• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / tips blogging / Takut ambil risiko jangan buat kalau tidak berani

Takut ambil risiko jangan buat kalau tidak berani

14th December 2015 by akubiomed 14 Comments

ambil risiko

Pepatah Melayu ada mengatakan “kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Saya tahu akibat tindakan saya ambil ini akan memberikan kesan kepada apa yang telah diusahakan. Percayalah bukan sekali dua saya ambil risiko dan banyak kali saya lakukan mugkin tidak pernah rasa serik kot.

Risiko godek blog untuk apa?

Risiko yang saya maksudkan adalah mengodek sekali lagi blog AkuBiomed ini. Memang tidak puas hati dan tidak pernah rasa cukup. Rasakan risiko yang ambil sudah tentu banyak kerja susulan untuk menstabilkan balik blog ini. Memandangkan tahun 2015 bukanlah tahun semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini. Saya akur dengan perubahan dan senario dunia blogging. Blog begitu mudah untuk dibuka dengan beberapa klik sahaja sudah ada blog sendiri. Dari isi blog sekarang dan dahulu sudah jauh berbeza memandangkan niche blog sekarang rata-rata mengikut selera pembaca. Saya cuba keluar dari kepompong tersebut untuk menulis blog dan berkongsi cara saya sendiri.

Jatuh cinta dengan theme default WordPress.

Berbalik perihal ambil risko gatal tangan mengodek blog. Pada asalnya hanya ingin perubahan kecil hendak dilakukan kepada blog dengan sekadar menukar theme blog yang lebih baru. Sudah 4 tahun saya mengunakan WordPress default theme. Setiap tahun WordPress akan memperkenalkan theme baru dan begitu juga saya peminat tegar default theme yang dihasilkan. Kalau masa mula-mula blog dahulu rajin benor bersalin kulit blog dengan menukar theme percuma tetapi risikonya adalah mendapat script malware yang disuntik ke dalam theme. Malah minat untuk bermain kod theme semakin pudar walaupun dulu sanggup bersengkang mata mencari kod-kod percuma dicari melalui Google Search. Beberapa kali juga beberapa masalah timbul dengan Error yang menambahkan sengsara tetapi tidak pernah serik ambil risiko.

Kesan tukar theme WordPress.

Keterukan menukar theme bergantung samada betul-betul memberi kesan teruk atau sederhana. Kerja susulan biasanya akan banyak perlu dilakukan dan belum lagi dari segi kesan SEO dan Error 404 yang banyak. Bagi yang biasa sudah tahu apa yang perlu dilakukan dan seperti katakan sebelum ini menstabilkan kembali blog. Bermula dengan menukar theme WordPress dari theme Twenty Fifteen kepada Twenty Sixteen nampaknya berjalan dengan lancar. Biasanya saya akan membuat modifikasi kecil dengan memasang Child Theme. Salah satu kelebihan guna Child Theme ini adalah lebih banyak peluang untuk mengodek kot tanpa memberikan kesan kerosakkan kepada Theme asal. Child Theme ini dengan kata mudah boleh diibaratkan kereta yang telah diubahsuai dengan warna, prestasi dan aksesori. Tentulah lebih menarik berbanding kereta asal dari kilang. Betul tak?

Pelaburan yan berbaloi dengan membeli Theme Premium.

Nampaknya bersalin kulit tidak mencukupi bagi saya dengan mengambil satu langkah untuk mendapat Theme Premium atau theme berbayar. Saya dengan beraninya telah membeli Theme Genesis Framework dari StudioPress pada harga USD59.95. Saya berpendapat ia adalah pelaburan berbaloi kerana kelebihan mengunakan Theme dari Studio Press kerana:-

  • Tiada had sokongan untuk Theme Genesis.
  • Tiada caj tambahan untuk kemas kini theme.
  • Tiada caj lesen theme pasang pada blog lain.
  • Mudah untuk membuat pengubahsuaian.
  • Child theme banyak pilihan.
  • Mesra SEO.
  • Ringan.
  • Responsive
  • Ciri-ciri keselamatan

Atas sebab-sebab diatas saya merasakan adalah berbaloi untuk sekali melabur dengan mengunakan hasil blogging. Sejak kebelakangan ini saya tidak banyak masa untuk saya berkongsi posting baharu kerana lebih banyak masa diluangkan untuk kerja belakang takbir menstabilkan blog AkuBiomed ini. Doakan tidak ada kerosakkan besar akibat ambil risiko bertukar theme default kepada theme StudioPress Genesis.

 

 

  • Menghadiri Seminar Empayar Perniagaan Internet Jootawan
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Nikmat selepas bebas hutang

Filed Under: tips blogging Tagged With: ambil risiko, genesis framework, studio press, theme genesis

Reader Interactions

Comments

  1. omydroid says

    18th December 2015 at 12:12 am

    Saya pengguna blogspot sejak dulu lagi..x pernah cuba pun nak mendalami WordPress..hehe

    Reply
  2. zik says

    15th December 2015 at 1:08 pm

    baru perasan dah tukar theme genesis.. ok dah sangat nih

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2015 at 12:30 am

      Ada perubahan selepas mengunakan theme Genesis ini.

      Reply
  3. mrhanafi says

    15th December 2015 at 3:41 am

    menukar theme yang premium memang bagus untuk kelangsungan blog..

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2015 at 12:29 am

      Apabila salin theme blog baru bersemangat hendak menulis blog. 🙂

      Reply
  4. cik tom says

    14th December 2015 at 11:19 pm

    ciktom rasa lagi ringan loading..kemas pun kemas..

    ciktom pun dh seminggu duk survey pasal theme..terfikir jgk nak guna thesis atau genesis..tapi fikir nak kena main coding semua tu malas pulak..huk3…

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2015 at 12:44 am

      Kedua-dua theme yang berbaloi. Dari segi harga Genesis lebih murah didalam USD. Nak ubah kod didalam theme ini pun agak mudah walaupun tidak mempunyai teknikal kerana semua panduan telah tersedia.

      Reply
  5. berita malaysia says

    14th December 2015 at 5:06 pm

    semua keputusan yang kita buat ada risiko.. cuma bezanya berani tak berani je nak hadapi..

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2015 at 12:43 am

      Kalaulah boleh meramalkan apa yang berlaku. Tempuh dahulu baru tahu.

      Reply
  6. titan says

    14th December 2015 at 4:05 pm

    sekali-sekala melabur, takde salahnya pun.

    hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2015 at 12:42 am

      Beli dengan duit hasil blogging. Pelaburan yang berbaloi. 🙂

      Reply
  7. raihanah says

    14th December 2015 at 2:53 pm

    memang berbaloi tukar theme, saya dah cuba.

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2015 at 12:41 am

      Kadang-kadang bosan dengan theme yang sama. Teringin nak bersalin kulit juga supaya nampak meriah. 🙂

      Reply
      • raihanah says

        18th December 2015 at 12:20 pm

        selain bertukar untuk kemeriahan, boleh juga part seo tu dipertingkatkan

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in