Sesalju salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim di Taman Botani Negara.

Sudah lama teringin benar untuk merasai salji walaupun pernah beberapa kali pernah ke luar negara belum sekali pun seumur hidup dapat merasai salji samada pergi ke luar negara ketika Musim Panas atau Musim Luruh.

Sesalju salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Rasanya ramai sudah mengetahui mengenai kewujudan Taman Botani Negara yang dahulunya dikenali Taman Pertanian ini mempunyai Taman Iklim Sederhana 4 Musim. Dimana pengunjung boleh mengalami pengalaman 4 musim dunia di Taman Botani Negara yang terletak di Bukit Cerakah Shah Alam. Seperti mana kita tahu Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa yang panas sepanjang tahun dengan taburan hujan yang tinggi.

adik beradik koning
adik beradik koning

Sekarang ini Musim Salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim yang mana Musim Salji ini bermula dari bulan November hingga Februari. Teruja merasai ketulan salji walaupun ia bukanlah kejadian alam semula jadi.

salji

salji

salji

salji

Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Taman Iklim Sederhana 4 Musim

gambar keluarga di Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Lelaki kacak di Taman Iklim Sederhana 4 Musim

Ringkasan perubahan musim di Taman Iklim Sederhana 4 Musim.

  • November – Februari - Musim Salji (Winter)
  • Mac – Mei - Musim Bunga (Spring)
  • Jun – Ogos - Musim Panas (Summer)
  • September – November - Musim Gugur (Autumn)

Ada shuttle bus disediakan bergerak hingga ke Taman Iklim Sederhana 4 Musim dan juga boleh menyewa basikal untuk berkayuh.

Harga tiket untuk masuk Taman Botani Negara.

  • Dewasa RM3
  • Kanak-kanak (6-11 tahun) RM1

Harga tiket Taman Iklim Sederhana 4 Musim.

  • Dewasa RM5
  • Kanak-kanak (4-11 tahun) RM3

Tips ketika berada di Taman Botani Negara Shah Alam.

  • Pakai kasut sukan supaya kaki tidak melicit.
  • Beli tiket Taman Iklim Sederhana 4 Musim bersama tiket masuk ke Taman Botani Negara.
  • Shuttle bus akan ke Taman Iklim Sederhana 4 Musim dan berhenti mengambil/ menurun penumpang di Taman Haiwan sebelum kembali ke pintu masuk.
  • Boleh bawa makanan dari luar.

Laman Rasmi: Taman Botani Negara Shah Alam.

56 thoughts on “Sesalju salji di Taman Iklim Sederhana 4 Musim”

  1. tak dapat pergi obersea pergi sini pun okey…hari tu sempat gak bawak bebudak gi sini…time tu musim bunga….cun gak

    [Reply]

    Akubiomed Reply:

    Pada masa akan datang akan ke sana lagi untuk musim yang berlainan.

    [Reply]

  2. Menarik & seronok bila ada tempat sebegini.. Boleh bawa keluarga jalan-jalan :D

    [Reply]

    Akubiomed Reply:

    Memang tak rancang pergi ke Taman botani negara. Ia adalah lawatan yang tidak dirancang sebenarnya.

    [Reply]

  3. Dulu 7 tahun duduk Shah Alam dekat seksyen 6- dekat sgt dah tu,sekali pun tak pernah masuk :)

    [Reply]

    Akubiomed Reply:

    Biasalah bro. Kalau sudah duduk dekat pun tak pergi. Macam saya pernah duduk di Miri, gua Mulu tak pergi.:-)

    [Reply]

  4. salam..

    wah…saya dah lama teringin masuk sini, tapi setiap kali ikut suami g shah alam tak pernah sempat nak menyinggah sebab kena tinggal dalam bilik hotel..huhu..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge