Shahrukh Khan kembali dengan Don 2.
Datuk Shahrukh Khan telah kembali ke Melaka untuk pengambaraan filem baru sejak dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka pada tahun 2008. Kedatangan beliau kali ini ke Melaka untuk merakam filem Don 2 sambungan sekuel filem Don: The Chase Begins dan juga mengadai janjinya bahawa dia akan kembali melawat Melaka.
Kredit: chanliliandotnet
“Ya, saya berjanji masa lalu untuk balik di sini dan menembak sebuah filem dan saya adalah sekarang di sini,” petikan aktor Bollywood Datuk Shahrukh Khan.
Untuk filem Don 2, Datuk Shahrukh Khan akan didampingi heroin wanita Prinyaka Chopra bekas ratu cantik India dan juga bekas Ratu Cantik dunia tahun 2000. Filem Don 2 akan dimulakan tayangan di 32 buah negara pada Disember tahun ini.
Peminat berpeluang buat temujanji dengan Datuk Shahrukh Khan di Astro melalui saluran B4U didalam pakej Mustika yang akan menayangkan video klip lagu-lagu dari petikan filem lakonan Datuk Shahrukh Khan selama 30 minit pada jam 11:00pagi atau 8:30malam sepanjang bulan Februari. Patutlah setiap video klip Datuk Shahrukh Khan disiarkan tentu aku tidak dapat menonton saluran Astro lain.
Waktu tayangan SRK Non Stop di saluran B4U sepanjang bulan Februari
Hari | Waktu Tayangan |
Rabu | 8.30pm |
Jumaat | 11:00am |
Sabtu | 8.30pm |
Ahad | 11:00am |
p/s: Bagaimana agaknya rupa aku kalau mempunyai badan seksi macam Shahrukh Khan 🙂
uh seksi gamabr di atas itu…teman rasa nak gugur dua jantung ke bumi
wa bahaya sungguh ini gambar wahai en ab 🙁
tak langgan pulak channel tu huhu..alahai shah rukh khan…
body pun makin mantopp!! huhu
Hmm..pakej Mustika adalah pakeh tambahan
mesti lagi best dari don 1
Harapkan begitulah sebab perbelanjaan pembikinan filem pun sudah makan bajet besar
ingatkan temujanji apa tadi bro..
Ha..haa..jangan marah ya bro temujanji rancangan SRK Non Stop di saluran B4U
dah lama sungguh tak layan cerita SRK…dulu masa zaman era 98-99..filem SRK sangat top terutamanya Kuch Kuch Hota Hai
Kuch Kuch Hota Hai antara transition dunia perfileman Hindustan mula terarah barat dengan pakaian DKNY, POLO dan sebagainya
dulu zaman 90 an dan awal 2000 an filem hindustan termasuk SRK ni mmg femes gila babun! tapi skank da kureng da,,,,
pergh..badan SRK makin tough ea..dulu macam bese2 je..
Tuh lar pasal. Sekarang ini banyak pelakon muda tapi belum ada yang dapat menyaingi kehebatan SRK
lambat lagi, hujung tahun ni
huh lama gila tgk film bollywood
tidak setuju dgn gelaran datuk yg diberikan kpd dia
perghh tak sangka SRK dah berbadan sasa camtu.. dulu badan biasa-biasa je.. hohoho
Apa yang SRK lakukan akan jadi ikutan. Teringat kepada kawan exptraite saya berasal dari India memang meniru gaya pemakaian SRK
Dah lama tak ikut perkembangan cerita hindustan ni.Cerita dia yg paling aku minat,Asoka.Mmg best,sanggup beli cd ori.
Asoka filem SRK berlakun dengan Kareena Kapoor kan
fuhh.
dah lama tak tgk.
dlu layan gak masa tgh kemuncak musim filem2 hindustan, tapi skg ni dah kurang minat pulak
dah tak minat sgt SRK ni..huhuhu
Kenapa berpatah arang dengan SRK ker?
makin tua makin hensem makin mengancam… ai loike dari dulu sampai skang..
geget kang.. badan ketak2 yu… huh
Haa..haa…jangan haram 🙂
Ewah.. aku ingat temujanji dgn datuk shak betul2.. Aku suka ayat yg terakhir tu.. hi hi
Hee..hee..jangan mimpi dapat seperti ayat yang terakhir 🙂
perhh.. ada sixpack tu..
Kalau buat senama seatup untuk dapat six pack guarantee tidak boleh bangun dan ketawa 🙂
confirm, muscle pain, kalau jadi six pack takpe, jgn tak jadi sudah tiba2 perut terus mendadak jalan ke depan 😀
awww DATOK SRK tuuuu..
suka la ali rostam kan kan kan :p
Ramai anak gadis yang cair melihat tubuh SRK yang mantop 🙂
My name is Khan and i’m not a terrorist.. I come in peace.. nak buat wayang di Melaka.. he he..
