X
    Categories Alam sekitarPelanconganUmum

Suria Hot Spring Resort Bentong

Suria Hot Spring Resort Bentong yang mendamaikan.

Nak bermandi  air panas semula jadi boleh ke Suria Hot Spring Resort yang terletak di Bentong Pahang. Kadang-kadang kita hendak lari dari suasana lebih damai dengan suasana alam semula jadi jauh dari hiruk pikuk ibu kota.

Jarak Suria Hot Spring Resort Bentong dari Kuala Lumpur sekitar 69km dengan mengunakan lebuh raya Karak untuk sampai ke sini. Apa yang menyeronokkan adalah kolam air panas semula jadi untuk merehatkan tubuh badan dan terapi. Resort ini bertaraf tiga bintang.

Pengunjung boleh mandi kolam air panas awam diluar resort ini atau bagi yang inginkan privasi boleh menginap di Suria Hot Spring Resort Bentong untuk bermandi manda di kolam air panas dan sejuk.

Serba ringkas kemudahan yang ada di Suria Hot Spring Resort Bentong.

Kemudahan tiga kolam iaitu kolam air panas dan kolam air sejuk

Boleh memilih tiga jenis penginapan jika ingin bermalam disini.

  • Bilik Deluxe Quad – boleh memuatkan untuk empat orang dengan dua katil.
  • Bilik Deluxe Triple – boleh memuatkan tiga orang dengan tiga katil.
  • Jacuzzi Villa – boleh memuatkan untuk dua orang dengan katil berkembar.

Ini adalah contoh bilik Deluxe Quad.

Kerusi kayu disudut bilik

Kabinet TV( didalam ada peti ais mini) dan LCD TV

Bilik mandi yang bersih ada air panas dan air sejuk

Kemudahan fasiliti lain:-

  • Wifi PERCUMA
  • Restoran Bunga Padi
  • Empat bilik seminar boleh memuatkan 14 – 248 dalam satu-satu masa
  • Basikal sewa
  • Kemudahan rekreasi

Kawasan sekeliling yang masih menghijau begitu rasa aman dan damai. Kabus diwaktu pagi kerana terletak kawasan tanah tinggi yang sejuk untuk percutian persendirian atau membawa famili ke resort ini. Paling seronok bermandi manda dikolam air panas semula jadi untuk merehatkan badan dan terapi hilang rasa lenguh. Lupakan sebentar kehidupan di ibu kota dengan bercuti di resort Suria Hot Spring ini.

Laman rasmi SURIA Hot Spring Bentong.

Lokasi Suria Hot Spring Bentong di Google Map.

Comments

comments

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (9)