukan bantuan kita. Mudah2han semuanya beransur pulih.
pst: sya pun ada pengalamna kena bisul ni. Memang sakit sebab bisul sya xde mata..huhu
insya Allah..ayahnya yg merwat sendiri..makin lekas la sembuh baby Aslah =)
itulah…merawat dgn penuh kasih sayang…insyaAllah lg cepat sembuhnye…ameen
heheheh.. semenjak jadi ibu 5 tahun lepas.. selalu sangat terjadi jururawat terjun. nak buat camne kn… nama pun ibu.. dialah ibu, dialah kawan.. dialah doktor, dialah nurse.. dialah bomba.. dialah polis.. tambah2 bila husband asyik posting sana sini. segala2nya ibu.. tapi yg penting sy seronok jadi ibu.. heheheh…
serba boleh bro AB nie… 😀
mmg serba boleh daddy AB ni…elok kite ambil jadik contoh 🙂
ada juga degar jururawat bidan tukang terjun he..belajar sekli paham je bila buat 😉
yah syukur dia semakin sihat =) harus senyumnya ukir girang
salam..
saya kalau luka kecil okey lagi Bro..
kalau besar alahai..mau pitam
he he..
KESIAN BABY..moga cepat baik sakitnya..
jangan pitam klu dua2 pitam bahaya gak tuh
hehe…kalau pitam, maknye kenalah angkut semuanye sekali….
Baguslah tu.. ada ilmu merawat tu..
Bila tiba bab2 ni, disinilah pentingnya kelebihan dan pengalaman yg lepas…kalau saya, peralatan yg mungkin digunakan tak le sebanyak mcm bro alubiomed tunjukkan tu…
betul tuh..rasanya mcm sgt complete peralatan yg ada =)
agaknye itu kelebihan hasil dr pengalaman yg ade…mmg terbaik!
hampir2 nak jadi jururawat masa lepas spm… mungkin takda rezeki … orang lelaki kena tahu jugakla…
kena tahu lu tak tahu rugi sikit heee
Saya nih mudah cuak kalau bab2 merawat nih, walaupon utk diri sendiri. Jadi, suami jugalah yg jadi jururawat terjun macam awak…kikiki
selamat menjadi nurse terjun sekali lagi…jangan tersalah letak ubat sudah…hee
tahniah.. :)..
dapat rawat luka anak sendiri..
kalau lady.. mesti lady dh mintk org lain..
sebab lady penakut.. darah pun xleh tgk.. x psl2 org lain plak kene rawat lady..
Perlu tekad dan berani untuk merawat mana yang mampu.
ambik gambar dalam studio mini nampak hehe. nice 😉
Mini studio tangkap muat banyak lagi kelengkapan perlu ditambah pada masa akan datang. 🙂
suami kakyong memang sejak dr awal kahwin dah jd ‘jururawat’ walaupun tiada pengalaman dlm bidang ni… dah tgjwb, jd berusaha utk merawat sakit anak siteri sebaiknya… 😉
suami saya pakar bab urut mengurut nih… hihii… 😉
Bagus kalau macam tuh KakYong kalau lenguh-lenguh badan ada orang yang boleh diharapkan.
caya lah bro .. clap clap clap
Terima kasih eLLy. 🙂
Alhamdulillah..baby Aslah dah nampak kembali aktif…ceria…:). Bro memang steady segala kelengkapan ada….
Hospital beri gauze, pelekat dan ubat tahan sakit yang lain-lain saya tambah sendiri.
takpa bro. demi tanggungjawab seorang ayah 🙂
p/s: agak-agak lepas ni bro boleh apply jururawat part time tak? huhu 😛
Memang niat di hati apabila bersara nanti hendak terlibat dengan misi bantuan kemanusiaan.
Kalaulah saya berada dalam bidang kejururawatan.
Apakah yang bakal saya buat sekarang.
Mungkin saya hanya memilih untuk rawat orang2 tertentu saja (so sy tak sesuai).
Tapi kalau darah daging sendiri itu tidak menjadi hal
* akubiomed ni serba boleh dalam pelbagai bidang 🙂
bidan terjun
jururawat terjun
lepas ni doktor terjun kot?
kekekekeke
Fuhh, cekaplah bro. 🙂
ciktom pernah tgk kwn kena dressing dgn nurse sbb luka melecur kena air panas..
smpi skang kl terbyg still seriau sbb nurse tue siap buang/siat2 lg sel kulit mati..
pastu sapu ubat utk nyah kuman n parut kot..siap menangis2 kawan tue..kesian..
mmg pglmn yg xkan dilupakan smpi bl2..
