The Monuments Men perjudi nyawa selamatkan hasil karya seni
Semalam saya mendapat tiket untuk pratonton filem The Monuments Mens di pawagam GSC, Paradigm Mall. Ia berkisar Perang dunia kedua dimana skuad Monuments Men dianggotai oleh 7 orang berlainan latar belakang diantaranya Pengarah Muzium, Kurator, Ahli Sejarah, Artis, Arkitek dan pendidik. Misi mereka adalah menyelamatkan monumen dan karya seni kebudayaan yang dirampas oleh pihak Nazi dan dari dimusnahkan akibat perang.
Filem The Monuments Men ini dibintangi oleh George Clooney(sebagai pengarah, lakon layar dan pelakon), Matt Damon, Bill Murray, John Goodman, Jean Dujardin, Bob Balaban, Hugh Bonneville dan Cate Blanchett adalah diantara nama bintang besar didalam dunia perfileman Hollywood.
Bedasarkan kisah benar skuad Monuments Men memperjudikan nyawa mereka dengan misi menyelamat hasil seni yang di curi oleh tentera Nazi. Hittler mempunyai impian untuk membina Muzium yang dikenali Führermuseum bakal dibina tempat kelahiran beliau di Linz bagi menempatkan karya seni yang dirampas. Pihak Nazi bijak menyorok barangan yang dirampas dan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan untuk mengenal pasti lokasi yang disorok.
“Pihak Nazi cuba musnahkan hasil seni yang berusia beratus tahun setelah kalah didalam peperangan”
Didalam misi mereka menyelamatkan karya seni berusia beratus tahun dari dimusnahkan oleh pihak tentera Nazi yang kalah dialam perang Dunia Ke 2 ada anggota Monuments Man yang gugur.
Inilah akibatnya bakal diterima apabila perang tercetus bukan setakat kehilangan nyawa, harta benda turut musnah adalah tamadun sesuatu bangsa dan kebudayaan. Ia mengingatkan saya kepada peperangan Desert Storm menyaksikan kemusnahan dan kerosakkan kebudayaan dan peninggalan islam semasa pihak Amerika, Britain dan Nato menyerang Iraq untuk menguling pemerintahan Saddam Hussein. Bayangkan apalah lagi tinggal untuk generasi akan datang untuk mengenali warisan kebudayaan jika dimusnahkan dan rosak.
Bagi peminat filem perang tentu mengharapkan epik Perang Dunia Kedua tetapi tidak ada didalam filem ini. Penonton perlu bersedia untuk menghayati risiko skuad Monuments Mens ini memperjudikan nyawa mereka dibeberapa situasi berdepan dikawasan kritikal yang mana peperangan diantara tentera Perikatan dan Nazi masih lagi berlaku.
Trailer filem The Monuments Men
kebanyakan orang lelaki maca ayah saya suami memang minat cerita perang
apa boleh buat kalau menjadi rebutan kita pelru dapatkan hak semula.benda bernilai wajib dipertahankan
semua top2 pelakon nih.. george cloney tuh…hehe
muka popular watak sandang hebat dan berat juga tu
lamanya dah tak tgk wayang!!! bestnya citer ni, leh pujuk hubby ni
tgk aktor yang berlakon pun dah berjaya tarik perhatian kita utk tonton filem ni
Majoriti barisan pelakon fiem The Monuments Men pernah menang anugerah.
Dah lama fana tak join churpremier. Best jugak cerita ni kan? Tak sabar nak pegi tengok nanti. 🙂
Pawagam tidak jauh dengan tempat kerja. Sekarang ini mood pula rajin masuk contest. 🙂
menarik cerita macam ni,memang tak bosan la
Kalau hendak melihat aksi perang memang kurang babak aksi bertempur tetapi boleh menghayati dengan menonton dari sudut lain.
Rajin bro g tgk wayang 🙂
Berdasar kisah benar dan sekarang mood rajin masuk contest untuk menang tiket menonton wayang. 🙂
Mak oiii, pelakon hebat-hebat lo. Boleh kawe turun gak panggung hujung minggu kalu cam tu.
Highly recommended 🙂
Perang di bumi Syria sekarang ini, apakah ada skuad sebegini untuk menyelamatkan khazanah ribuan tahun di sana?
Apa lah yang dirisaukan artifak dan karya seni agung dibawa keluar.
kalau saya dok kl mesti boleh tgk filem best2 gak,, huhuu,, untunglah 😀
Saya selalu ada tiket ekstra. Kalau setakat Muja bagi percuma sahaja. 🙂
macam best, tengok artis atas tu macam ada 2 3 filem berlakon watak hebat hebat. Mesti tengok cerita English macam ni 🙂
Dibarisi pelakon yang hebat salah satu faktor tarikan untuk menonton.
entah nape tak berapa minat cerita macam ni..mungkin jiwa wanita kot bagi saya sendiri lah kot.
Babak aksi pentempuran kurang bolehlah menonton.
Cerita perang ni macm cerita saving private ryan je..
Filem Saving Private Ryan memang best. Kalau hendak melihat babak pentempuran memang kurang didalam filem ini.
woahhh macam best jer….
macam2 citer skrg ni, citer sejarah ni patut kena tengok
Filem The Monuments Men ini berdasarkan kisah benar.
biasanya filem dari kisah benar macam nih mesti best jalan ceritanya…
Pengarah, lakon layar dan perlakon adalah George Clooney. Beliau boleh dikatakan pelakon yag hebat.
Jalan cerita macam menarik. Kalau ada masa boleh pergi tengok jugak ni.
Bolehlah menonton filem ini dihujung minggu.
Asyik bro je yg dapat. Tak leh jadi ni
Rezeki menang contest dapat menonoton wayang secara percuma sebelum lancarkan secara rasmi. 🙂
Saya suka tengok cerita kisah macam ni…memang tak jemu tengok berapa kali pun…
Saya menonton filem ini bukan sekadar hiburan.
macam best aje. banyak watak menarik nih..
Tengoklah barisan pelakon tidak perlu diragui.