X
    Categories Alam sekitar

Waste to Energy penyelesaian mengurus sisa pepejal

Pernah dengar perkataan Waste to Enery atau WtE? WtE adalah satu bentuk pemulihan tenaga. Proses WtE dapat menghasilkan tenaga elektrik atau haba secara langsung melalui pembakaran dari sisa pepejal. Antara hasil proses WtE adalah haba, elektrik dan bahan api untuk kenderaan.

Waste to Energy penyelesain merawat sisa pepejal.

Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai keperluan mengasingkan sisa sampah dan sisa kitar semula melalui kaedah Reuse, Recycle dan Reduce(3R). Walaupun kesedaran dan masyarakat mula nampak peningkatan masih belum mampu mengatasi masalah pengurusan sampah semakin hari semakin meningkat. Pembinaan loji WtE dilihat merupakan penyelesian jangka masa panjang yang mampu memberikan kesejahteraan kepada masyarakat. Hasil pulangan dengan pembinaan loji Waste to Energy merupakan tenaga elektrik, haba dan minyak diesel yang mampu dimanfaatkan. Memandangkan loji tenaga elektrik yang sedia ada mengunakan arang batu semakin tinggi kos operasinya. Perlu ingat bahan api fosil semakin menyusut dan mahal.

Loji WtE vs tapak pelupusan sampah.

Jumlah sisa pepejal dalam negara ini bertambah pada kadar 3.7% secara purata setiap tahun- Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kajian pada tahun 2005 menganggarkan jumlah sisa pepejal yang akan dihasilkan pada tahun 2020 adalah 30,000 tan sehari. Bagaimanapun kajian terkini telah mendapati bahawa pada tahun 2012, sisa pepejal yang dihasilkan dinegara ini telahpun mencapai 33,000 sehari.

Stesen Pemindahan, Kuala Lumpur telah dibina dengan andaian bahawa sisa pepejal yang akan diterima dan dihantar ke Bukit Tagar adalah maksima 1700 tan sehari. Tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah yang dihantar melebihi kapasiti stesen iaiitu kadangkala mencecah 3,000 tan sehari.

Situasi ini memberi gambaran peningkatan pelupusan sisa pepejal yang semakin membukit dan secara langsung akan memendek jangka hayat tapak pelupusan sampah dan tidak dapat menampung peningkatan mendadak jumlah sampah yang dilupuskan. Selain masalah pencemaran bau dan sisa cair meresap ke dalam tanah serta banjir kilat. Selain proses penguraian secara biologi mengambil masa untuk terurai dan hasil tindak balas ini menghasilkan gas mentana yang membahayakan kepada alam sekitar.

Video info grafik mengenai Waste to Energy.

Loji WtE adalah teknologi yang dapat menguruskan masalah pengurusan sisa sampah dengan memproses untuk menghasilkan haba, elektrik dan bahan api untuk kenderaan. Ia dilihat dapat mengatasi masalah tapak pelupusan sampah dilihat adalah jalan terakhir untuk melupus sampah.

Beberapa negara maju termasuk negara jiran kita Singapura telah mendapat manfaat dengan pembinaan loji Waste to Energy. Lihat stastik jumlah Waste to Energy di rajah 1.

Negara Bilangan Loji WtE
Austria 12
Belgium 16
Czech Republik 3
Denmark 29
Finland 6
Perancis 127
Jerman 79
Hungary 1
Ireland 1
Italy 54
Netherlands 13
Norway 15
Slovakia 2
Portugal 3
Sepanyol 11
Switzerland 30
United Kingdom 31
Amerika Syarikat 86
Jepun (Tokyo sahaja) 21
Singapura 5

Sumber: Waste to Energy State of The Art Report; International Solid Waste Association (ISWA); Energy from Waste, Working Group on Thermal Treatment of Waste

rajah 1

 Beberapa cadangan tapak loji Waste to Energy bakal dibina:-

  1. Stesen Pemindahan Sisa Pepejal, Taman Beringin Kuala Lumpur.
  2. Bukit Payung, Johor.
  3. Sungai Udang, Melaka

Sudah sampai masanya teknologi WtE digunakan secara meluas kerana ia dapat menyelesaikan masalah memproses sisa pepejal dan selain itu hasilnya dapat dikembali kepada masyarakat. Yang penting ia dapat mengurangkan pencemaran alam untuk anak cucu kita pada masa akan datang.

Laman mikro Waste to Energy

——————————————————————————–

NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTANAH)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:
Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong sampah beroda yang telah dibekalkan; dan
Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di sebelah tong pada hari kutipan yang telah ditetapkan mengikut kategori berikut:
Plastik;
Kertas; dan
Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)
Bungkusan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula yang bercampur dengan sisa baki akan ditanda dengan pelekat khas berwarna merah dan tidak akan dikutip oleh syarikat konsesi.
Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan berikut akan diambil:
Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;

Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM50.00;
Bagi kesalahan kedua – RM100.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.

NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:
Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan; dan
Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut:
Plastik;
Kertas; dan
Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)

Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil:
Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;

Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM100.00;
Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.

Comments

comments

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (21)