• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Hantu Kak Limah balik Rawang

Hantu Kak Limah balik Rawang

15th April 2011 by akubiomed 92 Comments

Vlog pertama dari Abang Koning

Aku tidak sangka anak-anak aku minat menonton filem Hantu Kak Limah balik rumah. Aku terdengar anak-anak aku menyanyikan lagu Soley Soley salah satu petikan lagu di dalam filem arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah balik rumah kesinambungan filem Zombie Kampung Pisang.

Lagu Soley Soley adalah nyanyian asal yang dinyanyikan oleh kumpulan Middle of the Road adalah sebuah kumpulan Scottish yang terdiri 4 anggota iaitu Sally Carr penyanyi utama, Ken Adrew pemain dram, Ian McCredie pemain gitar dan Eric McCredie pemain gitar bass. Kumpulan ini amat popular pada tahun awal tahun 1970an di Eropah dan Amerika Latin. 3 single dari kumpulan ini telah terjual 1 juta salinan setiap 1 dan menerima cakera emas. Pada tahun 1972 sahaja album kumpulan ini telah terjual sebanyak 5 juta.

Sumber: Wikipedia

Vlog pertama dari Abang Koning meniru lakonan Abi Hurairah ketika menyanyi lagu Soley Soley

p/s: Sebelum ini Abang Koning pernah meniru aksi tarian Micheal Jackson. Agak-agak ada peluang Abang Koning dipanggil berlakon sekuel Kak Limah balik rumah?

  • Dj Baby Aslah in d house let’s play music
  • Filem hantu seram yang diingati
  • Live blog melalui iPhone 3g – disebalik takbir

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Hafizul says

    30th October 2012 at 12:42 am

    haha..mesti ada peluang tu…nanti asah ler bakat terpendam tu yer..hehe

    Reply
  2. yas says

    18th May 2011 at 12:57 am

    Hehehe…mmg layan tgk citer nih…bebaru ni ucop wilcha meletop gak angkara fan page kt fb yg jual nama dia…hehehe
    teringat kat mamat yg dok sebut…balaa…balaaa…

    Reply
  3. wandisini says

    15th May 2011 at 3:07 pm

    habislah orang rawang di kokak dengan zomba.hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:23 pm

      Setakat ini belum ada berita atau tangkapan penduduk Rawang yang sudah menjadi Zomba kecuali penduduk kampung pisang 🙂

      Reply
  4. hafizmd says

    22nd April 2011 at 11:29 am

    kalau bro dah tgk 3 kali…aku baru jer sempat tgk 2 hari lepas…mmg lwak habislah…tak tahan tgk lawak2 kena kejar ni…hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 11:58 pm

      Walaupun trik lari telah lama digunakan ia tetap menarik kerana dapat melihat eksperasi takut pelakon lari kerana Kak Limah

      Reply
    • Hafizul says

      30th October 2012 at 12:50 am

      emm tgok sekali jer…tak sempat nak tgok untuk kali kedua..hehe..memang kelakar kan..

      Reply
  5. aimannajmy says

    22nd April 2011 at 5:47 am

    cayalah abg koning..memang berbakat.. boleh lah berguru dengan ucop wilcha untuk dapatkan gaya gerakan tangan yang betul huhu

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 11:57 pm

      Err..jangan jadi lembut macam Ucop Wilcha sudah. Naye nanti

      Reply
  6. nuriz says

    21st April 2011 at 2:05 pm

    Lagu soley soley jadi popular penangan filem Hantu Kak Limah, generasi muda la ni pun tak penah dgr lagu tu, dh tgk filem tu baru tau hehe

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 11:56 pm

      Saya pun tidak pernah dengar lagu Soley Soley 🙂

      Reply
  7. Amirez says

    21st April 2011 at 12:52 am

    wah, kena tunjuk kat mamat khalid ni.
    mana tau ada peluang berlakon dalam sambungan filem kak limah hehe

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 11:55 pm

      Ha..ha..kalau ada harapkan tempias rezeki

      Reply
  8. Mus says

    20th April 2011 at 8:59 am

    lagi seronok bila bapanya ambik bahagian sekali

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 11:55 pm

      Tidak berani hendak ambil bahagian nanti orang kata buang tabiat 🙂

      Reply
  9. puanbee says

    20th April 2011 at 8:43 am

    haha soley soley je yg jelas dengat pun , kikiki…

    budak2 comel buat ler apa pun !

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2011 at 11:54 pm

      Ye lah, telatah anak-anak memberi kita seukir senyuman

      Reply
  10. syahrilhafiz says

    18th April 2011 at 12:51 pm

    haha! memang sesuai la hantar pi idola kecil tuh
    berbakat!

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 10:04 pm

      Saya mahukan Mamat Khalid ambil dia berlakon 🙂

      Reply
  11. Razlan says

    17th April 2011 at 5:32 pm

    Siap ada penyang latar gitu,berbakat besar abang koning ne

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2011 at 10:03 pm

      Ha..ha..tu lah pasal. Abang-abangnya mungkin tidak berasa hendak menari macam Abang Koning

      Reply
  12. lekatlekitgurl says

    17th April 2011 at 12:36 am

    pengaruh filem pada kanak2..

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2011 at 1:59 pm

      Kanak-kanak paling senang meniru aksi didalam filem sebagai contoh filem Tan Sri P.Ramlee tidak kira zaman masih mendapat perhatian anak-anak kecil 🙂

      Reply
  13. decrewz says

    16th April 2011 at 9:23 pm

    Xleh nak view video kat ofis ni, kena block…hu3

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2011 at 1:39 pm

      Oh ye ker. Kalau dekat rumah ada talian broadband boleh menonton

      Reply
  14. dnoBiz says

    16th April 2011 at 7:28 pm

    kalu aku mamat kaled memang aku ambik abang koning belakon ganti budak yang pegang senapang tu ( anak si apa nama aku lupa )

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2011 at 8:35 pm

      Ish bro, anak yang pegang senapang tidak salah saya anak pengarah(Mamat Khalid)

      Reply
  15. aman says

    16th April 2011 at 7:04 pm

    pergh. Rawang? sensitif nie. wahaha~

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2011 at 8:34 pm

      Kenapa dengan Rawang cuba citer cuba citer 🙂

      Reply
  16. Ismail N says

    16th April 2011 at 2:12 pm

    tak dapat tengok.. error occured kat video tu.. Nanti kawe datang balik.. Apa2 pun Abang Koning nampaknya semakin hebat.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2011 at 8:33 pm

      Tidak apa nanti sudikan menonton kembali 🙂

      Reply
  17. zik says

    16th April 2011 at 12:40 pm

    lepas nie nak buat, hantu kak limah balik muar pulak…hehe, tapi bahan tak cukup..

    Reply
  18. nurmisnan says

    16th April 2011 at 12:34 pm

    hahaha… sangat popular lagu nih
    melodinya terkadang aku pun sebut
    saja nyakat hubby..

    itulah.. masa si usop wilcha nyanyi
    rasa mcm pernah dgr.. tapi tak terpk
    plak kumpulan ini….

    Reply
  19. Newport Beach Houses says

    16th April 2011 at 11:17 am

    selamat siang bang!

    jangan suka nonton film hantu, nanti hantunya jadi terkenal melebihi abang koning 😀 hehehe….

    Reply
  20. Mrs.Ayie says

    16th April 2011 at 9:25 am

    Baru tahu pasal asal lagu ni. Hehe. Tapi abang koning memang mantap, mimik muka tu yang tak tahan.

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2011 at 12:14 pm

      Ha..haa..itu buat hati babahnya terusik melihat telatah anak-anaknya

      Reply
  21. Ali ridha says

    16th April 2011 at 8:52 am

    abang koning dah muncul dalam vblog.huu.

    Reply
  22. Juan says

    16th April 2011 at 5:02 am

    memang best lagu ni, camner la mamat khalid jumpa lagu ni, hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2011 at 12:13 pm

      Hmm..tertanya-tanya juga dari mana Mamat Khalid dapat idea masukkan lagu Soley soley

      Reply
  23. benjy says

    16th April 2011 at 1:32 am

    alahai … adakah aku ini dikira sebagai ketingalan zaman kerana tidak menontol filem hantu kak limah balik rumah ? … kalau ada kesempatan aku akan menontonnya juga …

    Reply
  24. Zida says

    15th April 2011 at 11:30 pm

    soley soleyyyyy hahaha cerita ni memang terpahat kat minda semua orang la. sebijik sejiban dialog plak tu hafal. hahhaa

    Reply
  25. bEe says

    15th April 2011 at 6:25 pm

    Anak bEe pun suka dengar sambil menari-nari bila dengar lagu tu!
    Comel bila tgk anak menari-nari ikut sang irama…. Hehehe

    KELAS Mamat Khalid punya idea buat story yg simple tp boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 11:21 pm

      Terhibur melihat gelagat anak-anak 🙂

      Reply
  26. MDHAFiZ.NET says

    15th April 2011 at 5:31 pm

    “nampak benar menipu ” …hahaha.. lawak habis cerita ni 🙂

    Reply
  27. abby kamil says

    15th April 2011 at 5:04 pm

    soley soleyyy!

    haha.

    abg koning jd artis lah lepas ni!

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 11:18 pm

      Yah Soley Soley..

      Reply
  28. hafizmd says

    15th April 2011 at 4:46 pm

    tak tahan tgk abg koning layan lagu soley soley…entah…penerbit dah usha2 kot?

    tp tajuk kasi tukar – abg kak limah balik rumah pulak…. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 11:16 pm

      Amin..kalau ada peluang dapat babahnya tempias 🙂

      Reply
      • Mus says

        20th April 2011 at 9:02 am

        itu dinamakan rezeki datang bergolek..

        Reply
  29. tehr says

    15th April 2011 at 4:14 pm

    kecoh la pulak orang rawang kali ni
    abang koning ni nampak macam ada bakat juga ni
    hehe

    Reply
    • hafizmd says

      15th April 2011 at 4:44 pm

      mmg nmpak ada bakat tu…habis gerak dari atas ke bwah…ni mesti ada darah bangsawan ni… 😀

      Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 11:15 pm

      Ha..ha..jangan marahlah bro

      Reply
  30. hafidz says

    15th April 2011 at 3:32 pm

    aku memang tak sangka lagu soley-soley tuh dari sebuah band 😉

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 11:14 pm

      Sahaja semalan buat sedikit kajian tidak sangka kumpulan Middle of the Road memang popular sekitar tahun 70an

      Reply
  31. pipoq says

    15th April 2011 at 3:00 pm

    anak aku tu pun suka benor tengok citer berunsur seram..kalo bukak citer yang unsur seram kat TV tu diam je dia duduk tak berganjak..

    tapi masalahnya pehtu bila nak tidur jadi takut lak..hehehe..

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 11:00 pm

      Sekarang sudah banyak disogok cerita hantu. Dekat rumah ini pun sama nak suruh tolong ambil lampin pakai baby pun takut pada hal jarak sejengkal sahaja

      Reply
  32. Noraini says

    15th April 2011 at 1:13 pm

    Memang class la kalau hantu kak limah dah balik rawang sbb sebelum ni bulan lepas hantu kak limah balik sg buloh… Memang hantu kak limah best giller

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 10:56 pm

      Oh ye ker Mak Limah dah balik Sg Buloh terlupa jalan balik lah tuh 🙂

      Reply
  33. suri says

    15th April 2011 at 9:39 am

    blh tak saya cubit pipi dia yg tembam tu hee,,rasa geram ar pulak heee…

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 10:44 pm

      Pipi dah lah putih, gebuk pula tuh 🙂

      Reply
  34. suri says

    15th April 2011 at 9:37 am

    wah dah ada vbloh mmg mantap ar..kmi cuma ada blog jer heee…

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 10:44 pm

      Babahnya teringin hendak buat Vlog tetapi tidak berani lagi 🙂

      Reply
      • Mus says

        20th April 2011 at 9:01 am

        jangan takut bro.. buat biasa jer..
        aku pun dah start buat vlog ni..
        cuma nak upload ke youtube jer jadi masalah..
        internet lembab

        Reply
        • akubiomed says

          20th April 2011 at 10:04 pm

          Buat masa ini biarlah dulu nak buat vlog

          Reply
  35. anif says

    15th April 2011 at 8:42 am

    Gaya dah ada.. cuma kena gilap lagi bakatnya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 10:42 pm

      Haa..haa..tak apa kalau ada bakat semulajadi boleh kot 🙂

      Reply
  36. Ladfe Amir says

    15th April 2011 at 8:15 am

    Salam bro…

    aku belum berkesempatan menonton cerita ni walaupun sudah melihat kerektor Ucop Wincha semasa di ABPBH.. kemudian aku cuma melihat di HotFM (8 tv) dan youtube.

