Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?

Sambutan Earth Hour 2012, apa yang akan anda lakukan?

Earth Hour 2012Tinggal lagi beberapa jam lagi akan berlangsung acara sambutan Earth Hour 2012 dengan memadam lampu selamat 60 minit yang bermula jam 8.30malam hingga 9.30malam. Ia telah mendapat penyertaan di seluruh dunia termasuk negara Malaysia yang diterajui oleh WWF Malaysia sebuah orginisasi NGO. Tujuan sambutan Earth Hour 2012 ini disambut untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai pemanasan global.

Video rasmi Earth Hour 2012

Di Malaysia acara sambutan Earth Hour 2012 akan berlangsung di pintu masuk utama Sunway Pyramid pada hari Sabtu 31 Mar 2012 dari jam 8:30 hingga 9:30malam. Antara acara menarik adalah pengunjung akan diajak menari tarian “Dance in the Dark” dengan orang ramai sama-sama menari tarian ini.

Sambutan Earth Hour 2012 di Sunway Pyramid

Sambutan Earth Hour 2012 di Sunway Pyramid

Mari belajar tarian Earth Hour 2012 “Dance in the Dark”.

Bermula bulan Februari 2012 telah dilancarkan kempen “I Will If You Will” bertujuan melibatkan komuniti global dengan menghebahkan mengunakan rangkaian sosial Facebook, Twitter, Google+ dan email. Satu saluran dedikasi YouTube telah dibuka untuk komuniti digital Earth Hour berpeluang menyatakan komitmen dan cabaran melalui rangkaian media sosial mereka untuk menerima menyahut cabarang yang dinyatakan.

"I Will If You Will" challange

Beberapa acara yang akan berlaku sempena sambutan Eart Hour 2012.

  • Sambutan Earth Hour 2012 di First Beach Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
  • Sambutan Earth Hour 2012 di Boulevard Shopping Mall, Kuching
  • Sambutan Ulangtahun Planetarium Negara dan Earth Hour pada 31 Mac 2012 di Planetarium NegaraSemua papan iklan Sharp ditutup diantara jam 8.30 – 9.30 malam.

Antara nilai-nilai Green Life yang AkuBiomed telah laksanakan adalah:

Mengunakan mesin rumput tolak

Memotong rumput mengunakan mesin rumput tolak

Mengunakan beg kitar semula

Mengunakan beg kitar semula setiap kali membeli belah dapat green point
Menukar lampu Energy Saver kepada lampu LED

Menukar lampu Energy Saver kepada lampu LED selain menjimatkan pengunaan tenaga elektrik dan bebas Merkuri

Mengunakan Cloth Diaper mengantikan Lampin pakai buang

Mengunakan Cloth Diaper mengantikan Lampin pakai buang

p/s: Antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam,  AkuBiomed akan offline sempena sambutan Earth Hour 2012.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • kulanz April 2, 2012 at 10:47 pm

    bro dah laksanakan tindakan yang betul..
    aku offline sejak jumaat petang lagi.. awal betul streamyx sambut earth hour..

    • akubiomed April 3, 2012 at 1:35 am

      Kesian kepad bro tidak dapat online gara-gara ada masalah Steramyx.

  • ProfHariz April 2, 2012 at 2:12 pm

    Semasa sambutan earth hour saya ada di jusco. Makan dan tunggu untuk tengok wayang pukul 10. Ternyata jusco dan kedai-kedai dalam tu tak support >.< Sedih sgt~

    • akubiomed April 3, 2012 at 1:35 am

      Mungkin mereka tidak tahu mengenai Earth Hour?

  • baguznet April 2, 2012 at 12:57 pm

    Aduh… ketinggalan betul la kawan… baca entri ni baru tau ada cloth diaper… thanks bro! nak kena geledah utk maklumat lanjut nie
    baguznet recently posted..Jelajah Restoran Lembah Bernam – Cabaran Untuk RemyhazzaMy Profile

  • chii April 2, 2012 at 12:36 am

    wahh…bagusnya AB…mcm chii…xde tutup pun..time tu la tgh dok wat kuih karipap..

    • akubiomed April 3, 2012 at 1:36 am

      Saya pun asyik resah memandang jarum jam menanti 1 jam berakhir. :-)

  • Yas April 1, 2012 at 11:50 pm

    Satu usaha yg baik dr akubiomed…terbaik bro,
    Yas recently posted..ANGSA GANAS MENANG SUPER SPONTAN EDISI PERTAMAMy Profile

    • akubiomed April 3, 2012 at 1:37 am

      Sama-sama sumbangan kecil daripada saya untuk mengurangkan kesan pemanasan global.

  • azmanisma April 1, 2012 at 9:37 pm

    saya juga bergelap selama 1 jam semalam.

    • akubiomed April 3, 2012 at 1:37 am

      Agak-agak bro boleh bertahan untuk 1 jam berakhir? :-)

  • Ibu Mifzal Arsyad April 1, 2012 at 5:01 pm

    smlmnya earth hour sy failed lg..huhu

    • akubiomed April 1, 2012 at 6:05 pm

      Ia bukanlah satu sambutan paksaan selagi kita mengamalkan perbuatan yang berkaitan aktiviti kehijauan dikira sumbangan juga.

      • Jebeng Otai™ April 2, 2012 at 12:25 am

        btul..sbnarnya kita sambut earth hour setiap hari..jika kita alert ape yg kita buat kita boleh selamatkan bumi.. :)
        Jebeng Otai™ recently posted..Project 365My Profile

  • faizfakhirin April 1, 2012 at 4:39 pm

    tido awl…hahaha…tutup semua lampu @ suis besar terus…hahaha
    faizfakhirin recently posted..#OiLMatters Oil Sand Menjadi Rebutan dan Kerisauan Seluruh Dunia.My Profile

    • akubiomed April 1, 2012 at 6:09 pm

      Awal tidur? Jangan lupa on balik suis utama sudahlah nanti ingat ada black out. :-)

  • Mus April 1, 2012 at 4:25 pm

    di KK macam tak nampak earth hour ni semalam..
    Mus recently posted..Hutan Lipur Kawang Bangkit Suasana Rimba Di Pinggir KotaMy Profile

  • donnyien April 1, 2012 at 3:23 am

    aku pon nak join sekali la bro menari “dance in the DARK” mana tahu ada rezeki haha…

    satu usaha yang patut di jadikan contoh oleh semua masyarakat.. dunia dah nak old..

    • akubiomed April 1, 2012 at 6:12 pm

      Jom kita sama-sama menari “Dance in the dark”. :-)

  • zulkbo April 1, 2012 at 2:39 am

    Salam..
    saya join juga tadi..
    tutup lampu tertentu je
    8.30 malam hingga 9.30 mlm
    zulkbo recently posted..Pekeliling SSM Gaji Baru Dan Cara Pengiraan Kenaikan Gaji Baru OnlineMy Profile

  • Aya April 1, 2012 at 1:07 am

    aya nak praktislah tarian tu.. macam best je.. :)

  • Nur April 1, 2012 at 12:59 am

    Tahniah.. Usaha yang saudara buat ni patut menjadi contoh pada kita semua.

  • puteri kasih April 1, 2012 at 12:20 am

    tadi puteri perhatikan memang ramai yang tak sambut…semua tempat terang je

    • akubiomed April 1, 2012 at 12:37 am

      Biarlah mereka. Mungkin tidak tahu mengenai sambutan Earth Hour ini.

  • blackrosehunter March 31, 2012 at 11:10 pm

    tak sempat nak sambut tadi..kt luar..hehe..bagusla kalau kita semua mula sedar akan penjagaan bumi kita yang sudah tua ni.
    blackrosehunter recently posted..Laman web FAM digodam.My Profile

    • akubiomed March 31, 2012 at 11:51 pm

      Tak apa tidak semestinya hanya pada Earth Hour boleh melakukan aktiviti yang membantu mengurangkan pemanasan global. Hari-hari lain pun boleh kerana ia adalah usaha sepanjang masa.

  • suri March 31, 2012 at 11:00 pm

    klu hari2 ada bagus juga ni

    • akubiomed March 31, 2012 at 11:52 pm

      Usaha dan kesedaran kemudian dizahirkan didalam bentuk tindakan.

  • anif March 31, 2012 at 10:27 pm

    Buat apa yang termampu dan dekat dengan kita..
    anif recently posted..Earth Hour 2012My Profile

    • akubiomed March 31, 2012 at 10:30 pm

      Betultuh biarlah bersederhana didalam sesuatu hal.

  • amirulfaiz March 31, 2012 at 9:21 pm

    Wah, bagusnya bro. Bab langkah guna cloth diaper tu memang bagus.

    • akubiomed March 31, 2012 at 10:32 pm

      Cloth diapers ini adalah pemberian hadian bro Azamanisma. Saya pun sangat-sangat berterima kasih kepada beliau kerana memperkenalkan Cloth Diapers kepada saya.

  • Hazmin Hamudin March 31, 2012 at 7:16 pm

    Terbaik la bro. Yang tak tahan tu menggunakan mesin rumput tolak. Saya rasa kalau rumput sebesar rumah bro semua pemotong rumput boleh menggunakan mesin rumput tolak. Kalau rumput sebesar padang bola, mahu pengsan jugak dorang nak potong rumput. Hehe

    • akubiomed March 31, 2012 at 10:32 pm

      Orang tua saya mengajar saya dan menyuruh saya mengunakan sabit untuk menebas lalang 1/2 ekar. Sudah biasa tapak tangan melepuh akibat aktiviti menebas.

      • Hazmin Hamudin April 2, 2012 at 3:05 pm

        Fuh… Memang seksa kalau menebas menggunakan sabit. Dulu pernah jugak berkebun, buang rumput dengan menggunakan cangkul di kebun nenek. Memang tangan akan melepuh. Tapi tu semua pengalaman yang sekarang ni susah nak dapat.

  • klcitizen March 31, 2012 at 7:02 pm

    menarik tarian tu …
    klcitizen recently posted..menanggung rinduMy Profile

    • akubiomed March 31, 2012 at 10:33 pm

      Boleh juga murid-murid sekolah melakukan tarian ini untuk merengang otot sebelum pembelajaran sekolah kerana ia tarian ceria dan menghibur. Permulaan yang baik untuk pembelajaran di kelas dengan senyuman dan ceria.

    • suri March 31, 2012 at 10:58 pm

      tapi buka oh poco2 heee

  • auc dot com March 31, 2012 at 6:53 pm

    terbaeeekk bro
    samalah aku akan bergelap malam 1 jam mlm nih

    • akubiomed March 31, 2012 at 10:30 pm

      Lega rasanya selepas melaksana apa yang diucapkan dan janji di kota.

  • Jomtonton March 31, 2012 at 5:44 pm

    Memang terbaik tindakan bro, lampu jimat tenaga, bag kitar semula, lampin pakai buang.. bukan setakat bila ada kempen je terlibat :)
    Jomtonton recently posted..Earth Hour 2012My Profile

    • akubiomed March 31, 2012 at 10:29 pm

      Saya melakukan setakat yang mana mampu biarlah perlaku yang konsisten bukannya bermusim.

  • nurmisnan March 31, 2012 at 5:32 pm

    Perghhhhh… siap dgn lampin pakai buang lagi.. Macam mana
    basuhnyer tuh?? Basuh seperti biasa ker…

    Ok brother.. enjoy earth hr malam ini.. Jgn lupa memantau anak2
    agar sentiasa selamat semuanya..
    nurmisnan recently posted..Join earth hour dengan berbasikalMy Profile

  • azura March 31, 2012 at 5:13 pm

    saya nak belila lampu jimat elektrik led energy saver…supaya saya pun menjimatkan wang sekaligus

    • akubiomed March 31, 2012 at 5:21 pm

      Harga lampu LED lebih mahal daripada lampu biasa tetapi untuk jangka masa panjang menjimatkan pengunaan tenaga dan mesra alam.

  • Hasni March 31, 2012 at 4:48 pm

    Kami tak pakai mesin basuh da seminggu ,kira sumbang jugak ekk
    Hasni recently posted..Ayat CintaMy Profile

    • akubiomed March 31, 2012 at 5:05 pm

      Boleh juga diambil kira jangan membazir air dan mengunakan serbuk atau cecair pencuci baju yang boleh mencemarkan alam.

  • Amirez March 31, 2012 at 4:47 pm

    hanya sejam dalam setahun, apalah sangat. kalau dapat buat selalu lagi baik :)

    menarik juga tarian Dance in the Dark ni
    Amirez recently posted..Kempen Earth Hour 31 Mac 2012My Profile

    • akubiomed March 31, 2012 at 5:06 pm

      Seronok juga melayan karenah anak-anak sambil menari tarian ‘Dance in the Dark’. :-)

  • Juan March 31, 2012 at 3:43 pm

    offline internet selama satu jam, good

    • akubiomed March 31, 2012 at 4:34 pm

      Tida susah untuk melaksanakannya. :-)

  • New blog Hairul March 31, 2012 at 3:24 pm

    kat tempat bro.. mmg semua jiran2 tutup lampu ke mcm blackout….

    • akubiomed March 31, 2012 at 3:28 pm

      Perumahan saya banyak rumah kosong memang bergelap kiri dan kanan. :-)

  • Jomtonton March 31, 2012 at 3:01 pm

    Sokong, kita offline malam ni :)
    Ada bola pulak.. isk2…
    Jomtonton recently posted..5 Entri Terbaik Denaihati di Google Search MalaysiaMy Profile

    • akubiomed March 31, 2012 at 3:28 pm

      Kom kita offline malam ini. :-)

  • Shahrul March 31, 2012 at 2:53 pm

    siap ada tarian dia ek…sayangi bumi kita :)
    Shahrul recently posted..Enjin Carian Facebook Dalam Pembikinan, Google Sedang RisauMy Profile

    • akubiomed March 31, 2012 at 3:29 pm

      Boleh menari bersama anak-anak ketika bergelap. :-)

  • Norizwan March 31, 2012 at 1:45 pm

    bro…mari kita bergelak juga selama 1 jam sebagai tanda sokongan…:-)

    • akubiomed March 31, 2012 at 2:27 pm

      Bergelak selama 1 jam ada yang mati didalam senyuman. :-)

Trackbacks