Teknik foto HDR dengan Picnik

Membuat efek HDR mudah pada foto tanpa PhotoShop

Foto kesan HDR

Kesan efek Selective Colour pada foto

HDR adalah ringkasan perkataan High Dynamic Range. Teknik HDR boleh dikatakan popular dengan penjelasan ringkas adalah mengubah jumlah exposure pada foto. Biasanya teknik HDR boleh diaplikasikan mengunakan applikasi foto editor seperti PhotoShop, GIMP, PhotoScape dan sebagainya. Penggunaan teknik HDR memberikan kesan aesthetik kepada foto.

Sekali lagi saya ingin berkongsi tutorila mudah untuk menghasilkan kesan efek HDR. Caranya sangat mudah walaupun tidak mempunyai aplikasi PhotoShop. Bagi ahli Picasa Web Albums secara automatik boleh mengunakan Picnik yang sebahagian Picasa Web Album untuk edit foto. Kalau pengguna akaun Gmail boleh mendaftar Picasa Web Albums atau Picnik secara percuma. Proses edit foto ini perlu dibuat secara online.

Tutorial HDR dengan Picnik

1. Login akaun Picasa Web Album pilih foto yang ingin diedit

Tutorial Selective Foto 1

2. Klik CREATE - EFFECTSHDR-ISH

Tutorial teknik HDR pada foro

Ubah kedudukan RADIUS, STRENGTH dan FADE mengikut citarasa.

4. Ini adalah hasilnya selepas beri sentuhan HDR

Perbezaan sebelum dan selepas HDR

Kalau mahu perkemaskan kesan HDR supaya kelihatan lembut boleh guna SOFTEN atau ORTON-ISH di CREATE. Selamat mencuba edit foto dengan teknik HDR.

Bulan disebalik awan - HDR

Gambar bulan disebalik awan pada waktu malam yang telah diberi sentuhan HDR

[ad#nuffnang]

186 total views, 1 views today

79 thoughts on “Teknik foto HDR dengan Picnik”

  1. Teknik HDR ni memang akan mencantikkan gambar dan gambar lebih nampak lebih sharp…saya pun biasa guna picnik ni sebab mudah..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya tidak punyai masa untuk godek dengan GIMP jadi nak mudah guna Picnik sahaja

    [Reply]

  2. Ada org cakap, blog sya jadi berat bila pakai teknik ni. Jadi sya dah tak guna lagi. Apa2 pun byk juga kelebihannya kan.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tidaklah, ubah saiz kualiti imej supaya ia ringan

    [Reply]

  3. Pingback: Wordless Wednesday #5 - Trafik blog
  4. aku ade gak buat dulu..
    tp photoshop la..
    susah jugak la.tapi now dah ade yang mudah tak salah nak cuba kan..thanks for sharing bro

    [Reply]

  5. akupun minat juga edit2 gambar ni..
    tapi tu lah.. minat kadang bermusim.. sekejap je rajin belajar lepas tu dah malas balik..
    sebab tu sampai sekarang masih gagal menguasai kemahiran edit HDR ni..

    [Reply]

  6. menarik gak.. picknic ni mmg menarik kalau nak edit2 gambar
    tapi kelemahannya ia perlu kne on9 untuk buat keje2 sedemikian
    xbest la sbb aku on9 buat keje lain
    keje edit2 gambar scara offline… hehe
    nash recently posted…Tidak Solat: Salah Siapa??My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Salah satu kelemahan adalah perlu online kita proses edit dilakukan

    [Reply]

  7. yup aku pun sll guna picnik utk edit pic hihii senang dan simple..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya guna Picnik sekali sekala :-)

    [Reply]

    wrizuan.net Reply:

    utk blog saya gunakn picnil senang online sekaligus….:)

    [Reply]

  8. bukan semua boleh di HDR-kan..

    setakat hari ini maza lebih memilih kesan yg biasa2 aje.. hehehe
    HDR biasanya amat menarik ke atas photo scenery atau landscape berbanding portrait.. tak gitew?

    ahaks….

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Rasanya Maza lagi ariff mengenai HDR ini.

    [Reply]

  9. memang canti HDR ni,lebih-lebih lagi kalau guna picnik,mudah dan simple

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Picnik memang terbukti ringkas walaupun percuma ada ciri-cri yang lain adalah premium

    [Reply]

  10. ini kalau muka ada jerawat mmg komfem hilang guna teknik ni :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Boleh sahaja. Nak hilangkan gigi besi pun boleh :-)

    [Reply]

    adele Reply:

    ooo..bro skrg pandai mengusik gigi besi sy..nak kena gigit ni rasakan penangan gigi besi! hahahaha

    [Reply]

  11. Gambar bertambah cantik dengan efek HDR ni.. Terima kasih kerana berkongsi tutorial ini.. Sangat berguna.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sama-sama. Sedikit ilmu yang ingin dikongsikan :-)

    [Reply]

  12. oh..tapi still takleh lawan photoshop..hehe..tapi baguslah guna picnic..tak payah install dah software kan? tak pernah try lagi guna picnic

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Picnik ini memudahkan kepada amatur untuk menghasilkan dengan segera. Kalau mengunakan PhotoShop memang tidak boleh lawan hasilnya :-)

    [Reply]

    Mus
    Twitter:
    Reply:

    memang betul tu.. tak semua orang pandai photoshop.. picnik antara yang terbaik untuk amatur..
    Mus recently posted…Renungan Jumaat – Mencuri Dalam SolatMy Profile

    [Reply]

  13. yupz, pakai Photomatix lebih nampak efek yg berkesan. dah lama tinggalkan DSLR dan photo editing ni. HDR ni mmg boleh dikatakan minat saya yg utama dulu2. huhu. bro bley la klu nak layan hasil kerja saya sblom2 ni kat sini

    http://www.flickr.com/photos/ezreen/3076594785/in/set-72157605733994939
    (kenangan masuk Explore 1st page di Flickr).
    Ekspresi Ruang recently posted…Hiasan Dalaman Rumah Agam Ini Sangat ‘Amerika’My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Cantik juga gambar suasana kampung yang diberi sentuhan HDR

    [Reply]

  14. Memang nampak lain la.. dah mcm baru pun ade..
    Chipcoklat recently posted…Mengapa Kita Tak Pilih Al-QuranMy Profile

    [Reply]

    Mus
    Twitter:
    Reply:

    itulah kelebihan HDR.. warnanya lebih menyerlah.. tapi jangan terover pulak.. nanti nampak sangat editing tu..
    Mus recently posted…Raikan Ramadhan Bersama Yang TersayangMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau dapat foto kereta sport boleh buat HDR memang cantik

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge