X
    Categories DIY

DIY rak kasut dari paip PVC

Terima kasih kepada yang share DIY rak simpan penyangkut baju dari paip PVC menjadi viral.

Pada hujung minggu ini, saya kembali hasilkan rak kasut dari paip PVC dari lebihan paip semasa bina rak simpan penyangkut baju.

Senarai bahan-bahan diperlukan untuk membina DIY rak kasut dari paip PVC.

  1. Paip PVC 15″ sepanjang 9 kaki
  2. Gam PVC
  3. Elbow joint
  4. T joint

Bahagian A: pasang T joint pada paip 30″

Pasang paip 4″ pada bahagian A

Bahagian B: Pasang T joint pada paip 4″

Pasang paip 2″ pada bahagian B

Pasang bahagian A dan B

Rupa rak selepas pasang bahagian A dan B

Bahagian C: Pasang elbow pada paip 4″

Pasang paip 1″ pada bahagian C

Bahagian terakhir pasang bahagian C untuk sempurnakan bentuk rak kasut

Selepas dah ada rak kasut tambahan tidak lagi bersepah selipar dan kasut sekolah anak-anak didepan pintu rumah.

Kena pastikan anak-anak simpan selipar dan kasut di rak kasut.

Modal nak bina rak kasut dari paip PVC ini tak besar sekitar RM25.

Selamat membina rak kasut dari paip PVC sambil-sambil itu boleh keluar peluh pada hujung minggu.

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (48)