• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party yang ultra awesome

Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party yang ultra awesome

13th June 2013 by akubiomed 67 Comments

Aspire P3 dan Aspire R7 diperkenalkan di Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party

Pada 23hb May yang lalu pihak Acer Malaysia telah melancarkan rangkaian produk terbaru mereka iaitu Acer Aspire P3 Ultrabook Ultrabook dan Acer Aspire R7. Saya rasa bertuah dan berterima kasih kepada Acer dan Nuffnang kerana telah dijemput untuk menghadiri Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party  di Poppy Garden.

Acer Aspire R7 & Acer Aspire P3

Teruja melihat penyampai radio Era Haniff pegang Aspire P3

Pihak Acer Malaysia telah mendedahkan spesifikasi dan ciri-ciri ada pada 2 produk Aspire yang baharu ini.

Acer Aspire P3 Mode Ultrabook

Acer Aspire P3 Ultrabook sudah tentu boleh dibayangkan menjadi sifat rekabentuk Ultrabook yang nipis dengan ketebalan 10.15mm. Berat Aspire P3 ini hanya 790g tidaklah seberat 1kg gula pasir antara ciri yang pasti disukai pengguna diluar sana tidak sanggup membawa laptop yang berat. Jadi cukuplah Aspire P3 ini ringan dibawa atau dikepit sahaja ke mana-mana.

Acer Aspire P3 ringan

Portabiliy antara kebolehan menukar dari Ultrabook mode kepada Tablet Mode yang mana Aspire P3 ini boleh ditanggalkan untuk bertukar menjadi tablet. Kesuaian mode ini memberi satu kemudahan kepada pengguna Aspire P3 ini apabila melakukan kerja menaip tukar kepada Ultrabook Mode dan apabila melihat gambar, bermain video, melayari blog, Facebook, Tweeter dan media sosial lain boleh tukar kepada Tablet Mode. Sambil baring pun boleh guna apabila didalam Tablet Mode.

Acer Aspire P3 Mode Tablet

Dikuasakan oleh  3rd Generation Intel® Core i3 memberikan kuasa diperlukan semasa bermain video dan permainan. Harga runcit Aspire P3 ini dijual RM1799 untuk prosesor Intel® Pentium® dan RM1999 untuk prosesor 3rd Generation Intel® Core i3 adalah pada harga mampu milik.

Sudut padangan luas dan skrin sesentuh IPS

Paparan skrin sentuh IPS memberikan sudut paparan yang luas dan berdefinasi tinggi HD. Tak perlu bimbang untuk mengunakan Aspire P3 ini untuk tempoh yang lama kerana ketahanan bateri sehingga 6 jam.

Video Acer Aspire P3 Ultrabook.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=aquqJABJWzw&rel=0]

Secara keseluruhan Aspire P3 ini boleh dirumuskan ringan, nipis, berkuasa dan fleksibel dengan Ultrabook Mode kepada Table Mode bila-bila masa sahaja. Laptop saya gunakan  sekarang ini berat dan kurang berkuasa apabila diperlukan semasa kerja-kerja mengedit gambar mengambil masa yang lama

Acer Aspire R7

Spesifikasi Acer Aspire P3 Ultrabook.

  • Processor: 3rd Generation Intel Core i3-3229Y / Intel Pentium Processor 2129Y
  • Operating System: Windows 8 (64-bit)
  • Screen: 11.6″ HD (1366×768) IPS touch display
  • Memory: 2GB DDR3 RAM
  • Graphics: Intel HD Graphics 4000 / Intel HD Graphics
  • Storage: 60GB SSD
  • Thickness: 9.95 / 10.15 mm
  • Weight: 0.79kg (without keyboard)

Acer Aspire R7 adalah produk Acer ke 2 yang diperkenalkan pada malam tersebut. Aspire R7 direka mempunyai Ezel hinge membolehkan ia bertukar kepada 4 mode yang berbeza iaitu, Mode Notebook, Mode Ezel, Mode Pad dan Mode Display dengan mudah mengunakan sebelah tangan sahaja.

Mode Notebook
Mode Ezel
Mode Display

Sistem bunyi Dolby® Home Theater® v4 dikuasakan oleh 4 speaker yang secara automatik akan berubah mengikut Mode Ezel dan Mode Display.

Mode Pad
Acer Aspire R7 menerapkan unsur ergonomik

Tidak terkejut jika Aspire R7 ini telah memenangi Red Dot Award 2013 kerana reka bentuknya yang unik dan praktikal semasa digunakan. Aspire R7 mengunakan sistem Operasi Windows 8 dan dikuasakan oleh prosesor 3rd Generation Intel® Core i5. Paparan skrin sesentuh IPS memberikan sudut pandangan yang luas.

Video Acer Aspire R7.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=SE_gIOeZloQ&rel=0]

Kedudukan ergonomik pada mouse pad diletakkan dihadapan kerana pengunaannya lebih kerap berbanding keyboard pada Mode Notebook. Harga runcit untuk Aspire R7 adalah RM2,999.

Spesifikasi Acer Aspire R7.

  • Processor: 3rd Generation Intel Core i5-3337U processor
  • Operating System: Windows 8 (64-bit)
  • Screen: 15.6″ Full HD (1920×1080) IPS touch display
  • Memory: 8GB DDR3 RAM
  • Graphics: Intel HD Graphics 4000
  • Storage: 1TB SATA HDD
  • Dimensions: 376.8 (W) x 254.5 (D) x 20.6 / 28.5 (H) mm
  • Weight: 2.4kg

Untuk mengetahui info lebih lanjut produk dan promosi terkini boleh layari laman rasmi Acer Malaysia dan Facebook Acer.

Beberapa permainan yang disertai pengujung menghangatkan dan mengamatkan suasana dengan gelak ketawa. Memang sporting habis mereka yang terlibat bermain permainan yang disediakan

1. Peraduan menyusun buah dadu.

2. Peraduan minum air coke terpantas.

3. Peraduan tarian terbaik.

Turut diperkenalkan penambahbaikan Acer Aspire V5 dan V7 laptop.

Acer Aspire V5 & V7

DJ Vera C turut menunjukkan demo bagaimana lagu boleh di mixed dengan mudah mengunakan virtual DJ aplikasi pada Aspire P3.

aplikasi virtual DJ

Pemenang Twitter #myacertouch terbaik iaitu blogger Eyriqazz.

Pemenang cabutan bertuah berupa 2 SmartPhones Acer Liquid.

Pemenang cabutan bertuah 2 tiket ke konsert Kpop G-Dragon di Stadium Negara Bukit Jalil

Saya juga tidak pulang tangan kosong dengan memenangi kumpulan lakonan drama terbaik untuk tema Acer Aspire R7 didalam kehidupan seharian telah memikat hati juri.

Keputusan:

Saya telah memenangi hadiah Grand Prize berupa Acer Aspire P3 Ultrabook sumbangan Acer Malaysia. Terima kasih kepada pihak penganjur Acer Malaysia dan Nuffnang.

Pemenang utama Grand Prize Acer Aspire P3 Ultrabook

Sila tekan butang kongsi:

  • Drama king di Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party
  • Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™ ke Tablet
  • Acer Aspire P3 Ultrabook open box

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. hafizmd says

    27th June 2013 at 2:59 pm

    terbaaaaaaik!

    mmg amat layak utk menang…lengkap dan cukup puas hati baca entri ni…

    gambar2 pun cantik dan menarik

    tahniah bro AB!

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2013 at 4:06 pm

      Terima kasih bro Hafiz. 🙂

      Reply
  2. Bro Framestone says

    27th June 2013 at 2:35 pm

    Woww….!!! Entry yang mantap dan power, anda memang layak untuk menang 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2013 at 4:07 pm

      Saya menaip entri ini sampai jam 4pagi. Berbaloi. Terima kasih bro.:-)

      Reply
  3. myvitrd says

    27th June 2013 at 12:39 pm

    Tahniah bro dengan entri ni menang laptop baru

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2013 at 4:08 pm

      Terima kasih bro, rezeki hadir saat memerlukan laptop baru.

