• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Google tangkap Bing copy result Google search

Google tangkap Bing copy result Google search

6th February 2011 by akubiomed 56 Comments

Hasil carian Bing sama dengan Google.

Baru-baru ini carian Bing telah ditangkap kerana meniru keputusan senarai carian dari Google. Pihak Bing cuba menafikan sekeras-kerasnya walaupun bukti telah jelas Bing copy result Google search engine. Jurutera Google Matt Cutts didalam blognya  telah menyenaraikan beberapa bukti yang  Bing meniru hasil carian yang terdapat didalam Google sama dengan hasil carian Bing.

Beberapa bukti Matt Cutts tunjukkan didalam blognya.

The Colbert Report Mon – Thurs 11:30pm / 10:30c
Bing Gets Served
www.colbertnation.com
Colbert Report Full Episodes Political Humor & Satire Blog Video Archive

Kalau dulu pernah berlaku perang di antara Steve Job(pengasas Apple) menuduh Bill Gates(pengasas Microsoft) meniru Sistem Operasi(Operating Sistem) mereka.

Matt Cutts(wakil Google), Harry Shum(wakil Bing) dan Rich Skrenta(pengasas carian Blekko dengan slash) telah dijemput menjadi panel untuk pedebatan Big Think Presents Farsight 2011: Beyond the Search Box yang membincang keseragaman carian dan kekecewaan hasil carian yang kebanyakkan tidak berkaitan dengan apa yang dicari atau kata lain spamming web.

Kak Jie pun pernah utarakan isu copycat @ plagiat artikel didalam entri blog beliau bertajuk ‘Footnote pun awak nak copy’. Rasa ada antara blogger diluar sana pun mengalami situasi yang sama. Kalau hendak salin artikel pun sekurang-kurang letakkan kredit dan mendapat kebenaran dengan link blog ke artikel asal.

Blog AkuBiomed pernah menulis entri mengenai copycat@ plagiat bertajuk, ‘Posting pun kena ganyang’ berkenaan artikel  ‘Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu’ telah disalin dan sehingga  hari ini artikel berkenaan masih di link kembali ke blog AkuBiomed.

Akubiomed : Nasib baik tidak Matt Cutts tidak bertumbuk dengan Harry Shum.

Sila tekan butang kongsi:

  • Perkongsian antara Yahoo! dan Bing menaikkan kualiti trafik blog
  • Temubual bersama jurutera Google Matt Cutts
  • Bing secara rasminya mengantikan Yahoo! Site Explorer

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ladfe Amir says

    14th February 2011 at 11:38 pm

    selalu gak entri yg aku tulis kena ciplak. tapi ada juga yg minta kebenaran utk share.

    tp..tak kisahlah… jika ianya benda baik utk disampaikan, kita dah dapat pahala. InsyaAllah

    Reply
  2. MDHAFiZ.NET says

    11th February 2011 at 8:53 pm

    aku selalu search blog aku sendiri juga bing.. lain resultnya bro..
    tapi mungkin sebab blog aku belum di index bing kot..
    hhmmm.. entah lah…

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2011 at 1:03 am

      Kes ini berlaku di Amerika Utara

      Reply
  3. cikgufaezah says

    11th February 2011 at 2:56 pm

    hehe..google, oohhh gooogle..macam-macam..

    Reply
  4. Mus says

    11th February 2011 at 11:34 am

    kat mana-mana sekarang ni ada copy paste..
    syarikat besar-besar pun mcm tak idea dah…

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2011 at 1:02 am

      Tidak tahu macamana kedua-dua search engine memberi keputusan yang sama

      Reply
  5. Pejuang Kesenian Extreme says

    9th February 2011 at 12:13 am

    Trafik blog PKE banyak datang daripada google..dari bing jarang sekali..

