• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / AkuBiomed sudah buat business card

AkuBiomed sudah buat business card

12th April 2012 by akubiomed 141 Comments

Lebih mudah bertukar business card sesama blogger.

AkuBiomed sudah buat business card gara-gara peristiwa hadir majlis pembukaan Kawasaki GT World dan Pusat Givi . Memang sudah teragak hendak buat business card tetapi tidak sempat. Jadi ketika hadir majlis tersebut saya bawa nota kecil dan telefon bimbit untuk menyalin alamat blog blogger bila berjumpa nanti.

Susah juga hendak bertukar-tukar maklumat blog sesama blogger kerana terpaksa menaip didalam telefon bimbit masing-masing. Nasib baiklah blogger yang hadir sama didalam majlis tersebut sporting untuk menaip nama dan alamat blog saya. Sebab dengan peristiwa itu saya merancang untuk membuat business card untuk blog AkuBiomed jadi senang untuk dilayari dan dihubungi.

Saya mengunakan perkhidmatan Printsinidotcom setelah melihat beberapa blogger yang saya kenali seperti Yanmie, Puan Bee dan Kak Jie telah mendapat perkhidmatan dari sumber yang sama. Setelah melihat beberapa rekaan, saya mengambil ide  tersebut untuk dimasukkan didalam business card yang bakal di tempah.

Beberapa maklumat penting perlu ada untuk sekeping Business Card.

Saya mereka sendiri muka hadapan business card dan beberapa maklumat yang penting seperti alamat blog, akaun facebook, akaun twitter, alamat email yang wajib ada. Tambahan yang ada pada business card ini adalah meletakkan gambar wajah saya dan QR code.

Business card AkuBiomed

Pada padangan kalau sudah banyak business card nanti tidak ingat mana satu si pemiliknya apabila letak gambar senang hendak ingat. QR code pula untuk blog saya layari dengan mudah dengan hanya scan dengan telefon bimbit atau Smartphone yang mempunyai aplikasi scan QR Code terus layar ke blog saya.

Pada mula urusan dengan Printsinidotcom agak tergantung setelah saya menghantar email pertanyaan tidak dijawab. Rupanya email telah masuk kotak spam dimaklumkan oleh beliau. Silap saya juga kerana tidak menghubungi beliau selepas hantar email pertanyaan buat pertama kali kerana sangkaan saya beliau sibuk.

Selepas itu semua urusan menjadi cepat dan dengan beberapa balasan email untuk memilih beberapa artwork yang dicadangkan. Jadilah inilah hasil business card saya dari Printsinidotcom.

Saya suka kotak business card ini kerana diperbuat daripada bahan kitar semula dan tulisan dicetak dengan dakwat soya

Boleh buat tempahan Business card dengan Printsini.com atau email: sales@printsini.com

  • Merai majlis Raja Sehari Broframestone dan Iera.
  • Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 satu lagi sejarah tercipta
  • Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Asyrof Asri says

    10th January 2014 at 6:27 am

    Serius, cantik, smart dan simple bisnes kad AkuBiomed. 🙂

    Teringin nak pegang kad Aku Biomed.

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2014 at 2:53 pm

      Terima kasih bro. Rekaan lama nih. Ada peracangan hendak ubah nanti. 🙂

      Reply
  2. cikgu azim says

    10th August 2012 at 8:40 pm

    perh ini sudah kes canggih huhuhuhu..smga maju jaya bro

    Reply
  3. Panas Giler (djchef) says

    10th August 2012 at 5:28 pm

    wow!! memang kreatif siap ada business card

    Reply
  4. budakfelda says

    10th August 2012 at 12:27 am

    cun, saya ingat nk kena buat jugak…tadi pi jemoutan blogger terkial-kial tgk depa kasi card hehehe…:)

    psst: bro, ini themes thesis ker..?

    Reply
  5. Nurul says

    24th April 2012 at 11:28 am

    Kalau jumpa jgn lupa bagi nurul satu.. hehehehe

    Reply
  6. Baloot says

    18th April 2012 at 6:21 pm

    Nice-lah design business card tu bro. Pos la satu utk aku. Hahaha.