      Reply
  4. Sumijelly says

    26th June 2013 at 10:12 pm

    Yeahhhhh! Tahniah!

    Reply
    • akubiomed says

      26th June 2013 at 10:25 pm

      Terima kasih. Kerjasama ahli kumpulan Mak Ikan tidak akan dilupakan. 🙂

      Reply
  5. Kimee Tay says

    26th June 2013 at 4:39 pm

    Tahniah blogpost kau and you menang lappy baru 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2013 at 2:44 am

      Thank you dear.:-)

      Reply
  6. suri says

    18th June 2013 at 6:05 pm

    wah haniff sah2 boleh jadi model laptop ini

    Reply
  7. suri says

    18th June 2013 at 5:38 pm

    ada baucer lagi tu best ini

    Reply
  8. PerenLee says

    17th June 2013 at 3:11 pm

    Kalau dah jadi tablet tu dia punya os apa?masih windows atau android?

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:39 pm

      harap sahabat ab akan jawab

      Reply
  9. Hafizul says

    16th June 2013 at 12:34 pm

    Wahhh tahnaih buat pemenang..hehe..memang terbaik keluaran acer nih..hehe

    Reply
  10. PerenLee says

    16th June 2013 at 12:01 pm

    Boleh hutang tak..hehe

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:40 pm

      kredit by aeon heeee.. setakat yang terlintas di fikiran sayalah

      Reply
  11. Hairul Hissam says

    16th June 2013 at 1:54 am

    yg ada duit lebih tu.. jgn tunggu lama2 .. grab cepat2. heee

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:40 pm

      bro hairul ob busines on off line bolehlah angkat satu

      Reply
  12. TehR says

    16th June 2013 at 1:24 am

    comel sangat
    sama2 la kita kumpul duit mulai sekarang
    sempat lagi ni
    hehe

    Reply
    • PerenLee says

      17th June 2013 at 3:12 pm

      kumpul duit untuk kahwin lagi ada pekda bro..hehee

      Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:43 pm

      tehr saya sudah dapat idaman hati saya jeng..jeng tunggu lepas lesen jer belum ini eiii..

      Reply
  13. Bidadari says

    15th June 2013 at 9:16 pm

    yang latest ni memang mantop tapi tu la, harga meletup tu. tp memang bes la

    Reply
    • PerenLee says

      17th June 2013 at 3:12 pm

      ini boleh kira murah juga ni untuk ultrabook..

      Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:43 pm

      bidadari jika harga murah memang rugilah depa jual hee…

      Reply
  14. chii says

    15th June 2013 at 4:36 pm

    harga bleh tahan…nampak stylo…dpt satu..best gak ni 😀

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:44 pm

      ikut citarasa terkinni desing memang menarik

      Reply
  15. Ismail N says

    15th June 2013 at 3:08 pm

    Nampak meriah weh.. Seronoknya kalau kawe boleh join sama.

    Reply
  16. puteri kasih says

    15th June 2013 at 11:50 am

    nipis dan comel…bestnya kalau dapat sambar satu acer aspire ni

    Reply
  17. puanbee says

    15th June 2013 at 1:22 am

    best tau laptop nih …

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:45 pm

      puanbee mesti grab satu untuk kegunaan anak-anak

      Reply
  18. Ummi Hanie says

    15th June 2013 at 12:22 am

    canggih dan comelnye laptop acer aspire baru ni..

    admin tak bercita2 nak sambar satu ke? 😉

    Reply
  19. Denaihati says

    14th June 2013 at 9:09 pm

    harganya memang berbaloi. tahniah bro ada rezeki yang dibawak balik

    Reply
  20. hafizmd says

    14th June 2013 at 8:12 pm

    Mmg menarik spek dan rekabentuk acer…rasa nak kumpul duit utk beli…heehe

    tahniah pada blogger yg berjaya dan bro AB jugak

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:46 pm

      blogger memang hebat ab pun hebat ada rezki a.ka. lucky di situ

      Reply
  21. azman says

    14th June 2013 at 8:05 pm

    Murah betul rezeki Eryqazz,mesti bawak balik hadiah.

