• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Aku memang betul-betul lupa

Aku memang betul-betul lupa

27th January 2011 by akubiomed 92 Comments

Bila penyakit lupa melanda.

Siapa yang menonton Raja Lawak Musim ke-5 tentu teringat salah seorang peserta bernama Nazmi yang telah membawa lawak mengenai lupa.

Kredit: Astro Prima

Aku ingat Nazmi peserta Raja Lawak Musim ke-5 saja yang lupa rupanya penyakit lupa Nazmi Raja Lawak musim ke-5 telah berjangkit pada aku. Gaji akan aku akan di kredit setiap 25hb setiap bulan.

Biasanya bila gaji dah masuk akan bersusun bil-bil menunggu yang perlu dilangsaikan sebelum tarikh akhir bayaran luput. Biasanya aku akan mengunakan Maybank2u online untuk membayarkan bil secara online transaksi.

Semalam betul-betul mimpi ngeri yang mana aku betul-betul lupa nama login dan kata laluan. Macamana boleh lupa padahal setiap bulan aku bayar dengan login Maybank2u, puas aku masuk nama login dan kata laluan satu pun tidak betul.

Apabila dah ingat nama login,  kata laluan pula lupa. Aku mengambil keputusan untuk reset kata laluan dan berjaya. Setelah aku balik dari pejabat aku cuba login Maybank2u untuk melaksana pembayaran bil-bil sekali lagi penyakit lupa kembali lagi yang mana nama login aku ingat kata laluan pula tak ingat.

Setelah beberapa kali mencuba masuk kata laluan akhirnya aku di ban dari login Maybank2u kerana memberi kata laluan yang salah. Aku cuba reset kata laluan tapi gagal kerana Maybank2u tidak membenar reset kurang dari 24jam dan aku perlu 24jam berikutnya untuk reset kata laluan. Aku tepaksa tunggu esok harinya kalau untuk reset kata laluan.

Aku hubungi khidmat pelanggan Maybank2u untuk mengadu domba dengan masalah aku terlupa kata laluan tapi malangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa kecuali aku perlu tunggu 24jam berikutnya untuk reset kata laluan yang baru

Hari ini dengan muka kecewa aku terpaksa ke pejabat POS untuk melangsai bil-bil 🙁

p/s: nasib baik aku masih ingat nombor pin kat ATM kalau tidak masak aku 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega Akhir
  • Sepah Juara Maharaja Lawak Akhir
  • Penyingkiran pertama Maharaja Lawak Mega 2012

Filed Under: blog Tagged With: Astro Prima, Juara Raja Lawak, lawak, lupa, lupa kata laluan, lupa nama login, maybank2u, maybank2u online, Nazmi Raja Lawak, online banking, password, perserta Raja Lawak, Raja Lawak, Raja Lawak Astro, Raja Lawak musim ke 5, sketsa, username

Reader Interactions

Comments

  1. juanita says

    14th May 2011 at 12:26 am

    Bagus juga terlupa id & pwd tu. Sekurang2 nye kita tuka pwd yg berkurun sama je 🙂

    Reply
  2. lia says

    19th February 2011 at 2:37 pm

    tulun saye..!!saye ta ingat kata laluan nak isi upu neh…
    da banyak kali try tapi dia tulis”pastikan kata laluan dan pengesahan kata laluan adalah sama”

    adoiiiiiiii……..try komputer lain pon xleh gk..
    saye buat “remember”
    tapi xingat gak n bnyk kali tukar..
    macam mana neh celaru neh..

    Reply
  3. Amirez says

    31st January 2011 at 1:23 am

    kadang2 yang selalu kita ingat itulah yang akan kita lupa. lama pula tu. pernah sekali terlupa nombor pin atm sendiri. puas fikir tak juga ingat2. satu-satunya klu adalah nombor kad matrix yg dah hilang lama. dekat 2 minggu gak baru ingat balik hehe

    Reply
  4. Amry says

    29th January 2011 at 5:10 pm

    saya kalau set username n passwords, selalu sama jer dengan akaun lain2. kalau lain2 tu yang susah tu.

    Reply
  5. Zezebel says

    29th January 2011 at 3:41 pm

    Banyak benda nak dipikir kot..hehe

    Reply
  6. Cikgu Hairul says

    29th January 2011 at 1:22 am

    Makan kismis dengan kotak-kotaknye sekali la bro. Mungkin boleh ilangkan penyakit tu.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 1:58 am

      Ha..haa..belum lagi mencuba petua tersebut

      Reply
  7. Hadi Rofiee says

    28th January 2011 at 7:07 pm

    Salam.

    Huh, sangat bahaya penyakit lupa sebegini.

    Aku juga kadang2 terjadi macam tu. Akhirnya aku ambil keputusan untuk samakan semua usernama & password untuk sebarang urusan yang aku lakukan.

    Pa2 pun, sama2 berharap & berdoa agar dihindarkan daripada penyakit lupa yang teramat sangat. i’Allah.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 12:01 am

      Tuh lar pasal bro. Ada kebaikan dan keburukan kalau mengunakan usernam dan password untuk semua akaun cuma perlu berhati-hati supaya ia tidak mudak dicerobohi

      Reply
      • Hadi Rofiee says

        29th January 2011 at 6:22 pm

        itu aku sangat setuju. Perlu sangat2 berhati2. 😐

        Reply
  8. nash says

    28th January 2011 at 7:00 pm

    hahaha.. popular ea perkataan ‘aku betul2 lupa’ ea..
    bukan je berjangkit kat ko..
    time drama kitorang selain drama aku jadi mak orang, ada watak org yg lupa.. hahahaaa… lawak2 😛

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 12:02 am

      Memang kelakar pun kalau nak ingatkan balik pada hal memang kerap mengunakan username dan password yang terlupa

      Reply
  9. Ladfe Amir says

    28th January 2011 at 6:42 pm

    tapi part si Nazmi bawak bab penyakit lupa ni..mmg takleh blah. kebetulan aku menonton pada hari tu..aku turut terhibur dengan lawaknya

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 12:03 am

      Kalau melihat isi tidaklah berapa sangat cuma karektor yang dibawa memang mencuri perhatian 🙂

      Reply
  10. Ladfe Amir says

    28th January 2011 at 6:41 pm

    selalunya aku gunakan password yang sama tetapi berbeza sedikit..mungkin ada penambahan huruf besar atau simbol.

    biasanya aku cuma ada 2 jenis password..satu tu mmg semuanya huruf sahaja.melibatkan email dan forum password. untuk yg lbh pelukan keselamatan, password dengan huruf+nombor+simbol.

    yg sll aku lupa ialah password utk lgin ke customer service domain aku.

    p/s: maybe bro terlebih makan semut barangkali…

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 12:04 am

      Tak tahu sapa lah naya sangat bagi minum air bersemut 🙂

      Reply
  11. LeeZha says

    28th January 2011 at 4:19 pm

    saya lupa pswd jobmalaysia saya, tak pasal2 hari ni dah tak boleh nak apply job lam tu! huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 12:17 am

      Memang bermasalah ada cuba reset kembali?

      Reply
  12. Idea Lampu says

    28th January 2011 at 11:48 am

    Aku insyaAllah tak lupa password maybank2u dah. Mungkin sebab aku hari-hari cek gaji walaupun tau gaji masuk hujung bulan. Hahaha… Adoi, poket kering dah di awal bulan. Gitulah keja gomen yang tidak bermotivasi mcm aku nie.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 12:20 am

      Aiks, kerja Gomenkan gaji awai. Apa yang hendak dibimbangkan

      Reply
  13. MDHAFiZ.NET says

    28th January 2011 at 11:47 am

    aduhh.. mcm mana nih?? aku pun lupa kata laluan aku kt bankislam…
    habis tu nak buat mcm mana saudara akubiomed?? dh lama jugak aku x buka on9…dulu selalu lepas aku lupa langsung x pernah buka.. fed up dh.. padahal kata laluan itu dh betul dh.. tp still x boleh buka…haiz… 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2011 at 12:21 am

