Sudah masanya pulang ke sarang

Selepas bercuti panjang sudah tiba masanya pulang ke sarang.

Saya percaya pada ketika ini ada yang sudah pulang ke sarang(rumah) masing-masing setelah bercuti panjang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ada yang masih terperangkap didalam kesesakkan menunjukan ke ibu kota ketika saya menulis entri ini melalui berita yang disampaikan mengenai kesesakkan Lebuhraya Pantai Timur.

Home Sweet Home. Pulang ke sarang

Home Sweet Home

Esok hari minggu tentu yang ada kalangan sahabat blogger ingin mendapatkan rehat yang cukup bagi mulakan bertugas di pagi Isnin dan cuti sekolah pun sudah berakhir. Jadi bagi warga kota bersedia untuk menempuh kesesakkan di pagi Isnin yang dijangkakan akan agak teruk.

Saya sudah pulang ke ibu kota 2 hari lepas. Ketika pulang ke kampung barangan basah di pasti tidak ditinggalkan didalam peti ais sejuk kerana bimbang kes black out pernah berlaku menyebabkan makan yang disimpan didalam peti ais rosak. Malam semalam isteri ajak tapau makanan kerana tidak sempat untuk membeli barang makanan untuk memasak. Nasib baiklah ada beberapa restoran berdekatan dirumah masih dibuka lagi.

Slip lawatan polis

Ketika sampai dihadapan rumah kelihatan beberapa pucuk surat sudah diketahui bil-bil yang perlu dilunaskan dan turut kelihatan 2 keping nota yang ditinggalkan. Selepas diamati ia adalah 2 keping slip laporan lawatan rondaan pihak polis yang ditinggalkan untuk penghuni rumah. Terima kasih kepada pihak posmen yang menghantar surat dan polis bertugas untuk menjaga keamanan.

Baby Aslah bertukang

Baby Aslah bertukang

Baby Aslah bermain turn table

Sudah bosan bertukang main turn table pula. :-)

Hari ini saya dan keluarga keluar ke pasar raya berdekatan untuk membeli barangan dapur dan esok pula(Ahad) bercadang hendak melawat nenek sebelah isteri dan saudara mara di Ampang. Masih lagi mood Raya. Yeah.. :-)

Saya menulis entri untuk mendapatkan mood blogging maklumlah cuti Raya pun panjang. Jadi semasa cuti Raya saya hanya browse ke blog sahabat yang berkongsi keriangan sambutan Hari Raya dan ada yang bersedih kehilangan orang tersayang.

**********

Esok Zulfahmi Khairuddin dari AirAsia-Sic-Ajo Moto3 yang memakai nombor 63  akan berlumba di litar Bruno, Republik Czech. Harap beliau dapat naik podium kerana pada ujian kelayakkan(QP) beliau berada di tempat ke 3 terpantas di belakang pendahulu tempat pertama. Siaran langsung MotoGP di Astro boleh ditonton di saluran 813 Astro Sport dan saluran 832 ESPN HD .

Zulfahmi Khairuddin dari AirAsia-Sic-Ajo Moto3

sumber: Facebook Zulfahmi Official Fan Page

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • hafizmd December 3, 2012 at 1:27 pm

    Terbaiklah Polis!
    Semoga terus kekal komited demi keselamatan rakyat jelata!

  • hairulafiz November 8, 2012 at 2:29 pm

    nanti kalau cuti pjg nak gak isi form balik kampung ni….

  • Hafizul October 28, 2012 at 6:01 pm

    emm untung la ad polis yang buat rondaa mcm ni..kurang-kurang tak bimbang sgt…

  • suri August 31, 2012 at 11:43 pm

    camni kerja dpt gaji heeee bukan kerja curi tulang gitu mmg tak berkat

  • irsah August 30, 2012 at 6:38 pm

    Adeh.. baru pulang tanah air 2 hari yang lalu (29/8)… beraya diluar memang tak dapat menandingi raya di halaman sendiri. (melainkan beraya di Mekah heee). Selamat bertugas semula Bro. Alhamduillah segalanya selamat buat Bro dan Famili.
    irsah recently posted..Saman Apple Vs Samsung – Hujah Peguam Keputusan MahkamahMy Profile

    • akubiomed August 30, 2012 at 10:08 pm

      Bro berada diluar negara ketika sambutan Hari Raya? Negara mana tuh?

  • nurmisnan August 29, 2012 at 8:55 am

    sudah penat beraya dikampung halaman bersama keluarga
    tiba masanya pulang ke rumah.. memang tenang…

    I salut pihak polis buat kerja. bagus2
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #56My Profile

    • Hafizul October 28, 2012 at 6:01 pm

      emm betul doh..tak pernah lagi tgok surat mcm akubiomed ni..hahaha

  • gamep01nt August 29, 2012 at 7:19 am

    selamat balik bekerja! Jangan malas2!
    gamep01nt recently posted..No Zo No Zonomi!My Profile

  • KiD August 29, 2012 at 4:47 am

    bagus polis di kawasan umah bro.. sama macam kat sini.. Putrajaya.. kul 4 pagi pun ada rondaan..
    KiD recently posted..Top 5 Entry Post Blog AndaMy Profile

  • Hairul Hissam August 29, 2012 at 12:44 am

    Letih juga tu pihak polis nak bagi slip rondaan pada setiap rumah… :D
    Selamat kembali berblogging bro…..

    • suri August 31, 2012 at 11:41 pm

      pekerja didikasi sungguh

  • luqman August 28, 2012 at 8:53 pm

    dah kene keja balik dah…bile dah lame cuti ..nak start balik keja macam malas jer,, T_T

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:00 pm

      Bila bercuti panjang mood untuk kembali bekerja pun menurun. :-)

      • Hafizul October 28, 2012 at 6:07 pm

        memang doh bro…first time lepas cuti bekerja memmang rasa nak duk rilek jer..hehe

  • Norasikin August 28, 2012 at 5:30 pm

    Tak sempat nak berehat pun. Masuk kerja je terus kena ke KL. nasib badan

    • akubiomed August 28, 2012 at 8:47 pm

      Belum lelah penat hilang sudah melakukan perjalanan jarak jauh.

  • Akmaomar August 28, 2012 at 3:17 pm

    Bagus ya polis siap bg slip rondaan lagi..ingatkan diorg rajin tulis surat saman je hehehe…samalh kaw rumah saya pun sepjg cuti raya smpai naik ke block rumah buat rondaan. Kalau nk harap pak guard tido jelah kt security porch tu. :)

    • lepakk.com August 28, 2012 at 5:03 pm

      Tahu xper..memang terbaik lah polis skrg

    • Norasikin August 28, 2012 at 5:30 pm

      kat umah saya tak de pulak polis tinggalkan nota

    • akubiomed August 28, 2012 at 8:49 pm

      Mungkin inilah janji pihak polis yang melakukan kelainan sempena sambutan Hari Raya 2012.

  • sw33tdarling August 28, 2012 at 2:02 pm

    baguslah polis ada buat slip lawatan macam tu.. paling tidak, kita dapat tahu mereka betul2 ada buat rondaan

    • lepakk.com August 28, 2012 at 5:03 pm

      Yer betul tu

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:03 pm

      Ada bukti tak slip rondaan yang ditinggalkan.

  • hafizmd August 28, 2012 at 12:59 pm

    1. Selamat kembali ke sarang utk bro AB sefamili =)
    2. Ambe pun sudah kembali ke sarang, tp takde pulak slip lawatan polis (ada jugak isi borang polis tuh…ermmm).
    3. Nasib tak sebelahi zulfahmi, terbabas pulak kali ni…
    4. Mood raya masih ada….hehe
    hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #6 Kahwin?My Profile

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:10 pm

      Wah bernombor pula komen bro. :-)

  • Ibu Mifzal Arsyad August 28, 2012 at 12:03 pm

    selamat hari raya. rindunya nak balik kampung lg.

    • lepakk.com August 28, 2012 at 5:04 pm

      Hohoho..baru je balik kot

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:11 pm

      Balik kampung tentulah seronok. :-)

  • baguznet August 28, 2012 at 11:43 am

    Dah mula bekerja seperti biasa sejak semalam. Pulang ke rumah pun agak awal untuk mendapat rehat yg cukup selain ziarah saudara-mara berdekatan rumah
    baguznet recently posted..Status Halal Produk Baskin-RobbinsMy Profile

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:14 pm

      Untunglah saudara mara duduk berdekatan. Macam kami pagi Raya sudah pusing satu kampung menziarah saudara mara. :-)

  • Dulu Lain Sekarang Lain August 28, 2012 at 10:28 am

    yup, dah sampai masa balik ehhh.. wlpn hati rasa mcm mahu sambung lagi ahak ahak… selamat ari raya bro..

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:15 pm

      Bro sudah tentulah merasa rindu dengan suasana dikampung sebab hidup sebagai anak perantau.

