Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala

Program Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala bersama Petronas.

Semalam AkuBiomed dan Broframestone bersama gang bloggers lain telah menjadi sukarelawan bergabung dengan tim sukarelawan Petronas dan tim FB Petronas untuk menjayakan program Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala yang terletak di Gombak.

sentuhan kasih ramadan

Seawal jam 6.30pagi sukarelawan diminta berkumpul di Menara Kembar Petronas. Mula-mula agak keliru dimanalah tempat sukarelawan berkampul pada hal depan mata sahaja. Saya beberapa kali mundar-mandir seperti anak kucing kehilangan ibu kerana tidak ada papan tanda pemberitahuan. Rupanya gang berbaju hijau adalah tim sukarelawan.

Bas

Perjalanan ke kampung Orang  Asli Bukit Kala, Gombak mengambil masa kira-kira 1 jam. Sepanjang perjalanan adalah pemandangan biasa melihat jalan-jalan mula dipenuhi kenderaan warga kota yang mahu pergi kerja.

Sukarelawan mengambil tempat duduk didalam bas

Sukarelawan

Nasi lemak dan teh panas menjadi santapan untuk sukarelawan sebelum melaksanakan tugasan.

nasi lemak

Nasi lemak dan teh panas untuk sukarelawan.

Gang blogger bersarapan nasi lemak

Selepas makan peserta sukarelawan telah diminta berkumpul untuk melakukan senaman regangan sebelum melaksana tukagasan yang diberikan. Kelihatan rakan artis Gambit dan Siti Seleha turut menyertai sukarelawan untuk melakukan senaman rengangan.

Sukarelawan berkumpul untuk mendengar taklimat dari urus setia

Rakan artis Siti Saleha dan Gambit

Sukarelawan melakukan senaman reganggan

Anak Orang Asli turut melakukan senaman reganggan.

Siti Saleha dan Gambit melakukan senaman reganggan

Tugasan pertama membersihkan pentas utama.

Saya dan Broframestone berada dikumpulan 1 turut sama rakan artis Gambit dan Siti Seleha berada didalam kumpulan kami. Tugasan pertama kami adalah membersihkan sampah sarap di pentas utama.

Sukarelawan membersihkan pentas utama

Sukarelawan wanita

Ini buka kumpulan K-Pop Girls’ Generation dari Korea tetapi adalah sukarelawan wanita. :-)

Gambit turut melakukan kerja membersih sampah

Siti Saleha melayan kanak-kanak

PETRONAS Planting Tomorrow: Sentuhan Kasih Ramadhan PETRONAS 2012.

Kredit: Petronas

kredit: HangatDotmy

Atuk mendukung cucu

Gang bloggers wanita bersama Siti Saleha

Tugasan kedua adalah mengikis cat lusuh pada jambatan.

Jambatan yang bakal dikerjakan oleh sukarelawan

Membuang cat lama

Membuang cat lama

Membuang cat lama

Tugasan ketiga adalah mengawasi dan membantu perjalanan pengagihan bantuan kepada penduduk.

Barang makanan untuk diagihkan kepada penduduk kampung

Barang makanan untuk diagihkan kepada penduduk kampung

Makan nasi yang dimasak didalam buluh.

Yang seronoknya adalah penyediaan makan tengahari dilakukan secara gotong royong diantara penduduk kampung dan sukarelawan. Penyediaan masak nasi didalam buluh satu tarikan.

Membasuh buluh

Masuk beras dalam buluh

Siti Saleha belajar penyediaan masak nasi dalam buluh

Masak nasi dalam buluh

Aktiviti permainan sains untuk anak-anak kampung Orang Asli Bukit Kala.

Anak-anak beratur

Mendaftar nama

Anak-anak Orang Asli

Memakai baju

Anak-anak Orang Asli berkumpul

Membuat acuan daripada kertas

Siti Saleha melayan anak-anak Orang Asli

Acara cabutan nombor bertuah.

Cabutan nombor bertuah oleh Gambit

Pameran mini di Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bkt Kala, Gombak.

Khemah pameran mini oleh Petronas

Alat muzik

Pameran oleh bulan persatuan Bulan Sabit Merah

Belajar mengayam mengunakan daun kelapa.

Melarik pelepah kelapa

Blogger belajar menganyam

Belajar menganyam

Hasil kraftangan Oraang Asli

Lelaki kacak bergaya topi kraftangan Orang Asli

Acara menyumpit belon.

Buluh sumpit

Bekas peluru sumpit

kumpulan wanita bermain alat muzik daripada buluh.

kumpulan wanita bermain muzik daripada buluh

Wanita bermain muzik daripada buluh

Gadis Orang Asli

Broframestone makan ais krim

Dato Mohammad Medan Abdullah Senior GM Group Corporate Affairs Divisiona Petronas dan ketua kampung Orang Asli Bkt Kala

Sekitar suasana pentas utama program Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bkt Kala, Gombak

Program ini berakhir kira-kira jam 4 petang dan sukarelawan pulang ke Menara berkembar Petronas. Walaupun penat  terlibat dengan Program Sentuhan Kasih Ramadan ini, saya rasa berbaloi dapat menyumbang tenaga untuk kerja-kerja amal disamping itu dapat mengenal budaya Orang Asli Bukit Kala, Gombak. 

Gambar sukarelawan bersama Dato Mohammad Medan Abdullah dan ketua kampung Orang Asli Bukit Kala

Sumber: Facebook Petronas1

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • wanayu November 30, 2012 at 12:33 pm

    bagusnya,, sama2 buat kerja amal.. memang bagus sgt

  • hairulafiz November 26, 2012 at 11:25 pm

    memang terbaiklah beramal sambil mengeluarkan peluh

  • Nur September 15, 2012 at 4:44 am

    Tahniah kerana turut terlibat dalam kerja2 amal.. Kegembiraan terpacar di wajah2 anak2 orang Asli tu..
    Ternyata pengalaman seperti ini memang jarang2 diperoleh oleh kebanyakan orang.

  • suri September 12, 2012 at 10:46 pm

    dah nama nasi buluh ker bro? org sana panggil nasi lemang buluh ker?

  • suri September 12, 2012 at 10:18 pm

    buat kerja aml mmg seronok bukan dpt pahala malah rasa beruntung dpt kenali mrka dg adat tersndri..

  • cik tom September 12, 2012 at 12:39 am

    ni entry repost ke? sbb rs cam dh bc before this…sori kl silap…hee

    • Norasikin September 12, 2012 at 1:48 pm

      Saya pun pernah baca jugak. tgok tarikh backdrop pun bulan julai. dulu tak sempat tepek gambar banyak2 kot

      • suri September 12, 2012 at 10:19 pm

        gha tu ..kan nama trick bloger bijak

    • akubiomed September 14, 2012 at 2:49 am

      Entri ini pernah disiarkan sebelum ini.

  • lewisdotmy September 11, 2012 at 9:08 pm

    sekali sekala buat aktiviti macam ni memang menyeronokan
    lewisdotmy recently posted..Nokia Lumia 820 Smartphone Terbaru NokiaMy Profile

    • akubiomed September 11, 2012 at 10:08 pm

      Apa bila terlibat dengan aktiviti masyarakat boleh mengenal budaya dan merapatkan silaturahim selain menghulur bantuan.

  • Panas Giler (djchef) September 11, 2012 at 4:50 pm

    bestnya kalau dpt join.. bleh dpt experience kt prkampungan tu

  • Hazmin Hamudin September 11, 2012 at 11:09 am

    Best kalau ada peluang macam ni. Sekali sekala beramal kepada masyarakat kampung suatu tugas yang murni dan mulia.

  • hatiputera September 11, 2012 at 10:01 am

    Seronok kalau buat kerja secara berkumpulan macam nie. satu kepuasan bila dapat mencurahkan bakti kepada masyarakat. lebih-lebih lagi ada siti saleha.hehehe
    hatiputera recently posted..Iphone 5 dilancarkan 12 September 2012?My Profile

    • Hazmin Hamudin September 11, 2012 at 11:07 am

      Rasanya Siti Saleha betul-betul memberi semangat kepada peserta untuk bekerja. Hehe

      • suri September 12, 2012 at 5:59 am

        Ada yg suka pd dia ker hee

  • donnyien September 11, 2012 at 6:58 am

    meriah~

  • Sop September 11, 2012 at 1:55 am

    harap ada peluang join juga
    Sop recently posted..Sertai Kempen Nikmati Susu Dalam 21 HariMy Profile

  • Sop September 11, 2012 at 1:55 am

    wah bestnya dapat join aktiviti kemasyarakatan begini :)

  • Hairul Hissam September 10, 2012 at 10:31 pm

    wah masak nasik dlm buluh.. tentu special..
    tentu pengalaman cukup bermakna buat bro bersama org asli..

    p/s: ada kpop girl, tu yg meriah tu.. he.he.he

    • hatiputera September 11, 2012 at 10:03 am

      Pernah jugak aku memasak nasi dalam buluh semasa kursus ikhtiar hidup kat mersing. Ada pakcik orang asli yang ajar.hu best.
      hatiputera recently posted..Iphone 5 dilancarkan 12 September 2012?My Profile

      • Hazmin Hamudin September 11, 2012 at 11:09 am

        Rasa macam mana nasi dalam buluh ni bro? Lemang tu pernah la makan. Nasi dalam buluh belum pernah lagi.

  • muazfaris September 10, 2012 at 8:59 pm

    waah , siap ade gambit n siti saleha lagi.

  • Norizwan July 20, 2012 at 11:12 pm

    menariknya budaya orang asli ni yer….tengok bro nak jadi sukarelawan….teringin lak nak join….

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:10 am

      Boleh sahaja. Banyak NGO diluar sana boleh disertai.

      • hafizmd September 11, 2012 at 2:21 pm

        Paling hampir mungkin rukun tetangga yg ada di taman masing2…inipun sukarela juga =)

  • sweetkurma July 19, 2012 at 8:32 pm

    wahhh tahniah menjadi sukarelawan, nampak meriah

  • hazman aka species1980 July 19, 2012 at 3:29 pm

    whoaaa…. teringin gak gua jadi sukarelawan nie….

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:10 am

      Boleh sahaja. Isi borang dahulu. :-)

      • suri September 12, 2012 at 10:21 pm

        dlm talain ker ni hee… klu bujang blh gerak ikut mmber, istri susuh gak nak tinggallkan anak.. mau urus umh tgga lagi huhu… apa pun kebenaran hrus d pinta dulu

  • ApplePurple July 18, 2012 at 11:32 pm

    Aktiviti yang bagus.. Tahniah !

  • maza July 18, 2012 at 3:32 pm

    wah!
    orang kampung itu nanti dapat ler kampung berwajah baru sempena raya nanti.. hehhehe

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:12 am

      Tidak pasti kalau kebersihan dapat dikekalkan sehingga menjelang Syawal.

  • azman July 18, 2012 at 10:18 am

    Blogger juga mampu beri sumbangan dalam bentuk tenaga…syabas bro!

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:12 am

      Sumbangan kecil dari blogger.

    • suri September 12, 2012 at 10:27 pm

      tak semua org ac apelung itu klua d abuat bgtu rasa kepuasan akan terpancar pd diri. tahniah bro

  • chii July 18, 2012 at 9:07 am

    seronoknya skali skala involve dgn aktiviti kemasyarakatan mcm ni..satu pengalaman yg menarik tu. ..x sangka.area gombak masih ada kg org asli lg..

  • Nazri July 17, 2012 at 11:36 pm

    wah happeningnya.. memang best dpt join aktiviti sukarelawan ni. dapat bantu orang yang sedang dalam kesusahan/ketinggalan.

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:13 am

      Aktiviti ini adalah khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh badan koperat.

    • suri September 12, 2012 at 10:29 pm

      rasa membantu dpt meringankan beban mereka yg dlm kesusahan. mmg mereka memerlukan bantuan dri org luar tapi tak semua org rela bt bgtu tnpa mdpt upah.

  • gamep01nt July 17, 2012 at 8:16 pm

    awat mka budak tu cam x puas hati je? hahahhaha
    gamep01nt recently posted..Berlawan Dengan HujanMy Profile

  • irsah July 17, 2012 at 6:09 pm

    Penat diketepikan dan kepuasan memberikan khidmat sosial memang tidak dapat dinilai. thnks share

  • hafizmd July 17, 2012 at 2:58 pm

    ooo…ni geng bro Broframestone….sempat jugak baca entri bro framestone hari tu pasal ni…sungguh menarik!

    mmg bagus bila ada aktiviti sukarelawan camni…mmg terbaik!

    tahniah bro!

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:15 am

      Terima kasih bro. Sumbangan khidmat masyarakat.

  • Nurul July 17, 2012 at 2:03 pm

    Meriahnyer.. Untunyer dapat g tempat camni.. Teringin nak wat keje keje amal camnih..

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:15 am

      Kenapa Nurul tidak turut serta sekali tempoh hari?

  • Dulu Lain Sekarang Lain July 17, 2012 at 5:05 am

    Tahniah sobab terlibat dgn kerja sukarela. PM sukaaa…. :D

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:15 am

      Tentulah bro. Dapat mengenali budaya Orang Asli.

  • tehr July 16, 2012 at 11:33 pm

    aku suka nak cuba lagi acara menyumpit tu
    dulu2 pernah cuba masa kat sarawak
    memang payah nak kena
    tehr recently posted..Tarikh Melihat Anak Bulan RamadhanMy Profile

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:16 am

      Perlu ada kemahiran untuk dapatkan “sharp shooter”.

  • eiela July 16, 2012 at 11:14 pm

    mesti best kan, last join program cmni pun masa belajar dulu je
    eiela recently posted..Dato’ Fazley Juara Masterchef Selebriti MalaysiaMy Profile

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:16 am

      Oh semasa belajar dulu ada terlibat dengan aktiviti masyarakat.

  • nurmisnan July 16, 2012 at 10:50 pm

    Tak perasan plak gambor kau brother… kau menyumpit ker? hik3
    Seronok melayan anak2 orang asli.. Semoga mereka lebih berjaya..
    nurmisnan recently posted..Just relax dudeMy Profile

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:17 am

      Ada juga gambar saya diambil tetapi tidak disiarkan didalam entri ini. :-)

  • Zarul Umbrella July 16, 2012 at 7:48 pm

    wow bnyk giler gambo nyer…Siti Saleha wow!! bagus gak buat kerja2 amal ni sekali sekala

  • dzuandiey July 16, 2012 at 6:52 pm

    errr..baju ijau tu ada lagi..nak copp satu..hahaha..macam menarik pula.. :-)

  • dzuandiey July 16, 2012 at 6:42 pm

    weeee..guna buluh?…macam menarik..

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:18 am

      Masak nasi mengunakan buluh.

  • Kamal Mustafa July 16, 2012 at 4:07 pm

    Kerja-kerja amal macam nie perlu banyak diadakan. penglibatan ramai remaja dan belia dapat menyemarakan lagi semangat untuk beramal.
    Kamal Mustafa recently posted..Bahaya Korek TelingaMy Profile

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:43 pm

      selalunya keje nak jadi cikgu (guru pelatih) lebi terdedah dengan kerja amal gini..hihi…*pengalaman*…cewah..

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:19 am

      Jumlah penglibatan dari syarikat koperat perlu dipertingkatkan.

  • suri July 16, 2012 at 2:56 pm

    ada masa blh joint heeee tak der masa payah gak …

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:43 pm

      kan…menarik kalai join aktiviti macam ni…mendekatkan lagi…

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:19 am

      Saya ambil cuti untuk melibatkan diri.

  • Ibu Mifzal Arsyad July 16, 2012 at 1:49 pm

    bagusnya jadi sukarelawan..

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:20 am

      Terima kasih. Sumbangan kecil daripada sukarelawan.

  • Norasikin July 16, 2012 at 1:42 pm

    Lama tak join aktiviti mcm ni. Asik kena uruskan je tp tak dpt join

    • suri July 16, 2012 at 2:51 pm

      kita bt aktivit kita plk hee ok gak kan

  • Norasikin July 16, 2012 at 1:42 pm

    mana bro framestone dapat aiskrim tu?

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:44 pm

      haha…ni mesti bawa kan… :-)

    • akubiomed July 21, 2012 at 1:20 am

      Memang ada penjual ais krim jual dekat situ. :-)

  • anif July 16, 2012 at 12:35 pm

    Bagus aktiviti sebegini diadakan. Blogger disokong oleh syarikat koperat melakukan aktiviti amal. Syabas & Tahniah buat semua yang terlibat.
    anif recently posted..Ramadan Buffet 2012 Johor BahruMy Profile

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:44 pm

      best….teringin nak join…hurmm..

  • daddydee July 16, 2012 at 12:35 pm

    tahniah tuan…pasti seronok dapat join aktiviti dan beramal sebegini…tahniah sekali lagi…

    kalau dapat saya pun berminat nak join aktiviti begini…

    • suri July 16, 2012 at 2:57 pm

      kerja beramai2 mmg tak akan rasa penat hee… klu sorg2 penat juga…berkumpualn tu seronk sb dpt buat sama2

    • Mus July 16, 2012 at 11:05 pm

      untung.. dapat mengeratkan silaturrahim
      Mus recently posted..Sabah Bah: Undian Anda Saya PerlukanMy Profile

  • eLLy July 16, 2012 at 12:02 pm

    Makan Nasik dlm buluh.. yg posing pegang buluh pakai baju petronas tu eLLy kenal.. Nama dia Angah kan dulu dia kerja sama tempat dng eLLy.. hai Angah!!!

  • khairol July 16, 2012 at 11:25 am

    terbaik la bro..semoga segala usaha mendapat berkat dari Yang Maha Esa..

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:44 pm

      amin…hihihi…berkat kerja amal..siapa tahu kan ganjarannya…

  • Faizul July 16, 2012 at 6:53 am

    Wah bro, syabas atas usaha bro ni. Cuma nak tanya camna boleh dapat makluman awal aktiviti macam ni ya? Boleh la nanti di promosikan lagi.

    • suri July 16, 2012 at 2:57 pm

      jdi belia sukarelawan ok gak..dulu masa kolej sy aktif gak heee

  • papa mifz July 16, 2012 at 1:40 am

    murni sungguh usaha bro dan yg lain2 tuh…

  • Nadot July 16, 2012 at 12:47 am

    Waaahh..menariknye nampak…. mesti anak-anak org asli tu hepi je.. best best.. :)

  • zik July 15, 2012 at 11:56 pm

    dulu pernah buat kerja amal di kelantan, orang asli juga…..
    zik recently posted..Tabiat makan yang perlu berjaga-jaga ketika ramadhanMy Profile

    • akubiomed July 16, 2012 at 12:05 am

      Ini pengalaman pertama terlibat dengan aktiviti amal bersama Orang Asli.

      • dzuandiey July 16, 2012 at 6:45 pm

        dapat tahu cara hidup diorang memang menarik dan UNIK…

  • amirulfaiz July 15, 2012 at 11:24 pm

    Wah, bagus sekali menabur bakti tak kira di mana sahaja. Cantik baju hijau tu, saya pun nak turut serta program-program sebegini. :)

    • akubiomed July 16, 2012 at 12:06 am

      Nampak gaya baju hijau ini amat popular. :-)

  • nuriz July 15, 2012 at 7:05 pm

    seronok buat kerja amal bersama sama, ..ada artis pulak tu
    nuriz recently posted..Ketuk Ketuk Ramadhan 2012 Artis Artis Yang Memasak Dengan Sheila RuslyMy Profile

    • akubiomed July 16, 2012 at 12:07 am

      Artis penyeri majlis. :-)

      • suri July 16, 2012 at 3:00 pm

        asyik byk pic dia jer bro he…minat kat dia eh…

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:46 pm

      haha..kan..ingat senang artis nak mencemar duli..hihihi

  • nizamghazi July 15, 2012 at 6:45 pm

    Bro biomed antara blogger yang aktif di luar yang saya perhatikan. Keep going! Buat keje2 amal suatu perkara yang blogger lain boleh contohi.

    • akubiomed July 16, 2012 at 12:08 am

      Ada kelapangan saya akan laksanakan tugasan.

      • suri July 16, 2012 at 3:01 pm

        ada memahami mmg best…. pergi atas nama syarkat atau sndri2 nak pergi bro

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:46 pm

      jom sama-sama contohi beliau..hihi…

  • cik tom July 15, 2012 at 6:42 pm

    seronoknya.. ciktom mmg suka aktiviti sukarela camni..

    • akubiomed July 16, 2012 at 12:08 am

      Oh ye ker. Tentu aktif dengan aktiviti sukarelawan ketika belajar dahulu.

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:46 pm

      jom ciktom..kita pakat join pula..haha…tak aci ni..nak ikut..

  • padin July 15, 2012 at 3:30 pm

    meriahnyaaaa……..

  • Mekar July 15, 2012 at 2:15 pm

    Aktiviti ramai2 mcm ni memang menyeronokkan. Semua urusan mudah diselesaikan andai kita bekerjasama. Tahniah akubio atas usaha2 amal yg anda lakukan. Hanya Allah swt yg mampu mmbalas usaha kalian.
    Mekar recently posted..Amalan Penjagaan Rambut GugurMy Profile

    • akubiomed July 16, 2012 at 12:19 am

      Kalau semua berkerjasama. Semua kerja jadi ringan.

  • Ladfe Amir July 15, 2012 at 12:06 pm

    nampak macam best. teringin nak join benda2 mcm ni jika berpeluang. roger2 ye bro.

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:47 pm

      lagi ramai, lagi meriah kan..hehe

  • KiD July 15, 2012 at 11:47 am

    ramai ramai buat kerja sukarelwana.. pasti beban dipikul menjadi ringan… syabas!!
    KiD recently posted..Kereta Polis Blogopolis Nuffnang?My Profile

    • akubiomed July 16, 2012 at 12:19 am

      Terima kasih bro.

      • suri September 12, 2012 at 10:34 pm

        kalau dpt masak ramai2 time ni kan best

  • titan July 15, 2012 at 9:27 am

    hoho..rajinnya..siap ada rtis lagi tu..
    titan recently posted..Laptop gua masuk hospital lagi..My Profile

  • pipoq July 15, 2012 at 4:08 am

    macam terbanyak pulak pic siti saleha tu..hehehe..

    program camni (khidmat masyarakat) memang kalo boleh kena selalu diadakan..

  • Juan July 15, 2012 at 2:02 am

    terbaik lah, ni bro yg pergi ker bro

  • akhiyy July 15, 2012 at 1:24 am

    huuyyyooo…bagus..buat kerja2 amal ni..

    • suri September 12, 2012 at 10:41 pm

      jaga budi akan mereka kenang.. kelka kita susah mesti ada yg mmbantu nnti..

  • onlajer July 15, 2012 at 12:21 am

    bagus sekali usaha2 yang dijalankan. kalau gotong royong dekat kebun bapak aku cantik juga nih hehe

    • akubiomed July 16, 2012 at 12:21 am

      Senang sahaja kalau setakat lalang sembur racun rumpai tentu akan terang. :-)

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:56 pm

      gotong royong kat kubur lah…ambil berkat.hihi..