    Reply
  7. Nur says

    18th April 2012 at 4:47 am

    Wah.. dah ada business card.. Cantik!! Nampak benar kesungguhan saudara untuk mempromosi blog ni.. Tentu lebih ramai pengunjung lepas kad2 habis diedarkan….

    Go..go.. akubiomed.com.. 🙂

    Reply
  8. Luqman Hakim says

    17th April 2012 at 1:18 am

    wah, smart bro , kat mana tempah card camni, ke buat sendiri?hehe

    Reply
  9. Man says

    16th April 2012 at 8:39 pm

    banyak kegunaan businees card ni..

    Reply
  10. eiela says

    15th April 2012 at 9:59 pm

    bagus nih, saya pun dah buat business card jugak, tengah menunggu..

    Reply
  11. zik says

    15th April 2012 at 12:28 pm

    cantik seyh,… mahu beli jugakla… bagi kat budak2 masukkan dalam sampul raya pun ok gak..hehe

    Reply
  12. izwanyusof says

    15th April 2012 at 3:25 am

    nak buat tapi tu la.. tak banyak lagi join event..tak jumpa crowd2 lagi..tak tau nak kasi sapa kad nanti.. belum ada keadaan yg betul2 memerlukan.. brape RM/box ye?

    Reply
  13. gnesop says

    15th April 2012 at 3:23 am

    semalam ada program jemputan media.. blogger ada juga beberapa orang.. hanya Sop yg x der name kad.. cam rasa nak terus gi buat jer.. hahahah

    Reply
  14. Amirez says

    14th April 2012 at 8:17 pm

    Bolehlah tukar2 kad lepas ni. Saya pun baru siap biZ cars baru2 ni

    Reply
  15. Kak Long Mawar Merah says

    14th April 2012 at 10:35 am

    Tahniah, cantik card dan memang ada inovasi. Semoga semakin berjaya.

    Reply
  16. wazy says

    14th April 2012 at 12:57 am

    lawa design card tu bro,saya pun otw nak buat biz card jugak ni

    Reply
  17. tehr says

    13th April 2012 at 10:29 pm

    tahniah, bro
    satu langkah yang membawa ke seribu langkah

    Reply
  18. akubiomed says

    13th April 2012 at 10:14 pm

    Boleh sahaja bro. 🙂

    Reply
  19. Tuan tanah says

    13th April 2012 at 9:52 pm

    Wah menarik landesign nyer bro…..ini yg aku oun nak buat…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:46 pm

      Terima kasih bro. 🙂 boleh sahaja hendak buat business card ini.

      Reply
  20. ProfHariz says

    13th April 2012 at 9:23 pm

    Perghh sudah maju bro 🙂
    Kang ahad kalau pergi #JumpaDenaihati boleh bagi BC je 🙂

    Reply
  21. papa mifz says

    13th April 2012 at 8:21 pm

    wah terbaik…lebih mudah berurusan kalo ado bisnes kad kan…

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 8:52 pm

      Business card untuk promosikan blog. Apabila jumpa sesama blogger senang dengan bertukar mengunakan busniss card.

      Reply
  22. vanfery says

    13th April 2012 at 5:48 pm

    peh…kelas bro….
    hebak2…terbaik….
    boleh follow ni…

    Reply
  23. Jomtonton says

    13th April 2012 at 5:34 pm

    Salam,
    Tahniah bro dah ada biz card 🙂
    Memang betul biz card penting kalau kita nak lebarkan network kita..
    Senang nak ingat sebab design tu sama ngan header blog 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 8:54 pm

      Terima kasih. Tujuan membuatkan business card adalah satu cara melebarkan rangkaian sosial dan senang untuk bertukar-tukar contact.

      Reply
  24. Bro Zulkbo says

    13th April 2012 at 5:00 pm

    salam..
    wahh..terbaiklah Bro..
    semakin advance nih..
    dah boleh menjadikan
    blogging satu perniagaan
    lepas nih 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 8:55 pm

      Amin, harap apa yang diperkatakan oleh bro Zulkbo menjadi kenyataan.

      Reply
  25. fiezaradzi says

    13th April 2012 at 3:57 pm

    comel..comel.. kotak tu pun comel..
    bape harga satu kotak ni? hehe

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 8:57 pm

      Harga ketika tempah adalah RM67 untuk 100 keping business card jenis Matte Lamination.

      Reply
  26. wahida says

    13th April 2012 at 3:47 pm

    dakwat soya tu mcm mana?

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:10 pm

      Sedikit info saya tahu soy ink ini diperbuat daripada soya dengan proses tertentu sebagai alternatif kepada petroleum based ink. Ia mesra alam dan sesuai digunakan untuk mencetak pada kertas guna semula.

      Reply
  27. zool says

    13th April 2012 at 3:42 pm

    Hebat tu.. dah boleh kasi kat kawan2 ni

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:11 pm

      Insyallah apabila jumpa blogger nanti senang hendak bertukar-tukar business card.

      Reply
  28. arin says

    13th April 2012 at 1:13 pm

    terima kasih kerana berurusan dengan kami di PrintSini.Com . 🙂
    harap anda berpuas hati .

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:12 pm

      Alhamdulillah dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. 🙂

      Reply
  29. auc dot com says

    13th April 2012 at 12:31 pm

    tahniah bro
    kasik satu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:12 pm

      Terima kasih bro. Nanti jumpa boleh bertukar-tukar business card. 🙂

      Reply
  30. Jebeng Otai™ says

    13th April 2012 at 12:13 pm

    biz card?..menarik jgak idea tu..

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:13 pm

      Sebenar terdetik buat business card untuk blog apabila bertemu rakan blogger terkial-kial menaip didalam telefon bimbit. Lebih mudah dengan memberi business card. 🙂

      Reply
  31. hafizmd says

    13th April 2012 at 11:44 am

    akupun nak satu…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:14 pm

      Untuk bro boleh sahaja.

      Reply
  32. madammondoq says

    13th April 2012 at 10:25 am

    bizz card i pun baru siap!! yeay!!! bila kita nak bertukar2 yek? hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:15 pm

      Madam Mondoq hadir majlis high tea bersama blogger DenaiHati hari Ahad ini.

      Reply
  33. rahman says

    13th April 2012 at 5:13 am

    tahniah bro.. ini adalah usaha yang baik dan membuktikan bahawa akubiomed.com sebuah blog yang akan mengorak langkah lebih jauh ke hadapan

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:15 pm

      Amin, moga apa yang diperkatakan oleh bro dimakbulkan oleh Allah SWT.

      Reply
  34. zie fauzi says

    13th April 2012 at 1:47 am

    cantik design tu… warna merah yg boleh menarik perhatian…

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:16 pm

      Saya ambil konsep rekaan dari jenama motor terkenal dan menghasilkan logo rekaan sendiri. 🙂

      Reply
  35. b3njy says

    13th April 2012 at 12:32 am

    Kotak card tu memang betul2 eco-green …. cayalah 😀

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:17 pm

      Memang saya suka dengan kotak kitar guna semula untuk dijadikan bekas business card.

      Reply
  36. Cool Daddy says

    12th April 2012 at 10:56 pm

    serious nie bro…ada planning nk jd full time blogger ker mcm bro khai???

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:18 pm

      Kalau sudah sampai masa mungkin dipertimbangkan.

      Reply
  37. khai says

    12th April 2012 at 10:37 pm

    tahniah tuan…skrg blogger dah ada business card sendiri, senang nak tabur bila jumpa rakan blogger yg lain 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:20 pm

      Mudah edarkan business card apabila berjumpa sesama blogger dan pelanggan nanti. 🙂

      Reply
  38. misskonspirasi says

    12th April 2012 at 10:32 pm

    jd blogger pown kena ade bissnes card ek? tak tah lak saya…hekhek

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:21 pm

      Pada mulanya saya pun berasa begitu apabila berjumpa kenalan blogger buat pertama kali rasa business card sangat diperlukan kecual sudah lama kenal.

      Reply
  39. eLLy says

    12th April 2012 at 9:58 pm

    wah siap ade QR code … kelazzzzz …
    bak mai sekeping 😉

    Reply
    • Mus says

      12th April 2012 at 10:53 pm

      kaedah lebih cepat.. scan jer tu..

      Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:22 pm

      Cubalah imbas kode QR tuh. 🙂

      Reply
  40. anif says

    12th April 2012 at 7:06 pm

    Fuhhhh hebat. Blogger pun sudah ada business card! Ini menunjukkan penulis blog bukan kerja main-main! 😀

    Reply
    • hafizmd says

      13th April 2012 at 11:37 am

      terbaik! mmg makin ke depan…tahniah2!

      Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:23 pm

      Saya ini kira lewat ada yang blogger lebih muda daripada saya sudah pun berjaya.

      Reply
  41. Kamal Mustafa says

    12th April 2012 at 7:01 pm

    wah sudah ada bisnes card untk blog,cantik sekali

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:23 pm

      Terima kasih bro KM. 🙂

      Reply
  42. ahmadyani says

    12th April 2012 at 6:24 pm

    Saya punya hanya bercetak hitam putih.

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:24 pm

      Tak apa bro.

      Reply
  43. Azman says

    12th April 2012 at 5:17 pm

    Owh tahniah baru nak gi buat he3..

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:24 pm

      Sempat lagi kalau hendak buat business card biasanya mengambil masa didalam 3 hari untuk siap.

      Reply
  44. titan says

    12th April 2012 at 5:00 pm

    aku punya yang lama tu pun..masih tak habis lagi. hehe..

    Reply
    • Mus says

      12th April 2012 at 10:59 pm

      kalau blogger yang femes mesti cepat habis ni…

      Reply
    • hafizmd says

      13th April 2012 at 11:37 am

      bak mai sini sekeping sorang…habislah tu…hehe

      Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:25 pm

      Tak apa bro bagi saya sedikit tahulah saya hendak buatkannya. 🙂

      Reply
  45. Hairul says

    12th April 2012 at 4:35 pm

    berapa ya harga yg bro bayar ya..

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:27 pm

      Ketika saya tempah untuk jenis business card(1oo keping) dicetak 2 belah muka dan Matte Lamination pada harga RM67

      Reply
  46. Hairul says

    12th April 2012 at 4:33 pm

    Mula-mula saya ingat bro buat perniagaan bisnes card. Oh rupanya bro beli bussiness card. Saya pun belum ada lagi business card. teringin juga nak dapatkan satu.

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:28 pm

      Kalau ada kemahiran membuat business card sudah lama saya ceburi bidang perniagaan ini.

      Reply
  47. budakserius says

    12th April 2012 at 4:20 pm

    Smart.smart design busness kad tu bro.Nak satu.HEHE

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:28 pm

      Terima kasih bro. Bro lagi otai bab mereka ini berbanding saya tangan keras. 🙂

      Reply
  48. iza says

    12th April 2012 at 4:16 pm

    Assalam..
    Cantik.
    Saya pun dah lama bercadang nak buat tapi belum ada header/rekaan yang sesuai lagi…

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:28 pm

      Terima kasih. 🙂

      Reply
  49. Hazmin Hamudin says

    12th April 2012 at 2:05 pm

    Pergh… Smart la dah ada biz card… Lepas ni semakin aktif la berblog… Baru nampak professional.

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:29 pm

      Perlahan-lahan kayuh. 🙂

      Reply
  50. azura says

    12th April 2012 at 1:56 pm

    walah…saya header pun belum buat lagi…maju2

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:29 pm

      Tak apa buat perlahan-lahan. 🙂

      Reply
  51. yas says

    12th April 2012 at 1:12 pm

    QR code tu sy bru pasang dlm blog…ilham dr blog bro gak nih…he3x!!

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:30 pm

      QR kod sudah lama saya buat baru lagi pasang pada blog.

      Reply
      • yas says

        14th April 2012 at 8:46 pm

        Bro…kasik cerita la bape bajet buat kad tue…he3x!!!

        Reply
        • akubiomed says

          14th April 2012 at 8:55 pm

          saya tempah untuk jenis business card(1oo keping) dicetak 2 belah muka dan Matte Lamination pada harga RM67

          Reply
  52. pipoq says

    12th April 2012 at 1:04 pm

    sesetengah orang memandang BC ni hanya untuk mereka yang usahawan je..tapi kalo diingat2 semula, zaman kita muda remaja dulu ada je perkhidmatan print kad nama untuk dikongsikan ngan kawan kawan..

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:32 pm

      Semasa dibangku sekolah kawan-kawan sekelas ramai yang buat. Saya tidak mampu hanya mampu melihat sahaja. 🙂

      Reply
  53. Norasikin says

    12th April 2012 at 12:50 pm

    waaa.. dah maju dah.

    Reply
  54. chii says

    12th April 2012 at 12:49 pm

    wahh…terbaik la AB. cantik design business card tu

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:33 pm

      Terima kasih. Dapat ilham sana sini 🙂

      Reply
  55. puanbee says

    12th April 2012 at 12:14 pm

    Tahniah maju selangkah 🙂

    kotak saya tu dah lunyai nak cr satu beg untuk letak kan kad yang banyak tu pula ..

    Reply
  56. din says

    12th April 2012 at 12:07 pm

    tahniah ada business card sendri ye..lepas ni mudah la orang nk kontek..hee..

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:34 pm

      Betul bro senang pelanggan dan kenalan hendak hubungi. 🙂

      Reply
  57. akhiyy says

    12th April 2012 at 12:06 pm

    wahh..dah ade biz card lar..boleh la kasi satu..hehehe

    Reply
  58. tarmizishukri says

    12th April 2012 at 12:03 pm

    nice bro, saya pun tgh nak print biz card, design dah siap..hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:34 pm

      Bro saya tidak hairan boleh mereka sendiri business card. 🙂

      Reply
  59. adamfaiz says

    12th April 2012 at 11:51 am

    Kelas tuh… ada business card sendiri

    Reply
  60. Opocot says

    12th April 2012 at 11:46 am

    smart la design..rasa mcm nak buat jugak la..

    anyway, tahniah da ade business card sendiri..:)

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:35 pm

      Terima kasih bro. 🙂

      Reply
  61. Mekar says

    12th April 2012 at 11:28 am

    Kalu blog kita tu ada menjalankan sesuatu bisnes, mesti lebih seronok nak beri bisnes kad pada org. Blog sya satu lagi just buat kad sendiri dan print kat rumah.

    Apa2 pun kad di atas nampak ekslusif dan menunjukkan pemiliknya bersungguh-sungguh membangunkan blognya. Tahniah akubio.

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:36 pm

      Mula-mula ingat hendak cetak sendiri. Masalahnya masa pula terhad hendak pergi cari kertas dan dakwat pencetak sudah habis.

      Reply
  62. suri says

    12th April 2012 at 10:49 am

    ingatkan org ahli perniagaan jer ada kad perniagaan tapi blogeer pun adalah..

    mmg mantap kad dan kotaknya. dalam kotak tu ada berapa jumlah keseluruhannya?

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:37 pm

      Saya tempah business card untuk 100 keping sahaja.

      Reply
  63. suri says

    12th April 2012 at 10:48 am

    fuh maju setapak..lama2 blh bukak busines dlm blog pula.

    Reply
  64. Ummi Hanie says

    12th April 2012 at 10:47 am

    tahniah ye sudah ada blogger card… ni yg bertambah tak keruan rasa hati nak berkad juga ni :p

    baru tahu tentnag QR code tu… terima kaish info nya

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:38 pm

      Untuk mendapatkan perkhidmatan kode QR tidak susah kerana ada perkhidmatan percuma disediakan secara online.

      Reply
  65. gnesop says

    12th April 2012 at 10:33 am

    baru tahu rupanya.. hahaha
    partime blogger pun patut buat kan? senang nak perkenalkan blog.. buat brosur skali? heheheh
    berapa kos 1 kota?

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:38 pm

      Business card yang tempah berharga RM67. Mungkin cetakkan ulangan akan menjadi lebih murah kerana sudah ada acuan,

      Reply
  66. segalabenda says

    12th April 2012 at 10:23 am

    teringin lak aku bro nak buat business card macam tu..tapi aku bukanya ada pergi mana-mana event yang nak kene bawak businesss card ni

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:39 pm

      Saya sudah mula pergi majlis dan berjumpa blogger jadi sudah tiba masanya saya perlukan business card untuk blog.

      Reply
  67. Shahrul says

    12th April 2012 at 10:21 am

    terliur jugak nak buat, tapi tak pernah pegi event2 😀

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:41 pm

      Mungkin tidak ada keperluan untuk bro buat business card buat masa sekarang.

      Reply
  68. yanmie says

    12th April 2012 at 9:50 am

    Salam,

    Wiwiittt comelnya biz card dia 😀
    nanti senanglah nak bertukar2 nanti, memang agak leceh nak tulis dan taip, ada kad ni senang je main bagi, yelah nak cari pen/kertas lagi satu hal, nak taip kat phone pun tergedik2 hehee 😛

    Reply
    • suri says

      12th April 2012 at 10:50 am

      bila tak der mula tulis pkaia hp. dah taip nama blog, tapi mash pula ytak ingat tuang blognya mmg payah..silap2 blh salah tegur org heeee

      Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:42 pm

      Betul tuh. Terasa malu juga orang hulur business card dan kita pula tidak ada business card sendiri. 🙂

      Reply
  69. donnyien says

    12th April 2012 at 8:55 am

    Tahniah bro! permulaan yang amat baik nih. lepas ni bolehlah tukar2 kad dengan bloggers lain, atau exchange bisnes card dengan sesiapa je.Nampaknya kena buat jugalah bisnes card mcm bro tu, cara ni pun boleh promote blog secara offline betul tak?

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:43 pm

      Betultuh bro Donny. Walaupun cara ini agak tradisional tapi masih relevan.

      Reply
  70. DaHLia says

    12th April 2012 at 8:54 am

    cantik!
    kotak recycle tu pun cantik..

    pernah gak terfikir nak buat biz card..
    tapi jarang nak attend event, sbb tu rasa masih tidak memerlukan..
    lagipun skrg ni mood dah ke Laut Mati..hiks 😀

    all the best bro.. thanks sbb selalu singgah blog dahlia 😀

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:45 pm

      Insyallah saya akan singgah ke sana selalu sebab dari blog Cikgu Dahlia saya mendapat kenalan dengan membuat blog walking setiap senarai exchange link didalam blog tersebut. 🙂

      Reply
  71. sumijelly says

    12th April 2012 at 8:43 am

    wahhhhh.dah ada bisuness card…… sumer dh ada,.,.,. nampaknya kene buat gak la… teringin nak.. tp tak tahu nak design..huhuhu

    Reply
    • suri says

      12th April 2012 at 10:51 am

      dulu sekolah paki name tag jer heee

      Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:46 pm

      Boleh serahkan pembuat business card mereka untuk kita.

      Reply
  72. faiz says

    12th April 2012 at 7:17 am

    mmg nampak professional kalo dah ade bussiness card…teruskan usaha blogging..

    Reply
  73. Mus says

    12th April 2012 at 6:13 am

    memang sesuai ada kad ni kalau ada join event.. saya pun terfikir nak buat jugak..

    Reply
  74. Dulu Lain Sekarang Lain says

    12th April 2012 at 5:59 am

    Maju setapak lagi ehhh.. congrats

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:47 pm

      Terima kasih bro IsmailN. 🙂

      Reply
  75. Kimmy says

    12th April 2012 at 4:07 am

    Best..best..good idea 😉

    Reply
  76. Yas says

    12th April 2012 at 2:29 am

    He3x!! Tu la bro…tetiba je aku pun ada rasa nak buat jugak….:)

    #Lawa design tu…errrr…awat tak letak rega sekali bro?

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:48 pm

      Bukan tidak mahu letak biarlah pelanggan sendiri berbincang dengan Print.com mengenai harga.

      Reply
  77. Juan says

    12th April 2012 at 2:07 am

    wah, kalau mcm ni saya pun nak buat juga lah

    Reply
  78. b3njy says

    12th April 2012 at 12:35 am

    Wow ! …. kreatif design kad tu … cayalah brooo …. ni betul2 strategi trafik ni 😀

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2012 at 10:48 pm

      Saya pun agak terkejut dengan maklumbalas komen mengenai business card diluar jangkaan.

      Reply
  79. sweet says

    12th April 2012 at 12:13 am

    semattttttttttt….

    Reply
  80. Norizwan says

    12th April 2012 at 12:11 am

    steady la bro…:)

    Reply
  81. Zida says

    12th April 2012 at 12:08 am

    comelnyaaaaaaaa! nak jugak satu!! hehe 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2012 at 12:10 am

      Zida boleh tempah secaea online tetapi tidak pasti berapa kos penghantaran ke Mesir. 🙂

      Reply
      • suri says

        12th April 2012 at 10:54 am

        jika begini makin dikenali ramailah blogger2 malaysia

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in