• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Churpremiere menonton RoboCop 2014

Churpremiere menonton RoboCop 2014

31st January 2014 by akubiomed 27 Comments

RoboCop 2014 sut hitam nampak hebat

Pada Rabu yang baru lepas bersama Atika Ramlan, saya telah menonton pratonton RoboCop 2014 di  Golden Screen Cinema Topicana City Mall.

Sinopsis ringkas RoboCop 2014

Pada tahun 2028, robot dron yang dibangunkan oleh OmniCorp telah digunakan didalam operasi ketenteraan secara total untuk mengurang kehilangan nyawa didalam peperangan.

Raymond Sellars pemilik OmniCorp bercadang untuk mengunakan robot dron melindungi orang awam tetapi mendapat tentangan kerana robot dron ini tidak mempunyai sifat manusia dan lebih kepada logik. OmniCorp melalui Dr. Dennett Norton telah membangunkan RoboCop yang mempunyai ciri-ciri robot yang masih mempunyai sifat manusia.

Alex Murphy seorang anggota polis yang dedikasi membenteras jenayah. Beliau seorang suami dan bapa penyayang telah menjadi mangsa terlibat kemalangan letupan kereta yang dirancang oleh penjenayah yang kes disiasat oleh beliau. Alex Murphy telah dipilih untuk menjadi calon sesuai projek RoboCop.

Perjalanan cerita RoboCop 2014 berlainan dengan filem RoboCop asal dengan sut hitam dan mengunakan motorsikal khas yang menampakkan RoboCop kelihatan sungguh hebat. Menjalankan operasi secara solo membenteras jenayah dan cekap mengunakan senjata. Apabila visor diturunkan RoboCop akan dikawal sepenuhnya oleh logik prosessor untuk mod armor dan apabila visor dinaikkan akan dikawal oleh Alex Murphy. RoboCop kali ini kita akan melihat sifat manusia yang ditonjolkan dengan babak pertemuan antara isteri dan anak buat pertama kali selepas menjadi RoboCop.

Secara keseluruhan filem RoboCop versi 2014 ini tidak mengecewakan kerana sifat manusia yang ada pada RoboCop masih ada. Cuma babak permulaan filem ini mengambarkan penentang berani mati di Tehran, Iran menentang robot dron OmniCorp mencalarkan mood menonton filem ini bagi saya tidak perlu.

AkuBiomed: Terima kasih kepada ChurpChurp kerana memberikan tiket pratonton #Churpremiere RoboCop 2014 di GSC Tropicana City Mall.

Sila tekan butang kongsi:

  • Dapat tiket Pratonton Churpremiere RoboCop
  • Pembukaan sekolah dan sambutan tahun baru 2014
  • Menonton filem Bond baharu Spectre bersama Domino DTopSecret

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Daftar Hotel di Bukittinggi says

    19th November 2015 at 3:27 pm

    sangat mengasyikkan baca review ini … senang bgt, salam kenal

    Reply
  2. Bro Framestone says

    8th February 2014 at 11:23 pm

    Tidak seperti yang ku harapkan…

    Reply
  3. Akuro San says

    4th February 2014 at 4:52 pm

    baca review, macam best… kalau ada masa boleh juga pergi tonton movie nih~

    Reply
  4. Hafizul says

    2nd February 2014 at 1:44 am

    Ni rasa macam nak jeles je ni…sedap kan citer ni…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 9:52 am

      Filem aksi yang menghiburkan.

      Reply
  5. Mus says

    1st February 2014 at 4:59 pm

    kalau tak silap semalam dengar robot tu bagi salam..
    tak berapa best robocop ni..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 9:53 am

      Ya ada dibabak dron di Tehran, Iran.

      Reply
  6. iluvtour says

    1st February 2014 at 4:12 pm

    macam best. ok try tgk esok camne :3

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 9:55 am

      Ya, filem aksi yang menarik untuk ditontoni.

      Reply
  7. TehR says

    1st February 2014 at 3:05 pm

    sempat juga mereka selitkan kes Iran tu

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 9:55 am

      Babak di Tehran, Iran memmang spoil mood.

      Reply
  8. Ezad Skytech says

    31st January 2014 at 7:14 pm

    plot dan jalan cerita untuk filem RoboCop kali ni menarik…tapi tu la, macam yang bro cakap…babak awal tu bikin spoiled mood nak tengok…mujurlah cerita lepas tu layan nak tengok sampai habis…:D

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 9:59 am

      Babak di Tehran mencacatkan sedikit untuk ditontoni.

      Reply
  9. hafiz says

    31st January 2014 at 6:54 pm

    Macam layan je citer dia..
    Propaganda US biasalah…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 9:59 am

      Kalau tida ada unsur propaganda memang tidak sah.

      Reply
  10. Juan says

    31st January 2014 at 5:30 pm

    saya pun sama, kalau ada babak tang Islam ni x elok mesti hilang mood

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 10:00 am

      Sebagai penonton kita perlu bijak.

      Reply
  11. boni kacak says

    31st January 2014 at 5:26 pm

    pergh.. ni yang nak kena tengok ni.hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 10:01 am

      Boleh pergi menonton dengan member.

      Reply
  12. hazman aka species1980 says

    31st January 2014 at 4:49 pm

    Skang nie churp2x suka buat kat area sana…. kalau area mid valley boleh gagah lagi tu…. apapun memang guna nak tengok untuk movie marathon nanti

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 10:01 am

      GSC City Mall Tripicana dekat dengan tempat kerja.

      Reply
  13. ohcikgu says

    31st January 2014 at 2:50 pm

    robocop dah tukar baju hitam plak dahh..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 10:02 am

      Memang smart pakaian armor berwarna hitam.

      Reply
  14. zik says

    31st January 2014 at 2:36 pm

    Wah manyak syok.. Mesti punya ada kain dgan isu semasa pasal iran… Kalau dah us yang buat cerita..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 10:04 am

      Memang syiok menontonnya

      Reply
  15. Wilson Ng says

    31st January 2014 at 1:49 pm

    Seriously, it looks awesome in black!

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 10:05 am

      Ya, looks cool.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in