• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Mikrofon BOYA BY-M1 versatile mudah guna bersama Smartphone

Mikrofon BOYA BY-M1 versatile mudah guna bersama Smartphone

14th March 2018 by akubiomed 8 Comments

Mikrofon BOYA BY-M1

Mikrofon BOYA BY-M1 untuk all round.

Sudah lama cari mikrofon untuk rakam suara untuk video rakaman yang versatile boleh digunakan pada PC, Smartphone dan kamera DSLR.

Akhirnya jumpa mikrofon BOYA BY-M1 yang fleksibel boleh digunakan bersama gajet-gajet yang sebutkan tadi.

Pakai mikrofon BOYA BY-M1 rasa diri seperti penyampai ceramah.

Dahulu bila buat rakaman video yang rakam suara mengunakan mikrofon mini.

Bukanlah tidak bagus tetapi saya mahu fleksibiliti seperti klip mikrofon boleh semat pada baju dan wayar yang panjang.

Mikrofon BOYA BY-M1 ini kegunaan versatile kerana boleh digunakan pada:

  • Smartphone
  • PC @ Laptop
  • Kamera @ DSLR

Wayar panjang 6 meter cukup panjang nak buat Facebook LIVE dengan penampilan penuh tidak perlu bimbang suara tidak kedengaran kerana mikrofon boleh klip pada baju.

Bebas nak bergerak sambil merakam suara kerana mikrofon sentiasa berdekatan.

Mikrofon BOYA BY-M1 bersama aksesori

Mikrofon dipasang foam windscreen untuk mengurangkan geseran bunyi angin dan klip baju

Power Pack ada mod untuk set pada Kamera dan Smartphone

3.5 mm Connector sadur emas untuk kualiti konduktor yang baikuntuk Smartphone, PC, Laptop dan Kamera

Microphone Adapator 1/4 inci boleh pasang kepada sistem audio

Demo klip mikrofon BOYA BY-M1 pada baju

Cara guna mikrofon BOYA.

Cara set audio bila guna mikrofon BOYA BY-M1 dengan set mod Camera bila guna pada kamera digital @ DSLR dan set Smartphone bila guna pada set mod Smartphone.

Sebelum guna pada PC @ Laptop perlu buat sedikit setting.

  1. Cucuk mikrofon BOYA pada PC @ Laptop
  2. Klik kanan gambar ikon Speaker pada sebelah bawah kanan pada Windows menu bar.
  3. Pilih Recording devices
  4. Cari Microphone bar
  5. Klik kanan Microphone dan pilih Properties
  6. Cari Level Tab dan cari Microphone boost (bunyi distorted kalau set terlalu tinggi)
  7. Set level Microphone boost paling rendah
  8. Naik level Microphone paling tinggi
  9. Uji dengan rakam dan dengar rakaman.
  10. Jika rakaman suara rendah boleh naikkan Microphone boost ke julat 10 (jika perlu).

[PENTING] Selepas guna pastikan mikrofon BOYA BY-M1 ini sentiasa pada set mod Smartphone untuk memastikan voltan bateri tidak kering kehabisan.

Spesifikasi mikrofon BOYA BY-M1.

  1. Polar pattern: Omini-directional
  2. Frequency response: 65Hz-18KHz
  3. Signal/Noise: 74dB or more
  4. Output Impadence: 1000Ω or less
  5. Power requirement: LR44

Saya syorkan dapatkan mikrofon BOYA BY-M1 ini kerana ini mudah digunakan Plug n Play.

Wayar panjang 6 meter dan mikrofon boleh klip pada baju adalah kelebihan untuk bebas bergerak tanpa rasa bimbang suara tidak dirakam bila berjauhan dari Smartphone.

Bagi saya sesuai untuk newbie dan memadai guna mikrofon untuk pelaburan rendah mendapakannya bagi tujuan rakaman suara.

Harga mikrofon BOYA BY-M1 ini sekitar RM60++ boleh beli secara online dari Lazada

  • M3 Amgras Wireless Microphone
  • Unboxing Monster AC210 Earphone
  • Xiaomi Xiaoyi Ants Camera bajet untuk pemantuan keselamatan
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2018-03-14
Reviewed Item
BOYA BY-M1
Author Rating
4

Filed Under: review Tagged With: boya, boya by-m1, mikrofon bajet, mikrofon boya by-m1, mikrofon murah, Omni Directional Lavalier Microphone

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    15th March 2018 at 11:37 am

    best ni. insyaAllah rajin fb live lepas ada gajet hebat ni ye

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2018 at 11:03 pm

      Insyallah sudah ada mikrofon BOYA barulah semangat. 🙂

      Reply
  2. mrhanafi dot com says

    14th March 2018 at 10:42 pm

    wow..kalau dah rasa mcam penceramah..ok la sangat tu bro…lepas ini boleh ceramah live di FB atau Insta

    Reply
    • akubiomed says

      21st March 2018 at 11:14 pm

      Ada didalam perancangan. 🙂

      Reply
  3. Norasikin says

    14th March 2018 at 10:16 pm

    Pakai wireless la bro. Mudah sket nak bergerak

    Reply
    • akubiomed says

      14th March 2018 at 10:32 pm

      Kita nak mula dengan bajet kecil dengan produk yang berkualiti seperti dihasilkan dari Boya.

      Reply
  4. Hans says

    14th March 2018 at 11:32 am

    wahhh
    nampak menarik

    Reply
    • akubiomed says

      14th March 2018 at 10:31 pm

      Bila pakai mikrofon Boya terasa diri seperti seorang Penceramah. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in