Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri untuk suami yang culas.
Bagaimana agaknya akan terjadi apabila kerajaan menguatkuasa supaya gaji pegawai kerajaan wajib diserah kepada isteri setiap bulan. Apakah reaksi penjawat awam apabila arahan ini dikuatkuasa mulai bulan hadapan? Ini kerana isteri pegawai kerajaan mengeluh tidak mengetahui jumlah pendapatan dan elaun yang diterima oleh suami. Ada suami pegawai kerajaan yang culas memberi nafkah kepada isteri dan keluarga. Ia bukanlah satu guruan tetapi benar-benar akan dilaksanakan mulai bulan hadapan.
Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri akaun isteri hari pertama setiap bulan baru.

kredit: Western Union
Perlaksanaan dasar memasukkan gaji suami pegawai kerajaan kepada akaun isteri adalah perkara yang benar-benar berlaku di sebuah wilayah Gorontalo di utara Pulau Sulawesi di Indonesia. Menurut Gabenor Gorontalo perlaksanaan dasar adalah untuk menjawab keluhan para isteri pegawai kerajaan yang tidak mengetahui elaun dan gaji diterima oleh para suami mereka.
Pengenalan dasar itu dapat memberi peranan isteri membantu suami mengurus kewangan suami dengan lebih cekap.
Pemerintah Gorontalo sedang mengemas kini data pegawai-pegawainya yang sudah beristeri supaya dapat memasukkan gaji suami pegawai kerajaan kedalam akaun isteri setiap hari pertama masuk bulan baru dapat dilaksanakan.
Kredit: Google
Kalaulah dasar ini dilaksanakan di negara ini, janganlah si isteri tiba-tiba terkejut memeriksa akaun ada banyak duit tidak tahu mana sumbernya. Si suami pula nanti jangan pula buat laporan polis untuk memberitahu kehilangan duit gaji didalam akaun bank mereka.
Sumber: diolah semula dari artikel asal “Pegawai kerajaan wajib serah gaji kepada isteri” oleh Saharudin Musthafa,Utusan.
memang patut!!
ada baiknya juga.. pasti isteri senyum gembira
bergantung pada si suami la…sebab memang tak ramai lelaki yang pandai urus kewangan… 🙂
rasanya stkt bg satu pos salinan penyata gaji suami kpd si isteri pon sudah cukup.
at least bila dh tahu, si suami pon xdela berbelanja lebih drpd keperluan utk keluarga.
Saya sebagai kakitangan kerajaan, errr, menyokong sikit usaha ini. Hehe. 😀
aku tak setuju. haha..
kalau dilaksanakan di malaysia rasanya byk org tak setuju ni , kalau tanya isteri setuju aje la kot hehe
rasanya bagus juga kalau buat macam tu.. hehe..
mcm tak mungkin dapat dilaksanakan je
rasanya kat malaysia ni mcm tak sesuai je pulak nak kuatkuasakan macam ni..haha…kalau separuh tu ok la lagi kot nak bg, ni bg semua abis la..
kalo yuang belum nikah bagaimana ya 😀
Kalau yang belum nikah simpan sendirilah. 🙂
kalau dilaksanakan kat Malaysia ok gak tu..
cuma camne pulak kalau isteri pun berkerja atau hanya isteri yang berkerja ? hehehe
kalau isteri bekerja, polisinya aku rase ttp sama iaitu “duit suami adalah duit isteri, duit isteri ttp duit isteri…” keh3
Dasar ini untuk suami yang bekerja dengan kerajaan sahaja. 🙂
mm..ada baik dan ada buruknya cadangan spti ini. Kalau dpt isteri yg pandai urus duit, memang untung la suami tu tp kalu si isteri kelabu mata tgk duit banyak..mmm memang parah la jawabnya.
Suami juga jgn culas dgn tanggunjawab mberi nafkah kpd keluarga
Kalau isteri yang kelabu mata habislah licin. 🙂
dalam tentera ada form untuk potong gaji pada isteri…sekarang tak tau la..samada masih ada ke tidak, apa yang penting..kalau dah sebumbung tu…kenalah ada give n take, bantu membantu, masing2 jgn terlalu berkira…baru bahagia
Suami kekadang tak pandai urus kewangan berbanding perempuan, jadinya tak perlu kot kalau nak serah kat isteri melainkan isteri cuma urus kewangan suami.. Eh!! rasa cam ayat berbelit plak 🙂
Pandai-pandailah suami isteri menguruskan kewangan keluarga masing-masing.
Buat terkejut je berita ini.. ingatkan nak di buat di Malaysia hhhe
Rasanya tk perlulah sampai nak masukkan dalam akaun isteri, cukup sekadar hanya beri penyata pada isteri.. I think so
dulu2 mak saya terima gaji sebab abah askar.. sekrang tak tau lah pulak ada lagi tak macam gitu
hoho…memang berita baik untuk isteri….habis la isteri bershopping ueheuhe…
mungkin xperlu diserahkan, cuma lebih baik isteri tau saja, sama juga gaji isteri suami mungkin perlu tahu saja.
kalau gaji isteri-isteri…sendiri mau ingat.
Kalau gaji isteri-isteri macam mana pula ceritanya. 🙂
Bagus juga kalau pelaksanaannya dibuat di Malaysia..
