• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Air mineral Spritzer kandungan OSA tinggi bukan sekadar penghilang dahaga

Air mineral Spritzer kandungan OSA tinggi bukan sekadar penghilang dahaga

4th March 2014 by akubiomed 55 Comments

Berpeluang melawat kilang menghasilkan air mineral Spritzer di Taiping

Hari Sabtu lepas saya dan blogger telah berpeluang melawat kilang menghasilkan air mineral Spritzer yang terletak di jalan Air Kuning, Taiping, Perak.

Ketika menerima jemputan melawat kilang pemprosesan air mineral pada awal beranggapan tidak lebih mengambil air dalam tanah dan kemudian dibotolkan. Terus membaca apa yang info yang  perolehi ketika melawat kilang Spritzer yang terletak di Taiping ini.

Seawal pagi jam 7.30 pagi kami berkumpul dengan menunggu bas ke Taiping, Perak diperhentian bas One Utama. Tepat jam 8.30 pagi bas yang membawa kami meluncur lebuh raya PLUS.

Masa yang terluang didalam bas tidak disia-siakan dengan aktiviti contest yang dianjurkan oleh pihak penganjur dengan menjawab kuiz mudah. Boleh baca entri mengenai menjawab kuiz didala bas.

Ketika sampai diperkarangan kilang Spritzer yang terletak diatas tanah seluas 330 ekar, kami telah disambut oleh pihak Spritzer dengan menjemput untuk menyejukkan diri dengan meminum air keluaran Spritzer yang sedia terhidang untuk tetamu dan mengambil selepas menempuh perjalanan yang panjang sementara menunggu sesi penerangan.

Air mineral Spritzer mengandungi Silikon @ OSA yang tinggi baik untuk kesihatan badan

Sesi video koprat dengan penerangan kandungan air mineral Spritzer adalah produk premium keluaran mereka.

Barulah saya tahu air mineral yang diambil kedalaman 400 kaki dibawah tanah mengandungi silikon @ Asid Ortosilisik(OSA) yang tinggi mampu menyekat penyerapan aluminium dan dapat mencegah penyakit alzheimer.

Antara kebaikkan OSA adalah menjadikan rambut dan kuku lebih sehat, kulit lebih cantik, anti penuaan dan memperkuat tulang. Siapa sangka dengan meminum air mineral Spritzer 1.5L berkandungan 30mg OSA tinggi mempunyai khasiat baik untuk kesihatan badan.

Melawat rumah pam air di bukit berdekatan kilang Spritzer

Selepas sesi penerangan oleh pihak Spritzer kami telah dibawa ke rumah pam di bukit berdekatan dan dari puncak bukit kami telah ditunjukkan loji Lembaga Air Perak(LAP).

Mengenai kontroversi ada jerat cina diatas bukit seperti didakwa dimana air di pam tidak pula kelihatan. Kawasan sekitar dipenuhi pokok-pokok hutan yang masih dara. Kami diberitahu ada aktiviti jungle trekking oleh pihak luar yang mendapat kebenaran dari pihak Spritzer di kawasan bukit.

Lawatan didalam kilang

Kami juga telah dibawa melawat kilang yang mempunyai 2 bahagian iaitu pembuatan botol(bottle blowing to palletizing) dan pemprosesan air mineral ke dalam botol oleh mesin beroperasi secara automatik sepenuhnya. Malangnya atas faktor-faktor tertentu kami tidak dibenarkan merakam ketika melakukan lawatan.

Semasa sesi soal jawab ada beberapa soalan telah diajukan kepada pihak Spritzer dan cadangan. Antara soalan kontroversi adalah mengenai jerat Cina dan loji air Lembaga Air Perak(LAP).

Pihak Spritzer telah menyangkal sama sekali sumber air mereka diambil dari 2 kawasan ini. Lawatan ke kami bersama pihak Spritzer ke rumah pam tidak menjumpai jerat seperti yang didakwa.