Prosidr yang dilakukan memag betul lapisan kulit mati akan dibersihkan untuk mengalakkan pengantian kulit baru. Sudah semestinya ketika membuang lapisan kulit amat manyakitkan.
ciktom pernah tgk kwn kena dressing dgn nurse sbb luka melecur kena air panas..
smpi skang kl terbyg still seriau sbb nurse tue siap buang/siat2 lg sel kulit mati..
ishhh seram
Saya rasa setiap ibu-bapa kena belajar serba sedikit tentang rawatan supaya senang nanti nak rawat anak sendiri,walaupun buat taraf dokter atleast masa macam ni berguna untuk anak. )
*complete set rawatan tu yer hehehe..
jururawat lelaki pun ada dan amat diperlukan sebab pesakit bukan ada perempuan je , lelaki pun sakit. Memang bro ada bakat jd jururawat ni hehe
Untuk mengangkat pesakit memerlukan kekuatan fizikal jadi bersesuaian kalau ada jururawat lelaki.
alhamdulilah baby semakin ok..
betuah lah si bayi tu dapat ayah yg serba boleh.. hehhee
maza lak ngeri tengok darah.. volleh fengsan! ahaks..
lalalala
ok, so bang maza hanya sesuai diangkat oleh jururawat lelaki saje….hehehehe
Tumpang gembira baby aslah sudah sembuh … hati si ayah bertambah gembira 😀
semoga si baby teru sihat kan.. lebih lagi dgn pengawasan ayhnde yg hebat ni…
Esok tugas jururawat akan diambil alih sepenuhnya oleh ister saya. 🙂
Wow ! ,, ini barulah dikatakan ayah mithali … serba boleh 😀
alhamdulilah..dah keluar wad dan makin sihat. bagus juga ada pengetahuan sendiri, bila ada kes-kes kecemasan macam ini, boleh handle sendirikan.
Insyallah dengan pengetahuan yang sedikit bolehlah berdikari. 🙂
semoga cepat sembuh luka tu..
Semakin pulih kerana anak kecil biasanya cepat sembuh berbanding orang dewasa.
hemm..peha aku plak sakit sekarang..
Kalau ada bro ada pasangan hidup boleh ditengok-tengokkan. 🙂
moga baby aslah cempat sembuh sepenuhnya. untung ada ayah yg boleh jadi jurawat juga
Terima kasih bro DenaiHati. Kalau sudah darah daging sendiri tentulah kita ambil berat.
untung ler bro dpt jadi jururawat… leh tgk awek2 nurse yg comel2 tu… euww.. bisul anak ok dah..?
Kalau lihat jururawat yang comel lagi cepat sembuh. 🙂
btul tu… tu br lihat… lazaac yg pernah masuk wad, pastu siap duk sebelah, pegang2 tgn.. lg seronok… geram nyer… 🙂
Baik-baik bro jangan sampai kena cekup sebab “sexual harassment”. 🙂
dia yg pegang lazaac, bkn lazaac yg pegang dia dlu… muehehe…. rezeki2x… :p
hahahaha…tak menahan bro lazaac ni..jgn sengaja buat2 sakit dahlah…hehehe
semua shoot guna DIY studio.. terbaik… 🙂
Terima kasih bro. Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. 🙂
Ada cadangan ni.. apa kata bro rakam dan kemudian upload video cara nak buat dressing tu dalam blog ni..boleh jugak orang yang tak tau langsung pasal nak buat dressing ni belajar macam mana cara sebenar nak buat ..
saya pun ada ramai kawan-kawan lelaki yang ambik kos kejururawatan, bila ditanya kononnya tak minat… tapi dalam tak minat tak minat tu, ramai jugak yang lelaki yang ambik kos tu
Ia cadangan yang baik tapi prosidur dressing yang bakal ditunjukkan mungkin tidak sesuai untuk tontonan umum.
inilah untungnya ada ilmu walau sedikit tapi itu kelebihan, boleh juga jadi bidan terjun profesional di mata keluarga…
Ada bekalan ilmu yang tidak seberapa boleh diusahakan sesuatu.
alhamdulillah dah keluar wad..insyaAllah tak lama lagi baik la tu..lagipun ayahnya kan ada leh jagakan..
Semakin hari semakin riang baby Aslah ia adalah petanda yang baik. 🙂
Alhamdulillah.. semuanya sudah OK.
Lega bro semuanya sudah kembali normal yang paling mustahak baby Aslah tidak lagi menderita kesakitan akibat bisul.
Yup.. Lega seorang ketua keluarga 😀 Kalau tak mahu kerja pun tak tenteram dibuatnya..
Alhamdulillah.. dah keluar dari hospital.. cepat sembuh.. insyaAllah
aku dulu2 arwah nenek pernah letak kunyit hidup tumbuk kat area
luka.. cepat kering..
Hendak lekak Kunyi boleh tetapi anak akan melolong menjerit sebagai alternatif saya letakkan gel Gamat kerana ia memberi kesan “soothing” kepada luka.