• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Ambil PhD di usia emas

Ambil PhD di usia emas

20th October 2010 by akubiomed 12 Comments

Sambung PhD di usia emas.

Bholaram Das seorang warga emas dari India mengambil PhD pada usia 100 tahun. Beliau yang berasal dari timur laut bandar Guwahati di India seorang pesara hakim. Das dikurniakan 5 orang anak dan 100 cicit.

“Saya sudah menjalani kehidupan yang sungguh bermakna selama hampir 100 tahun” Petikan kata: Bholaram Das.

Aku tertarik dengan posting Teh Ramuan yang bertajuk Siapa Kita Pada Pandangan Kita mengenai seorang gadis menghabiskan selama 20 tahun belajar akhirnya menjadi seorang isteri. Maaf, Teh Ramuan aku tidak bermaksud untuk membuat provokasi dengan anda mungkin aku gagal memahami apa yang cuba disampaikan.

Pada pendapat aku tidak rugi belajar kerana dari dalam janin lagi kita belajar mendengar degupan aneh jantung si ibu dan mengamati bunyi aneh dari dalam kantung perut si ibu.

Walaupun aku telah lama di alam pekerjan, keinginan untuk belajar tidak pernah pudar dan belajar itu tidak semesti formal hingga perlu pergi kelas atau kuliah. Kita belajar dari sekeliling samada sedar atau tidak

Selepas tamat pengajian kolej aku belajar alam pekerjaan dan belajar sifat-sifat manusia. Bila bercinta pula aku belajar cemburu, benci dan sayang. Ketika menyambut kelahiran anak sulung aku belajar bagaimana hendak membesarkan anak. Korang pula macamana?

  • Jutawan Emas Leadership Training suntik semangat baru
  • belum PUAS 8 tahun akhirnya kebocoran
  • Pelajaran seks disekolah bersediakah kita dari segi mental

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Steward John says

    29th October 2010 at 8:57 am

    Bagus artikel ni.. biar buka hati dan mata orang dekat luar bahawa umur bukan faktor penghalang dalam pendidikan.. Memang kental hati dia tu nak belajar…

    Reply
  2. Hadi Rofiee says

    23rd October 2010 at 4:22 pm

    Artikel yg menarik utk dikomentar. Benar tu, kehidupan ini adalah guru terbaik kita. Macam2 yang dapat dipelajari bg sesiapa yg sedar. 🙂

    Sesuatu yg menarik berkenaan warga emas ini adalah walaupun pd usia 100 tahun, namun pemikirannya masih hebat. Itu yg mengagumkan saya. Semoga ia menjadi inspirasi utk saya meneruskan lg pembelajaran.

    p.s: maaf jika agak panjang.

    Reply
  3. acapz says

    22nd October 2010 at 10:04 pm

    hbt diew ni. haha. papepon ilmu tu pnting 😀

    Reply
  4. zik says

    21st October 2010 at 11:40 pm

    tabik lah dekat orang tua nie…. pernah berfikir juga nak sambung belajar… azam tuh dah ada…

    Reply
  5. tehr says

    21st October 2010 at 3:58 am

    entri ini telah melengkapkan maksud tulisan saya, terima kasih
    belajar bukan hanya untuk mendapat kerja besar dan gaji lumayan

    seperti bholaram das, beliau belajar hanya kerana mencintai ilmu bukan untuk mendapat kerja yang baik apa lagi gaji yang lumayan, lagi pun beliau sudah bersara

    seronok jumpa entri ni yg memberi gambaran lebih mudah mengapa kita belajar

    Reply
  6. Samdaddycool says

    21st October 2010 at 1:10 am

    Dalam Islam ada ditekankan, tuntutlah ilmu seawal dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Cuma bagi orang Islam kalau dah pencen tu, lebih baik kita tuntut ilmu bekal ke alam kubur.

    Reply
  7. suri says

    20th October 2010 at 9:36 pm

    saat belajar adalah saat yang paling indah…

    saat anak membesar di depan mata juga saat yang tidak akan dilupakan..

    Reply
    • akubiomed says

      20th October 2010 at 10:25 pm

      Saya kalau tentang anak memang kalah lagi kalau orang tua pantang cucu kena jentik dimarahnya emakbapaknya. Padahal rotan dan tali pinggang selalu kena hinggap dibelakang badang tapi tang cucu alahai tak terkuis 😉

      Reply
  8. suffer8zine says

    20th October 2010 at 8:12 pm

    fuhhh! memori kuat lagi tu leh amek phd!

    Reply
    • suri says

      20th October 2010 at 9:37 pm

      kata orang sementara kita masih muda..daya ingatan masih kuat blh jer klu tiada yang menghalangnya..

      Reply
      • akubiomed says

        20th October 2010 at 10:23 pm

        Orang kita bagus bila dah pencen ramai yang mendekati surau dan menunaikan Haji itu lagi Afdal.

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in