Syabas menerima pembayaran bil air dengan JomPAY sahaja bermula 1 Januari 2018.
Tentu ramai yang mungkin tahu dan mungkin tak tahu kerena sebelum ini mudah untuk membuat pembayaran bil air Syabas dengan Online Banking melalui bank-bank tempatan. Pada 1 Januari 2018 untuk pembayaran online hanya boleh di buat dengan JomPAY sahaja.
Jangan panik perubahan yang dilakukan oleh air Syabas dengan beralih pembayaran dengan JomPAY sahaja.
Apa yang bakal dikongsikan adalah untuk pengguna Maybank2u Online juga boleh bayar dengan JomPAY. Perlu ambil perhatian perlu buat semakan dan setting sebelum pembayaran JomPAY boleh dilakukan.
Berdasarkan pengalaman saya setelah dua bulan tidak berjaya untuk bayar bil air Syabas , gara-gara pertukaran sistem pembayaran dengan JomPAY.
Saya buat aduan kepada Maybank dan akhirnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih Maybank.
Ambil Perhatian Sebelum Buat Pembayaran Dengan JomPAY.
[PENTING]Semak dahulu setting Interbank GIRO Transfer. Jika setting gagal dibuat secara tak langsung pembayaran mengunakan JomPAY di Maybank2u Online akan gagal dengan Error.
Kenapa perlu setting Interbank GIRO Transfer sebenar tujuannya nak setting had limit pembayaran dibenarkan sehari.
Ikut panduan dibawah bagaimana nak setting had limit pembayaran Interbank GIRO Transfer.
1. Login ke akaun Maybank2u Online.
– Klik Accounts & Banking
2. Klik Tranfers.
2. Scroll ke bawah sehingga jumpa Transaction limit maintenance.
– Klik Transaction limit maintenance.
3. Semak had limit sehari pemindahan duit di Bil Air Syabas hanya terima pembayaran dengan JomPay.
– Masukkan had limit sehari jika tiada dan pastikan ia tidak Zero.
– Kalau had limit telah ditetapkan boleh terus buat pembayaran dengan JomPAY.
3. Verifikasi TAC untuk setting had limit Interbank GIRO Transfer baru.
Siap sudah setting had limit sehari pembayaran Interbank GIRO Transfer telah disemak dan set. Bolehlah mula buat pembayaran bil air Syabas dengan JomPAY.
Seterusnya panduan pembayaran JomPAY.
- Klik Bill Payment.
- Klik JomPAY.
2. Klik Make a one-off payment.
3. Masukkan no Biller Code dan Ref 1:
– Biller Code adalah no rujukan unik untuk Air Syabas.
– Ref 1 adalah no rujukan akaun bil air pembayaran pelanggan.
Pada bil Air Syabas tertera no Biller Code Air Syabas dan Ref 1: No rujukan akaun Pembayar.
4. Dapat TAC untuk pengesahan pembayaran melalui JomPAY.
Lengkap sudah langkah demi langkah pembayaran bil Air Syabar dengan pembayaran melalui JomPAY.
Sila kongsi dan maklum kepada rakan-rakan yang mengunakan Maybank2u Online dapat bayar bil air Syabas dengan JomPAY pada masa akan datang.
At first nampak macam sukar, tapi lepas dah buat setting kat online banking, insyaAllah semua dah ok 😉
Penting semak setting limit pembayaran di GIRO Interbank Transfer sebelum pembayaran mengunakan JomPAY berjaya.
Nampak seperti masih perlukan lebih effort sebab masih perlu masukkan biller code dan no rujukan tetapi masih mudah sebab online. Maklumat tersebut juga ada dalam bil air.
Panduan saya berikan adalah untuk ‘one time’ payment. Boleh register sebagai ‘Favourite Payment’ pada masa akan datang.
Tak payah susah nak ke kaunter lagi untuk pembayaran bil air ni, hanya perlu guna Jom Pay sahaja
Memang dah lama tidak bayar di kaunter. Selalu bayar secara online. Bila Air Syabas ubah kepada JomPAY ada masalah sikit bila nak bayar dengan Maybank2 Online tetapi berjaya diselesaikan dengan buat setting sedikit.
Baru dapat surat dari Syabas suruh buat pembayaran menggunakan JomPAY.. terima kasih untuk artikle ini.. amat membantu
Bagi yang bayar JomPAY guna Maybank2u sebaiknya lihat setting yang dikongis didalam posting. Kalau tidak pembayaran tidak lepas keluar error.
heheh ni semua permainan politik
Dah tahu cara bayar senang. Kalau kena potong mahu pening kepala. 🙂
Setakat ni tak pernah bayar bil Syabas, setiap bulan RM0.00
Syukur alhamdulilla. Saya famili besau 7 orang ahli keluarga. Dah berjimat banyak dengan terlebih bayar sen-sen sahaja. 🙂
nasib tempat saya duduk sekarang management yang urus bab nih
hehehe
JomPAY bukan setakat bil air Syabas sahaja. Bil lain-lain, kad kredit, cukai, Indah Water dan sebagainya sudah menerima pembayaran dengan JomPAY.
Tidak mengapalah asalkan cara online. Mungkin Jompay pandai pujuk Syabas supaya bil dibayar melalui mereka.
Pada pengguna Maybank2u Online akan ada masalah untuk membuat pembayaran dengan JomPAY kerana ada setting perlu disemak sebelum pembayaran kepada bil berjaya.