• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Bantuan Persekolahan RM100 mula dibayar 15 Jan

Bantuan Persekolahan RM100 mula dibayar 15 Jan

3rd January 2013 by akubiomed 55 Comments

Bantuan Persekolahan RM100 bermula 15 Jan.

Pada pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemberian Bantuan Persekolahan RM100 untuk anak-anak sekolah rendah dan menengah untuk sesi persekolahan tahun 2013

bantuan persekolahan rm100

Saya terbaca mengenai pengagihan Bantuan Persekolahan RM100 ini ketika melayari blog kak Jie. Ia adalah Bantuan Persekolahan kali ke 2 yang pertama kali di laksanakan pada tahun 2012. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia Bantuan Persekolahan ini mula dibayar pada 15 Jan nanti. Boleh rujuk perkeliling Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka…tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal,” kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. sumber: Berita Harian

Dianggarkan 5 juta pelajar seluruh Malaysia bakal menerima Bantuan Persekolahan RM100 termasuk sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama. Syukur Alhamdulillah anak-anak saya layak mendapat bantuan RM100 ini. Apa pun saya rasa tunggu pengumuman dari pihak sekolah. Janganlah main serbu pada 15 Jan nanti kerana saya percaya agihan bantuan ini akan dilakukan secara berperingkat oleh pihak sekolah.

Parodi pengalaman beli baju sekolah abang Ngah 2010.

  • Yang menanti di tahun 2012
  • Jadual Takwim penggal persekolahan 2013
  • Persiapan persekolahan abang Ngah

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Pondok Papan says

    16th February 2013 at 2:25 am

    Hehe..sempat lagi reka cerita yer..

    Reply
  2. hanafi abdullah says

    24th January 2013 at 10:12 am

    Satu lagi nikmat yang harus kita syukuri atas kesungguhan Kerajaan membantu golongan yang amat memerlukan.

    Reply
  3. Ladfe Amir says

    20th January 2013 at 11:48 am

    pembayaran rm100 di sekolah anak saya akan dibayar pada 23 hb nanti.

    Reply
  4. papa mifz says

    9th January 2013 at 6:12 pm

    alhamdulillah…ringan sikit beban mak bapak kan…

    Reply
  5. syaifuddin alias says

    8th January 2013 at 6:30 pm

    wah..ramai datang 🙂

    Reply
  6. Haniz says

    7th January 2013 at 9:36 pm

    Seronok lah budak-budak sekolah tak lama lagi. Tapi lagi bagus kalau diberikan sebelum persekolahan bermula 😉

    Reply
  7. cmratu says

    7th January 2013 at 5:35 pm

    hehe time ni baru la ramai waris yg tak pernah hadir masa mesyuarat PIBG dgn perjumpaan waris hadir ke sekolah.. 🙂

    Reply
  8. fiezaradzi says

    7th January 2013 at 2:20 pm

    rm100,paling kurang ringan sikit buat belanja beli barang sekolah anak2 kan.. alhamdulillah. kami belum lagi, anak baru tadika..

    Reply
  9. cik tom says

    7th January 2013 at 2:01 pm

    alhamdulillah ringan beban ibu bapa..

    Reply
  10. Norasikin says

    7th January 2013 at 1:26 pm

    Syukurlah ada bantuan begini. Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah dan gunakan sebaik-baiknya

    Reply
  11. pipoq says

    7th January 2013 at 2:12 am

    setuju dengan kenyataan bro tu agar ibubapa jangan pegi serbu sekolah 15 jan nanti..hehehe..jenuh pihak sekolah nak menangani kalau kena serbu..pasti akan keluar surat pekeliling untuk agihan secara berperingkat..

    Reply
  12. Mus says

    6th January 2013 at 7:21 pm

    tahun pertama anak sekolah..
    syukur ada bantuan sebegini..

    Reply
  13. Kamal Mustafa says

    6th January 2013 at 3:28 pm

    Dapat juga meringankan beban ibu bapa, ramai anak untung nie hahaha

    Reply
  14. padin says

    5th January 2013 at 9:40 pm

    hehee tiap kali baca post pasal anak sekolah,
    teringat masa mula2 sekolah dulu

    Reply
  15. yas says

    5th January 2013 at 9:10 am

    Dapat juga cover duit sekolah agama yg semakin tinggi…..sekolah kebangsaan tak le banyak sgt kosnya….

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2013 at 12:02 am

      Tak dinafikan perbelanjaan sekolah Agama tinggi.

      Reply
    • Norasikin says

      7th January 2013 at 1:28 pm

      betul. Yuran sekolah agama memang tinggi walaupun pembelajarannya singkat. Kemudahan pun kurang

      Reply
  16. ciklaili.com says

    5th January 2013 at 9:06 am

    Ramai juga yg bersuara dgn sikap sesetengah ibu bapa – bila dpt duit RM100 ni ibu bapa sanggup cuti utk dtg ke sklh. Waktu mesyuarat PIBG pula tak pernah nampak batang hidung pun..

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2013 at 12:02 am

      Duitkan. 🙂

      Reply
  17. Ladfe Amir says

    5th January 2013 at 1:25 am

    rm100 ringgit sangat besar ertinya bg mereka yg memerlukannya sama seperti kes saya memerlukan rm20 tempoh hari

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2013 at 12:03 am

      Memang betul. Setuju sangat dengan bro. 🙂

      Reply
  18. wak gelas ™ says

    4th January 2013 at 5:25 pm

    muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa aminnn..

    Reply
  19. auc says

    4th January 2013 at 11:38 am

    dpt meringankan beban ibubapa 🙂

    Reply
  20. maza says

    4th January 2013 at 10:18 am

    syukur.. sekurang2nya boleh bayar wang PIBG dan tambang ke sekolah untuk sebulan dua.. hehehe

    Reply
  21. Man says

    4th January 2013 at 9:10 am

    Yeah! dapat duit 100. tapi saya tak kahwin lagi. =.=”

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2013 at 12:04 am

      Apa tunggu lagi cepat bernikah. 🙂

      Reply
  22. Nur says

    4th January 2013 at 5:56 am

    Syukurah.. Ringan sikit bebanan mereka yang memiliki anak yang ramai.

    Reply
  23. anif says

    4th January 2013 at 12:57 am

    Alhamdulillah…

    Reply
  24. wazy says

    4th January 2013 at 12:18 am

    Sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa

    Reply
  25. Joe says

    4th January 2013 at 12:09 am

    Ble leh dapat RM250?

    Reply
  26. TehR says

    3rd January 2013 at 11:48 pm

    apa pun perlu tunggu surat dari pihak sekolah
    memang tak boleh nak serbu macam tu je

    Reply
    • Ladfe Amir says

      5th January 2013 at 1:26 am

      serbu seperti tidak punya peraturan. memang nampak tidak bagus

      Reply
  27. hatiputera says

    3rd January 2013 at 9:54 pm

    harap tak ada kes potong memotong lagi selepas ini sebelum diserahkan kepada ibu bapa.

    Reply
    • hairulafiz says

      15th January 2013 at 3:19 pm

      ringan sikit beban ibubapa yg ada ramai anak bersekolah

      Reply
  28. Hazmin Hamudin says

    3rd January 2013 at 8:40 pm

    Harap bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban ibu bapa walaupun tidak banyak mana.

    Reply
  29. Cikgu Hairul says

    3rd January 2013 at 7:15 pm

    Jangan dibelanjakan kat McD macam kes tahun lepas sudah la.

    Reply
  30. nazray says

    3rd January 2013 at 6:19 pm

    selamat menghantar anak kesekolah bro, hehe, betul la orang cakap, makin ramai anak, makin murah rezeki… huhu

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2013 at 9:28 pm

      Boleh dapat rebat cukai pendapatan individu.

      Reply
  31. Hairul Hissam says

    3rd January 2013 at 6:18 pm

    bagus usaha kerajaan membantu yg memerlukan….
    Yelah, kalau bagi subsidi gula atau minyak., org kaya pun dapat..
    kalau bagi wang mcm nie, sesuai pada masa dan pada org yg memerlukan..
    tapi bila berbual ngan jiran aku… org yg mewah pun mohon juga dan dapat.. entahlah….

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2013 at 9:29 pm

      Bantuan sekolah ini dinikmati semua golongan.

      Reply
  32. Ummi Hanie says

    3rd January 2013 at 6:05 pm

    alhmdllh rezeki anak2…

    haha klakar la dialog “tak pakai spender” tu :p

    Reply
  33. jal says

    3rd January 2013 at 5:30 pm

    budak sekolah dah nak dapat, macam mana pulak dengan budak IPT??

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2013 at 9:33 pm

      Bukankah sudah diberikan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia(KDS1M) dan bantuan baucer buku RM200 1 Malaysia.

      Reply
  34. titan says

    3rd January 2013 at 4:36 pm

    beli seluar baru kahh?

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2013 at 9:36 pm

      Semuanya berkaitan dengan persediaan sekolah sudah diperuntukkan. Duit yang diterima akan digunakan untuk tujuan pengantian kerosakkan berkaitan persekolahan.

      Reply
  35. MaMaRey says

    3rd January 2013 at 4:19 pm

    tq info ini..baru tau..
    sekurang-2nya dpt meringkankn bagi saya yg berkeluarga besar

    tergelak dgn gelagat Angah..hehehe

    Reply
  36. sukma says

    3rd January 2013 at 4:15 pm

    good….

    Reply
  37. lepakk.com says

    3rd January 2013 at 3:54 pm

    Aslah paling cute

    Reply
  38. wahida says

    3rd January 2013 at 3:50 pm

    Alhamdulillah…ringan sikit beban ibubapa…

    Reply
  39. hairulafiz says

    3rd January 2013 at 2:15 pm

    bagus dapat mengurangkan beban ibubapa yang mempunyai anakyg ramai bersekolah.

    Reply
  40. maszull says

    3rd January 2013 at 1:33 pm

    assalamualaikum akubiomed….alhamdullilah dapat juga membantu ibubapa mengurangkan bebanan anak2 bersekolah…:)

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2013 at 2:03 pm

      Akan diguna sebaik mungkin untuk persekolahan anak-anak.

      Reply
    • hairulafiz says

      3rd January 2013 at 2:29 pm

      betul tu, bagi ibubapa yang anaknya ramai bersekolah pasti merasa lega. yang penting bantuan ini ini mengira bangsa, agama dan fahaman politik

      Reply
  41. Kujie says

    3rd January 2013 at 1:16 pm

    tahun lepas dapat sebelum cuti akhir tahun
    tahun ni dapat pertengahan bulan pertama
    biasanya dari pengalaman tahun lepas, tak ada masalahlah di sini
    teratur saja…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2013 at 1:27 pm

      Pengalaman di sekolah anak agak lambat sedikit tetapi tidak ada masalah kerana perbelanjaan telah pun diketepikan sebelum sesi persekolahan bermula lagi.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in