• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Proton menarik balik model Gen 2 dan Satria Neo antara tahun 2004 – 2008

Proton menarik balik model Gen 2 dan Satria Neo antara tahun 2004 – 2008

9th October 2010 by akubiomed Leave a Comment

Proton memanggil balik model Gen 2 dan Satria Neo.

gen 2 dan satria neo Proton Gen2

kredit gambar: Netcarshow

Semalam aku baru masuk ofis selepas 2 hari menghadiri latihan di Pj Hilton hotel. Pagi-pagi lagi sahabat aku kecoh mengenai Proton menarik balik model Gen 2 dan Satria Neo antara tahun April 2004 –  Jun 2008.

Pembuat kereta nasional itu hari ini berkata, panggilan semula sukarela hanya melibatkan model Gen 2 1.6 A/TH Line dan Satria Neo 1.6 A/TH Line yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 disebabkan kerosakan clock spring yang boleh menjejaskan keselamatan.

Panggilan semula sukarela itu, yang merupakan sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global, melibatkan 5,836 kereta di Malaysia iaitu 4,128 Gen 2 dan 1,708 Satria Neo berkenaan dengan fungsi kawalan cruise.Komponen clock spring menghubungkan suis dengan beg udara ke radio, hon dan kawalan cruise.

Sumber: Utusan

“Kerosakan Clock Spring untuk model Gen 2 dan Satria Neo yang mempunyai fungsi autocruise”

Aku pasti model Gen 2 yang aku beli dikilang pada tahun 2006, kereta Gen 2 aku ini digunakan oleh isteri aku menghantar anak-anak ke sekolah dan untuk kegunaan sebagai kereta famili. Pergi kerja naik motorsikal Modenas Kriss. Aku difahamkan semakan no chasis kereta boleh dibuat di laman web Proton After Sales. Aku dah masuk no chasis kereta Gen 2 aku tidak tersenarai kereta yang ada masalah clock spring. Rupanya masalah clock spring untuk model yang ada fungsi auto cruise.

Antara masalah clock spring yang dikenal pasti adalah:-

  1. Bunyi bising ketika memusingkan stereng.
  2. Hon kereta berbunyi tersendiri.
  3. Butang audio di stereng tidak berfungsi.
  4. Air bag berfungsi tersendiri.
  5. Enjin kereta tidak boleh dihidupkan kerana ada lintar pintas pada komponen elektronik.

click below

bill repair kereta

Filed Under: blog

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL