• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Budak bermain rounders di Pantai Puteri

Budak bermain rounders di Pantai Puteri

20th June 2014 by akubiomed 23 Comments

Seronok melihat budak kampung bermain rounders di pantai

Budak-budak kampung bermain rounders di pantai Puteri. Ini adalah cerita minggu lepas, saya telah balik kampung untuk menghadiri majlis kahwin. Seperti biasa bila ada peluang akan mengunjungi pantai untuk mengambil gambar.

Menguji ND Filter buat pertama kalinya.

Saya mencuba ND Filter yang baru dibeli untuk mengambil gambar matahari terbenam di pantai Puteri. Sementara menungu ‘Golden Hour’ sempat snap beberapa keping gambar curi budak-budak kampung bermain rounders di pantai.

Saya mengunakan lensa 200mm F3.5 sesuai untuk mendapat aksi mereka bermain tanpa disedari aksi mereka bermain di rakam. Yang menariknya ada seorang budak Cina turut bermain sama permainan rounders. Nampaknya tidak ada kekok beliau bergaul dengan budak-budak Melayu lain dengan bermain sama.

Cara mereka bermain rounders ini agak berbeza dimana mereka mempunyai pemukul bola tenis dan pelari berasingan. Berbeza dengan peraturan yang saya pernah bermain dahulu.

Seronok melihat kelibat budak kampung ini bermain mengimbau zaman ketika kecil dahulu. Bezanya saya bermain di kawasan perumahan lebih mencabar apabila bola tenis yang dipukul meliar masuk rumah jiran.

 

Gambar ‘Golden Hour’ yang diambil di pantai Puteri.

Cuba belajar mengunakan ND Filter untuk mendapatkan efek tona warna dengan mengunakan slow shutter. Hasilnya tidak seperti yang diharapkan apabila matahari berlindung disebalik awan tebal sama seperti pernah berlaku setiap kali mengunjung pantai Puteri.

Saya mengunakan aplikasi Android Exsate Golden Hour untuk mendapatkan maklumat masa dan tempoh. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dari Play Store.

Sila tekan butang kongsi:

  • Sepetang di Pantai Puteri
  • Bawa anak bermain air di pantai Puteri
  • Menggapai senja di pantai Puteri

Filed Under: blog Tagged With: pantai puteri melaka

Reader Interactions

Comments

  1. syaifuddin alias says

    27th June 2014 at 2:55 pm

    zaman saya muda dulu sokmo juga main rounders..hehe..

    Reply
  2. amirulfaiz says

    24th June 2014 at 5:54 am

    Rounders, budak-budak kampung masih mainkan permainan ni ye? Bagus. 20 tahun dulu, saya suka main rounders nih. Guna bola tenis yang orang tak mahu lagi di gelanggang tenis hotel Riviera Bay Resort, Tanjung Kling.

    Reply
  3. Dawaihati says

    23rd June 2014 at 7:56 pm

    Kalau di tempat saya permainan rounders ini disebut “kasti”.
    Terlihat cantik sekali pemandangan di pantai puteri dengan hasil jepretan kameranya

    Reply
  4. Ezad Skytech says

    23rd June 2014 at 5:29 pm

    susah nak jumpa budak2 sekarang main rounders ni…:D

    Reply
  5. Ismail N says

    23rd June 2014 at 2:50 pm

    Zaman ni jarang nampak budak2 main rounders lagi. Kalau dulu2, ni lah antara sukan yang popular dan paling dimainkan. adehh..

    Reply
  6. Bro Framestone says

    23rd June 2014 at 2:43 pm

    Dulu masa kecik. Ini salah satu permainan sesama rakan sekampung. Lawan dengan kampung sebelah. Siap ada awek join sama lagi.

    Reply
  7. suri says

    23rd June 2014 at 11:38 am

    saya suka pemandangan yang ab ambil ni cantik snagat-sangat

    Reply
  8. suri says

    23rd June 2014 at 11:36 am

    terus teringat masa zaman saya dulu lagu ni ar main heee…sesekali bola termasukd alam laut aha…

    Reply
  9. Ummi Hanie says

    23rd June 2014 at 1:32 am

    ini permainan kegemaran saya ketika bersekolah rendah dahulukala… oh rindunya nak main 🙂

    macam biasa, koleksi2 gambar yang cantik

    Reply
  10. ~uncle gedek! says

    22nd June 2014 at 12:34 pm

    uncle kalau ke pantai tak main rounders…

    uncle cuci mata…

    hehe

    Reply
    • akubiomed says

      23rd June 2014 at 5:55 pm

      Tahu sangat dengan uncle. 🙂

      Reply
  11. Manan Qayyim says

    22nd June 2014 at 1:11 am

    ini lah permainan mase budak2 dulu… tp, skrng susah nk tengok budak2 main rounders…

    main tab, handphone bnyk la skrng…

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2014 at 1:45 am

      Sekali- sekala kena letak tepi gajet dan mula keluar peluh dengan aktiviti fizikal.

      Reply
  12. dkna abza says

    21st June 2014 at 2:30 pm

    Cantiknya kawasan pantai..
    Dkna tak pernah main permainan nie.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2014 at 1:44 am

      Aiks, tak pernah main rounders?

      Reply
  13. Hairul Hissam says

    21st June 2014 at 12:37 am

    dulu kecik2 suka gak main..
    tapi di padang shj laaa. dan ada musim dia….

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2014 at 1:43 am

      Masing-masing mahu jadi jagoan siapa buat pukulan lebih jauh.

      Reply
  14. Bahrain says

    20th June 2014 at 11:46 pm

    Rindu zaman sekolah, sebab permainan paling diminati masa tu rounder. Satu kepuasan oo dapat lontar bola. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2014 at 1:42 am

      Antara permainan yang digemari semasa zaman kanak-kanak.

      Reply
  15. Abdur says

    20th June 2014 at 11:37 pm

    Budak yang tengah pukul itu masuk kategori NICE MOMENT atau tak,eh?

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2014 at 1:41 am

      Boleh diambil kamera. Kalau ada lensa yang gempak tentu hasilnya lebih baik.

      Reply
  16. Ainaa Roseberry says

    20th June 2014 at 11:01 pm

    Cantiknyaa gambar langit tuuu. SubhanaAllah. Tenang je tengok.

    Dulu masa zaman sekolah menengah dahulu, selalu ena main rounders ni dengan kawan kawan ena. Sekarang dah tak main dah. Rindu

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2014 at 1:40 am

      Setakat ini belum berpuas hati dengan hasil tangkapan. Insyallah akan diperbqiki dari masa ke semasa.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in