• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Reviu Ringkas Pemukul Nyamuk Elektrik atau Electric Mosquito Swatter

Reviu Ringkas Pemukul Nyamuk Elektrik atau Electric Mosquito Swatter

5th June 2021 by akubiomed 1 Comment

Reviu Pemukul Nyamuk Elektrik mesra alam.

Mengimbau zaman dulu-dulu. Bila masuk waktu senja akan bakar ubat nyamuk atau sprat ubat nyamuk. Sebelum akan pasang kelambu untuk halang digigit nyamuk. Sekarang ini ada Pemukul Nyamuk Elektrik @ Electric Mosquito Swatter yang mesra alam.

Sekali pandang seperti Pemukul Lalat Elektrik tetapi fungsi Pemukul Nyamuk Elektrik ini mempunyai ciri tambahan yang tidak ada pada Pemukul Lalat Elektrik. Pemukul Nyamuk Elektrik ini ditambah dengan lampu Ultra Unggu digunakan untuk menarik serangga seperti Nyamuk ke jaring elektrik voltan tinggi.

pemukul nyamuk elektrik atau electric mosquito swatter

Pemukul Nyamuk Elektrik ini mempunyai pengecas dok atau docking charger untuk mengecas Pemukul Nyamuk Elektrik yang boleh digunakan nir wayar atau letak pada pengecas dok.

charging port

Pengecas Dok mengunakan USB mikro untuk mengecas.

docking station untuk pengecas
Pengecas Dok
pemukul nyamuk elektrik atau electric mosquito swatter
Indikator kapasiti batery dan pengecas indikator

Indikator dwi fungsi. Bila Pemukul Nyamuk Elektrik digunakan akan menunjukkan status kapasiti bateri dan bila Pemukul diletakkan pada Pengecas Dok akan menunjukkan status pengecasan.

butang suis
butang suis

Suis ada dua posisi:
1. ON 1 – Kawalan zap elektrik secara manual dan lampu Ultra Unggu tidak menyala.
2. ON 2 – Zap elektrik dan Lampu Ultra Unggu sentiasa On.

Kawalan secara manual untuk zap elektrik.

kawat dawai
Zap elektrik dan lampu Ultra Unggu menyala.
pemukul nyamuk elektrik atau electric mosquito swatter
Demonstrasi cara memegang dan menghayun.

Kesimpulan pengunaan Pemukul Nyamuk Elektrik ini mudah digunakan dan mempunyai dwi fungsi. Boleh dijadikan lampu tidur selain digunakan untuk membunuh serangga. Pengecasan pun mudah dengan hanya letak Pengecas dok. Lampu Ultra Unggu berjaya memperdaya nyamuk dan menarik serangga untuk jaring elektrik. Pengunaannya berkesan cuma bunyi letupan kecil kerana serangga melekat pada jaring elektrik boleh menggangu.

Berminat nak dapatkan Pemukul Nyamuk Elektrik dengan klik butang dibawah.

Filed Under: blog, gajet, review Tagged With: electric mosquito racquet, electric mosquito swatter, pemukul nyamuk elektrik

Reader Interactions

Comments

  1. Hairul Hissam says

    10th June 2021 at 2:14 am

    boleh caj nie best pakai… kalau guna bateri, lemah betul asyik nak beli bateri..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL