Valentino Rossi jatuh lagi

Valentino Rossi jatuh ketika mengambil selekoh.

Aku baru sahaja melangkah kaki masuk halaman rumag selepas menaiki motorsikal Kawasaki Z50 Modenas Kriss 110 menempuh perjalan pulang dari pejabat.  Aku berdengus kerana badan merasa melekit akibat cuaca panas hari ini, nasib baik kereta tidak banyak hari ini merujuk lebuh raya PLUS Utara Selatan menjadi laluan harian aku ke tempat kerja. Kalau naik kereta ke pejabat memang parah hendak menampung bayaran tol dan minyak RON95. Nasib baik kereta aku bukan Ferrari Enzo Merah 12 silinder yang boleh pergi 355.6 km/h tapi kereta aku hanyalah kereta buatan anak tempatan Malaysia iaitu Proton Gen2 yang dikuasakan 1.6L enjin Campro hanya digunakan sebagai kereta famili dan menghantar anak-anak ke sekolah.

Sebaik sahaja aku membuka topi kaledar dan hendak melangkah masuk rumah, isteri aku terus terjah, ‘Abang! Valentino Rossi jatuh ketika mengambil selekoh’. Aku dengan spontan menjawab balik, ‘La pembedahan tempoh hari masih peringkat pemulihan dah jatuh lagi(kebimbangan aku mula melanda)’.

valentino rossi jatuh

Kecederaan Valentino Rossi kali ini akan menutup peluang untuk merampas takhta kejuaraan MotoGP yang dimenangi oleh Jorge Lorenzo dari pasukan Yamaha iaitu pasukan lama Valentino Rossi. Aku mula bertanya, ‘Macamana Valentino Rossi boleh jatuh?(untuk mendapat kepastian dan hati aku mula rasa kecewa sangat). Aku tahu pelumba-pelumba MotoGP ada buat ujian di Litar Sepang Malaysia sempena pra-musim Motogp yang akan bermula lumba 20hb Mar 2011 di litar Losail Qatar.

Isteri aku menjawab, ‘Valentino Rossi anak abang tuh yang jatuh ketika keluar simpang. Kepala dia terhentak di jalanraya’. Aku hendak kepastian lagi yang mana satu antara 3 beradik yang jatuh basikal samada Abang Long atau Abang Ngah. Isteri aku memuncung merujuk Abang Long yang jatuh basikal, benjol kepalanya. Aku bimbang jika kecederaan dialami oleh Abang Long parah dengan mengawasi keadaan Abang Long jika ada-ada tanda pening kepala dan muntah. Alhamdulillah tanda-tanda itu tidak ada.

Abang Long & Abang Ngah

YURAN KEAHLIAN AAM ASAS BERMULA SERENDAH RM65

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • sha September 9, 2012 at 6:21 pm

    moga akubiomed dapat juga own a kawasaki z50 tersebut :)

  • lepakk.com September 8, 2012 at 6:00 pm

    Tak minat motosikal :P

  • Ladfe Amir February 27, 2011 at 1:16 am

    teringat masa aku tingkatan 2 dulu.. aku jatuh basikal semasa memecut laju.tergoleknya aku sampai basikal juga melambung turut sama melambung atas badan aku.

    kecederaan lutut yg agak teruk. parutnya masih ada sehingga kini

  • hafizmd February 17, 2011 at 3:05 pm

    ingat si valentino rossi yg tunggang ducati tu.. :D

    jatuh basikal tu dah jadi lumrah masa2 kcik…kadan2, buat diam saja…takut kena marah ngan mak..hehe
    hafizmd recently posted..Pok De dan cicak tokek…My Profile

    • akubiomed February 18, 2011 at 12:03 am

      Saya pun buat perkara yang sama kalau boleh hendak sorok luka tersebut :-)

  • suri February 17, 2011 at 1:44 pm

    itu adalah cermin mata koning hee

    • akubiomed February 18, 2011 at 12:04 am

      Suri ingat lagi mendengai koning yer :-)

  • Amry February 17, 2011 at 12:45 am

    Ni entry serampang dua mata ker? hehehe…. Skema jer jawaban bro dari terjahan si isteri, hehehe…

    kurang follow moto GP. TAK PER BANG lONG, belajar dari kejatuhan.. erk?? pas ni mesti tak jatuh dah :)

    banyak nyer keyword dalam entry ni :)

    • akubiomed February 17, 2011 at 1:12 am

      Hee..hee..harap Pakcik Google luluskan entri ini :-)

  • Mus February 16, 2011 at 12:07 pm

    gambar budak2x tu memang smart.. kalah ayahnya..
    Mus recently posted..Mari Mencari Objek ‘Bertapuk’ Hadiahnya Percutian Ke Sabah 3 Hari 2 Malam!!My Profile

  • cikgufaezah February 15, 2011 at 11:43 pm

    ingatkan sape la yang tergolek tadi..

  • MDHAFiZ.NET February 15, 2011 at 12:16 pm

    duh… budak2…biase lah tu..
    dulu aku pun pernah jatuh lebih teruk dr tu..
    sampai sekarang kesan masih ada di lutut aku bro.. walaupun dh 10 tahun berlalu.. :) sbb aku berlumba basikal dgn kawan aku time tu..hahaha :)

    • akubiomed February 15, 2011 at 8:41 pm

      Harap tak fobia untuk naik basikal lagi

  • samdaddycool February 15, 2011 at 5:29 am

    err… ingatkan orang rumah akubiomed memang layan motoGP.. :P

  • aimannajmy February 15, 2011 at 1:49 am

    wah ank2 bro memang pengganti azizul hasni awang ni huhuhu..dah lama tak kayuh beskal huhu..asyik naik moto je gi kedai depan umah pun naik moto

  • Ezany-Kun February 15, 2011 at 1:49 am

    syukur la tak serius sgt.. dulu2 pernah gak jatuh basikal.. berdarah kaki dan tangan.. dah besar ni jatuh motor plak.. nasib baik kete tak pernah eksiden lagi.. mintak dijauhkan la..

  • WanWMA February 14, 2011 at 8:19 pm

    Hahahaha…Saya tak pernah ambil tahu pasal nama2 pelumba ni. Apa pun cerita pasal budak2 jatuh ni membuatkan saya sering teringat peristiwa masa kecik2 dulu. Habis berdarah kaki sebab jatuh dari basikal. Budak2 laki kalau tak lasak zaman kecik2 ni macam tak sah. Jangan sampai ada patah-patah dah la..

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:54 pm

      Sebab itu kalau balik kampung saya akan biarkan anak bergaul dengan rakan sabaya mereka kerana dibandar habis-habis pun main basikal dan bola sahaja

  • Ali ridha February 14, 2011 at 7:08 pm

    selamat bukan aku yang jatuh tu.
    Ali ridha recently posted..Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan KristianMy Profile

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:51 pm

      Kita kalau jatuh tak bangun ha…haa…

  • Nadri February 14, 2011 at 6:50 pm

    klu btl valentino rosi jatuh motor, itu dah jd asam garam sbg penunggang motosikal..

    sbb tu aku malas nak belikan basikal dkt anak2..takut dia pergi merempit tak tentu hala..klu tinggal dikg lain pun ceritanya..

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:51 pm

      Belikan basikal bukannya apa untuk mereka keluar peluh dan bersukan. Kalau main bola asyik kena buli budak-budak besar suruh kutip bola

  • decrewz February 14, 2011 at 4:57 pm

    Biasanya budak2 kalau jatuh mna serik.. Sama macam kita2 dululah..he3. Kalau sakit sekejap je, pastu buat lagi..he3

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:50 pm

      Masa kecil-kcil dahulu kalau jatuh tidak sakit begitu juga begaduh selepas itu akan menjadi kawan semula

  • madlut February 14, 2011 at 3:30 pm

    hahahaha…kiranya abang ngah tue jorge lorenze la? casey stoner mesti yang bongsu kan?

  • sw33tdarling February 14, 2011 at 12:14 pm

    perghhh ada gaya!

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:49 pm

      Pantang keluar naik basikal mesti pakai cermin mata hitam

  • pipoq February 14, 2011 at 11:44 am

    hehehe..overspeeding lap tu kot..

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:48 pm

      Oversteer kot ha..haa…macam bawa kereta pula

  • Ali ridha February 14, 2011 at 10:05 am

    akibat berlatih merempit.
    jangan patah tangan.
    Ali ridha recently posted..Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan KristianMy Profile

    • safar February 14, 2011 at 11:16 am

      bahaya merempit tau.

  • Ali ridha February 14, 2011 at 9:59 am

    selekoh terlalu sangat tu.mungkin
    valentino rossi kena pelajari teknik
    khas semasa membelasah selekoh tajam itu.heee..
    Ali ridha recently posted..Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan KristianMy Profile

  • Ali ridha February 14, 2011 at 9:58 am

    pemuda bakal jadi pelumba berbakat Negara.heee…
    mari la kita tengok ye.
    Ali ridha recently posted..Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan KristianMy Profile

  • Ali ridha February 14, 2011 at 9:53 am

    minat pasal motoGP.nanti boleh la
    kalah kan Valentino Rossi.heee…

    pada suatu hari nantikan.mana kita tahu.
    basikal tu ok apa kalau letak enjin.

    Ps : ada juga isteri pasal motoGP.
    Ali ridha recently posted..Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan KristianMy Profile

  • zezebel February 14, 2011 at 9:48 am

    hahahaha..ingatkan apa je tadi, rupanya anak yag terjatuh, tipah tertipu…

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:47 pm

      Jangan marah yer Zezebel :-)

  • padin February 14, 2011 at 9:46 am

    hahahaa.. basikal tak modofied ke? blog mane aku tengok, budak tu modified jadi ex5 wakakaaaa

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:47 pm

      Anak kecil tidak pandai lagi guna customize basikal

    • Ladfe Amir February 27, 2011 at 1:12 am

      aku pernah dapat email..budak convert basikal jadi motor RXZ.. mmg lawak rasanya

  • Ismail N February 14, 2011 at 9:45 am

    Tak apa bro.. jatuh sikit2 ni asam garam dan kenangan menarik dalam hidup. Cuma jangan yg parah aje. :D
    Ooooo minat Valentino yo? Kawe dulu minat motor sama Eddie Lawson dan Wayne Gardner aje.. Yang baru2 ni tak ikut lagi dah…

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:46 pm

      Zaman kegemilangan Eddie Lawson dan Wayne Gardner memang selalu saya bergaduh dengan kawan saya kerana basikal saya berwarna biru berangan sama warna motor Wayne Gagner Rothmans biru dan kawan saya berangan sebagai Eddie Lawson Marlboro merah.

      • Ladfe Amir February 27, 2011 at 1:11 am

        aku respek kat si Rossi ni sbb dia masuk mana2 team pun masih boleh jadi juara. dia berjaya buktikan skillnya mmg hebat berbanding jenama motor yg digunakan.

        diharapkan lucknya bersama ducati akan bertambah baik dan mampu bergelar juara dunia sekali lagi

        • akubiomed February 27, 2011 at 10:01 pm

          Sebab itu Valentino Rossi digelar The Doctor kerana ia mempunyai kemahiran memahami kekurangan dan kelebihan motor dua roda. Sekarang ini Valentino Rossi sudah kembali ke origin iaitu jenama jentera Ducati yang dihasilkan oleh Itali.

          Dia pun sudah menjadi lagenda kerana menang semua jenis kategori CC dan termasuk berlainan pengeluar motorsikal. Hati kering kawan ini dan terhibur apabila melihat dia bawa motorsikal.

  • megat February 14, 2011 at 9:30 am

    aduh dah sama dengan anak aku 2 hero. si abang jangan cakap lah, dengan basikal yang cengkaman brek tidak berfungsi dengan baik dan adiknya yang masih berbasikal tayar 4.

  • tehr February 14, 2011 at 3:07 am

    kalau gitu gaya ambil selekoh
    perlukan topi keledar tu, bro
    bahaya tu

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:44 pm

      Tuh lar pasal bimbang juga kepala benjol akibat jatuh

  • zik February 14, 2011 at 1:40 am

    beskal takpe lagi.. kalau motor pun parah jugak tuh.. huhu
    zik recently posted..Pencipta televisyen pertama- siapa orangnyaMy Profile

    • akubiomed February 14, 2011 at 8:43 pm

      Risau juga apabila melihat anak-anak dikawasan perumahan bawa motorsikal dengan kaki pun tak cecah jalan

      • tengkorak emas February 15, 2011 at 2:11 am

        sekarang budak2 main pocket bike dah mcm pelumba sebenar..

  • tengkorak emas February 14, 2011 at 1:06 am

    1st impression adalah pada isteri bro, pada mulanya terkejut sebab ingatkan wife bro ada minat motogp, rupanya rossi lain yang jatuh daa..

    hope si along lebih berhati-hati ketika keluar simpang, kadang2 kereta pun ada jenis laju juga walaupun di kawasan perumahan

    • akubiomed February 14, 2011 at 1:21 am

      Isteri saya antara peminat MotoGP selain sukan tenis. Ketika saya outstation, beliau akan mengemas kini kedudukan posisi pelumba dan keputusan akhir MotoGP.

      Marah juga yang membawa kenderaan dikawasan perumahan saya memang akal letak dilutut kerana anak-anak dikawasan perumahan ini memang bermain diwaktu petang. Kami tidak bercadang memasang bongol nampaknya seolah-olah mencabar tahap tolenrasi penduduk taman ini.

      • tengkorak emas February 15, 2011 at 2:10 am

        hehe..dorang tak meminta untuk dibelikan pocket bike?
        baru betul2 rossi tu he

  • maza February 13, 2011 at 11:37 pm

    hahaha.. cis terkono den..

    bang elok rasanya bagi budak2 tu pakai helmet beskal..
    takut2 perkara seumpama mcm tu berlaku lagi dan cederanya lagi parah..

    lagipun dulu2 kat kampung tak ada jalan tar, dan kita pun tak main sangat di jalan tar.. selain itu org kampung mana ambil kisah pasal helmet dan keselamatan jalan raya ni.. hahahhaa

    • akubiomed February 14, 2011 at 12:18 am

      Jangan marah yer Maza kerana ketika saya menerima berita ini memang terkejut kerana saya selalu mengusik anak-anak saya dengan panggilan nama pelumba MotoGP :-)

      Saya pun tidak sangka Abang Long jatuh terhentak kepala sehingga benjol kepala. Ketika saya kecil dahulu pun dibesarkan suasana yang hampir sama iaitu kawasan perumaha teres di bandar kalau setakat jatuh basikal dan lutut meleceh akibat seretan jalan tar itu biasa berbeza dengan suasana dikampung jatuh atas tanah :-)

    • Nadri February 14, 2011 at 6:48 pm

      eden pon torkono jugak maza…huhuhu..baik punya pilih tajuk entri..

  • etomyam February 13, 2011 at 11:23 pm

    valentino rossi ni boleh diasah bakat perlumbaannya satu masa nanti :D

    • Nadri February 14, 2011 at 6:46 pm

      bak kata org dulu2; nak melentur buluh biar dr rebungnya..gitulah bunyinya..

  • nurmisnan February 13, 2011 at 11:12 pm

    brother.. lain kali kalau anak jatuh kepala benjol
    ambil ibu kunyit dan hancurkan sedikit
    sapu kat tempat benjol. insyaAllah susut
    nurmisnan recently posted..Cik Alexa dah merajukMy Profile

    • akubiomed February 13, 2011 at 11:19 pm

      Terima kasih berkongsi tip. Tempoh hari saya guna gel yang boleh dibeku untuk tuap kepada benjol tersebut

  • Sabahan Bloggers Club February 13, 2011 at 11:06 pm

    Hahahahahaha….
    Ingatkan rossi betul2 tadi. Ni anak-anak mesti minat ltdl ni… :P
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Google and Facebook want to buy TwitterMy Profile

    • akubiomed February 13, 2011 at 11:13 pm

      Anak-anak saya big fan MotoGP. Antara pelumba motorsikal yang diminati adalah Valentino Rossi dan Casey Stoner

  • ury February 13, 2011 at 10:59 pm

    Makk aiii… ni mesti bawa laju mcm bapa dia jga ni…. hehe

  • saiful February 13, 2011 at 10:49 pm

    Ingatkan Valentino Rossi sebenar yg jatuh motor rupanya Abg Long jatuh basikal,Alhamdullillah takda apa2.
    adik-beradik siap pakai Rayban,ni mesti jln2 ngorat awek,hehe
    saiful recently posted..Hadiah Harijadi Dari NuffnangMy Profile

    • akubiomed February 13, 2011 at 11:09 pm

      Tuh lah pasal ketika menerima berita kurang baik rupanya Abang Long jatuh basikal nasib baik tidak ada darah beku walau kepala benjol

  • nurmisnan February 13, 2011 at 10:48 pm

    Wahhhh… ummi nora doakan agar
    along angah jadi pelumba basikal Malaysia
    Aminnnnn
    nurmisnan recently posted..Cik Alexa dah merajukMy Profile

    • akubiomed February 13, 2011 at 10:58 pm

      Err..kalau boleh saya tidak mahu jadi pelumba sepenuh masa kalau aktiviti sampingan tidak apa

  • gnesop.com February 13, 2011 at 10:42 pm

    huhuh..
    bakal pengayuh basikal kebangsaan nanti nih..

    • akubiomed February 13, 2011 at 10:48 pm

      Memang laju anak-anak saya bawa basikal. Teringat semasa zaman kecil dahulu sama sahaja :-)

      • anif February 14, 2011 at 10:07 am

        Lepas ni kena beri mereka surat amaran. :) Kalau sekali lagi ditimpa kemalangan, tayar basikal mereka akan dicabut! hehehe..
        anif recently posted..Arghhh ChurpChurp Bikin Panas!!My Profile

        • Nadri February 14, 2011 at 6:45 pm

          lepas nie kena belikan anak2 topi keledar bro…sama mcm ayahnya juga bila naik motor…

          • akubiomed February 14, 2011 at 8:41 pm

            Di negara barat anak-anak belajar basikal lengkap dengan pad pelindung lutut, siku dan topi

        • akubiomed February 14, 2011 at 8:40 pm

          Anak-anak mula beri nasihat dengar lepas itu lupa :-)

          • PakarBuahPinggang February 19, 2011 at 4:24 pm

            Salam bro,

            Di Barat sesnsiviti masyarakat terhadap perkara-perkara sebegini lebih tinggi berbanding kita.

    • suffer8zine February 14, 2011 at 4:55 am

      aminnn aminnn hehhe

      Terkini : Kanak-kanak Ada 26 jari

Trackbacks
  • [...] lepas anakku, Abang Long berjaya mengerjakan puasa penuh, manakala Abang Ngah dan Abang Koning mula belajar berpuasa tahun [...]

  • Tayar Pancit di Highway | AkuBiomed July 1, 2011 at 11:58 pm

    [...] berlaku berdekatan dengan susur keluar tol. Biasanya aku akan lanyak rim aku hingga ke bengkel motorsikal. Kadangkala terdapat lebih dari 1 punca tayar pancit dan pernah sekali baru sahaja tukar tiub [...]

  • [...] Abang Long dan Abang Koning [...]

  • Soto Ayam sempena Hari Bapa | AkuBiomed June 19, 2011 at 7:26 pm

    [...] kerana segala-segalanya perlu berlajar bersama dari saat kelahiran hinggalah ke langkah pertama Abang Long. Apabila untuk kelahiran anak-anak lain semuanya menjadi mudah kerana pengalaman membesarkan Along [...]

  • [...] Didalam gelap aku membuka sarung sarung fius sambil sebelah tangan memegang lampu suluh. Tiba-tiba Abang Long bersuara memecah kesunyian malam, ‘Babah bak sini lampu suluh Along tolong suluhkan untuk [...]

  • [...] biadap mengunakan lorong kecemasan untuk melepaskan diri dari kesesakan. Kesian kepada penunggang motorsikal yang mengunakan lorong kecemasan terpaksa berhimpit-himpit dengan pemandu kereta dan bas yang [...]

  • [...] selalu perhatikan Abang Ngah akan buat-buat tidur kalau cerita hantu disiarkan di TV, manakala Abang Long dan Abang Koning berani-berani takut menonton cerita hantu di TV. Kalau sudah menonton cerita hantu [...]

  • [...] sampai stesen minyak Petronas hentian Rawang, aku terus ke meletakkan motosikal dengan tongkat sebelah di pam nombor 13. Stesen minyak hentian Rawang ini hanya menjual RON95 bagi [...]