  • Jebeng Otai™ July 14, 2012 at 9:34 pm

    bro framestone mkn roti aiskrim pula..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Perhimpunan Oren : Relevankah ?My Profile

    • akubiomed July 14, 2012 at 10:27 pm

      Berkali-kali beliau pelawa temankan makan ais krim tetapi saya menolak sebab perut kecil. :-)

      • dzuandiey July 16, 2012 at 6:48 pm

        perut kecil atau malu nih?..hihihi…

        • akubiomed July 16, 2012 at 11:14 pm

          Saya memang tidak makan banyak pun. :-)

  • Mus July 14, 2012 at 8:08 pm

    bagusnya program ini..
    harap dilebarkan ke Sabah dan Sarawak
    Mus recently posted..Tiket Balik Raya 2012 AirAsia Serendah RM59 SehalaMy Profile

    • akubiomed July 14, 2012 at 10:28 pm

      Kalau ada aktiviti ke Sabah & Sarawak. Saya pun mahu. :-)

      • suri September 12, 2012 at 10:43 pm

        panjanglah langkah pas ni bro

  • Denaihati July 14, 2012 at 6:58 pm

    besar majlisnya pasti meriah.
    dapat merasa nasi dalam buluh dan menyumpit, mesti teruja.

  • iza July 14, 2012 at 6:23 pm

    Assalam..
    seronok kan..
    Kalau saya mungkin tak berpeluang macam ni..
    iza recently posted..Crochet : HeadbandMy Profile

  • YaNa YassiN July 14, 2012 at 6:13 pm

    Seronok nyer aktiviti surelawan macamnie,.. selalu program amal buat time posa jer yg YY pernah join pun. eh, bus kopetra yg bawak kitaorg ke Trip Media ke JB jugak. Baru tau Kopetra tue apa.

  • puanbee July 14, 2012 at 5:58 pm

    saya kan paling suka gambar budak2 , dengan gambar 2 orang gadis atas gambar bro tu .. wahh suka jenis gambar macam ni

    • akubiomed July 14, 2012 at 10:27 pm

      Memang betul Puan Bee saya suka merakam gambar subjeknya yang dengan posisi kandid. Bagi saya ia adalah penceritaan yang jujur. Chewahh..:-)

  • puanbee July 14, 2012 at 5:57 pm

    seronok jugak aktiviti macam ni …

    • dzuandiey July 16, 2012 at 6:49 pm

      memang seronok sangat….aktiviti amal kebajikan yang paling best

    • suri September 12, 2012 at 10:44 pm

      yerlah jujur hee… dok kata apa2 pun

  • syahrilhafiz July 14, 2012 at 5:22 pm

    sebab tengok advertlets punya FB page post gambar awek amoi seksi.. :D
    syahrilhafiz recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Top 20 Carian GoogleMy Profile

  • syahrilhafiz July 14, 2012 at 5:21 pm

    bestnya dapat buat kerja amal macam ni
    hmm dan terlibat dgn geng blogger + advertlets secara langsung ke ni..wah wah rezeki..:)
    syahrilhafiz recently posted..Wang Kertas & Duit Syiling Malaysia TerbaruMy Profile

  • auc dot com July 14, 2012 at 3:45 pm

    huh tang buat lemang tu yg teruja :)

  • Blog Asyraf July 14, 2012 at 2:50 pm

    Best ar dapat buat kerja amal bro.. Teringin jugak..
    Blog Asyraf recently posted..Arsenal Home And Away Kit 2012/2013My Profile

  • segalabenda July 14, 2012 at 9:39 am

    Pernah gak pergi perkampungan orang asli di perak. Memang best

  • Shokri July 14, 2012 at 8:48 am

    Banyak juga ya aktiviti2 menarik semperna Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala nie ye…
    Shokri recently posted..Pemilihan Nama Domain Yang BagusMy Profile

    • akubiomed July 14, 2012 at 4:10 pm

      Memang banyak aktiviti walaupun ia adalah setengah hari.

  • Bro Framestone July 14, 2012 at 3:37 am

    Tengah fikir… apakah yang mu nak sampaikan kepada bro dengan pic yang bawah sekali.

    Adakah kerana Amira…??
    Bro Framestone recently posted..Gambar Siti Saleha @ Nora Elena Aktiviti Amal Di Perkampungan Orang AsliMy Profile

    • akubiomed July 14, 2012 at 7:21 am

      Adakah ia suratan atau kebetulan. Misteri yang perlu dirungkaikan. Memang betul kata bro ia menakutkan.