Saya diberitahu oleh pihak air mineral keluaran mereka telah disahkan oleh pihak JAKIM, SIRIM, HACCP, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak yang berwajib sentiasa membuat lawatan dan pemeriksaan di premis Spritzer untuk memastikan air mineral yang dihasilkan selamat diminum.

Pihak Spritzer juga kerap menerima kunjungan dari pihak sekolah, syarikat swasta, badan kerajaan, institut pengajian tinggi, Jabatan kesihatan dan Petronas. Kilang ini juga mengalu-alukan kedatangan pihak luar untuk lawatan sambil belajar.

Jenama Spritzer diyakini dengan anugerah yang diperolehi:

  • Reader’s Digest Trusted Brand Platinum Awards sebanyak 12 kali berturut-turut.
  • Frost & Sullivan Asia Pacific Bottled Water Company of The Year sebanyak 4 tahun berturut-turut.
  • Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate
  • Tercatat didalam “Malaysia Book of Record” sebagai kilang pembuatan air botol terbesar di Malaysia

Pihak Spritzer sedang didalam proses membina taman rekreasi yang dijangka siap pada bulan Jun 2014 dengan kemudahan seperti:-

  • Salah satu destinasi pelancongan di Taiping
  • Tapak Golf Mini dengan 18 lubang
  • Kafeteria
  • Kedai cenderahati
  • Auditorium & galeri

Pemenang kuiz Spritzer

Pemenang Instragram Spritzer

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Spritzer

Boleh baca disini untuk info mengenai OSA

Sila tekan butang kongsi:

  • Jawab kuiz dalam bas hanya dengan Spritzer blogger trip
  • Pengalaman backpacker tiga beranak ke Pulau Pinang
  • Menang iPad mini dengan Spritzer+Fiber Viral Video Contest

Filed Under: advertorial Tagged With: air mineral, air mineral spritzer, Asid Ortosilisik, osa, silikon, spritzer

Reader Interactions

Comments

  1. Asyraf Asri says

    25th April 2017 at 12:00 am

    Saya peminat air Spritzer. Sedap uhh ..

    Reply
  2. Iris says

    26th July 2015 at 1:30 pm

    saya ingin tahu adakah syarikat ini ada mengambil pelajar jurusan geosains untuk latihan industri bahagian mineral.. diharap terima jawapan…tk.

    Reply
    • akubiomed says

      29th July 2015 at 12:04 am

      Boleh hubungi jabatan sumber manusia Spritzer untuk latihan industri.

      Reply
  3. Denaihati says

    16th March 2014 at 12:31 am

    harap dengan pencerahan ni tiada lagi pertikaian dengan faka yang sahih.

    Reply
  4. Bean Moreno says

    13th March 2014 at 12:45 pm

    spekulasi demi spekulasi tapi sebenarnya tu tipu semua kan…Spritzer still halal 🙂

    Reply
  5. Juan says

    12th March 2014 at 2:26 pm

    banyak produk dia yer, selalu nmpk air mineral jer

    Reply
  6. SeriusBlogger says

    11th March 2014 at 8:14 pm

    Terima kasih bro untuk entri ini. Selama ini tak pernah tahu mengenai kelebihan air Spritzer nie..

    Reply
  7. Hafizul says

    10th March 2014 at 11:33 pm

    Emm lepas ni nampaknya kena banyakkan minum air ni la…hehe..terima kasih kongsikan..saya tak tahu pun kelebihan air spritzer ni..

    Reply
  8. suri says

    7th March 2014 at 11:48 pm

    Begitu banyak pilihan sesuai idaman dalam perjalanan jauh

    Reply
  9. hafizmd says

    7th March 2014 at 8:31 pm

    Puas hati baca. Hilang rasa keliru, risau dll.

    Spritzer mmg pilihan ambe sejak dulu =)

    Reply
  10. PCL says

    7th March 2014 at 11:11 am

    Wah bestnyer reramai melawat kilang…dekat dah tu denga rumah Kampung ambe..

    Reply
  11. Hairul Hissam says

    7th March 2014 at 10:55 am

    banyak juga produk spritzer tu.. biasanya yg nampak kat pasaraya air mineral jeee 😀

    Reply
  12. Zaft HardFever says

    7th March 2014 at 2:50 am

    Dari zaman kampus dulu memang telan ayaq brand nie jer. It’s just a plain (mineral) water but it ‘taste’ great. Kalau bandingkan mineral water brand lain, memang banyak beza.

    Tekak aku nie jenis memilih, even drinking water jenama apa2 pun boleh buat aku muntah. Ada drinking or mineral water tue, rasa payau etc.

    Reply
  13. MK Kimi says

    7th March 2014 at 12:07 am

    Ada tanya tak pasal perbezaan warna penutup botol mineral yg mewakili tahap kualiti air tersebut? Just nk kepastian.

    tapi…penutup botol sprintzer hijau kan?

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:24 am

      Warna penutup putih adalah bermaksud air RO dan selain itu adalah air mineral(hijau, biru dsb)

      Reply
      • Zaft HardFever says

        7th March 2014 at 2:53 am

        Setahu aku, pihak berwajib dah buat garis panduan…Drinking water which RO water ka apa, kena kaler putih tutup botolnya.

        Manakala Mineral water, tutup botol kena ada kaler. Harganya Mineral Water and Drinking water pun berbeza. Maksudnya, Mineral water lebih mahal dari drinking water.

        Maaf kalau tersilap fakta.

        Reply
        • hafizmd says

          7th March 2014 at 8:31 pm

          betul dah ni faktanya…thanks bro clarify

          Reply
          • Zaft HardFever says

            7th March 2014 at 9:21 pm

            no worries..
            berkongsi untuk umum 🙂

            Reply
  14. Sop says

    7th March 2014 at 12:05 am

    rombongan blogge yg meriah
    mmg bagus syarikat2 panggil2 blogger cam ni utk membuah hebahan dan pencerahan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:25 am

      Mungkin pihak mengambil pendekatan ini memberikan maklumat tempat kepada pengguna.

      Reply
  15. Kamal Mustafa says

    6th March 2014 at 9:29 pm

    Ramai blogger yang menjadi perhatian sekarang nie. Semakin mendapat tempat di kalangan syarikat-syarikat gergasi

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:25 am

      Selagi ia memberi win-win situation tidak menjadi masalah.

      Reply
  16. zik says

    6th March 2014 at 8:37 pm

    Biasa masuk kilang memang tak böleh bawak hanset, kamera….

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:26 am

      Kalau melawat premis kerja saya boleh masuk bengkel dan tiada halangan untuk mengambil gambar.

      Reply
  17. papa mifz says

    6th March 2014 at 5:13 pm

    pasti dapat banyak ilmu baru ketika melawat kilang spritzer tuh…

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:28 am

      Ya, saya baru tahu air mineral bukan sekadar penghalang dahaga. Ada khasiat untuk kesihatan badan.

      Reply
  18. Ummi Hanie says

    6th March 2014 at 5:00 pm

    wah ramainyaaa blogger jemputan… satu bas tu. hebat spritzer

    jenamanya memang sudah dikenali ramai.

    byk juga produk baru spritzer. teringin nak mencuba yg ada fiber tu

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:29 am

      Sedap air Spritzer Fiber Plus ada perisa buah Markisa.

      Reply
  19. Green Leaf says

    6th March 2014 at 4:41 pm

    Tahniah sebab dah menang Kontest Ilmu Blogspot Blogger Malaysia!

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:30 am

      Terima kasih bro. Penyertaan disaat-saat akhir. 🙂

      Reply
  20. iza says

    6th March 2014 at 4:27 pm

    Assalam..
    Bestnya dapat ikut rombongan ramai-ramai.
    Saya dok Perak pun tak tau ada kilangnya di situ..

    Reply
  21. Dkna Abza says

    6th March 2014 at 3:59 pm

    330 ekar?? wah..besar kawasan tu..

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:31 am

      Memang luas kawasan kilang Spritzer ini. Kalau ada motorcross boleh ronda-ronda.

      Reply
  22. Mekar says

    6th March 2014 at 3:56 pm

    Akubiomed tak menang apa2 kah?

    Terima kasih infonya. Baru tahu kebenarannya tentang jerat cina tersebut.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:31 am

      Oh tak ada rezeki untuk saya menang. 🙂

      Reply
  23. hafiz says

    6th March 2014 at 11:23 am

    Terlerai sudah kekusutan mengenai air spritzer ni

    Reply
  24. Bro Framestone says

    6th March 2014 at 8:04 am

    Agak meriah juga lawatan ini… Harap akan datang ada lagi
    🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:32 am

      Memang seronok dapat menyertai trip seperti ini pada masa akan datang.

      Reply
  25. Ahmad Fauzi Aryaan says

    6th March 2014 at 8:03 am

    lepas ni dh xde keraguan laa ek nak minum spritzer..

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:33 am

      Pengguna perlu buat keputusan selepas membaca fakta yang dibentangkan.

      Reply
  26. suri says

    5th March 2014 at 11:52 pm

    banyak pilihan boleh di cuba tapi jenama baru “ting” belum pernah mencuba lagi

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:33 am

      Saya syorkan mencuba Spritzer Tinge berperisa anggur.

      Reply
  27. suri says

    5th March 2014 at 11:51 pm

    setiap orang dapat satu cayalah puas hati kalau dapat pergi apa lagi menang dapat hadiah

    Reply
  28. arynet says

    5th March 2014 at 10:08 pm

    Semoga manfaat untuk semua, blogger makin mendapat perhatian skrg. 😛 mcm enjoy je kat situ. Masing-masing gembira.

    Reply
  29. maza says

    5th March 2014 at 4:49 pm

    caitt, kaki fitnah sungguhlah mereka yang menyebarkan cerita pasal jirat Cina tu.. hampeh.

    Sebetulnya maza juga telah nama tak meneguk air mineral dari mana2 jenama.

    Cuma semenjak musim kemarau ini, ada jugalah meneguknya tetapi berbotol kecil sahaja. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:34 am

      Cuaca panas perlukan pengambilan air yang lebih kerap dari biasa.

      Reply
  30. wahida says

    5th March 2014 at 4:34 pm

    mmg selalu minum spritzer pun…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:35 am

      Salah satu khasiat minum air mineral Spritzer adalah melambatkan kesan penuaan.

      Reply
  31. cikgu naman says

    5th March 2014 at 11:08 am

    baguslah mereka menjemput blogger..

    dah menjawab segala kontroversi

    Reply
  32. Brader Sports says

    5th March 2014 at 11:02 am

    Dapat satu kotak utk stock dalam keta kawe, best gak ehhh..

    Reply
  33. azwan says

    5th March 2014 at 12:01 am

    tetiba haus lak…nak cari air spritzer

    Reply
  34. Aniq Bukhary says

    4th March 2014 at 11:55 pm

    Bro Framestone pun ada.. hehe

    Btw cantik gambar bro… 🙂

    Reply
  35. azman says

    4th March 2014 at 11:48 pm

    Syarikat Spritzer adalah orang lama dalam industri Mineral Water ni. Tak hairanlah banyak yg dengki dan menyebarkan cerita negatif.

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2014 at 12:36 am

      Kilang Spritzer buka kepada awam untuk membuat lawatan dan melihat bagimana mereka beroperasi.

      Reply
      • suri says

        7th March 2014 at 11:51 pm

        Wah hebat sebab terbuka pada orang awam rasa dah singgah ke sana pula

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in