      Cuba telefon customer service Bank Islam tentu mereka boleh bantu reset balik

      Reply
  14. suri says

    28th January 2011 at 11:02 am

    bila dah sampai opis nnti nak balik rumah jaganlah pula lupa jalan nak kesana pula hiii..

    bro buatlah note kat kelender ker..hp ker senag set kata laluan kt stu nanti apa2 hal senag nak cari hiii

    Reply
  15. suri says

    28th January 2011 at 11:01 am

    baru buat entri ttg lupa dah mula lupa hiiiii..

    rasanya bro ada nasalah ni tu yang tak dapt mengingati sesuatu pkra dgn baik walaupun perkara tu dah buat beberapa kali huuu…

    Reply
  16. RedBoys says

    28th January 2011 at 7:49 am

    adalah lebih selamat jika semua id dan password ditulis dalam satu buku dan simpan ditempat mudah lihat. dan pasti takkan ada masalah lupa id atau password. 🙂

    Reply
    • Idea Lampu says

      28th January 2011 at 11:54 am

      Bahaya juga kalau ada org yang datang rumah dan terbaca.
      Ada software untuk simpan segala maklumat penting aku penah guna. Tapi lupa nama. RoboForm ka apa tah lagi satu. Tapi skrg dah malas nak guna software. Sebab dah jumpa teknik bagi senang ingat. hehehe..

      Reply
      • akubiomed says

        29th January 2011 at 12:19 am

        Memang ada software yang boleh manage kita punya password tapi tidak confident hendak guna

        Reply
  17. pemerhati dunia says

    28th January 2011 at 4:40 am

    Kalau terlupa password atm, korek tabunglah nampak gayanya…

    Reply
  18. decrewz says

    28th January 2011 at 4:16 am

    Bahay betul bro ni, siap boleh betrukar2 lupa plk.. Jgn lupa diri sudeh..he3

    Reply
  19. sangilapi says

    28th January 2011 at 12:18 am

    betul-betul lupa tak pe jangan buat-buat lupa 🙂

    Reply
  20. etomyam says

    27th January 2011 at 7:20 pm

    huhu memang huru-hara bila tiba-tiba kita jadi ‘point blank’ gitu..err aku pun dah dua kali kena call balik maybank service center dulu huhu

    Reply
  21. dnoBiz says

    27th January 2011 at 4:20 pm

    tak pe bro,
    asalkan jangan lupa tempat kerja, rumah tangga, dan duit dalam bank dah le…

    Ramai yang suka buat buat lupa yang dia dah berkeluarga, dan juga buat lupa untuk solat 😀

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 7:16 pm

      Memang ada jenis orang macam tuh. Yang buat-buat lupa bayar makan pun ada dan harap kawan bayarkan 

      Reply
  22. Hans says

    27th January 2011 at 2:42 pm

    Hahahaha
    rasa2nya den pun kadang2 jadi macam tu juga
    hehehehe

    Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

    Reply
  23. eiela says

    27th January 2011 at 12:54 pm

    bahaya penyakit lupa nih. pernah kena, jenuh jugak. tapi sekarang semua dah selaraskan and apa-apa catat dalam buku 555. huhu senang..

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 7:11 pm

      Buku 555 biasanya orang buat rekod hutang. Yang berhutang buat-buat lupa bayar hutang semua masuk buku

      Reply
  24. eLLy says

    27th January 2011 at 12:13 pm

    adusss.. nasib baik ID & Pass blog tak lupa 😉

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 7:08 pm

      Hah heran juga yer 🙂

      Reply
  25. Ali ridha says

    27th January 2011 at 11:40 am

    lawak ni sebagai peringatan kepada kita.
    supaya sentiasa ingat.jangan lupa perkara
    penting.silap hari bulan kena buang kerja.

