Hari pertama tadika Aslah berjalan dengan lancar.
Bukan parodi lamaran Hairul Azreen kepada Hanis Zalikha
Hari ini adalah hari pertama persekolan adik-beradik Koning. Aslah yang berumur 5 tahun pada 2015 ini turut bersekolah hari pertama tadika.
Menangis hari pertama bersekolah
Perasaan teruja dan risau pun ada kerana pengalaman terdahulu abang-abangnya pada hari pertama menangis kecuali abang Koning tidak menangis. Saya juga menangis hari pertama bersekolah katak ibu saya. Nampaknya ada anak-anak ikut perangai paknye yang melalak dihari pertama sekolah.
Ibubapa sibuk mengalah anak hendak bersekolah.
Anak nak sekolah ibu bapalah yang paling sibuk untuk memastikan hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar. Tidak terkecuali saya dan isteri seperti ibubapa lain yang anak bersekolah sudah sibuk-sibuk apabila hari pembukaan sekolah semakin dekat. Syukur semua persiapan persekolahan dapat selesai dengan awal cuma ada beberapa perkara seperti yuran dan buku latihan yang belum ada stok tidak dapat dibeli lagi.
Aslah bersemangat hari pertama tadika.
Bangun pagi pun mudah Aslah. Hari ini saya tidak berkerja untuk menguruskan hari pertama Aslah ke sekolah tadika. Mandikan Aslah dan pakai baju sekolah tadika. Sarapan Aslah pun ringkas bersama Koko Krunch. Berselera nampak beliau bersarapan pagi ini.
Sarapan pagi dengan Koko Krunch
Peace nak pergi sekolah hari ini. Babah hantar
Salam dan cium tangan ibu sebelum masuk kelas.
Alhamdulillah hari ini sudah lepas ujian pertama dengan Aslah tidak menangis pada hari pertama tadika. Semasa ambil dari sekolah tadika teruja benar hendak berkongsi pengalaman hari pertama tadika. Sebut cikgu pun jadi ‘segu’. Segu..segulah lama dapat sebut ‘cikgu’ dengan betul dan jelas.
Tidak berhenti bercakap sampailah ke rumah. Okaylah ada tanda positif beliau sudah mula sesuaikan diri dengan kawan-kawan luar dari kelompok adik-beradik sendiri. Ini peluang beliau untuk belajar berinteraksi bersama rakan-rakan baru.
Hari pertama sudah menjadi ketua pegang nama kelas
Teringat zaman sekolah beratur diwaktu pagi dengan letak tangan diatas bahu kawan
AkuBiomed: Perasaan teruja setiap kali anak bersekolah. Saya rasa ia adalah perasaan setiap ibubapa yang anaknya bersekolah. Harapan saya agar menjadi anak yang cemerlang. Macam mana pengalaman sahabat blogger?
——————————————————————
Nak tahu Rahsia Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?
Isi nama dan email diruang langganan dibawah
100% Spam Free. We respect your privacy
Salam tuan.
Beruntung tuan sudah dapat merasa menghantar anak ke sekolah, dapat merasai apa yang telah dilalui ibu dan bapa kita satu masa dahulu.
Beberapa tahun lagi merasa dapat menantu pula. 😉
huhu..teruja molek bapanya..
seronok tengok anak dah sekolah, bakal jadi pemimpin di masa depan 🙂
memang seronok bila anak mula memasuki alam persekolahan..baik tadika mahupun ke sekolah rendah. makbapak yang excited lebih…macam saya juga..he he
moga Aslah membesar menjadi anak yang soleh.
Heheh.. Makayah yang excited kan bila anak masuk sekolah.
Seronok tengok anak pertama kalai sekolah.
Lama2 dia akan suka tue bila dapat ramai kawan.
Moga baby aslah dpt menamatkan pengajian..Tahun depan giliran anak bongsu saya pulak masuk sekolah tadika..
jika dia dapat biasakan diri dengan teman temannya , khuatir tidak mahu balik rumah… asyik bermain je
rajin adik rajin.
rajin lah belajar..
selamat bersekolah
Terima kasih. Hari kedua sigu(cikgu) sudah ajar ‘A’ for ‘Apple’. 🙂
wah seronoknya…
dapat kawan baru, semua baru
apa tak seronoknya 🙂
Harap Aslah dapat berlajar berinteraksi dan perbaiki daya komunikasi diluar kelompok adik-beradik Koning. Sangat mengharap akan ada perkembangan minda dan sosial.
Good luck adik Aslah. First day masuk skolah. Belajar rajin2 ye
Terima kasih, Harapan yang tinggi beliau rajin berlajar.
Ceria ja Aslah masuk tadika,ramai kawan baru yea 🙂
Hari pertama terpinga-pinga kerana selalu didalam lingkungan adik beradik Koning sahaja. Kali ini luar lebih besar hubungan dari latar belakang berbeza.
Ala ala comelnya aslah.. belajar rajin2 ye dikkk… anak buah DT pon baru masuk darjah 1. Alhamdulillah tak nangis. Cuma tertidur. Hehe
Macam mana boleh tertidur didalam kelas? 🙂
Teruja bila anak mula bersekolah. Sampai ambil cuti 2 hari. Hihi
Nak pastikan semua ok baru boleh kerja dengan Aman hari-hari mendatang ni..
Saya juga ambil cuti 2 hari tetapi lupa hari ke 2 pergi kerja kerana anggap Aslah anak saya boleh sesuai persekitaran tadika.
wah bestnya..melihat anak-anak yang begitu teruja ke sekolah..
Belum sempat buka sekolah. Aslah sudah lenjan kasut sekolahnya. 🙂
saya lupa pula tanya khabar adik saya masuk sekolah tahun ni
bagus aslah… dah tadika yer… 5 tahun kan?
ank sy pun no. 4 tu taska 6 tahun… tp badan kecik comei je.. uniform belum dpt
cntik uniform aslah
Warna merah jambu. 🙂
Terujanya tengok anak bro baru masuk tadika. Anak saya lama lagi baru 6 bulan huhu.
Tak apalah nanti akan lelalui pengalaman anak bersekolah. 🙂
Comelnya adik kita Aslah ni pakai beg Power Ranger..hehe macam saya dulu jugak menangis masuk tadika nak kena teman
Biasalah budak lelaki. Nampak jer gagah. 🙂
anak masuk sekolah,tapi mak bapak yang penat di hari pertama sekolah…hehehe
Memang biasa pada hari pertama sekolah dibuka. Hendak menempuh kesesakkan jalan menunju ke sekolah dan urusan membayar yuran sekolah. Kalau ada sekolah pagi dan petang lagilah terkejr-kejar.
nampak bersemangat betul di nak masuk sekolah tu….anak aku nanti tak tahu la mcm mana nnt
Percayalah ia adalah pengalaman yang sukar dilupakan sebagai ibubapa.