    Reply
  22. Kamal Mustafa says

    14th June 2013 at 12:12 pm

    Dengan harga yang ditawarkan tue kira berbaloi juga ditambah pula dengan touch screen

    Reply
  23. PerenLee says

    14th June 2013 at 8:28 am

    Kira murah juga ultrabook ni..RM1700 je..

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:47 pm

      boleh jer sahabat perenlee

      Reply
  24. titan says

    14th June 2013 at 12:41 am

    hoho..terbaiklah. nipis gila laptop tu..

    Reply
    • hafizmd says

      14th June 2013 at 8:51 pm

      angkat satulah en titan =)

      Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:48 pm

      nipis macam bawang putih ke? maaf saya tak dapat tilik dari jarak dekat

      Reply
  25. Norasikin says

    13th June 2013 at 11:29 pm

    Teringin sangat nak join aktiviti macam ni tapi apa kan daya. masa tak ada. tempat pun jauh. Tak merasa la nak jumpa kengkawan blogger. kalau tidak, dah tentu acer liquid tu saya punya

    Reply
  26. fyna says

    13th June 2013 at 11:06 pm

    perrgghh… smart. nice to see. berapa harga kalau nak beli nih? gulp!!

    Reply
  27. MK Kimi says

    13th June 2013 at 6:56 pm

    acer aspire R7 nmpk menarik tp lokasi touchpad tu agak janggal. harga pon mesti menarik kan? 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2013 at 7:14 pm

      Touch pad di ubah kedudukkan yang lebih ergonomik.

      Reply
      • hafizmd says

        14th June 2013 at 8:52 pm

        mesti diorang dah calculate mana2 yg patut =)

        Reply
      • suri says

        18th June 2013 at 5:49 pm

        part itu yang menarik mungkin sebab itu dia mahal huhuhu..

        Reply
  28. hafiz says

    13th June 2013 at 2:41 pm

    terbaiklah event ni.
    kalau dapat laptop acer tu memang bestlah..

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2013 at 7:15 pm

      Acer Aspire P3 dijual pada harga mampu milik.

      Reply
      • hafiz says

        14th June 2013 at 2:42 pm

        tulah harga sama dengan laptop saya beli 5 tahun lepas..

        Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:51 pm

      rugi tak pergi ker sebab admin ada dapat undangan ini

      Reply
  29. Mus says

    13th June 2013 at 12:47 pm

    menarik produk baru ni.. nipis

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2013 at 7:16 pm

      Laptop ultrabook direka nipis.

      Reply
      • suri says

        18th June 2013 at 5:52 pm

        mudah di bawa dan dikendalikan dengan baik

        Reply
  30. papa mifz says

    13th June 2013 at 12:34 pm

    menarik pulak produk baru Acer nih…

    Reply
  31. sabree hussin says

    13th June 2013 at 11:27 am

    bro dapat bawak balik ape? 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2013 at 7:17 pm

      Dapat baucer dan universal adaptor.

      Reply
      • suri says

        18th June 2013 at 5:57 pm

        bolehlah belanja sakan selepas ini..tak cukup bolelah add rm 🙂

        Reply
  32. staibaqhang says

    13th June 2013 at 11:06 am

    nipis gila….

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 6:02 pm

      nipis jangan sampai geram lali di gigit sudahlah

      Reply
  33. auc says

    13th June 2013 at 9:09 am

    rasa teruja pulak nak angkat satu ni…

    Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 6:00 pm

      auc
      ini belum ada depan mata kalau ada jangan tuan auc pengsan

      Reply
  34. Datin Tyka says

    13th June 2013 at 7:19 am

    alahaii.. duit dah cop untuk beli ipad.. ok kumpul lg nak beli tablet ni…

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2013 at 7:18 pm

      Boleh kumpul duit untuk laptop Acer Aspire pula.:-)

      Reply
    • hafizmd says

      14th June 2013 at 8:53 pm

      hehe…ipad ok jugak..cuma macam ekslusif jer…hehe

      Reply
    • suri says

      18th June 2013 at 5:58 pm

      banyak sangat angan-angan my sahabat ini

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in