Smartphone BlackBerry tidak haram

Kerajaan tidak bercadang untuk haramkan Smartphone BlackBerry.

Peminat dan pengguna tegar smartphone BlackBerry di Malaysia boleh menarik nafas kerana tiada pengharaman pengunaan smartphone BlackBerry oleh kerajaan. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tidak akan mengharamkan penggunaan gajet Smartphone Blackberry ekoran ancaman pengharaman penggunaannya negara seberang iaitu Indonesia.

Smartphone BlackBerry Storm

Smartphone BlackBerry Storm

Kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan smartphone BlackBerry gara-gara kegagalan Research in Motion(RIM) menyekat akses kandungan laman lucah kepada pengguna. Kerajaan Indonesia telah meluluskan dan melaksanakan undang-undang anti porno. Penjualan dan pengunaan smartphone BlackBerry akan diharamkan jika pihak RIM gagal menyediakan server di Indonesia untuk menapis laman porno dari diakses. Buat masa ini ada 2juta lebih pengguna smartphone BlackBerry di Indonesia

Redeem your discount tokens at Celcom Great Sale today!

Jika sebelum ini Arab Saudi mempunyai ura-ura untuk mengharamkan pengunaan smartphone BlackBerry kerana kebimbangan maklumat penting yang akan menjejaskan keselamatan negara dipintas pihak ke 3 kerana semua maklumat data perlu melalui pusat pengkalan data RIM di Kanada sebelum kembali ke pengguna. Pihak Arab Saudi telah mendesak supaya RIM menyediakan pusat pengkalan datanya  di Arab Saudi.

Massive discounts at the Celcom Everyone Sale today!

p/s: kalau makhluk hitam Berry haram sekalipun, kan ada makhluk hitam yang lain :-)

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Ladfe Amir January 16, 2011 at 2:32 pm

    nasibbaik aku tak minat sgt ngan makhluk hitam spesis blackberry ni. so, aku takde la tergugat sangat

    • akubiomed January 16, 2011 at 7:23 pm

      Heran juga ada yang dah pakai BB sekali memang tak lekang di tangan :-)

  • Norizwan January 15, 2011 at 3:46 pm

    kenapa target ini saja kan sedangkan benda lain pun ada juga boleh mengakses laman porno…

  • Amry January 15, 2011 at 11:29 am

    kurang effektif kalau haram kan blackberry ni untuk menyekat kemasukan video2 porno ni, sebab banyak lagi cara yang boleh dibawa masuk.tapi sekurang2nya Indonesia ada juga usaha untuk membendung gejala ni. Di malaysia ni pon, pengaruh daripada phone ni tak dapat dinafikan.

    • Ladfe Amir January 16, 2011 at 1:52 pm

      kat negara kita jarang yg bkk prono kat phone. pakej data mahal. sll berkongsi mms dan vidoe aje yg didownload drpd komputer

      • akubiomed January 16, 2011 at 7:10 pm

        Kalau kita baca didalam surat khabar kandungan porno diberi percuma ketika membeli handphone oleh tokey kedai. Perkongsian sesama kawan melalui bluetooth memudahkan penyebaran kandungan porno

  • yoy January 14, 2011 at 9:17 pm

    banyak benda tak elok gak yek..patut la aku tak minat guna blackberry ni..hehe

    • akubiomed January 14, 2011 at 11:47 pm

      BlackBerry macam Smarphone yang lain juga tapi bergantung kepada kita apa tujuan kita membelinya :-)

  • suri January 13, 2011 at 2:01 pm

    klu dekat sebelh mau gak ke sana hiii..

  • dnoBiz January 13, 2011 at 12:42 pm

    Nampaknya Jo boleh tersenyum Lega… :D
    dnoBiz recently posted..Ana Raffali tercalon 3 ketogori – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010My Profile

    • akubiomed January 14, 2011 at 1:59 am

      Memang patut Jo rasa lega :-)

      • Ladfe Amir January 16, 2011 at 1:51 pm

        jgnkan bro Jo..wife aku pun sure gembira

        • akubiomed January 16, 2011 at 2:17 pm

          BB memang kegilaan wanita. Isteri saya ada tanya-tanya tempoh hari apa yang best sangat BB ini :-)

  • intankuterpilih January 13, 2011 at 12:12 pm

    suami aku pon kata nak tukar ke makhluk itam ni, entah jadi ke tak.. kalau jadi, bolehlah tukar pakai ngan aku…hehehehe

    • akubiomed January 14, 2011 at 2:00 am

      Sekarang ini pakej memang gila-gila rambang mata dibuatnya :-)

  • RedBoys January 13, 2011 at 12:08 am

    kalau diharamkan, masih banyak cara nak akses ke laman web prono dan masih banyak lagi makhluk hitam yang lain boleh diguna.
    RedBoys recently posted..8 Sikap Lelaki Yang Perlu DiubahMy Profile

  • syahrilhafiz January 12, 2011 at 5:28 pm

    entah banyak lagi yang patut dia haramkan
    barang cina tuh, bersepah skank
    lagi bahaya tu, kang tak pasal2 telinga meletup;D

    • akubiomed January 14, 2011 at 1:41 am

      Itu pun satu hal juga memang kualiti rendah bersepah dijual

  • MR.Z January 12, 2011 at 4:06 pm

    bagi yg sedang pakai bb, ini adalah berita gembira.. pasal akses web porno tu, banyak lagi cara lain diorang boleh buat kalau haramkan bb ni sekalipun..

    • akubiomed January 12, 2011 at 4:20 pm

      Kerajaan Arab Saudi ancam haramkan BB sebab data yang dihantar oleh pengguna perlu memlalui pusat pengakalan data RIM di yang berpusat di Kanada sebelum kembali ke pelanggan

  • Kamal Mustafa January 12, 2011 at 3:18 pm

    Ini semua spekulasi ajo.Takkan sobab dek kerano ekses prono guno blackberry nak haramkan blackberry pulak. So kalau ekses guna komputer camno….nak haramkan komputer gak ko?. Pikir logik laaa hish maleh den nak layan…
    Kamal Mustafa recently posted..Kamal Info – Dapatkan Semula Nikmat Tidur AndaMy Profile

    • akubiomed January 12, 2011 at 3:54 pm

      Ntah kenapa BlackBerry dijadikan mangsa macam kena sabotaj

    • tehr January 12, 2011 at 8:45 pm

      sokong2
      ada orang gunakan motokar bawa lari anak dara orang
      takkan nak haramkan penggunaan motokar

  • zik January 12, 2011 at 2:54 pm

    tak pastilah nak beli yang mana nie . iphoneng ke BB nie… budget takda lagieeww…
    zik recently posted..Bagaimana sabun terhasil- cara pembuatannyaMy Profile

    • akubiomed January 12, 2011 at 3:37 pm

      iPhone memang best walaupun mahal :-)

  • Anwar Osman January 12, 2011 at 1:52 pm

    ok.. mmg ada plan nak guna makhluk hitam nie. tunggu duit masyuk sket lah.

    • akubiomed January 12, 2011 at 3:32 pm

      Banyak pilihan mahkluk hitam cuma tak tahan hendak membayar data plan

      • suri January 13, 2011 at 2:01 pm

        kena simpan duitlah pasni hee..

  • sw33tdarling January 12, 2011 at 9:07 am

    patutlah adik saya beli BB kat sana murah baru2 ni…
    Tinggal 3 hari lagi jer GA PILIH THEME BLOG

    • akubiomed January 12, 2011 at 3:35 pm

      BlackBerry murah dekat Indon? Ini sudah berita baik

  • MDHAFiZ.NET January 12, 2011 at 8:19 am

    hebat benar siapa penciptanya…
    mesti ada udang di sebalik batu.. :)
    kalau aku haramkan je lah…benda syubhah..hehehe.
    (betulkan aku kalau sakah.. )

  • sangilapi January 12, 2011 at 5:27 am

    satu perkhabaran yang melegakan ! :)

  • Fahmi Raazali January 12, 2011 at 12:28 am

    erm… klu orang nk cari benda2 tak baik gini biasanya… kata2 ni sgt2 la mereka amalkan…

    “nak seribu usaha,
    tak nak tak perlu cari”

    :-D

    • akubiomed January 12, 2011 at 3:29 pm

      Lagi dilarang lagi dibuat :-)

  • maza January 12, 2011 at 12:09 am

    hehehe..

    akhir tahun lepas, maza bernafsu gak ler nak sambar satu BB ini.. tapi memandangkan kosnya bulanannya agak semput maza terima, jadinya lupakan ajelah. hehehe

    • akubiomed January 12, 2011 at 3:28 pm

      Yang tak tahan harga data internet memang kurang gembira

  • Ali ridha January 11, 2011 at 11:44 pm

    30x aku gembira tersangat.
    mana boleh 2kali gembira.
    Ali ridha recently posted..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerjaMy Profile

  • Ali ridha January 11, 2011 at 11:41 pm

    2.hihihii
    menarik nafas lega.
    harga takut tak melegakan aku.
    Ali ridha recently posted..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerjaMy Profile

    • akubiomed January 12, 2011 at 3:25 pm

      Apa lagi sambar mahkluk hitam. Dengar BlackBerry di Indonesia jatuh harga

  • sazuwi January 11, 2011 at 11:40 pm

    gajet mudah alih sebesar tapak tangan semakin banyak kat pasaran sekarang nie..
    kalau nak haramkan blackberry pun, kener consider perkara lain jugak..

    • akubiomed January 12, 2011 at 3:24 pm

      BlackBerry dah macam pejabat bergerak dekat mana boleh akses selagi ada coverage

  • Ezany-Kun January 11, 2011 at 11:00 pm

    ala.. byk lg cara dorg boleh akses web porno tu.. tak semestinya guna blackberry jer kan.. tak guna pun kalo haramkan..

    • akubiomed January 12, 2011 at 3:22 pm

      Memang betul macam-macam cara nak akses tidak boleh mengharap pihak berkuasa untuk menapisnya

Trackbacks