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 7:07 pm

      Jangan lupa pergi kerja nanti dapat surat

      Reply
  26. pipoq says

    27th January 2011 at 11:05 am

    Okay juga cuma masalah satu username dan password untuk semua akaun ada risiko juga

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 7:06 pm

      Okay juga cuma masalah satu username dan password untuk satu akaun ada risiko juga

      Reply
  27. intankuterpilih says

    27th January 2011 at 10:33 am

    adoi… cemana leh lupa tu… perkara penting tu, kalau lupa memang susah.. melambatkan kerja-kerja kite..

    sweetnya ada baby sebelah ayahnya…mcm paham je ayahnya tengah buat keje…

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 7:03 pm

      Jangan lupa anak bini sudah 🙂

      Reply
  28. sw33tdarling says

    27th January 2011 at 10:26 am

    kadang2 secara sekelip mata kita terlupa letak barnag kat mana.. padahal baru jer pegang kejap tadi… hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 7:02 pm

      Pernah juga berlaku baru sekejap letak sudah tak ingat terutama cermin mata

      Reply
  29. megat says

    27th January 2011 at 10:16 am

    mungkin faktor usia atau pun faktor stress {haha}. aku juga sering lupa dalam segala hal sejak telah pil tahan sakit berbakul-bakul.

    tapi nasib baik kata laluan yang penting seperti urusan bank dalam talian aku susah nak lupa {hehe}.

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 7:01 pm

      Ye lar bro terasa hati apabila orang cakap pasal usia. Haa..ha…

      Makan ubat sakit? Sakit apa kalau tak keberatan

      Reply
  30. TheSharkox says

    27th January 2011 at 9:31 am

    hahahaha…

    memang pun… kadang2 aku pun lupa password kalau akaun tu lama dah tinggal… biasanya password forum..last2 buat akaun baru..

    kalau lupa bayar gaji, memang takleh dimaafkan lah..haha

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:58 pm

      Kalau forum saya guna autosave username dan password

      Reply
  31. tengkorak emas says

    27th January 2011 at 8:51 am

    bro, mcm mana nak buat no pin baru utk maybank2u tu?bahagian mana kat mesin atm?

    contoh lupa username, dan nak buat 1st time login supaya boleh nampak username semula kat mesin atm tu..

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 9:07 am

      Tak silap saya di menu lain-lain urusan. Kenapa sampai perlu reset di ATM ini betul-betul rupa. 🙂

      Oh yer bro TE lupa username memang perlu reset di mesin ATM

      Reply
  32. anif says

    27th January 2011 at 8:42 am

    Kalau lupa user Id atau password online banking kira ok lagi tu. Jangan sampai majikan lupa nak bank in gaji..yang ini lebih parah dan kronik!

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:57 pm

      Oh, itu lagi parah. Pernah majikan masukkan gaji separuh dahulu

      Reply
  33. suffer8zine says

    27th January 2011 at 8:26 am

    biasanya lupa ni berkait rapat dgn faktor usia, pemakanan dgn masalah 😛

    Terkini : Cara Mengesan Lelaki Itu Teruna Atau Tidak

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:56 pm

      Pasai usia memang sensitif ha…ha…

      Reply
      • zik says

        28th January 2011 at 12:29 pm

        muda lagi… keyboard tuh yang problem tak.. hehe

        Reply
        • akubiomed says

          29th January 2011 at 12:18 am

          Keyboard tidak ada masalah, saya yang bermasalah 🙂

          Reply
  34. adel says

    27th January 2011 at 7:48 am

    haha.siannya bro! biasalah tu, sesekali lupa..kalau tgh2 nak ingat tp x igt2 jgk mmg sakit hati kan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:54 pm

      Mungkin banyak sangat berfikir atau hilang tumpuan. Sampai hari ini masih tak ingat username dan password

      Reply
  35. Nur says

    27th January 2011 at 5:56 am

    Salam. Alahai.. kesiannya.. Memang bila usia dah semakin meningkat, banyak benda yg kita lupa..

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:51 pm

      Cakap pasal usia memang sensitif 🙂

      Reply
  36. ardzham says

    27th January 2011 at 3:33 am

    memang bermasalah bila lupa username dan password tatkala kita benar-benar nak berurusan. minum air yang telah tercemar dengan semut dan makan kepala ikan antara faktor mudah lupa!

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:51 pm

      Bro lama tak dengar berita. Blog sudah okay? Faktor air tercemar pun iya menyebabkan kita menjadi lupa

      Reply
      • ardzham says

        29th January 2011 at 2:20 am

        agak lama juga saya menyepi, bila akaun hosting kena suspended. nak blogwalking pun macam dah hilang semangat ditambah lagi dengan waktu bertugas yang dah jauh berubah dari dulu.

        Reply
  37. Eizil says

    27th January 2011 at 3:13 am

    Kadangkala ada detik yang kita tetiba terlupa, arituh aku terlupa gak password untuk satu laman web ni, puas cuba password yang common, tetap tak lepas. 😀 nasib baik boleh reset. huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:49 pm

      Memang pun kalau dapat reset tak apa 🙂

      Reply
  38. tehr says

    27th January 2011 at 2:41 am

    biasa la tu, bro
    aku pernah lupa nak makan
    bila terlalu asyik dengan blog
    haha

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:48 pm

      Ha..ha…dah baca blog kenyang perut 🙂

      Reply
  39. Jebat Malaya says

    27th January 2011 at 2:21 am

    bahaya betul lupa2 ni.. nasib baik la tak penah lagi jadi camtu… tapi kalau jadi memang susah la.. sebab transaksi internet ni selalu kot kota buat…

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:47 pm

      Pernah lupa isi minyak motor lepas bayar terus jalan dah separuh jalan baru perasan meter minyak dekat E 🙂

      Reply
  40. zik says

    27th January 2011 at 2:15 am

    password maybank2u memang ingat..sebab boleh dikatakan setiap 2,3 hari login…nak transfer, bayar itu ini.. cuma akaun yang lain dah lupa… dulu pernah lupa password, terpaksa reset… telefon, lepas tuh pergi atm balik request pin semula… lepas tuh kena first time login semula.. hadoi…

    Reply
    • akubiomed says

      27th January 2011 at 6:45 pm

      Yang herannya Zik, saya betul-betul tak ingat langsung kerana tiap-tiap bulan memang guna Maybank2u

      Reply
      • zik says

        28th January 2011 at 12:29 pm

        hurm… pelik juga ya… jarang2 berlaku..

        Reply
        • akubiomed says

          29th January 2011 at 12:18 am

          Memang pun tapi nak jadikan 🙂

          Reply
  41. Master Pak Pandir says

    27th January 2011 at 2:06 am

    saya pun lupa juga username ngan password. sampai sekarang tak login lagi maybank2u. kena talipon balik pegawai khidmat pelanggan. ingatkan penyakit lupa ni saya je yang kena. abang pun kena juga. hehehe… tak boleh kata apa dah. sabor jelaa…

    Reply
  42. saiful says

    27th January 2011 at 1:57 am

    aku pun lupa no pin kad ATM aku,haha.Nasib baikla duit tak bankin maybank.
    benda2 camni lupa xpa,jgn lupa diri je sudah.

    Reply
  43. maza says

    27th January 2011 at 1:41 am

    hahha,,,

    kekadang perkara mcm tu pun sama berlaku pada maza….
    kata worang, “melayu mudah lupa” hehehhee

    dan sebenarnya bukan melayu aje mudah lupa, semua org dlm dunia ini mudah lupa lorrr….

    skrg maza simpan semua perkara penting itu ditempat rahsia.. dan harap2 maza juga tidak lupa tempat rahsia itu… kalau tidak, aderkkkkk.. masak melantun2.. hahaha

    Reply
    • dnoBiz says

      27th January 2011 at 4:18 pm

      heheh
      aku pun selalu kena penyakit hilang ingatan tertentu ni..
      last last aku guna password id sama untuk perkara yang sama 😀

      Reply
      • akubiomed says

        27th January 2011 at 7:13 pm

        Perlu hati-hati guna id dan password yang mudah ceroboh 

        Reply
        • Idea Lampu says

          28th January 2011 at 11:45 am

          Aku guna konsep gabung huruf dan angka untuk password. Rasanya lebih secure. Tapi mesti eja sesuatu yang aku SUKA lah. Baru tak lupa.

          Contoh perkara yang disukai sebagai password: p3r3mpuanc4nt1k
          Kalau mula2 set password mmg kekok nak taip. Tapi bila dah lama. Biasa dah. Boleh taip mcam ayat biasa.

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in