Tahap keselamatan aplikasi Connect Mobile dipertingkatkan dengan fungsi pengesahan biometrik.
source:emaze
Kebimbangan pencerobohan pihak ke 3.
Sebagai pengguna kita mempunyai kebimbangan tentang tahap keselamatan ketika membuat urusan bank diatas talian. Sudah banyak kes yang dilaporkan mengenai kehilangan duit didalam simpanan kerana akaun dicerebohi oleh pihak ke 3 tanpa kebenaran. Ia memberikan kebimbangan dan keraguan tahap keselamatan aplikasi perbankan diatas talian.
Imbasan biometrik cap jari mampu meningkat keselamatan.
Dengan itu pihak Hong Leong telah memperkenalkan fungsi pengesahan biometrik dengan mengimbas cap jari sebagai ciri keselamatan. Secara tidak langsung dapat menghalang pencerobohan oleh pihak ke 3. Pengesahan biometrik sukar ditiru kerana cap jari setiap individu adalah berbeza dan unik.
Pengguna aplikasi Hong Leong boleh akses untuk mengunakan 5 perkhidmatan didalam aplikasi Connect Mobile dengan mengunakan imbasan cap jari seperti:-
• Periksa baki akaun
• Pengeluaran tunai tanpa kad ATM
• Pemindahan wang
• Pembayaran Express (PEx)
• Pembayaran runcit
Untuk mengunakan fungsi pengesahan biometrik ini boleh didapati di iOs Apple iPhone 5S dan iPhone 6 siri yang mempunyai fungsi Apple Touch ID dan juga Android untuk Samsung Galaxy S6 yang mempunyai imbasan cap jari. Aplikasi Mobile Connect ini boleh dimuat turun di iTunes dan Google Play
Kalau korang ada telefon pintar yang mempunyai imbasan cap jari, korang tidak perlu lagi ragu-ragu untu mengunakan aplikasi Connect Mobile yang merupakan kemudahan yang boleh digunakan bila-bila masa dan dimana-mana. Tidaklah terkejar-kejar apabila perlu membuat pemindahan atau pembayaran di kaunter bank kalau mengunakan aplikasi Connect Mobile ini. Urusan perbank diatas talian tidak semudah ini.
Untuk makluma lanjut boleh layari laman rasmi >> www.hlb.com.my/main/news/20150914-001-biometrics-authentication-for-connect<<
ideayang menarik utk lebih secure..cuma cik tom takde hong leong bank…
Huhu..tak ada pengalaman pulak bab ni.. Tapi bunyinya macam lebih menjamin keselamatan kad..
Memang rasa selamat dan lagi pantas menggunakannya…
pencerobohan adalah perkara yang menakutkan kepada mereka yang menjadi pengguna perbankan online
Ciri imbasan biometrik memberikan keselamatan tambahan.
ok kalau guna cap jari selamat lah sikit ..
Ya, mampu memberikan keyakinan untuk mengunakan aplikasi perbankan dengan selamat.
wah bagus macam ni dah ada fungsi begini
Satu kelebihan sebenarnya dan memberikan keyakinan urusan perbankan yang lebih selamat.
Salah satu cara untuk meningkatkan keselamatan perbankan. Tetapi kalau yang ada masalah dengan cap jari tu susah juga. yang jenis cap jari susah nak baca tu kan
Memang susah nak tiru cap jari sebab ia jaluran cap jari tidak sama setiap orang.
Adehh.. akaun HL cuma ada seringgit je 😀 Nantilah transfer 2.6 biliyon, boleh lah guna aplikasi ni puas-puas.
Bila mahu kasi tambah jadi banyak? 🙂
bagus hong leong bank ni. bergerak seiring dengan kemajuan teknologi imbasan biometrik. sebab tidak lama lagi mungkin semua smartphone akan ada feature ni.
Harap ciri imbasan biometrik ini dapat digunakan kepada gajet yang mempunyai imbasan ini.
bagus buat idea macam nih.. lebih secure
Sudah tentu lebih selamat dan urusan perbankan lebih diyakini.
Wah..semakin canggih aplikasi bank sekarang ni..
Ada ciri keselamatan dengan pengesahan biometrik boleh meningkat keyakinan membuat transaksi secara online.
Semua bank patut menggunakan aplikasi ini. Tapi bagaimana bila gunakan komputer?
Ada sesetengah laptop mempunyai pengesahan biometrik.
tak lama lagi… ada orang hack ni pulak! adui!
Penyangak siber ini sentiasa mempuyai usaha untuk memecah kod tetapi pengesahan biometrik boleh dikatakan selamat.
Perlukan gajet yang boleh imbas cap jari, ya, sesuai dengan kedudukan kewangan pengguna, duit banyak dalam akaun, pasti boleh ada gajet yang imbas cap jari. Hehe.. 🙂
Senang guna pengesahan biometrik tidak perlu masukkan kod dan dapatkan TAC. Kadang-kadang TAC lambat terima.
Canggih ni.. sistem yang libatkan duit mmg kena tinggi tahap sekuriti dia
Sudah semestinya untuk keselamatan yang melibatkan urusan perbankan diatas talian. 🙂
biar btol btol bagi pengguna rasa selamat..baru syok
Boleh tarik nafas lega apabila berurusan diatas talian.
okeh.
benda ni memang bagus sebenarnya.
sekuriti ketat sikit.
Tidak lama akan menjadi satu trend kepada mereka yang mempunyai gajet ada imbasan biometrik.
tq for the info
Ada akaun dengan Hong Leong tak?