Susah hendak dapatkan Compactor Living Box Set.
Melihat Compactor Living Box Set di GoShop untuk simpan barang-barang memang saya amat memerlukan kotak ini. Kehidupan berkeluarga secara tidak langsung akan bertambah barang sedikit demi sedikit didalam rumah. Masalah untuk menyimpan dan ruang simpanan yang terhad menjadi satu masalah besar.
Tidak beli di GoShop
Kalau beli Compactor Living Box Set di GoShop harganya RM199 untuk 4 kotak dan 2 organizer. Saya tidak beli di GoShop tetapi beli di Cosway pada harga RM31.90 per set mengunakan 1 Redemption Point(RP) untuk 1 kotak. Harga biasa RM55.90 tanpa RP.
Perbandingan saiz sebenar dengan Aslah
Memang susah hendak dapatkan stok kerana hot selling selepas keluar di GoShop. Merata mencari tetapi tak ada stok dan selepas menunggu hampir sebulan barulah dapat Compactor Living Box Set ini. Sekali borong sampai 3 set sekali pada harga RM97.20 lebih kurang RM32.40 per set termasuk GST.
Ruang simpanan yang besar.
Tidak sangka Compactor Living Box Set ini mempunyai ruang simpanan yang besar lebih kurang 56L dan diperkukuhkan dawai besi untuk menjadikan kotak ini kukuh.
Boleh akses samada dari atas dan bahagian hadapan mengunakan plastik lut sinar yang juga boleh diakses dengan membuka zip. Kesimpulan bebaloi membeli Compactor Living Box Set bukan sahaja saya boleh memastikan barang-barang disimpan dengan kemas dan menjimatkan ruang kerana kotak ini boleh disusun secara bertingkat
Satu idea penyimpanan yg baik bro..
boleh minta tolong belikan di cosway?
Kalau tak ada Redemption Point(RP) payah hendak dapat harga tawaran.
yang aku tau..goshop memang rajin buat promosi sekarang.
harga dia pun boleh tahan jugak.
wah warna merah jambu lagi itu..kalau beli mesti memakainya ya tak.
aikk mana demonya admin nak tahu juga macma mana kegunaannya huhu..
Untuk ruang yang terhad elok guna box nie. Kalau ada 2 atau 3 atau 4 just tindihkan aja.
bagus ni… kena bali supaya jimat ruang..tq atas info ni.. kak suka baca blog kamu…
56 liter?Besar tu..nampak je comel..tiba2 teringat poket doraemon..
Memang luas bangat boleh isi comforter tanpa masalah. 🙂
memang untung bergali ganda murahnyaaaa
Puas membeli dengan kualitinya. 🙂
saya sebanarnya kurang faham, kotak ni utk apa? untuk simpan barang biasa biasa tu ker
Boleh simpan baju, comforter dan pelbagai lagi. Selain kukuh, kotak ini mengunakan material ‘breathable’ jadi tidak bau hapak.
Pertama kali dengar perkataan Goshop, nak buat research sikit
Boleh Google mengenai GoShop ini. Shhtt pastikan orang rumah tak tahu mengenai GoShop. 🙂
assalamualaikum,
cantik. finkkkk lagiiii
Warna pink memang sangat cantekk. 🙂
Nampak bagus kotak ni. Senang nak susun dan simpan barang. Cadangnya nak dapatkan juga tapi tidak tahu di mana ada jual. Nak beli di GoShop memang tak berbaloi rasanya.
Pilihan ditangan masing-masing. Dapat harga yang murah terus sambar. 🙂
ada lagi yang murah.. pilihan di tangan sendiri
Kalau ada pilihan mengapa tidakkan bro. 🙂
ada eh kat cosway, boleh cari ni. Sebab barang pun banyak ni. Nak kasi bilik nsmpak lebih kemas dan teratur 🙂
Stok panas selalu sahaja out of stock. Sampai sahaja stok baru akan licin. 🙂