Home made boing boing fish ball
Masih lagi berkisar mengenai makanan. Kali ini saya membuat fish ball secara home made untuk bahan sup fish ball. Resepi home made fish ball ini mudah hendak dibuat.
Cara buat fish ball tidak banyak beza dengan fish nugget yang saya pernah kongsikan pada entri sebelum ini.
Resipi untuk home made fish ball
- Ikan Dori lebih 1kg
- Garam 2 sudu
- Tepung jagung 2 sudu
Ikan dori yang sedia untuk dilenyek sampai lumat.
Guna penukul daging untuk melumatkan daging ikan dori. Boleh blender atau food processor untuk melumatkan isi daging ikan dori. Caranya adalah On dan Off beberapa ketika supaya daging ikan dori tidak masak ketika dikisar pada kelajuan tinggi. Boleh diletakkan beberapa ketul ais untuk mengekal suhu sejuk pada daging ikan dori.
Ikan dori daging yang telah tumbuk lumat kemudian diuli. Boleh masuk garam, tepung jagung diuli sama rata sehingga berkilat dan dibentuk bola. Boleh dibaling beberapa kali ia akan mengekalkan bentuknya.
Basah tangan dan mula bentuk guli. Saiz terpulang samada hendak besar dan kecil. Tujuan dibasahkan supaya adunan doh fish ball tadi tidak melekat dan senang hendak membentuk guli. Berulang basahkan tangan untuk setiap membentuk fish ball.
Sediakan semangkuk air sejuk atau meletakkan beberapa air ketul ais. Fish ball yang telah dibentuk boleh diletakkan didalam mangkuk ini.
Masak air panas sehingga mendidih. Kecilkan api. Kemudian masukkan fish ball dan ia akan tengelam didalam dasar periuk.
Apabila fish ball mula terapung boleh ditus air dan dimasuk ke dalam bekas kosong.
Fish ball yang dihasilkan akan kelihatan seperti bola getah apabila dipicit terasa kenyal dan tidak berderai. Boleh cuba baling untuk tengok ia melantun atau tidak.
Rewards untuk diri sendiri dengan menghasilkan sup cendawan home made fish ball. Marvelous rasanya dengan rasa ikan yang padat dan kenyal. Selepas ini secara serius akan buat stok fish ball untuk famili.
AkuBiomed: Bahan yang sama boleh menghasilkan fish nugget dan fish ball.
Senang je rupanya… Nak beli skrg ni byk yg meragukan. Buat sendiri lebih baik kan?
Wah serius resipi yang sangat berguna dan puas ati kalau buat sendiri. Tapikan memang ikan dori je leh gune? cam ne rupa ikan dori tu?
bercakap ttg ikan dori teringat pula watak kartun yg cute-cute bernama dowry dan cerita finding nemo. hehehe
errr…sebaik terkenangkan ikan dowry yg cute2 itu, terasa kesian pula nak makan fish ball itew.. rasa bersalah serta merta menyelubungi.. hehehe
kalu saya buat kat rumah tak pernah letak tepung jagung dan guna apa2 ikan yg ada contoh isi ikan sardin . boleh cuba pasni resepi ni 🙂
Terima berkongsi tips nanti boleh dicuba. Tanpa bahan pengawet.
terbayang2 sup cendawan dgn fishball home made itu di depan mata,,,, sungguh menggoda keimanan 🙂
Memang sahaja snap gambar yang mengiurkan. 🙂
Meat ball pernah jumpa utk buat cara home made sebegini, tak sangka pula fish ball pun boleh… Boleh mencuba benda baru ni…
Caranya lebih kurang sahaja. Boleh dicuba.
ok, menarik untuk dicuba.. boleh bookmark ni
Terima kasih. Nanti boleh dicuba sendiri.
mudah buat ni…bahan tak banyak hehenti kita nk trylah
Bahan paling simple dikongsikan.
jimat boleh buay rumah terbuka ya.
Boleh dijadikan menu rumah terbuka.
nampak menyelerakan tu..
boleh minta sikit tak?
Jemput datang ke rumah kalau nak rasa.
pertama kali dengar nama makanan ni, nmpk macam sedap dan fresh
Bebola ikan lah bro. Memang biasa dijual.
nyum-nyum nampak macm sedap ..kena cuba sendiri,
Boleh nak buat bebola ikan dengan resipi paling ringkas.
Uitt bebola ikan pulak. Lepaihh ni leh buat buku resepi dah ni..:)
Siapalah saya hendak keluarkan buku resepi.
Selain ikan dori boleh guna ikan lain?
Ada yang guna Ikan Tenggiri dan ikan Kembung. Semasa latihan pengajar ajar guna ikan Dori. Ikan Dori mudah diperolehi dari pasar raya di bahagain sejuk beku.
Dalam fridge kawe ada lagi stok ikan Dori yang tak habis dimasak semalam. Boleh try ehh…
Molek sangat hendak dicuba.
wah tiga bahan jee.. mmg mudah membuatnya… terima kasih bro krn berkongsi….
Resepi paling ringkas ada yang letak bahan lain.
Wah rajinya masak sendiri.. Sedap ni.. Nk try boleh?
Permintaan isteri kerana ragu status halal fish ball.
wah nak cuba jugak lah buat ..macam korea style gtuu
Saya tidak suka makan ikan jadi fish ball ini saya makan.
wah rajin lah bro buat fish ball
Bolehlah. Nak ingat balik khusu membuat fish ball beberapa tahun yang lalu.
adakah tuan tanah sedang dalam dimensi diet?
Tak adalah Suri. Berat saya maintain.
Ni kalau buat jamuan raya senang dah ni bro. Boleh buat banyak2. Homade punya mesti dapat pujian tetamu.
kalau fishball yang dijual dikedai, tak banyak isi ikan digunakan. Banyak air digunakan untuk dapatkan kisaran ikan yang halus dan padat. Kemudian bahan kimia digunakan utuk ikat protin ikan menjadikan fishball mereka kenyal, iaitu bahan yang sama digunakan untuk mi kuning.
tu dia. dia buat sup bebola ikan dah plak..
Boleh tunjuk skill kepada isteri tersayang.
Nampak sedap.. Boleh try buat ni..
Boleh buat kerana tidak susah.
waaahh… terbaik lah bro.. buat sendiri fishball… lepas ni macam2 dah boleh DIY.. 🙂
Tiada was-was lagi untuk makan fish ball.
Wah-wah..terbaiklah..ikan dori tu, tak perasaan pulak rupanya macam mana..huhu..
Boleh cari ikan dori di pasaraya dibahagian barangan basah. Boleh guna ikan tenggiri.
Ohhh ikan tenggiri pun boleh juga ekk..terima kasih bro..
cam senang plak buat fishball ni, nak cilok resipi ek… jangan marah.
Silakan. Bahan yang dikongsi adalah paling ringkas. Bebas untuk ber-eksperimentasi.
Perghh terbaiklah…. tetiba tekak ni nak makan ikan pula, ena ni kurang minat sedikit makan ikan
Saya sebenar kurang gemar makan ikan.
Wah chef buat fish ball sendiri je. Best tu. Kat mana nak cari pemukul daging tu? Apa nama dia. Hehehe
Nama Inggeris meat masher boleh didapati dari kedai peralatan kelengkapan memasak atau kedai plastik. Saya beli dalam harga RM18.
Puas makan bila buat sendiri ni kan..
TQ sharing resepi 😀
Sudah tentu puas. Terasa isi ikan.
ada bakat untuk jadi pengeluar fish ball ni, bro
nampak sedap je
Boleh difikirkan untuk masa hadapan.