  • auc dot com August 28, 2012 at 7:43 am

    kiranya ok jg lah anggota keselamatan menjalankan tugas dimusim perayaan ni yek!
    selamat pulang ke sarang :)

  • Bro Zulkbo August 28, 2012 at 3:13 am

    salam..
    macam burung walit pulang ke sarang
    la pulak rasanya..time to work! he he
    Bro Zulkbo recently posted..Ibarat Semut Hitam Di Atas Batu Hitam Di Malam Yang Hitam GelapMy Profile

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:17 pm

      Burung walit pulang ke sarang membawa hasil. :-)

  • mya August 28, 2012 at 2:22 am

    cantik2 gambar! :D

  • ProfHariz August 28, 2012 at 12:28 am

    Raya sakan tahun ni ye bro. Ayuh mulakan kehidupan seperti asal. Ehehe

  • Leeza dayasari August 27, 2012 at 10:21 pm

    like… home sweet home….

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:33 pm

      Kalau dapat balik rumah tentu rindukan tempat ‘landing’ :-)

  • ApplePurple August 27, 2012 at 10:01 pm

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan selamat bertugas bro.. :-)

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:33 pm

      Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan selamat bertugas. :-)

  • Nur August 27, 2012 at 8:23 pm

    Selamat Hari Raya buat Saudara Azrin sekeluarga.. Hari ni memang kurang bersemangat untuk bekerja..

    Memang tekun baby Aslah bertukang… :)

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:38 pm

      Sekurang-kurang baby Aslah tidak mengusik kotak barangan tukang saya lagi. :-)

  • cikgu naman August 27, 2012 at 5:16 pm

    selamat hari raya, maaf zahir batin

    saya balik Sabtu lepas, Alhamdulillah lancar

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:39 pm

      Selamat Hari Raya bro. Selamat kembali mengajar. :-)

  • wahida August 27, 2012 at 4:41 pm

    kalau senang2, jemput lah dtg umah yer…rumah kita dah dekat kan?

  • boni kacak August 27, 2012 at 3:57 pm

    wah..polis ada buat rondaan ye. kat tempat saya ni punya susah nak nampak polis buat rondaan

  • sha August 27, 2012 at 3:53 pm

    hari khamis lepas sha dah start kejeeeeeee hehe

  • Azwan Muhamad August 27, 2012 at 3:08 pm

    Tensennya Fahmi tak abis race…
    Azwan Muhamad recently posted..Wanita Malaysia Ketiga Paling Curang Di Dunia?My Profile

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:48 pm

      Saya mengharap Zulfahmi dapat menyumbang mata walaupun tidak dapat naik podium untuk kali pertama.

  • Yas August 27, 2012 at 2:03 pm

    waa….aku balik dr raya ni mood kelaut jekkk….maleh betul la bro…:D
    Yas recently posted..Gambar Zulfahmi Jatuh di Litar Brno, ChezhMy Profile

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:49 pm

      Kalau macam itu ambil masa untuk dapatkan mood balik bekerja.

  • mia liana August 27, 2012 at 1:51 pm

    wahhhh… tentu seronok kan balik rumah. pastu rasa tak seronok sebab cepat sangat masa berlalu dan kena naik keje… huhuhu mia masih mood raya ni.

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:49 pm

      Benar sekali terasa masa berlalu begitu pantas.

  • sop August 27, 2012 at 1:02 pm

    penat blk bweraya, sambung penat nak membasuh plak.. hahaha
    sop recently posted..“Nikmati Susu Dalam 21 Hari” Dutch LadyMy Profile

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:52 pm

      Sudah tentulah bro. Banyak baju yang perlu dibasuh maklumlah beraya lama.

  • onlajer August 27, 2012 at 12:05 pm

    Assalamualaikum
    selamat hari raya bro, aku pula baru je sampai tadi malam he
    onlajer recently posted..Malam 1 SyawalMy Profile

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:52 pm

      Sampai tentu terus cari bantal. :-)

  • lepakk.com August 27, 2012 at 12:02 pm

    Bagus lah polis tinggalkan surat macam tu..sekurang-kurangnya kita tahu mereka menjalankan tugas

  • Nurul August 27, 2012 at 11:57 am

    Selamat hari raya Buat Biomed dan Family.. Comel jer baby Aslah..

    • lepakk.com August 27, 2012 at 12:03 pm

      Betul tu comel sangat :-)

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:53 pm

      Selamat Hari Raya kepada Nurul juga. :-)

  • Ummi Hanie August 27, 2012 at 11:25 am

    comel je baby aslah bertukang… like father like son lah ni? ;)

  • eiela August 27, 2012 at 11:17 am

    ramai yg dh pulang utk kerja. hope zulfahmi menang jgk.

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:56 pm

      Malangnya Zulfahmi gagal menamatkan perlumbaan yang tertinggal 5 lap lagi.

  • Ummi Hanie August 27, 2012 at 11:16 am

    selamat pulang ke sarang.. kami pun masih mood raya… cuti panjang, pelbagai lokasi juga… best nye… rasa nk rewind balik masa ;)

    begitulah adatnya… hidup mesti diteruskan… kepala ni masih bingung2 sedikit nak sesuaikan semula dgn rutin harian di rumah…

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:57 pm

      Ambil masa hendak ‘tune’ balik. :-)

  • maza August 27, 2012 at 11:15 am

    Wah… gambo no. wahid itu penuh dgn seni!

    i loving it.. hehehe

  • Izzuddin Shah August 27, 2012 at 9:24 am

    selamat hari raya, selamat pulang, selamat bermain, selamat berlumba dan selamat bekerja. :)

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:58 pm

      Kalau berlumba kereta nanti kena saman. :-)

  • maszull August 27, 2012 at 9:15 am

    assalamualaikum akubiomed….selamat kembali ke bandar semula setelah beraya di kg halaman…:)

    • akubiomed August 28, 2012 at 9:59 pm

      Sudah pun selamat sampai ke ibu kota.

  • Myra Jay August 27, 2012 at 9:00 am

    Selamat kembali bekerja.. :)

    Bila kerja ni mood masih nak beraya lagi…huhuu

    • akubiomed August 28, 2012 at 10:00 pm

      Selamat bekerja kepada MJ juga. :-)

  • Malaysia coin August 27, 2012 at 8:39 am

    Selamat pulang ke bandar?
    Mesti rasa berat hati nak tinggalkan kampung kan?
    Malaysia coin recently posted..Duit syiling 20 sen ParlimenMy Profile

    • lepakk.com August 27, 2012 at 12:04 pm

      Semua orang berat hati :D

    • akubiomed August 28, 2012 at 10:03 pm

      Bro balik beraya di Sabah tak tahun ini? Kali ini beraya bertigalah bro. :-)

  • tehr August 27, 2012 at 2:58 am

    kami masih di sarang
    tak ke mana2 pun
    hehe
    tehr recently posted..Mansuh Faedah Pinjaman Penjawat AwamMy Profile

  • suri August 27, 2012 at 12:26 am

    dalam mood raya lgi msh sempt selit entri permotoran heeee

  • padin August 27, 2012 at 12:16 am

    hehee memang dah pulang ke sarang.. aliran trafik ke selatan xla sesak mana mungkin ramai yang dah balik awal.. cuma hujan lebat perlahankan aliran

  • Jebeng Otai™ August 26, 2012 at 11:11 pm

    ade notis dari polis ker?..bgus gak cara tu..

    apa pun selamat kembali bro.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..#BoycottAppleMy Profile

  • Denaihati August 26, 2012 at 11:02 pm

    Sampai awal 2 hari lepas trafik memang lancar. Selamat kembali betugas besok

  • cikgu ma August 26, 2012 at 10:36 pm

    saya x pulang kemana2 pun ada jgk sangkut dalam jam..maklumla semua orang sebuk pulang tempat masing2, yg hantar anak balik hostel lagi…

    • lepakk.com August 27, 2012 at 12:06 pm

      Memang sesak sana sini…malaysia ni rakyat die kaya

  • sweetkurma August 26, 2012 at 8:29 pm

    akak pulak esok dah start berbiznes, kedai dah bukak balik…alhamdulillah hari ni dapat rehat secukupnya, sebab dua hari berturut turut rumah kena serbu dengan adik beradik… hari ni kalau ada yg sms nak datang, akak closed house…umur2 macam ni kena cukup rehat hehe

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:34 pm

      Harap dapat pulih energise tenaga yang telah dihabiskan ketika beraya. :-)

    • lepakk.com August 27, 2012 at 12:12 pm

      Good la bisnes dah start

  • wandisini August 26, 2012 at 6:00 pm

    aku dah start bekerja hari ini. kerja awal sikit untuk dapatkan balik mood kerja yang dah lama ditinggalkan

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:11 pm

      Saya hari Isnin baru bermula kerja. Cuti Raya yang panjang. :-)

      • suri August 27, 2012 at 12:27 am

        berapa hari cuti tuh? heeee sy pas ni keje balik aik malas pula rasanya

  • the malay male August 26, 2012 at 5:52 pm

    bila nak keluar sarang?

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:14 pm

      Esok hari Isnin mula keluar sarang untuk mencari rezeki.

  • titan August 26, 2012 at 4:14 pm

    ok. welcome back. hoho..
    titan recently posted..5 Cara nak jadi penulis review yang menjual.My Profile

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:14 pm

      Blog bro sudah habis bandwith.

