X
    Categories Alam sekitar

Asing sampah dahulu baru buang.

Bagaimana korang uruskan sampah dirumah?

Adakah semua jenis sampah dibuang didalam satu bekas tanpa asing terlebih dahulu?

Amalan mengasingkan sisa sampah sebelum dibuang.

Ini amalan saya mengurus sampah dirumah saya. Sampah sisa makanan dan lampin pakai buang ke dalam tong dengan tidak mencampur sisa yang boleh sekitar semula.

Sampah sisa makanan akan dibuang ke dalam tong.

Anak-anak membantu mengasingkan sisa sampah.

Saya kerap beli air botol mineral didalam kotak untuk minuman keluarga sudah tentu banyak botol-botol kosng dan beberapa dokumen  yang tidak digunakan untuk dibuang.

Anak-anak membantu mengasingkan botol-botol plastik dan kertas-kerta terpakai supaya tidak bercampur semasa dikutip oleh lori sampah nanti.

Anak-anak bantu mengasingkan botol kosong dan kertas terpakai.

Botol plastik dikumpul didalam plastik.

Kertas dan dokumen terpakai diikat kemas

Minta tolong boleh tak dengan asing sampah baru buang?

Apa yang perlu buat sebelum membuang sampah adalah mengasing sisa baki dan sisa boleh kitar semula. Sisa baki seperti sisa makan sisa dapur, sisa makanan dan lampin pakai buang ke dalam tong. Mana kala sisa boleh kitar semula seperti kertas surat khabar, resit, tin, bekas plastik dan botol kaca di kumpulkan mengikut kumpulan.

Korang tahu tak kesan tidak asing sampah yang sebelum ini kita tidak ambil tahu kerana lori sampah yang selalu uruskan sampah yang korang buang.

  • Kos pengurusan pelupusan akan meningkat.
  • Peningkatan jumlah sampah akan memendekkan jangka hayat tapak pelupusan.
  • Pencemaran bau dan pelepasan gas mentana akan memberikan kesan kepada pemanasan global.
  • Meningkatkan pengunaan sumber asal. Contoh pokok untuk menghasilkan kertas.
  • Ada bahan-bahan mengambil masa untu diurai secara biologi.

Adakah kita ingin meninggalkan alam yang tercemar kepada anak cucu kita kerana perbuatan kita?

Apa yang saya ingin sarankan kita perlu asingkan sampah sebelum dibuang dengan mengasingkan sisa baki ke dalam tong sampah dan sisa kitar semula mengikut kumpulan.

 

Merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa.

Sampah sisa baki akan dikutip seminggu satu kali manakala sisa kitar semula akan dikutip sekali didalam seminggu.

Amalkan amalan 3R didalam kehidupan harian.

Korang juga boleh mengamalkan konsep 3R iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula) dan Recycle (Kitar Semula).

Ini salah satu amalan 3R saya amalkan.

1. Mengunakan refurbished monitor.

Saya mengunakan refurbished Monitor Dell Professional P2211H ini adalah monitor LED bersaiz 21.5″ merupakan monitor 2nd hand dan dibeli pada harga RM299.

2. Bekas plastik pencuci baju dijadikan pasu bunga.

Saya mengunakan semula bekas botol pencuci baju untuk dijadikan pasu bunga dihalaman rumah. Bukan sahaja saya dapat jimatkan kos membeli pasu selain untuk menjadikan halaman rumah saya cantik dengan bunga hiasan.

Bekas plastik ditebuk untuk dijadikan pasu bunga.

Salah satu pasu bunga mengunakan botol terpakai.

Meneroka kaedah pelupusan dan teknologi Waste to Energy.

Pihak kerajaan sedang meneroka kaedah pelupusan dan teknologi rawatan terkini Loji waste to energy. Merawat sisa bagi menghasilkan tenaga di perbaharui seperti elektrik, haba dan bahan api untuk kenderaan contoh diesel.

Marilah kita sama-sama asingkan sampah sebelum buang bermula hari ini. Like dan Share artikel ini untuk kepentingan bersama dan generasi akan datang.

www.facebook.com/KPKTMalaysia

www.facebook.com/swcorpMY

www.instagram.com/swcorp_MY

 

Comments

comments

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (20)

  • bagus amalan ni, saya sejujurnya belum mengasingkan sampah. Entri ini sgt membuka mata sy betapa pentingnya cara kita menguruskan sampah. Kena tukar cara lps ni.

    • Tapak pelupusan sampah semakin hari semakin pendek jangka hayatnya kerana kenaikkan mendadak jumlah sampah yang diterima.

      Pengasingan sampah sisa dan sampah kitar semula tidak menyelesaikan masalah tapak pelupusan sampah untuk jangka masa panjang. Sampah-sampah yang dikumpul telah digunakan untuk menghasilkan tenaga perbaharui melalui pemprosesan loji Waste to Energy seperti tenaga elektrik.

  • perkongsian menarik.
    sy pun dah mula ajar anak-anak jaga kebersihan.
    kebersihan bermula dari rumah.
    cuma asing-asing sampah belum lagi.

    • Kesedaran belum sampai lagi untuk mereka mengasingkan sampah. Apa pun berita TV3 hari ini ada menyentuh mengenai siri pertama aktiviti pengasingan sampah, kitar semula dan Waste to Energy.

  • Perkara yg mmg perlu dititik-beratkan. Di KK ni, amalan 3R blm dikuatkuasa sepenuhnya & PBT blm mampu utk asing2kan sampah2 yg dikutip (masalah manpower & gelap sbb time angkut sampah biasanya mlm atau sblm subuh). Tong recycle pun x byk - jadi kalau ada botol/shredded paper, kami akan bawa ke shopping complex sbb di sana confirm ada tong2 kitar semula. Atau kumpul byk2 dan buang di tempat pembuangan sampah yg besar sbb selalunya yg gitu PBT blh nampak dgn jelas. Bekas kulit2 bwg & sayuran mmg letak dlm pasu herba atau campur dgn tanah kompos.

    • Saya memuji inisiatif yang diambil untuk mengasingkan sampah dan kitar semula. Yang benar-benarr sampah untuk dilupus sahaja dibuang.

  • bagus konsep ni diajarkan pada anak-anak sejak kecil lagi..tak silap saya kat jepun yang ada buat sistem giliran samapah..harini nplastik, esok kertas, lusa sisa makanan..jadi nak tak nak memang terpaksa asingkan sampah..

  • memang bagus asing2kan siap2...sbb rsnya kempen asing sampah ni dah bermula bulan september lepas..

    tapi yg geram plk ciktom dah asing siap2..tapi bila yg pekerja tong sampah tu amik main humban semua sekaligus..aiyokkk..

    xde kesedaran dari situ plk

    • Penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) masih lagi baru jadi ambil masa untuk kontraktor dilantik bersedia kehendak Akta.

  • Sekarang ni memang asingkan sampah ikut jenis..
    Kalau yang boleh dikitar semula tu memang akan dikumpul dan dihantar ke pusat kitar semula di Putrajaya..boleh juga dapt wang

  • Apa pun, sistem pengurusan sampah negara kita memang terbaik.

    Lihat sahaja sekeliling kita...

    Melainkan kita memang suka tinggal di tempat yang kotor.