• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / DiGi Challenge for Change kembali mencari idea Aplikasi Mobile Terbaik

DiGi Challenge for Change kembali mencari idea Aplikasi Mobile Terbaik

12th January 2014 by akubiomed 20 Comments

Sumbang idea membangun Applikasi Mobile dengan DiGi Challenge for Change

Digi Challenge for Change kembali lagi setelah kejayaan penganjuran Digi Challenge for Change pada tahun 2013. Penganjuran tahun lepas menyaksikan 2000 IDEA telah dihantar ke #DiGIFC musim ke 4. Sebanyak 50 Idea telah berjaya dibangunkan menjadi 50 Aplikasi mobile. 4 aplikasi pemenang utama berjaya dilancarkan plaform Google Play dan iTunes boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna mobile.

DiGi Challenge for Change kembali lagi untuk musim ke 5 memanggil rakyat Malaysia dan pembangun aplikasi menyumbang idea dan membangunkan aplikasi mobile yang boleh mereka sertai salah satu 4 kategori:

  • Learning & Edutainment
  • Health & Wellness
  • Discovering Culture
  • Connected Citizens(kategori baru)

Penyertaan Challenge for Change terbuka untuk rakyat berumur 12 tahun keatas melalui 2 fasa

Fasa Ideation Challenge (27 November 2013 sehingga 18 Januari 2014)

Rakyat Malaysia boleh menyumbang idea dengan menghantar ke www.digicfc.my dengan memilih salah satu 4 kategori diatas. Selain itu turut pembangunan diperingkat institusi pendidikan dengan bengkel penjanaan idea di universiti seluruh negara dan selama 2 hari ‘idea hackathon’ #IDEAJAM. 20 idea disenaraikan pendek akan ditemukan pakar industri untuk dikembangkan dan diperhalusi. 4 idea yang menang akan dibangunkan sebagai aplikasi mobile.

Fasa App Development Challenge (26 Januari 2014 seingga 24 April 2014)

Developer tempatan dialu-alu membangunkan aplikasi untuk 4 idea yang menang di fasa ideation challenge untuk platfom mobile. Untuk mempercepatkan penghasilan pembangunan aplikasi ini dengan develepor di jemput untuk menyertai 36jam tanpa henti minggu HACK!@DiGiCFC 

Setiap app yang dibangunkan boleh dimuat turun dan diuji oleh pengguna.  4 idea aplikasi yang popular dan aplikasi berdaya maju akan menang cabaran. DiGi akan membantu promosi kepada kepada pelanggan DiGi yang terdid 6.8 juta pengguna pelanggan mobile internet.

Peluang menang lebih  RM200,000 didalam bentuk tunai dan pengalaman:

  • RM5, 000 dan telefon pintar untuk setiap satu daripada idea 4 orang peserta akhir
  • RM25, 000 untuk setiap aplikasi menang dalam kategori masing-masing
  • RM25, 000 untuk pemenang terbaik idea keseluruhan Anugerah Inovasi DiGi
  • Telenor Group Award  untuk developer / pasukan terbaik
  • Bantuan promosi dan go-to-market  oleh pihak DiGi

Jom sumbang idea Ideation Challenge masih dibuka untuk penyertaan sehingga 18 Januari 2014. Langkah mudah untuk menyumbang idea.

Ini adalah idea aplikasi mobile yang dinamakan MyHealth dan kategori pilihan saya adalah Health & Wellness

Idea aplikasi mobile MyHealth adalah:

  • Pengkalan data rekod pesakit di Smartphone.
  • Rekod jenis darah, penyakit, alahan, preskrip ubat pesakit disimpan didalam pengkalan data pesakit di server khas
  • QR code unik pesakit pada skrin Smartphones boleh diimbas alat khas untuk akses rekod
  • Apabila berlaku kemalangan paramedik dan doktor boleh bertindak pantas dengan akses rekod pesakit terdahulu dengan memberi rawatan dengan pantas dan efektif

Masalah yang sebelum idea MyHealth

Ambil masa untuk akses maklumat pengkalan data pesakit. Akibatnya lambat  rawatan yang besuaian untuk pesakit.Maklumat lanjut mengenai DiGi Challenge for Change and penyertaan layari: www.digicfc.my

48jam Sponsored post

Sila tekan butang kongsi:

  • Blog AkuBiomed mencalon diri DiGi WWWOW Awards 2012
  • RM20,000 habuan Shell FuelSave Challenge 2014
  • Majlis media pelancaran DiGi WWWOW Awards 2013

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Irwan Alessa says

    19th January 2014 at 1:22 am

    hadiah yang ditawarkan oleh penganjur memang superb, rugi tak join tetapi tu la nak buat satu apps yang macam tu bukan senang bg orang macam saya 🙂

    Reply
  2. ema says

    15th January 2014 at 11:40 am

    perlu ada pemikiran yang kreatif ni…

    Reply
  3. cik tom says

    15th January 2014 at 9:53 am

    cam best je..byk idea blh bagi ni..kalau ada idea yg sesuai blh diupgrade jd application ek..

    Reply
  4. TehR says

    15th January 2014 at 1:39 am

    nak buat aplikasi memang tak ada ilmu la, bro
    idea pun sekerat2 je

    Reply
  5. qasehnya rania says

    14th January 2014 at 8:36 pm

    menarik nya hadiah
    good luck pd yg join.

    Reply
  6. papa mifz says

    14th January 2014 at 6:37 pm

    wow memang lumayan hadiah yang ditawarkan…pakcik kayo…

    Reply
  7. Hafizul says

    14th January 2014 at 12:09 pm

    Tak lama dah nak expired tu..semoga ada tuah untuk mereka yang terlibat..

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 1:40 pm

      Sumbang idea untuk memberikan manfaat kepada masyarakat.

      Reply
  8. Firdaus Azizi says

    13th January 2014 at 9:54 pm

    First time dengar nih…. Nak try lah sumbangkan idea. Mana tau boleh menang kan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 1:41 pm

      Tidak susah untuk sumbang idea mana tahu terpilih. Hadiah yang ditawarkan pun lumayan.

      Reply
  9. hafizmd says

    13th January 2014 at 6:49 pm

    Hadiah yg mmg mengancam! fuhhh

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 1:41 pm

      Hadiah yang menarik sukar untuk ditolak.

      Reply
  10. Denaihati says

    13th January 2014 at 2:31 pm

    memang banyak hadiah-hadiah yang lumayan ni. beberapa hari lagi nak habis ni.

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 1:42 pm

      Selain berpeluang untuk menang turut mendapat peluang untuk aplikasi mobile yang dibangunkan akan dikomersialkan.

      Reply
  11. kesoma.rai says

    13th January 2014 at 2:14 pm

    saya mahukan app yang dapat bantu uruskan jadual seharian saya!! dari bangun pagi sampai waktu tidur.. hahaha..

    Reply
    • akubiomed says

      14th January 2014 at 1:43 pm

      Boleh beri idea aplikasi mobile yang boleh menyusun jadual seharian.

      Reply
  12. titan says

    12th January 2014 at 6:21 pm

    gua memang fail bab-bab nih. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      13th January 2014 at 12:55 am

      Kalau tak mampu bangunkan aplikasi boleh bagi ide.

      Reply
  13. hafiz says

    12th January 2014 at 2:23 pm

    Kena kreatif dalam pembangunan aplikasi ni

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2014 at 2:33 pm

      Sebenarnya ada 2 fasa pembangunan aplikasi mobile ini. Kalau tidak ada kemahiran untuk bangunkan aplikasi boleh melibatkan diri dengan menyumbang idea untuk aplikasi mobile di fasa pertama

      Fasa ke 2 untuk deveoper membangun idea aplikasi yang dibentangkan untuk menjadi aplikasi mobile.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in