Panduan bina child theme Twenty Fifteen.
Word Press telah pun melancarkan theme Twenty Fifteen untuk pengguna CMS Word Press. Saya juga tidak melepas peluang untuk bertukar dari theme Twenty Fourteen kepada theme Twenty Fifteen.
Tentu rakan-rakan yang mengunjungi blog AkuBiomed[Dot]Com sudah perasan perubahan berlaku kepada paparan blog ini. Memang dari sejak mula blogging saya suka theme yang minimalist, responsive, ada SEO dan ringan. Terbaru Word Press telah memperkenalkan Twenty Fifteen dengan ciri terbaru iaitu fungsi Parallax scrolling bagi saya ia adalah fungsi paling awesome dan bakal menjadi trend terkini.
Sebelum itu mungkin tertanya-tanya apa benda Parallax Scrolling ini?
Dengan bahasa mudah Parallax Scrolling adalah fungsi scrolling secara menegak terutama bagi mereka yang melayari blog dengan mengunakan smartphone dan tablet lebih suka scrolling dan bagi pengunakan desktop juga boleh scrolling untuk membaca blog. Boleh baca lebih lanjut mengenai Parallax scroling ini di blog WangCyber dan WikiPedia.
Kenapa nak bina Child Theme?
Berbalik kepada panduan bina Child Theme Twenty Fifteen. Apabila mengunakan child theme ini kita boleh mody theme tanpa menjejaskan theme utama. Kalau ada ada kemas kini versi Word Press jadi tidak akan terjejas modi dan setting yang dibuat sebelum ini akan hilang kerana theme akan kembali kepada default setting. Kalau guna child theme ini tidak akan hilang modi dan setting yang telah dibuat selepas menaik taraf versi theme Word Press.
Panduan bina child theme Twenty Fifteen. Ia agak teknikal sedikit perlu ada asas pengetahuan kod dan biasa mengunakan aplikasi FileZilla untuk FTP. Boleh download aplikasi FileZilla PERCUMA. [+] http://sourceforge.net/projects/filezilla/
- The child theme directory
- style.css
- functions.php
- Bina folder dengan nama twentyfifteen-child.
-
Bina child theme stylesheet(style.css)
Buka Note Pad kemudian copy kod dibawah.
/* Theme Name: Twenty Fifteen Child Theme URI: http://example.com/twenty-fifteen-child/ Description: Twenty Fifteen Child Theme Author: John Doe Author URI: http://example.com Template: twentyfifteen Version: 1.0.0 License: GNU General Public License v2 or later License URI: http://www.gnu.org/licenses/gpl-2.0.html Tags: light, dark, two-columns, right-sidebar, responsive-layout, accessibility-ready Text Domain: twenty-fifteen-child */
Save nama fail sebagai style.css
3. Bina fail functions.php
Buka Note Pad dan copy kod dibawah
<?php add_action( 'wp_enqueue_scripts', 'theme_enqueue_styles' ); function theme_enqueue_styles() { wp_enqueue_style( 'parent-style', get_template_directory_uri() . '/style.css' ); }
Kemudian save sebagai functions.php
4. Masukkan file style.css dan functions.php kedalam folder twentyfifteen-child.
5. Transfer folder kedalam mengunakan FileZilla kedalam folder public didalam hosting
/public_html/wp-content/themes
6. Login Word Press dan pada paparan dashboard klik Appearance – Themes.
- Klik Child theme tersebut. Siap.
8. Sebelum proses diatas lakukan, pastikan sudah pun memasang theme Twenty Fifteen.
Saya sudah permudahkan membina child theme Twenty Fifteen. Boleh download link dibawah secara PERCUMA.
Child theme Twenty Fifteen. [+] http://goo.gl/0FOJ5S
Boleh ubah apa yang saya highlight pada gambar dibawah.
Boleh rujuk panduan rasmi Child Theme di WordPress. [+] http://codex.wordpress.org/Child_Themes
wah.. ilmu yg bagus ni.. kak suka baca blog kamu.. banyak info.. jemput datang ke blog kak. tq
simple dan nampak elegen. scrolling pun mudah 😉
lebih cantik jika ada pemgubahsuaian..dan panduan ini boleh gak dicuba
Oh, menarik la kalau tak ganggu setting lain..insyaAllah boleh try nanti 🙂
Menarik.
Macam boleh try tengok2 kan dulu la.
memang theme ini lebih ringan dari theme blog sebelum ini dan lebih look pro
Terima kasih. Theme default WordPress memang terbaik, PERCUMA, SEO dan minimalis.
Alamak..menariknya
Tapi takut nak buat sendiri…
Perlu ada asas dan pengalaman. 🙂
tq bro.. nak try juga nanti bila ada kelapangan
Sangat mudah untuk bina child theme ini.
dalam peracangan nak guna WP jugak ni bro..he3
Boleh cuba-cuba theme Twenty Fifteen ini nanti.
nak elak rasa jemu ni slaah satu caranya ya
tak reti nk update sendiri… risau macam2
Biasalah. Saya pernah melalui situasi tersebut. Jangan takut buat silap tetapi perlu bijak.
tak tahu nak hadap asas boelh lebih dalam memamg kepeningan katanya
Terbaik lah Akubiomed. Aku seriau sikit nak modified ni..pernah dulu aku modified theme 2012 tukar dan masukkan kod kat css. Tap-tap pembekal hosting aku cakap ada malware dan datangya dari theme yang aku modified…
Tapi kalau nko dah tukar… result dia OK..boleh lah ikut…
Nak selamat jangan guna Theme yang pirate memang ada di inject code. Tanggung sendiri.
bab ni memang fail sikit.
malas nak godek-godek sangat. haha..
Sudah perlu theme yang mesra mobile user.