Tirai 2011 belum dilabuhkan harga barang sudah naik

Sudah ada tanda kenaikan harga barang walaupun belum masuk bulan Disember.

Sudah menjadi rutin setiap hujung minggu akan bersarapan pagi bersama isteri dan anak-anak di restoran mamak berdekatan. Terlanjur keluar bersarapan, isteri mengajak singgah membeli barangan dapur biasalah pada hujung bulan sudah kehabisan. Lagi pun lampin pakai buang anak saya, baby Aslah tinggal beberapa keping sahaja lagi sementara hendak tunggu cukup bulan. Ketika membeli barang runcit sudah ada tanda-tanda harga barang naik ia turut diakui oleh pemilik runcit.

Jaminan tidak ada kenaikan harga barang oleh kerajaan.

Peniaga cili meletakkan tanda harga barangAgak terkejut apa bila isteri saya merunggut kenaikan beberapa harga barang walhal tirai tahun 2011 belum dilabuhkan sudah ada tanda-tanda kenaikan harga barang. Ternyata telaan saya benar apabila kerajaan mengumumkan pembentangan bajet 2012 ada kenaikan gaji penjawat awam akan memberi kesan kenaikan harga barang. Walaupun kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikkan harga barang oleh peruncit ia ternyata sama sekali tidak menghalang untuk peruncit menaikkan harga. Peruncit mungkin mempunyai alasan sendiri dengan alasan air bah melanda di Thailand dan musim Tengkujuh semakin menghampiri menjadi modal untuk menaikkan harga. Susah hendak agensi kerajaan untuk memantau peruncit yang menaikkan harga sewenangnya.

Contoh antara barangan saya beli hari ini naik tidak sampai sebulan.

                                                                       Harga Lama           Harga Baru

  1. Lampin pakai buang PetPet saiz L        RM34.90              RM37.90
  2. Nestle Cerelac 500g                               RM8.90                 RM10.90

Saya sebagai pekerja swasta sudah mula merasa bahang kenaikan beberapa harga barang. Sebagai pengguna apa yang kita boleh lakukan dengan membuat aduan? atau boikot? Bagi saya ia tidak memberi kesan kalau berbuat demikian kerana saya tidak menyalahkan 100% kepada peruncit sudah tentu mereka tidak mahu rugi apabila pembekalkan menaikkan harga.  Peruncit tidak ada pilihan dengan meletakkan tekanan kenaikan kepada pengguna  untuk menanggung kenaikan harga barang.

Perbelanjaan yang diperuntukkan setiap bulan adalah sama dan barang yang dibeli tetap sama tiap-tiap bulan tetapi peruntukkan bulanan tidak mengcukupi. Kadang-kadang bosan dengan alasan klise pihak tertentu yang boleh diteka setiap kali ada kenaikan harga barang.

p/s: Kalau ikutkan pembentangan bajet 2011 banyak pemansuhan cukai tetap tidak menghalang kenaikan harga barang

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • tiada nama November 30, 2011 at 7:17 pm

    aku beli nestle cerelac 250g rm9.80

    • akubiomed November 30, 2011 at 11:14 pm

      Masih ada lagi perbezaan harga. Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menangani kenaikan harga terutama produk bayi. :-(

  • ciksembang November 25, 2011 at 9:01 pm

    bila umur baby Aslah besar sikit cepat2 ajar ke toilet..itu yg saya amalkan dulu2.. tapi nak kena rajin la mengelap lantai.. 2 minggu je penat lepas tu ok.. jimat beb

  • Ekspresi Ruang November 22, 2011 at 7:38 am

    brgn bayi mmg jelas dinaikkan harganya. saya pon perasan
    Ekspresi Ruang recently posted..Apple Store Di Pudong, Shanghai: Satu Blok Kacanya Bernilai RM70 Juta!My Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:55 pm

      Tengok sahaja pakaian bayi dan kanak-kanak lebih mahal harganya daripada pakaian orang dewasa.

  • suri November 21, 2011 at 11:55 am

    bro beli lamppin kain moden jer jimat heeee

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:55 pm

      Ada juga merancang tapi baby pula ada masalah kulit sensitif.

  • suri November 21, 2011 at 11:38 am

    mahal pempes dah bli blh susuk anak satu bugkus heee

    • adamfaiz November 22, 2011 at 1:26 pm

      Si kecik tu pun pakai diapers jenama petpet.. kena train tak payah pakai pampers la cuti sekolah ni
      adamfaiz recently posted..Email Dari ShivaMy Profile

      • akubiomed November 22, 2011 at 8:56 pm

        Baby saya serasi dengan jenama PetPet berbanding abang-abangnya jenama Carrefour dah okay.

  • suri November 21, 2011 at 11:37 am

    Salam..
    pkbar bro sihat ker?
    wah harga makin naik rasa bagai nak pose pulak hee…

    susu nail apatah lagi bhn asas naik juga urm..nmpk gayanya kena bwk bekal lagi..

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:58 pm

      Alhamdulillah didalam sihat walfiat. Saya tidak tahu apakah mekanisme dapat mengawal kenaikan harga barang.

  • chii November 21, 2011 at 11:04 am

    bagi peniaga makanan cam mak chii..mmg sakit arr..kalo harga barang naik

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:58 pm

      Harga barang naik satu hal tetapi kalau stok berkurangan lagi haru.

  • zulkbo November 21, 2011 at 1:21 am

    salam..
    begitu lah gayanya para-para
    peniaga yang tidak bertanggung jawab
    kerajaan baru saja cakap perlu ada
    sikap tanggungjawab peniaga tidak
    menaikkan harga sesuka hati..
    tapi mereka tetap mengambil
    kesempatan bila berpeluang

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:59 pm

      Heran juga bagaimana kedai 1 Malaysia boleh menawarkan harga rendah kepada pelanggan.

  • tehr November 21, 2011 at 1:14 am

    aku sedang dok kira2 juga ni
    kenaikan gaji macam tak setimpal je dengan kenaikan harga barang keperluan
    rasa macam makin sesak je

    orang kampung nun… lagi la makin sesak
    huhu
    tehr recently posted..Pantun Berkait | Mimpi TerlampauMy Profile

  • Nadri November 20, 2011 at 11:32 pm

    kalau jumpa lampin pakai buang @ susu baby yang agak murah di hypermarket, elok beli lebih sikit…blh jimat sikit…tp rasanya beli dkt kedai ubat cina (sinseh) lg murah jika dibandingkan dgn hypermarket…

    p/s: klu gomen berani, cubalah mansuhkan cukai pendapatan…

    • Norasikin November 21, 2011 at 9:35 am

      Betul tu. Saya pun beli kat sinseh. Murah la seringgit dua berbanding hypermarket. Tak payah parking jauh2. Jalan 2-3 meter dah sampai kat rak susu

      • hafizmd November 21, 2011 at 4:08 pm

        kalau kat sini, ada kedai baby Manjaku…mmg lebih murah berbanding hypermarket dan kedai2 lain…

    • akubiomed November 22, 2011 at 9:00 pm

      Susu anak dan lampin pakai buang saya tidak beli di Hypermarket mahal nama sahaja gah.

  • nurmisnan November 20, 2011 at 10:40 pm

    itulah dia.. menyirap juga darah bila tgk harga naik..
    di sini pun ada barang yg harga sudah lari dari harga sblmnya..

    Adakah kenaikan harga ini semua kerana bencana2 yg berlaku di dunia skrg..
    nurmisnan recently posted..Khasiat buah anggur segarMy Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 9:01 pm

      Harga kalau sudah naik payah hendak turun dah. :-(

  • Kimmy November 20, 2011 at 10:31 pm

    Letih kan bila memikirkan tentang harga barang sekarang..huhu

    • akubiomed November 22, 2011 at 9:01 pm

      Kita boleh rasa bahang kenaikan kerana tiap-tiap bulan peruntukan yang sama.

  • Kazen November 20, 2011 at 10:10 pm

    tinggi jgk tu die naik tue…ish2… ade petande2 myak nk naik ke ape? xpatut2
    Kazen recently posted..Apa itu Dofollow Blog?My Profile

    • akubiomed November 20, 2011 at 10:24 pm

      Harga minyak kalau naik memang akan memberi impak besar kepada kenaikan harga barang.

  • wachak November 20, 2011 at 9:34 pm

    semalam baru hantar servise kereta untuk 15k KM.
    Minyak hitam naik lagi 4 ringgit. Ni kali ke3 service kereta
    dan ni kali ke 3 juga harga minyak hitam naik harga

    • akubiomed November 20, 2011 at 10:01 pm

      Saya dapat fahami situasi bro apabila kereta sudah masuk bengkel tak akan hendak bawa keluar. Mahu tak mahu dengan muka kelat terpaksa bayar walaupun tidak berpuas hati dengan kenaikkan harga minyak hitam.

  • Norasikin November 20, 2011 at 9:32 pm

    Harga barang naik memang menyakitkan hati. Tak banyak yang dapat kerajaan lakukan selain dari subsidi, subsidi dan subsidi. Saya yakin peruncit, pembekal dan pengeluar juga tak gemar naikkan harga barangan mereka. Harga tinggi bermakna, jualan kurang. Jika jenama ini mahal, pelanggan akan memilih jenama lain. Jika kedai ni mahal, pembeli akan memilih kedai lain. Jadi mereka ni sebenarnya takut nak meningkatkan harga sedangkan jika barang tak terjual, kemungkinan akan rosak. Ada juga pengeluar yang mengubahsuai produk mereka menjadi lebih murah tetapi kualiti juga turut berubah. Ini memudarkan keyakinan pelanggan setia mereka. Saya kurang setuju bila permintaan tinggi, harga meningkat kerana tiada kos yang meningkat apabila permintaan meningkat. Jadi tak ada sebab harga dinaikkan. Tapi bila harga kekal, akan wujud pembeli yang tamak dengan mengaut semua bekalan. Apa yang boleh kita lakukan sebagai pembeli ialah dengan mengurangkan penggunaan barang yang biasa dibeli. Memang kita susah nak kurangkan pembelian terutamanya makanan tetapi ini boleh dilakukan dengan mengurangkan pembaziran. Contohnya, membeli bawang seguni memang lebih murah tetapi sebahagian daripada bawang itu akan busuk kerana ia tak tahan lama. Jika di hitung semula, membeli bawang sedikit hanya sekadar diperlukan dalam jangkamasa tertentu lebih menjimatkan

    • akubiomed November 20, 2011 at 10:10 pm

      Saya kurang bersetuju dengan teori ekonomi apabila permintaan tinggi maka harga barang akan turut meningkat kerana faktor manipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan memain peranan kenaikan harga barang juga dengan mencetuskan situasi ‘pembelian panik’ dikalangan pengguna dan menyorok barang jualan.

      • hafizmd November 21, 2011 at 4:11 pm

        bab spekulasi tu yg mmg dah jadi penyakit…naiknya mmg mendadak..nak harap turun? mmg payah

  • nizam November 20, 2011 at 9:17 pm

    naikkan gaji, harga barang turut naik = tiada perubahan la kan…

    • akubiomed November 20, 2011 at 10:10 pm

      Ia bagaikan sudah seiring. :-(

      • suri November 21, 2011 at 11:42 am

        erm..kena berjimat,ada simpanan..tu yg blh selamatkan eknomi sesebuh kluga..

      • hafizmd November 21, 2011 at 4:12 pm

        tp bagi kita bro AB yg kerja swasta, kenaikan ianya tak sering :(

        • akubiomed November 22, 2011 at 9:04 pm

          Geram pun ada kerana tidak ada rujukan tangga gaji pekerja swasta. Gaji Pak guard bermula RM1500 dan gaji Technician di tempat saya tidak sampai RM1500 walaupun bekerja sudah 3 tahun.

  • titan November 20, 2011 at 6:29 pm

    haa..inilah masanya beli kat kedai 1Malaysia. hehe.. :)
    titan recently posted..10 soalan kacak.My Profile

    • akubiomed November 20, 2011 at 10:15 pm

      Tempat saya tidak ada kedai 1 Malaysia. Beli barangan pasaraya lebih mahal harganya dikedai runcit berdekatan. Kata pasaraya menawarkan harga patut saya tidak dimana kebenaran kerana secara logik mereka membeli secara pukal.

      • blackrosehunter November 21, 2011 at 1:50 am

        kadang-kadang pasaraya pun mahal..harga barang pun ikut tempat juga, kalau di bangi harga lain, di kajang harga lain walaupun untuk benda sama dan jarak tidaklah jauh sangat..senario masa kini.

      • hafizmd November 21, 2011 at 4:13 pm

        setuju…gimik tu jer tu…

        macam brg2 kat pasar malam jugak…sekrang dah sama, malah ada yg lebih mahal berbanding hypermarket

        • akubiomed November 22, 2011 at 9:05 pm

          Saya sudah lama tidak ke pasar malam di tempat saya.

  • klcitizen November 20, 2011 at 6:22 pm

    kena pakai lampin boleh basuh. dah banyak jenis yang berstrap… di online. tapi kena basuhlah, itu yang maslah sikit.
    itu baru dua barang, belum lagi barang2 lain
    klcitizen recently posted..sebab dah terlanjurMy Profile

    • akubiomed November 20, 2011 at 10:16 pm

      Zaman saya dan adik-adik ketika kecil dahulu mengunakan lampin. :-)