  • b3njy August 26, 2012 at 3:09 pm

    Salam aidilfitri kepada akubiomed sekeluarga …. selamat kembali ke sarang dan lepas ni akan terus aktif blogging lagi. Benjy respectlah anggota Polis … walaupun time2 cuti mereka tetap menjalankan tugas dengan amanah. Tahniah.
    b3njy recently posted..PROJEK IC : SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA PERLU SIASAT VIDEO INIMy Profile

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:15 pm

      Blog tak cukup kuat SEO. Apa bila tidak ada cerita baru maka tak ada trafik.

      • lepakk.com August 27, 2012 at 12:07 pm

        Hahha…betul ke? ades sama lah

    • lepakk.com August 27, 2012 at 12:23 pm

      Dan jangan lupa ajar newbie blogger

  • pipoq August 26, 2012 at 2:44 pm

    seminggu bercuti sampai ‘laman’ terbiar sepi..seminggu ni banyak kisah pasal raya je..hehehe

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:20 pm

      Biasalah kisah Raya antara terhangat untuk 7 hari di bulan Syawal belum lagi program rumah terbuka. :-)

  • LadyBird August 26, 2012 at 2:30 pm

    selamat pulang ke sarang… sarang bila ditinggal lama2 pasti berdebu.. kesian… :( hehehehe.. mcm burung lak..

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:22 pm

      Kalau blog yang mempunyai SEO tidak perlu kemas kini selalu ada sahaja trafik yang mantap.

      • lepakk.com August 27, 2012 at 12:07 pm

        Kalau tak update traffic akan masuk guna keyword lain ke

  • Fadzmie August 26, 2012 at 2:15 pm

    Selamat kembali, bro. Semoga momentum untuk kembali menulis segera pulih. :)

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:22 pm

      Mencari tuning menulis kembali. :-)

  • Zarul Umbrella August 26, 2012 at 1:27 pm

    selamat pulang ke sarang bro

    • suri August 27, 2012 at 12:28 am

      ingt binatang jer ada sarang hee manusia ada sarang tmpt tggl juga ahas..

  • keretahitam August 26, 2012 at 12:37 pm

    Itulah lumrah kehidupan seperti roda…ulangan episod harap bertemu lagi tahun hadapan dan bertambah baik harapannya..

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:23 pm

      Insyallah jika ada umur panjang akan bertemu bulan Ramadhan dan Syawal.

  • azman August 26, 2012 at 12:01 pm

    Saya malam tadi bertolak ke K.L,tu pun pukul 12 malam sebab nak elak jam.Syukur dah sampai dan tgh qada BW hehehe..

  • Man August 26, 2012 at 10:34 am

    buat senaman tangan dulu. takut kejang pula bila tengah menulis. hhe

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:26 pm

      Ketika ketik papan kunci tidak sepantas larian Usain Bolt. :-)

  • budak felda August 26, 2012 at 8:04 am

    kembali normal hehehe..:)
    alhamdulilah selamat sampai….syukur

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:28 pm

      Lama tidak menghidu bau tempat landing. Rindu rasanya. :-)

  • zool August 26, 2012 at 7:46 am

    selamat pulang bro…
    ni nak kena start keje pula kan

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:33 pm

      Kalau tak kerja mana hendak datang gajinya. :-)

  • faiz August 26, 2012 at 5:22 am

    Nk start kerja blk lps lama cuti mmg mls plak rasenye…he2

    • akubiomed August 26, 2012 at 8:32 pm

      Kalau sudah cuti panjang tentu ada kesannya.

  • semut August 26, 2012 at 2:09 am

    nice blog.. selamat kembali bertugas bro..

  • Amirez August 26, 2012 at 2:05 am

    alhamdulillah bro sekeluarga selamat sampai ke rumah. bagus juga tugas polis tu buat rondaan. barulah tak rasa berat balik beraya hari tu
    Amirez recently posted..Impiana Guest House Sedia untuk DidudukiMy Profile

    • akubiomed August 26, 2012 at 2:49 am

      Baru kali ini menerima slip lawatan rondaan oleh pihak polis. Boleh tahan banyak juga hendak ditulis setiap rumah.

  • anif August 26, 2012 at 1:36 am

    Harap Zulfahmi akan memperolehi podium pertamanya pada perlumbaan di Bruno!
    anif recently posted..Samsung dan Apple – Pengakhiran Terhadap Kisah Cinta PelikMy Profile

    • akubiomed August 26, 2012 at 2:50 am

      Semasa ujian kelayakkan masa melihat beliau berusaha. Harap motor yang ditunggangi berada didalam keadaan baik untuk perlumbaan nanti.