• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Tiada lagi musim durian untukku

Tiada lagi musim durian untukku

9th December 2013 by akubiomed 47 Comments

Tahun ini musim durian tidak menjadi.

Setiap tahun menanti dan terbayang isi buah durian yang tebal setiap kali musim durian kembali. Tahun ini kemeriahan kenduri durian biji dan durian D24 hanya tinggal bayangan sahaja.

Setiap pokok durian kebun arwah bapa kelihatan bunga durian penuh sepokok semasa bulan Ramadhan yang lalu. Membayangkan bila tiba musim akan tentu banyak buah durian yang bakal gugur.

Buk! Buk! buah durian keguguran

Apabila tiba arwah bapa akan panggil ke kebun untuk kutip buah durian gugur. Arwah bapa puas melihat cucunya begitu lahap menikmati isi durian yang kuning dan tebal isinya. Dengar sahaja bunyi buah durian jatuh ke tanah mula arwah bapa akan meninjau buah durian didalam semak dengan mengunakan lampu suluh panjang. Tersenyum arwah bapa membawa buah durian mengeluarkan aroma yang segar dari ladang.

Kenduri durian ramai-ramai

Bila musim durian adik beradik akan berkumpul dan juga cucu duduk bersila mengadap buah durian untuk di kendurikan. Paling seronok hari tersebut menu adalah durian dari pulut durian, pengat durian dan sampaikan nasi makan dengan durian. Kalau tidak sendawa keras bau durian memang tidak sah.

Tahun ini pokok durian berbunga lebat tapi…

Semakin hari semakin semakin banyak bunga durian yang gugur. Adakah durian untukku musim kali ini bisik saya didalam hati sambil mendongak sehingga ke pucuk pokok durian. Sah tahun ini tiada musim durian buat saya dan cucu arwah bapa.

Tahun ini tiada musim durian dan lebih sedih ada pokok durian sudah mula mati kerana terlalu lama berendam air kerana projek pembinaan rumah disebelah kebun arwah bapa. Bila lihat bro Denaihati pamerkan buah durian isi tebal, saya hanya mampu menelan air liur  dan pejamkan mata seolah-olah buah durian tersebut didepan mata.

Buah durian beli dan durian yang ditanam sendiri tidak sama kerana setiap pokok durian mempunyai cerita sendiri. Pada awal pokok-pokok ini ditanam adalah hasrat arwah bapa untuk melihat cucu-cucunya wajah ceria bergurau senda sambil makan durian.

Sila tekan butang kongsi:

  • Musim Durian semakin tiba
  • Masihkah ada buah durian untukku.
  • Aktiviti bapa dan anak di hujung minggu

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    16th December 2013 at 2:06 pm

    ala sayangnya dah mati pokok durian tue…nmpk bro AB kena try tanam pokok durian lain plk ganti…

    Reply
  2. ema says

    12th December 2013 at 2:11 pm

    feberet buah durian ni..yg beli memang tak puas hati dgn isinya…baik makan tanam sendiri…agaknya, poko dah tua tu tak menjadi

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2013 at 11:48 am

      Kalau hendak dikatakan pokok tua tidaklah. Masih mampu mengeluatkan hasil yang baik kalau tanah tidak berair.

      Reply
  3. TehR says

    12th December 2013 at 12:13 pm

    sayangnya kalau pokok durian tu mati
    harap2 masih ada rezeki lagi tahun depan

    Reply
  4. cik amal says

    11th December 2013 at 10:28 pm

    yg mkn dgn roti tu nmpk sedap 😀
    amal singgah sini 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2013 at 1:00 am

      Cicah roti dengan kuah durian adalah nikmat.

      Reply
  5. hazman aka species1980 says

    11th December 2013 at 4:37 pm

    Lepas nie kena cari bufet durian bro…. boleh makan puas-puas

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2013 at 1:01 am

      Ada port yang boleh dicadangkan.

      Reply
  6. titan says

    11th December 2013 at 3:22 pm

    tu dia..memang kaki makan durian nih..

    Reply
  7. Kamal Mustafa says

    11th December 2013 at 10:30 am

    Sekali sekalo kito kono yo merasa durian dari kobun orang lain 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2013 at 1:01 am

      Setakat ini masib boleh tahan godaan aroma buah durian.

      Reply
  8. hafiz says

    10th December 2013 at 11:20 pm

    Bukan rezeki bro agaknya tahun ni

    Reply
  9. faizul says

    10th December 2013 at 9:54 pm

    takpe bro, banyak hikmahnya tu. Mungkin next musim durian lebih banyak dan meriah suasana. Perancangan tuhan lebih baik buat hambanya.

    Reply
  10. Sop says

    10th December 2013 at 9:03 pm

    sop xda kebun
    dr kecik mkn durian pasar 🙂

    Reply
  11. hafizmd says

    10th December 2013 at 3:17 pm

    Paling tak tahan tgk yg serawa durian tu…aduiyai…sodapnya!

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2013 at 1:02 am

      Sendawa itu nikmat tidak terhingga.

      Reply
  12. mummydearie says

    10th December 2013 at 2:54 pm

    Saya memang tak merasalah nak makan durian dari kebun sendiri. Takda kebun pun AB. Kalau nak, silalah beli. Saya dan suami aje peminat durian tegar gitu, anak-anak bila bau aje durian masuk rumah dah membebel-bebel kata bau kuat sangat!

    Reply
  13. maza says

    10th December 2013 at 1:59 pm

    maza pernah bercita-cita menanam durian sendiri.. uhuk!
    tapi tanah sekakang kera pun sudah sarat dgn projek perumahan.. demi masa depan anak2 juga.. huhuhu

    apa2 hal, tulisan Akubiomed kali ini memang berkualiti lah..

    uhuk!

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2013 at 1:03 am

      Terima kasih bro Maza. Agak sukar yang berlatar belakang kejuruteraan menulis sesuatu yang agak Metafora. 🙂

      Reply
      • maza says

        13th December 2013 at 12:18 am

        hamvoiii… metafora lagi tu.. ahaks.
        hahaha

        psst: maza berlatar belakangkan pokok getah dan sawah padi jerk.. hehehehe

        Reply
  14. Aniq Bukhary says

    10th December 2013 at 12:57 pm

    Durian x menjadi pun, meleleh jg air liur tgk… Oh durian! 🙂

    Reply
    • hafizmd says

      10th December 2013 at 3:15 pm

      durian..raja buah…mmg sentiasa dinanti utk dnikmati =)

      Reply
  15. Aniq Bukhary says

    10th December 2013 at 12:55 pm

    Mak aih! Histeria plak tgk gambar durian yg paling atas tu.. dah la lama x makan durian.. favourite saya tuuu..

    Reply
    • hafizmd says

      10th December 2013 at 3:16 pm

      sudah…bahaya ni dah sampai tahap hesteria…hoho

      Reply
      • Aniq Bukhary says

        11th December 2013 at 11:14 am

        Hehe.. Lama x makan durian bro.. Susah dapat durian tempat saya study nie..

        Reply
    • Aniq Bukhary says

      11th December 2013 at 11:16 am

      Tu la pasal bro.. banyak2 buah, durian la paling sedap. Huhu 😀

      Reply
  16. Nine says

    10th December 2013 at 12:28 pm

    yang cicah roti tu tak tahan, sedap, fav saya, tak rasa lagi musim nih. nanti insyaAllah beli kut.

    Reply
  17. sukma says

    10th December 2013 at 11:11 am

    puas makan kalau tanam sendiri pokok durian…..

    Reply
  18. JMR says

    10th December 2013 at 11:06 am

    harapnya tahun depan menjadi la kan musim durian dr pokok sndr..:-)

    Reply
  19. sobrimansor says

    10th December 2013 at 10:46 am

    Huhuhu…. Durian oh durian…. memang pantang lepa kalau depan mata

    Reply
  20. Fadhil says

    10th December 2013 at 10:13 am

    kampung saya banyak durian ‘angin pusing’ – durian yang gugur sebelum temponhya. tapi sedap jugak

    Reply
  21. faizalPj says

    10th December 2013 at 2:41 am

    durian kg mmg terbaekk..baru nie balik kg sebakul bapa mertua bawa balik

    Reply
  22. Mus says

    10th December 2013 at 12:47 am

    pokok durian di dusun kami puntak menjadi tahun ni..

    Reply
  23. papa mifz says

    10th December 2013 at 12:43 am

    hari tuh dah pekena durian masa balik Seremban tempoh hari , masih terbayang bayang ketebalan isinya…hoho

    Reply
  24. Hairul Hissam says

    9th December 2013 at 11:52 pm

    Yg best musim durian nie.. mcm musim raya… anak2 balik kampung dan berkumpul merapatkan lagi silaturahim.
    mmg beza yg beli dan yg dari kebun sendiri.. dulu masa saya kecik pun, terasa seronok balik kampung bila musim durian nie.. tapi skrg pokoknya dah ditebang sbb kurang berbuah…

    Reply
  25. Aku Penghibur says

    9th December 2013 at 11:26 pm

    adehh bila tengok durian nie.. jadi teringin la pulak nak makan.. esok nak carilah

    Reply
  26. Farzli says

    9th December 2013 at 10:54 pm

    walaupun gmbr dan penulisan ni agak menjadi terliur jugak tapi ape kan daya, aku takleh makan durian.. hoohohoho

    Reply
  27. khairul asrol says

    9th December 2013 at 10:21 pm

    kat sekitar rumah aku banyak pokok durian. tapi dah jarang berbuah. tak tau kenapa. ada yang cakap kalau ada kebakaran jerebu gitu nanti musim berbunga akan datang balik. tak tau la kepercayaan ni karut ke betul.

    Reply
  28. Man says

    9th December 2013 at 10:13 pm

    berselera betul anak-anak makan.hehe

    Reply
  29. Farisya Anastasyia says

    9th December 2013 at 9:31 pm

    baca entri ni buat FA makin lapar..adohai..mana nak cari malam2 ni.hehe

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 9:38 pm

      Maafkan saya tidak berniat kejam. 🙂

      Reply
  30. Padin says

    9th December 2013 at 9:27 pm

    hehe kalau makan ramai2 best sikit, tak sedar da amik berapa ulas

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 9:37 pm

      Kalau sudah dikopak buah durian memang tidak pandang belakang dah. 🙂

      Reply
  31. anif says

    9th December 2013 at 9:23 pm

    Sayang bila ada pokok yang mati.. Mungkin bila sudah tidak banjir lagi boleh disulam dengan pokok yang baru.

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 9:36 pm

      Saya geram dengan sikap pemaju. Mereka makan daging dan saya pula makan tulang. Sistem peparitan memang teruk. 🙁

      Reply
      • anif says

        9th December 2013 at 10:00 pm

        Kalau begitu kena panjangkan cerita untuk buat tuntutan ganti rugi pada pemaju!

        Reply
        • akubiomed says

          9th December 2013 at 10:09 pm

          Beberapa kali teguran sudah dilakukan tetap melakukan kesalahan yang sama.

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2022 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in