• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Lelaki mempunyai pilihan

Lelaki mempunyai pilihan

12th December 2010 by akubiomed 67 Comments

Pilihan berkahwin di usia muda dan bukan dari bangsa sendiri.

Cuti sekolah hujung  memang menjadi pilihan pasangan muda yang sudah lama bersulam cinta mengotakan janji ke jinjang pelamin. Memang tidak menang tangan mendapat jemputan dari kawan-kawan sepejabat yang menamatkan zaman bujangnya.

Aku tidap pasti masih adakah lagi berkahwin atas pilihan keluarga dan pengamatan aku zaman sekarang perkahwinan adalah berdasarkan suka sama suka antara uda dan dara. Bagaimana pula dengan umur ketika  melangsungkan perkahwinan?

Cerita 1

Akhbar tempatan melaporkan cerita perkahwinan pada usia muda dan si isteri masih lagi dibangku sekolah. Keluarga pasangan muda telah memberi penjelasan dan kekesalan terhadap  tomahan yang dilemparkan oleh pihak yang tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar pasangan muda ini .

Si ibu merestui menantunya yang mempunyai didikan ilmu agama yang tinggi mampu me-nahkoda bahtera perkahwinan. Cuma aku sesalkan sestengah  pihak melatah tidak tentu pasal mengatakan pasangan itu terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda. Siapa mereka ini berhak mengatakan layak atau tidak?

Cerita 2

Kita selalu mendengar cerita gadis tempatan berkahwin warga asing samada secara sah atau kahwin lari. Akhbar tempatan hari ini melaporkan cerita seorang jejaka tempatan berkahwin selain bangsa sendiri dan si isteri adalah bukan dari warga tempatan.

Antara sebab-sebab jejaka tersebut memilih gadis bukan dari warga tempatan adalah kerana kos majlis perkahwinan yang meningkat dan gadis tempatan terlalu cerewet serta  nilai-nilai ketimurannya yang semakin terhakis. Memilih pasangan hidup bukan tugas yang mudah kerana kita bukannya boleh membaca hati budi pasangan masing-masing dan mejangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Lelaki mempunyai pilihan pasangan hidup.

Apa yang aku mengharapkan supaya anak muda zaman sekarang kembalikan peradaban ketimuran yang semakin lama semakin menghakis atas alasan kemodenan. Perbuatan-perbuatan gelagat anak muda dilaporkan amat menjijikkan sekali. Pilihan keluarga atau sendiri? Berkahwin pada usia muda atau warga asing? Lelaki mempunyai pilihan.

Panduan dari Imam Al-Ghazali

Bakal isteri

  • Beragama
  • Mempunyai perangai yang baik
  • Murah mas kahwinnya
  • Tidak mandul
  • Anak dara
  • Keturunan yang baik
  • Ada rupa
  • Tidak dari keluarga yang terdekat

Suami

  • Beragama
  • Sihat, kuat dan tampan
  • Berpelajaran
  • Berkemampuan dan mempunyai harta
  • Bertanggungjawab
  • Berjimat cermat
  • Ternama
  • Petang tunang dan malam pun tunang
  • Majlis perkahwinan Faizal dan Nurul Farhana
  • Aku dapat adik ipar

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. lepakk.com says

    8th September 2012 at 9:14 pm

    Good sharing …

    Reply
  2. zik says

    19th December 2010 at 2:32 am

    mahu cari rezeki yang halal dan juga… tingkatkan ilmu2 perkahwinan..

    Reply
  3. fitri says

    14th December 2010 at 11:26 am

    daripada bercouple bawak anak dara orang ke hulu ke hilir tak tentu pasal baiklah die kawen…

    Reply
    • akubiomed says

      14th December 2010 at 11:29 am

      Elok kahwin tapi kena sedia wang dahulu bukan senang nak jaga anak dara orang kalau diri sendiri pun tak lepas lagi 🙂

      Reply
      • fitri says

        14th December 2010 at 11:44 am

        haah ek..tang duit pulak citenye…senang2 nak kawen esok baru carik..tak yah carik sekarang..hehe

        Reply
  4. Squtopus says

    14th December 2010 at 12:16 am

    Ramai pasangan muda yang kahwin sebelum cukup ilmu agama di dada. Akibatnya berlaku penceraian di usia muda, manakala tahap pendidikan anak pun terabai dari segi akademik dan agama dan mudah terdedah dengan gejala sosial melampau. Senario sekrang sudah cukup menyatakan keadaan semikian. Kebanyakan mereka kahwin atas alasan nak mengelakkan maksiat dan bukan sebab kerana Allah S.W.T atas berdasarkan ajaran Islam.