Memang berasa sangat pelik kenapa mesti merahsiakan gaji dengan isteri sendiri.. Perkahwinan merupakan satu perkongsian.
Moga para suami tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memberi nafkah pada isteri.
Tidak ramai suami ingin mendedahkan gaji mereka kepada isteri kerana bimbang tersebar di mesyuarat tingkap.
ingatkan di malaysia..rupanya di negara lain..hehe..tapi kalau isteri tu jenis boros macam mana? habislah duit..huhu..
Mungkin ada suami yg kedekut kot..hehe..alaa,suami pon, jgn la berahsia dgn isteri berapa gaji dan elaun yg dpt. kan itu isteri kamu..<<< komen seorg surirumah ekekeke
Assalam..
Setuju sangat2,
tak la duit tu membazir..
isteri pulak boleh la buka akaun emas….hehe..
Bagus kalau mempunyai isteri yang berfikiran begitu jangan pula dibeli gelang dan rantai emas.
suami wajib bagi nafkah pada isteri~
Memang wajib tetapi ada suami yang culas.
huhu. berita gembira untuk kaum isteri 😛
Memanng berita gembira nanti jangan pula suami pegang kad atm isteri pula.
hohoho… Mr. hubby tak keja kerajaan jadi tak perlu simpan kot duit dia.. hik3
Honestly.. aku tak pernah tanya gaji mr. hubby berapa dan buat apa coz tiap2
bulan duit elaun KPF dan duit shoppg dah ada dalam accn.. Jimat2 + simpan2
sikit utk masa depan…
salam..
setakat ini berapa gaji dan simpanan
saya Mrs tak pernah tahu dan tak
mahu ambil tahu..pada dia, rezeki
pasti ada..makan minum cukup..
Kalau yang tidak culas tak apa. 🙂
hehe.. kalau isteri yang kerja kerajaan masuk akaun suami tak?
Dasarnya hanya gaji suami akan masuk ke dalam akaun bank isteri.
Peniaga macam aku ni plak cemana? Bini aku boros tau. Nanti habis duit rolling bisnes aku dia wat gi shopping handbag kat butik Bonia. Haha.
Bro perlu pandai-pandai menguruskan kewangan keluarga.
suami wajib bertanggungjawab pada keluarga dari segala segi inikan nafkah dan punca rezeki, ikut kepada peruntukan kot, pandai-pandailah sebab dah jadi suami isteri…
Sama-samalah menguruskan kewangan keluarga. 🙂
ada pro n cons…kalo dapat isteri yg ok..ok la..
kalo dpt yg mata duitan..abih la duit si suami…ehehe…
habis dia rembat duit suami buat shoppingggg…
Mesti terkejut tiba-tiba didalam akaun ada banyak duit. 🙂
pikir2 ingtakan kerajaan malaysia nak buat lagu ni biar betul..kalu nak buat saya ok jer heee…
Ohh..bab duit okay sahaja. 🙂
wak jadi bapaknya jangan terkejut yah haaaa
hehehe.. kesiannye kalau mcm tu jadinye..
kalau isteri die lak jenis boros.. tetapi suaminye x?
x ke haru jadinye?
xpatut2..
tak patut hee..apalah asal klu jgn bertengkar sudah ar
nak kawin dgn pegawai kerajaanlah mcm ni..huhui 😀
tp bagus juga idea mcm ni, kiranya kalau pape berlaku dalam rmhtangga
tak ada lah si ister terkontang-kanting tiada harta utk meneruskan hidup…
Rugi tul tak stay keje gomen… 🙂
haaa? haha. swasta lg class tau 😀
hehe..sama2…chii pun nak cari calon yg keje kerajaan gak la :p
kempunan la kejer swasta..hehe
sume pakat2 crik gov staff 🙂
Mungkin masalah tersebut sudah terlalu kronik di sana.. sebab tu langkah drastik diambil. Pengajaran buat semua.
Bagus gaklah camni, takder lah isteri tak dapat duit tiap2 bulan 😉
sebenarnya sudah pun berlaku di negara ini tetapi dalam kes apabila askar kita membuat operasi di dalam hutan yang memakan masa berbulan2 lamanya. itu pun atas persetujuan suami utk menyerahkan sebahagian wang gajinya pada bulan itu utk keluarga….
maza juga berharap dasar tersebut tidak dilakukan di Malaysia dlm konteks pegawai kerajaan yg bukan seperti askar itew . . . errr.. lagipun SPBA masih belum terlaksana dgn banyak problem yg dihadapi.. ahaks.. lalalala
Haaa.. betul tu 😀 Askar dah lama buat.
Kantoilah kalau ada dua isteri hehehe..
Memula baca tu terkejut gak…apa bener di Malaysia mahu berbuat demikian ya pak….akhirnya baru pasan….kat obersee laaa….hehehe
#Tp kalau mesia tiru cara derang ni pun bagus jugak kan bro??
tak boleh nak make-up keretalah kalau macam ni hehe 😛
keh3…habislah duit tu isteri beli make up dia pulak…hehehe
hehe . . jenuhh . .
bapa saya sejak dulu buat mcm ni, dan rasanya ok sebab janji isteri pandai manage, kalau isteri x pandai pon rosak jugak, malah lagi teruk, hehe
Masaklah bagi yg berkahwin tu.. tak dpt nak enjoy kan? hehehe