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2011 at 7:37 am

      Tak apa yang kita mahukan blog dapat di indek

      Reply
  6. tehr says

    8th February 2011 at 11:39 pm

    buat sendiri je… bagus ke, tak bagus ke, itu adalah kita sendiri

    duit dalam bank penuh dengan hak orang, tak guna juga
    lagi bagus RM1 dalam poket yang dah tentu duit kita
    hehe

    Reply
  7. aimannajmy says

    8th February 2011 at 11:31 pm

    perghhh susah betui nk elak copy2 ni.. kalolah google boleh penalize sapa yang copy artikel org kan ke besh huhu..rasa selamat nk menulis skit huhu

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2011 at 7:40 am

      Rasanya boleh dilaporkan pada Google jika ada yang salin artikel

      Reply
  8. Idea Lampu says

    8th February 2011 at 4:22 pm

    hehe.. kalau aku nak main copy nie.. banyak je entri dalam blog aku. tapi sebab aku gigih nak tulis sendiri. dah sebulan start blogging baru kuar 8 post. huhu..

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2011 at 1:47 pm

      Lama memikir bukan senang hendak menulis entri yang berkualiti

      Reply
  9. yoy says

    8th February 2011 at 1:30 pm

    waa..bing pulak tiru google..tak heran la ade blogger2 yg plagiat..pro pun buat..huhu

    Reply
  10. madlut says

    8th February 2011 at 7:06 am

    ingatkan ikan2 kecik je yang meniru..haha, syarikat besar pun meniru..apa kes..

    Reply
  11. Fahmi Raazali says

    7th February 2011 at 10:51 pm

    trafik blog aku byk dtg dari Google, tp kesian gak dia orang… sbb xjmpa apa yg dicari… 🙂

    hehe… apa2 pun… klu cari benda yg baik kat internet search engine mmg membantu lagi2 klu xde spam web…

    tp kalau cari benda xbaik… bia je la spam web tu… asalkan spam web tu isinya baik2 aje 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:59 pm

      Spamming web memang menganggu dan Google dituduh gagal menapis spamming web dan mendapat keuntungan trafik dan pengiklanan

      Reply
  12. Norizwan says

    7th February 2011 at 10:12 pm

    blog aku memang banyak orang copy….

    Reply
  13. zik says

    7th February 2011 at 9:15 pm

    bing jarang2 sekali menggunakannya… apepun nak try jugakla.. sama tak result.. dia..

    Reply
  14. Amir Izzat says

    7th February 2011 at 7:20 pm

    wah! itu orang main tipu2 ow? tak dak bagus maa.. haha. entri amir pernah kena copy dan tak letak kredit dan terasa amat sakit jiwa sebab ia melibatkan trafik..cis. copy entri bermakna copy trafik…kan? hehe

    p/s; sabar je la..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:57 pm

      Sudah nasib badan tapi boleh pasang Tynt

      Reply
  15. brat2104 says

    7th February 2011 at 7:05 pm

    saya x payah risau. pape.. xde sape copy saya punya entry

    Reply
  16. ciksembang says

    7th February 2011 at 6:48 pm

    google mmg cekap..sesiapa yg main dgn GA-google adsense jgn berani2 nak klik sendiri

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:56 pm

      Jangan buat pasal, tangan gatai-gatai klik Adsense memang kena ban

      Reply
  17. adele says

    7th February 2011 at 6:42 pm

    mcm bro Jaz kata, kalau spam boleh saman..kalau plagiat ni dah komfem boleh saman n menang..hak kita..siapa tak marah?

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:56 pm

      Tengok juga kalau artikel kita didaftar sebagai harta intelek mungkin boleh tuntut royalti

      Reply
      • PakarBuahPinggang says

        19th February 2011 at 4:30 pm

        Tapi mesti artikel yang berkualitilah ye tak bro?

        Reply
  18. sw33tdarling says

    7th February 2011 at 5:26 pm

    walaupun plagiat, tp bila dia kredit ke tuan ampunya, rasanya takde laa marah sangat

    Reply
  19. syahrilhafiz says

    7th February 2011 at 12:15 pm

    BING pun rasa dah meningkat naik dengan Google ni
    tu sebab hampir sama result..
    hurm entah la..nak maju depan tak de usaha..adeh

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:55 pm

      Saya cuba guna keduanya tapi tidak sama hasilnya mungkin untuk search engine pasaran Amerika Utara

      Reply
  20. hafidz says

    7th February 2011 at 10:51 am

    kalo nak copy paste pun biarlah dengan cara yang bijak.
    ni dah kantoi bikin malu jer huhuhu :p

    Reply
  21. maza says

    7th February 2011 at 10:35 am

    maza sekadar menggunakan yg simple2.. lagi pun tak berapan nak ikut dan reti dlm bab2 ini… hehehe

    skrg baru tau saingan google ialah Bing.. semalam dah delete carian Bing.. ingatkan Bing-ka ini si penjual kuih spam!.. hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:54 pm

      Kuih Bingka memang sedap. Kuih tradisional Melayu

      Reply
  22. pipoq says

    7th February 2011 at 10:20 am

    plagiat = idea takde + tak kreatif + musuh dalam selimut.

    ok tak ?

    Reply
  23. suri says

    7th February 2011 at 9:21 am

    pasni kena buat betul2 ayat kena pandai reka2 sendri asal fakta tak di selewengkan..

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:52 pm

      Bukan senang hendak tulis entri kalau tidak kena gaya 🙂

      Reply
  24. nash says

    7th February 2011 at 12:30 am

    bing tu pesaing googgle tp amat2 xfemes.. jauh terkebelakang
    uhuhu
    bahaya la kopy2 entri nih
    penat2 tulis je ada org senang2 je copy paste
    xedit langsung plak tuh
    dasar pemalas
    hu3

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:51 pm

      Google sekarang ini menjadi leader untuk search engine di ikuti Bing. Yahoo pun sudah mula memindahkan senarai penggunanya kepada Bing

      Reply
  25. anif says

    7th February 2011 at 12:08 am

    Google VS Bing = Tentunya pengguna internet yang akan dapat manfaat. 🙂

    Perkembangan yang menarik untuk diikuti dan diperhatikan apabila kedua-dua gergasi bersaing.

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:50 pm

      Jangan lupa search engine Blekko sudah mula mendapat perhatian

      Reply
  26. chekgu naman says

    6th February 2011 at 11:02 pm

    sebab janji ada entri, tu yang copy paste..hehe

    Reply
  27. Sabahan Bloggers Club says

    6th February 2011 at 10:53 pm

    Kalau isu plagiat ni.., dah letih dah nak kejar blogger2 yang plagiat ni. Bagi saya yang penting, kita tak buat seperti apa yang mereka lakukan…. 😀

    Reply
  28. Kujie says

    6th February 2011 at 10:48 pm

    buat secara bijak…itu je nak pesan

    Reply
    • adamfaiz says

      7th February 2011 at 9:47 am

      hahah ringkas dan mendalam je maksud Kujie..

      Reply
    • hafizmd says

      8th February 2011 at 12:39 pm

      tapi ramai yg nak mudah dan cepat…terus jadi kurang bijak

      Reply
  29. etomyam says

    6th February 2011 at 10:43 pm

    daku dah tak larat bila berkaitan isu copy & paste ni, cuma mampu gelak aje sekarang ni..haha. kesian pasal ada sesetengah kes, copy artikel org lain sebijik2 lepas tu dalam blog cerita pulak pasal agama, kejujuran, ikhlas etc… hahaha

    btw aku suka Bing, banyak juga menyumbang kepada blog aku 😀

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2011 at 11:49 pm

      Apa yang kita mahukan blog kita di indexing supaya tercapai search engine

      Reply
  30. Anip says

    6th February 2011 at 10:18 pm

    tahu xper, mudah je nak kesan, so, apepon buat la entry sendiri, takpon kalau nk copy paste pon ltk kredit ker, tu untuk blogger jer,,,

    Reply
    • tengkorak emas says

      7th February 2011 at 2:42 am

      macam mana nak kesan tu bro?

      Reply
      • suri says

        7th February 2011 at 9:22 am

        pakai GPRS nghee…

        Reply
      • akubiomed says

        7th February 2011 at 11:48 pm

        Bro TE boleh rujuk entri Kak Jie

        http://www.kujie2.com/blog-tutorial/footnote-pun-awak-nak-copy.html

        Reply
    • hafizmd says

      8th February 2011 at 12:38 pm

      itu yg terbaik…buat sendiri @ letakkan kredit kepada pemilik asal..barulah pandai namanya 😀

      Reply
  31. denaihati says

    6th February 2011 at 10:15 pm

    Ramai blogger terutama blogger baru yg tak perasaan bahawa aktiviti mereka copy paste boleh dikesan dengan mudah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in