• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Jangan lupa baca buku edisi khas Denaihati

Jangan lupa baca buku edisi khas Denaihati

15th March 2014 by akubiomed 29 Comments

Buku edisi khas Denaihati mengandungi pelbagai informasi

Buku edisi khas Denaihati diberikan kepada setiap  blogger yang hadir Sepetang Bersama Blogger 2014 dan Yeos . Saya pada mula tidak sedar buku ini kerana ia dimuatkan didalam goodies bag sehingga Yeop semeja sedang membilik buku edisi khas tersebut.

buku edisi khas denaihati

Buku Denahati edisi khas setebal 210 muka surat ini dibahagikan beberapa bahagian iaitu:

  • Artikel pemenang Contest Yeo’s
  • Hidup untuk memberi
  • Blogging
  • Kisah keluarga
  • Kembara dunia
  • Berani Gagal
  • Aktiviti

Permulaan buku ini bermula dengan kata-kata aluan dari tuan Mohd Ilham founder blog Denaihati. Beliau berkongsi latar belakang beliau dan sejarah ringkas bermula 5 tahun lepas bermula menulis blog dan kejayaan sepanjang dan pencapaian yang dicapai oleh blog Denaihati.

Antara pencapaian blog Denaihati adalah:-

  • Top 10 blog Malaysia didalam kedudukan Alexa
  • MSMW Best Blog of The Year 2012
  • MSMW Most Creative Blog 2013
  • MyNic Best Personal blog 2013
  • MSMW Best Micro Blog 2014

Saya cuba kongsikan apa yang terkandung secara ringkas apa yang terkandung didalam buku edisi khas Denaihati ini diantaranya kelebihan bersedekah dan memberi akan mendapat beberapa manfaat yang sudah dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka yang sentiasa ringan bersedekah dan memberi. Blog Denaihati ini mempunyai tag line “Hidup untuk memberi”. Jadi memang tidak lari tuan Ilham sentiasa menganjur aktiviti seperti contest di blog, pengembaraan membantu masyarakat islam di Kemboja dengan menghulur pelbagai bantuan diantara skim Korban dan Aqiqah di Kemboja, pembinaan bangunan dan sebagainya.

Kembara Dunia

Pengembaraan Eropah,  Asia dan Asia Barat antara yang menarik dan rakam ke dalam blog Denaihati turut dimuatkan didalam buku edisi khas Denaihati. Timbul perasaan cemburu saya kepada tuan Ilham berjaya menjejak kaki di bumi Palestin dengan melihat sendiri Dome of the Rock, Masjid Al Buraq, Masjid Nabi Sulaiman dan Masjid Al Aqsa. Boleh rasa kepayahan untuk melepasi sempadan untuk memasuki Baitulmuqadis dengan kerenah pihak berkuasa Israel tetapi semuanya berjaya ditempuhi.

Blogging

Tidak lengkap kalau buku edisi khas Denaihati ini tanpa perkongsian tips-tips membina blog yang baik terutama SEO dan sebagainya. Ilmu ini turut dikongsikan dengan mereka yang ingin berjinak-jinak dengan ilmu blogging melalui Seminar WordPress, Buat duit denga blog seterus kelas WordPress untuk asas dan lanjutan.

Perginya bro Jejai

Turut dicatatkan pemergian sahabat rapat beliau iaitu Allahyarham yang dikenali bro Jejai adalah saat yang memilukan.

Bagi mengakhiri ulasan buku edisi khas Denaihati ini adalah tindakat yang tepat melahirkan buku edisi khas ini sesuai untuk pembacaan bagi yang mereka masih baru menulis blog dan lama. Blogging bukan sekadar untuk populariti, trafik dan duit tetapi melangkau jauh memberi mesej dan perjuangan.

  • Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
  • Ops Ulat Buku Rawang ke 2
  • POS Malaysia lancar emas 0.5g edisi Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke 7

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Pendekar Berkuda says

    24th March 2014 at 12:48 am

    Dapat tetapi tak habis baca lagi. Tengok2 macam tu je.

    Reply
  2. Azlin Zain says

    23rd March 2014 at 9:41 pm

    Salam,
    moga dptla peluang mmbaca buku ni buat isi ms lpg bpantang..

    Reply
  3. cik lisa says

    22nd March 2014 at 10:23 pm

    untung siapa yang memilikinya, ada jual di kedai denahati.my, stok pun terhad, hehe limited edition.

    Reply
  4. Ismail N says

    21st March 2014 at 5:23 pm

    Alahai kawe belum sempat khatam buku tu lagi. Sibuk dengan aktiviti meraban.

    Reply
  5. W.R says

    21st March 2014 at 10:48 am

    mana nak dapatkn buku ini ?
    tidak terjual ek

    Reply
  6. AUC says

    20th March 2014 at 9:49 pm

    kalau pergi dulu pasti dpt…
    sayang x dpt pergi saat akhir..

    Reply
  7. myrujukan says

    20th March 2014 at 5:54 am

    saya x dapat sebab saya x hadir, waaaa

    Reply
  8. titan says

    18th March 2014 at 10:28 pm

    demm..ada gambar dan blog gua..gua nak satu gak buku ni wehh..

    Reply
  9. Zufar says

    18th March 2014 at 11:25 am

    teringin nak baca..tapi tak tau nak dpt mana….ada jual kedai ke? kalau boleh pinjam pun baikk..hehe

    Reply
  10. eyriqazz says

    17th March 2014 at 5:42 pm

    Blom sempat habis khatamkan lagi buku ini…

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 12:45 am

      Buku setebal 210 muka surat perlu dihadam sebaik mungkin.

      Reply
  11. nizamghazi says

    17th March 2014 at 12:06 pm

    Cover buku tu cantik.
    Isi dia mesti powerful
    Nak satu! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 12:49 am

      Cetakan berkualiti untuk kulit buku dan kertas digunakan.

      Reply
  12. farid laham says

    17th March 2014 at 9:14 am

    blum baca abis lg buku ni huhu

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 1:02 am

      Selamat membaca diwaktu terluang.

      Reply
  13. muhammad fakhruddin says

    17th March 2014 at 4:20 am

    Tengok kertas dengan warna, mahal nak cetak buku ini. Beruntung sungguh yang dapat 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 1:02 am

      Ya, saya pun berasakan begitu.

      Reply
  14. hafiz says

    16th March 2014 at 10:58 pm

    Bertuah betul buat pengunjung sbb tu ya

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 1:03 am

      Kalau hendak dibandingkan kos dikeluarkan tidak sepadan. Memang beruntung.

      Reply
  15. Hanafi Abdullah says

    16th March 2014 at 7:55 pm

    memang bagus untuk dibaca buku ini…dan jenama denaihati semakin berkembang dikalangan para blogger

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 1:03 am

      Banyak perubahan yang berlaku didalam masa 2 tahun ini.

      Reply
  16. MK Kimi says

    16th March 2014 at 2:32 pm

    tebal gak ek..sampai 210ms

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 1:04 am

      Benar sekali. 🙂

      Reply
  17. profhariz says

    16th March 2014 at 4:16 am

    Alhamdulillah dah habis baca. Tinggal nak praktikkan sahaja.

    Reply
    • akubiomed says

      18th March 2014 at 1:05 am

      Selamat mengunakan informasi dan tip yang diberikan.

      Reply
  18. hafizmd says

    15th March 2014 at 11:14 pm

    Mmg sebuah buku yg wajar dimiliki oleh setiap blogger.

    Perkongsian menarik bro AB. Thanks selitkan wajah ambe dlm ni..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 1:02 am

      Tanniah kepada bro menang contest Yeos.

      Reply
  19. Myra Jay says

    15th March 2014 at 9:42 pm

    Ulasan yang lengkap dan padat.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th March 2014 at 1:02 am

      Terima kasih. Saya cuba buat sebaik yang mungkin.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in