    soley soley ni mmg kelakar masa diaorg nyanyi.

    p/s: bro boleh try htr anak bro test uji bakat jika nak dia berlakon. Kadan2 tu..pelakon kanak2 diambil atas dasar kawan kenal kawan

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 10:37 pm

      Susah nak ajar untuk menyembut pembukaan vlog 🙂 tapi yang menari adalah natural

      Reply
  37. chybee says

    15th April 2011 at 2:34 am

    lpas ni komfem dapat masuk film kak limah 2 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 10:31 pm

      Kalau ada rezeki, mana tahu pengarah Mamat Khalid minat nak ambil berlakon. Ha..ha..

      Reply
  38. shamizu says

    15th April 2011 at 1:44 am

    Hantu mak limah balik rawang?
    lawaklah.He3

    Tapi tajuk ni memang betul-betul lawak lah. Macam mana yer diorang boleh terfikir letak tajuk macam nie. Tak pasal-pasal nama mak limah pulak yang dapat saham.

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 10:22 pm

      Ha..ha..sahaja letak perkataan Rawang

      Reply
  39. tengkorak emas says

    15th April 2011 at 1:20 am

    dengan gaya badan tu yg tak tahan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 10:20 pm

      Itu lah pasal 🙂 Cepat betul tangkap pada hal baru 2 kali menonton filem Hantu Kak Limah balik rumah

      Reply
  40. maza says

    15th April 2011 at 12:55 am

    wakakaka…

    kebetulan pula malam tadi maza baru sahaja mengkhatamkan kali ke3 cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ini.. hehhhe

    asyikk sehhh.. hahahhaa

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 10:18 pm

      Wah rajin menonton filem Hantu Kak Limah balik rumah. Ntah-ntah ada dialog yang sudah dihafal 🙂

      Reply
    • dnoBiz says

      16th April 2011 at 7:27 pm

      aku tak suka cita tu, cita tu tak best sebab tu aku cuma tengok lima kali je…

      Reply
      • akubiomed says

        16th April 2011 at 8:32 pm

        Kalau suka menonton tentu sekali sahajakan bro 🙂

        Reply
  41. Pejuang kesenian Extreme says

    15th April 2011 at 12:28 am

    Ohhhhhh,Soley soley..hehe

    Reply
    • tengkorak emas says

      15th April 2011 at 1:22 am

      awok neves…keh3

      bro, aku xdpat masuk blog PKE nape?

      Reply
      • Pejuang kesenian Extreme says

        15th April 2011 at 1:26 am

        ke tepi~ke tepi!!~~
        hehe…

        ha,tak boleh masuk..pakai P1 ke?

        Reply
        • tengkorak emas says

          15th April 2011 at 1:54 am

          celcom, yg dulu aku selalu masuk guna streamyx,

          ada masalah ke?

          Reply
          • Pejuang kesenian Extreme says

            15th April 2011 at 1:57 am

            Nanti aku cuba check..Pasal sebelum ni ada prob dengan P1..
            Sesiapa yg pakai P1 tak leh masuk blog aku…

            Reply
          • akubiomed says

            15th April 2011 at 10:05 pm

            Kenapa blog bro memilih pembekal siapa yang boleh akses dan siapa yang tidak?

            Reply
  42. Amry says

    15th April 2011 at 12:27 am

    lagu-lagu lama rentak muzik diorang sedap walaupon rock.lagu sekarang ni pecah gegendang telinga nak dengar..lirik pon tah apa2.yan rock la.yang slow muzik boleh tahan jer la..lagu2 lama lirik menusuk jiwa….

    tak perasan pulak lagu ni ada dalam citer hantu kak limah tu.tengok pon sekali jer…

    KIta bakor jerrr…..hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 8:23 pm

      Kalau nyanyi lagu karaoke rata-rata akan nyanyi lagu rock. Siapa setuju angkat tangan macam saya 🙂

      Reply
  43. Sabahan Bloggers Club says

    15th April 2011 at 12:26 am

    Lagu ni sesuai untuk seisi keluarga ni…. 🙂 🙂 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th April 2011 at 8:08 pm

      Hendak kata sesuai untu didengari oleh keluarga tidak juga kerana lagu Soley Soley mula meletup bila dimainkan didalam filem Kak Limah balik rumah

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in