    Reply
    • akubiomed says

      14th December 2010 at 12:50 am

      Terima kasih ulasan panjang lebar bro diharap dapat membuka mata semua pihak kerana masih ada sinar untuk kembali ke jalan yang benar

      Reply
  5. hafizmd says

    13th December 2010 at 1:05 pm

    1. Rasanya masih ada jodoh yg ditetapkan oleh orang tua…contohnya abang sulung aku…jodoh ditetapkan oleh orang tua…dan alhamdulillah…mereka bahagia..
    2. Sekarang, mmg ramai yg berjodoh atas sikap suka sama suka…cuma jgn baru kenal kat fb…terus percaya..
    3. Kahwin muda mmg ramai orang tua sedekit skeptikal..katanya kurang matang…jadi tugas mereka yg nk kahwin samada tua@muda, faham tanggungjawab itu penting…insyaAllah bahagia…ameen

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2010 at 9:50 pm

      Nasihat yang baik. Terima kasih bro 🙂

      Reply
  6. liza says

    13th December 2010 at 10:18 am

    dtg jenguk

    Reply
  7. zik says

    13th December 2010 at 9:18 am

    kahwin bukan perkara main2… yela lepas tuh tanggungjawab harus dipikul bersama-sama…

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2010 at 9:25 am

      Sebab itu pahala orang yang sudah berumahtangga pun lebih dari orang bujang. Si suami bukan setakat tanggung dosa sendiri sahaja, dosa anak-anak dan isteri dia pun masuk akaun

      Reply
  8. brat2104 says

    13th December 2010 at 7:46 am

    dan yang terkini, lelaki boleh berkahwin dengan gadis2 cun dari maghribi dengan kos serendah 14k!!! yeehaaa!!! ayahku pun dah plan nak suruh adikku kahwin dengan orang sana. huhuhu..

    pegang 1 je la.. jodoh tu Allah dah tetapkan.. sampai masa, ikut je. kalau x sampai2.. ada la kat akhirat nanti.. jangan terlalu tergesa2 dan jangan pula asyik menangguh2

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2010 at 9:08 am

      Betultuh di akhirat dijanjikan bidadari-bidadari untuk ahli syurga tapi sebelum itu kena lihat amalan kita dahulu 🙂

      Reply
  9. ardzham says

    13th December 2010 at 2:45 am

    Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup. Ini membawa makna keseluruhan kehidupan kita harus kita kongsikan dengan pasangan kita setelah kita berkahwin.

    Perkahwinan juga adalah pengikat antara dua keluarga yang sebelum ini mungkin tak kenal antara satu sama lain, namun dengan perkahwinan maka termetrai penyatuan antara dua keluarga.

    Maka secara automatiknya semua hal berkaitan perlu dijaga, jaga hubungan antara suami isteri dan antara dua keluarga. Paling utama jangan pentingkan diri sendiri.

    Kalau dah sampai seru, usia jangan dikira, lebih baik kahwin muda dari dah tua tapi tak kahwin-kahwin.

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2010 at 9:11 am

      Setuju dengan bro 🙂

      Reply
  10. RedBoys says

    12th December 2010 at 11:48 pm

    si lelaki perlu tahu latar belakang bakal isterinya bg mengelakkan perkara buruk di belakang hari. wee

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2010 at 9:16 am

      Memang dalam pemilihan pasangan tak kita kira lelaki dan perempuan perlu diketahui latarberlakang cuma kadand-kadang cinta itu buta menutupi lubang yang tak nampak

      Reply
  11. rina says

    12th December 2010 at 10:28 pm

    xkisahlah kawin dengan sape2,asalkan dapat restu keluarga..

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 11:12 pm

      Restu orang tua membuatkan mahligai perkahwinan yang dibina itu bahagia 🙂

      Reply
      • Ladfe Amir says

        18th December 2010 at 3:04 pm

        kena minta restu isteri jika nak tambah cawangan.

        Reply
  12. mancai says

    12th December 2010 at 10:06 pm

    kuota 3 lagi ni… huhuhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 11:11 pm

      Ooh bro kod 03 🙂

      Reply
  13. fina fento says

    12th December 2010 at 9:48 pm

    teringin mak ayah yang pilihkan jodoh. tapi segan nak cakap-.-

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 11:10 pm

      Believe or not, parent saya memeilih jodoh saya dan I never regret as long dapat restu from my parent 🙂

      Reply
  14. Afzai Afandi says

    12th December 2010 at 9:44 pm

    lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 11:09 pm

      Betultuh

      Reply
  15. etomyam says

    12th December 2010 at 9:36 pm

    piliah terbaru hari ni pulak boleh ambil pakej kahwin dengan anak dara Morocco..RM14k aje ngehehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 11:09 pm

      Terpulang kepada individu asalkan halal

      Reply
  16. fendidahada says

    12th December 2010 at 9:33 pm

    huhu…kawin org magribi macam keluar paper tu..kos murah dan isteri dijamin suci..huhu…tapi kalo dah cukup syarat semuanya..elok2 la kawin…kalo kwin muda bgus..nanti kite tua..anak2 dah besar…senang skit…

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 11:08 pm

      Ada hikmah kawin pada umur muda 🙂

      Reply
  17. donny says

    12th December 2010 at 9:24 pm

    fuh masih budak lagi tu 14 tagun dah kawen…dasat2

    Reply
  18. Amirez says

    12th December 2010 at 8:58 pm

    sepatutnya kita rasa gembira bila pasangan tu dah berkahwin, tak perlulah nak pertikaikan perkara2 yang tak sepatutnya dipertikaikan ye tak? kahwin tu lebih baik daripada diorang buat sesuatu yang pasti jadi bualan orang

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 11:07 pm

      Kurang faham kadang-kadang buat baik pun salah

      Reply
    • tehr says

      13th December 2010 at 1:42 am

      aku memang seronok dan sokong sangat2 pasangan yang kahwin dalam usia muda
      ilmu dan duit boleh di cari
      yang penting mahu berbuat yang baik je

      Reply
      • akubiomed says

        13th December 2010 at 9:14 am

        Sama-sama setuju kahwin muda kalau bekalan cukup

        Reply
        • Ladfe Amir says

          18th December 2010 at 3:03 pm

          setiap usaha ke arah kebaikan itu, akan sentiasa mendapat bantuan daripada Allah. InsyaAllah

          Reply
  19. Ismail N says

    12th December 2010 at 8:24 pm

    Kawin ni mcm investment juga.. ada risk dan tak leh harap happily ever after je. Bila dah kawin kita cuma boleh jaga t/jwb sedaya upaya dan bertawakal aje agar pasangan kita pun begitu jugak.
    NGO dan menteri yg menyalak tu… lu pikir la sendiri!

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 11:06 pm

      Tak sepatutnya orang luar yang tidak tahu hujung pangkal buat komen melulu kerana hak masing-masing untuk berumahtangga. Sepatutnya dirai dan doakan kebahagian pasangan tersebut

      Reply
  20. luna qiszara says

    12th December 2010 at 7:20 pm

    hehe..perempuan jugak berhak membuat pilihan, tp kan..itu semua bergantung pada jodoh, siapa lah kita utk meminta yang sempurna sedangkan diri kita pun x sempurna? Pasangan yang sempurna adalah yang boleh menerima keburukan kita dengan hati yang terbuka. Kita adalah manusia yang penuh cacat cela, jadi, jangan lah meminta yang kita sendiri tak layak utk dapatkan.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 8:13 pm

      Setuju dengan komen yang diberikan semua hendak yang sempurna kita merancang tuhan menentukan kita kena terima Qada dan Qadar seperti didalam rukun iman 🙂

      Reply
    • hafizmd says

      13th December 2010 at 1:02 pm

      setuju..Allah tetapkan yg terbaik utk kita…hanya hanya merancang, Allah yg tentukan..

      Reply
  21. Hadi Rofiee says

    12th December 2010 at 3:49 pm

    Utamakan agama, i’Allah selamat. 🙂

    p.s: gadis melayu menjadi pilihan aku. 😛

    ”siapa bilang gadis melayu tak menawan,…”

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 3:57 pm

      Selagi pegangan agama kuat Insyallah rumahtangga bahagia 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        13th December 2010 at 1:01 pm

        insyaAllah..itulah yg paling utama 😀

        Reply
        • Ladfe Amir says

          18th December 2010 at 3:02 pm

          InsyaAllah..jika dicari di tempat yg betul, pasti bertemu dengan calon isteri yg bersesuaian.

          Reply
  22. anif says

    12th December 2010 at 2:54 pm

    Sepatutnya akhbar, ahli politik serta NGO mempromosi perkahwinan sebagai cara membentras gejala sosial yang semakin kronik sekarang ni dan bukannya mensensasikan berita tersebut dengan pelbagai alasan yang kurang bijak!

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 3:01 pm

      Itu lah sebaik-baiknya kerana sunnah pun mengalakkannya kalau hendk disenaraikan dekat sini pun tak habis 🙂

      Reply
    • tengkorak emas says

      12th December 2010 at 3:17 pm

      yup, sampaikan kuasa mahkamah syariah dipersoal dan mula dikaitkan dengan melanggar polisi keraajaan pula, cukupla konflik dgn mahkamah sivil, (kes perempuan kahwin bawah umur)

      apabila mahkamah syariah telah membenarkan, pastinya hakim telah mengambil kira beberapa aspek..

      Reply
      • akubiomed says

        12th December 2010 at 3:45 pm

        Mahkamah pun sudah putuskan apa masalahnya lagi.Sisuami pun seorang cikgu agama

        Reply
        • Ladfe Amir says

          18th December 2010 at 3:01 pm

          bertuah dapat menantu guru agama. sbb tu si keluarga tak sabar-sabar bermenantu kot

          Reply
          • akubiomed says

            18th December 2010 at 3:12 pm

            Tuhler pasal moga-moga si suami dapat memberi panduan isteri tentang agama

            Reply
    • tehr says

      13th December 2010 at 1:39 am

      akhbar selalu siar cerita camni:

      saya masih muda
      saya belum puas hidup membujang
      saya belum cukup duit
      saya belum habis belajar
      saya belum belum belum belum …

      sampai bila pun masalah sosial tak habis

      Reply
      • akubiomed says

        13th December 2010 at 9:14 am

        Wah cantik memang kena 🙂 Terima kasih bro

        Reply
  23. abby kamil says

    12th December 2010 at 2:53 pm

    kalau duit byk dah kawin dah. hihi

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 3:00 pm

      Ala Abby..semasa saya kahwin dengan isteri dulu main redah jer kalau nak ikut nak kahwin umur 25 ikut sunah Nabi. Tup-tup 24 tahun dah bernikah.

      Reply
  24. dnoBiz says

    12th December 2010 at 2:50 pm

    post kita macam berkait la pulak bro 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 2:56 pm

      Ambil angin dan olahan semula 🙂

      Reply
  25. dnoBiz says

    12th December 2010 at 2:49 pm

    Betul tu Bro Umur tidak menjamin kebahagian, yang penting kita ikut cara yang telah disarankan oleh Islam, dan juga mendapat restu daru kedua ibu bapa, InsyaAllah bahagia,

    Ps : Ramai yang kahwin atas dasar nafsu dan harta

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2010 at 2:59 pm

      Tak faham kuasa talak ditangan lelaki sewenan-wenang disalah gunakan tak sempai inai tak hilang di jari dah nak bercerai yang lebih teruk lagi ada menceraikan isteri ketika sarat mengandung. Mana janjinya yang di ikat ketika bercinta dahulu

      Reply
      • tengkorak emas says

        12th December 2010 at 3:14 pm

        jenis yang tak fikir panjang dan terlalu ikut perasaan..nanti mulalah dalam mahkamah cakap ‘sedang mabuk, berada dalam pengaruh pil’ ketika menjatuhkan talak..

        dan mula jadi gila talak..

        Reply
        • akubiomed says

          12th December 2010 at 3:52 pm

          Ntahlah mudah sangat salah guna kuasa talak. Walaupun cerai dibenarkan didalam islam tetapi bukan sesuatu yang boleh disalah gunakan

          Reply
          • hafizmd says

            13th December 2010 at 1:00 pm

            suatu perkara yg dihalalkan tapi dibenci Allah…mintak jauh

            Reply
          • akubiomed says

            13th December 2010 at 9:48 pm

            Minta-minta jauhkan ya ampun

            Reply
    • Panduan Buah Pinggang Sihat says

      13th December 2010 at 4:27 pm

      Umur bukanah termasuk dalam rukun nikah.Cumanya masyarakat kita terlalu mementingkan perkara tersbut.Nabi sendri berkahwin dengan Siti Khadijah yang ketika itu jauh lebih berumur dari baginda.Namun perkahwinan mereka kekal bahagia sehinggalah Siti Khadijah meninggal duni,Nabi tetap mencintainya.

      Reply
      • akubiomed says

        13th December 2010 at 11:18 pm

        Nabi SAW berumur 25 tahun ketika bernikah dengan Siti Khadijah RA pada ketika itu berumur 40 tahun

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in