Tak sia-sia jugak bagi dia Datukship ye?.. rajin lak dia dtg skrg 😀
Ada tengok dalam berita pasal DSRK nie nak buat filem kat Malaysia..tak nk jemput pelakon Malaysia join ke? huhuhu
ada juga terlihat di kaca tv..
kata SRK
‘Malaysia sangat cantik, bagai rumah ke-2 saya’
huhu sekarang mood nak tengok berita memang takde..
so kita layan SRK non stop 🙂
dolu2 minat jugalah cerita hindustan, tapi sekrang sudah kurang yg amat gitew.. heheheh
Kenapa mesti melaka? Kenapa x kuantan.. ngeee… Penuh la org tgk di shooting kat sana..
cerita don 1.. dah lupa cerita dia macam ne.. kena cari balik nih… sapa ada ceritanya???
aku pernah tgk, kononnya ada yg seiras mukanya dengan Don, Don bunuh dia dan menyamar jadi org yg baik tu, kemudian dia diarahkan untuk menyamar sbg Don memerangkap org jahat, memang dia boleh buat sebab dia Don yg sebenarnya, dia berjaya tipu dua pihak, baik dan jahat, sebelum melarikan diri,
Don 2..takkan kali ni nak bagi si penjahat menang lagi..mungkinkah Don menjadi baik atau mati bergaya?
tgulah Don mesti tgok …
kalaulah badan saya mcm dia..hehe..
SRK mesti ada Personal Trainer sebab itu badan mantap 🙂
dia start train badan untuk om shanti om, tiba2 berubah gaya dengan mempamerkan badan, mungkin cuba menghangatkan lagi pertembungan krisis antara dua khan (Salman Khan dan SRK)
ya,kalau hari2 pergi gym mesti mantap macam dia
kalau saya oh tak mungkin heee
hari hari mesti makan makanan yang berkhasiat geee
Makin tua makin mantap datuk yang sorang ni…
Harap filem ni dapat menaikan melaka di mata dunia..
jangan jadi macam cerita holliwod yang dulu dulu cuma tonjolkan kawasan lorong belakang je
Melaka pun sudah jauh pencapaian dengan negeri maju
bila agaknya srk akan nyanyikan lagu ‘joget pahang’ versi hindi dalam filem
hehe
Assalaamu`alaikum
W’Salam Mama Murai
Ini ayat paling lawak saya jumpa untuk hari ini. Serius! tehr telah buat saya ketawa sorang-sorang depan pc petang nie..
Err macamana kalau SRK nyanyi lagu Dondang Sayang menjadi tak?
mabuhlah jawabnya kalau dia nak song lagu tu
pergh~ datang lagi si datuk express ni..hehe
lepas tu tambah pangkat lagi la kot..
Senang sahaja SRK dapat pangkat Datuk
sekali pandang macam kekacakan aku masa memuda dulu. kahkahkah.
Masa bujang dulu rajin akan besi bro. Saya dahulu ada cuba tapi tidak menjadi ha..haa…
wah dah ada mula teringat masa zaman silamlah
lama x dgr citer pasal mamat nih.. hahaha.. 🙂
popular susah nak tahu kisah dia lebih pada dunia lakonan dari gosip liar
peminat SRK ke ni ? hehehe..
siap tau dah waktu preview rancangan tu..
Taklah gitu dah alang-alang dia buat pengambaran filem Don kena pula Astro pun ada slot SRK apalagi ambil kesempatan 🙂
ada minta tanda tangan dari dia tak heee
minat dia…tapi pic atas tu seksi leh bro…
erk..
dosa jap pagi2 dah tercuci mata kt cni huuu..
jgnlah pndang kak suri..haha.tak pun tutup pusat dia 😀
mataku cam kelip2 sapa nak tanggung…
erk…
Haa..haa..saya pun dapat saham free juga 🙂
nampak tua dan shah rukh khan, membesar dlm arena lakonan..suara dia mmg masyuk 😀
lakonan dia snsa memikat hati heee..
Pelakon Hindustan semakin tua semakin menjadi lihat lah Amitabh Bachchan masih aktif berlakon
tua jan tak sedar dir udah le buat sakit mata jer huu
p/s:Gembirakah kamu pada minggu ini? (posting terkini)
filem Don ni mmg best. tp 3 idiots ttp plg best. hehe. SRK mmg best la lakonan dia. sgt2 hidup dan menjadi nak2 part klu dia thn nangis. hehe
3 Idiots memang best tapi in reality perkara yang diceritakan didalam filem tidak akan berlaku 🙂
tgk body dia..perghhh~~
Heran juga Salman Khan sudah lama badan berketul tidak ada siapa nak ikut tapi Salman Khan badan berketul menjadi trend aktor perlu badan berketul juga 🙂
ketul macam cucur badak ker tak heee
perghh, aku ni jenis layan citer industan beb, kene tangok citer mcm nie. huahuahua3
Kalau ada melanggan pakej Astro Mustika akan dapat saluran B4U bolel layan selalu 🙂
asalkan peminat hindustan, tiada pakej mustika masih boleh ditonton melalui channel zee 108 😀
ada juga lelaki minat tgok cerita ini eh
kita tak ada astrolah sedih begini
Bace kat paper SRK ne dapat baju batik dari Arfa, disampaikan oleh Dato Ali Rostam
Tentu segak SRK kalau mengenakan baju batik
Best juga jadi orang terkenal ni.. ada sahaja yang di “sponsor” 🙂
Memang betul dari dari atas kepala hingga hujung rambut sponsor sahaja
amannya suka klo jdi bgtu 😉
p/s: duit pokek sendri pun agaknya langsung tak bersentuh kot..
bagai raja berhari-hari jadinya
Mesti ramai peminat datuk shahrukh khan ni yang tak sabar-sabar ni….. 😉
suka senyum dan lakonan dia memang ramai sebab natural man heee