Rumpai laut kalogen asli untuk wajah muda

Rumpai laut menjadi buruan wanita mahu kulit kelihatan muda.

Isteri saya ada bertanya sama ada saya pernah makan Rumpai laut. Ketika diajukan soalan tersebut saya buat endah tak endah sahaja. Sangkaan saya Rumpai laut ini adalah Alga Merah yang dihasilkan untuk bahan membuat agar-agar.

rumpai laut
Rumpai laut yang kering

Membeli Rumpai laut dari negeri Sabah.

Baru-baru ini adik saya telah mengikut suaminya pulang ke kampung di Sabah. Sempat isteri saya mengirimkan Rumpai laut untuk dibeli bagi kegunaan sendiri dan dijual kepada jiran. Rupanya harga Rumpai laut ini berbeza-beza mengikut gred dan warna. Ada yang menjual sehingga RM10 untuk 100gm.

mahu wajah secantik hanis zalikha
Mahu wajah secantik hanis zalikha

Khasiat rumpai laut untuk kulit.

Hairan betul kaum ibu cepat betul mereka menghidu kewujudan dan khasiat Rumpai laut ini. Saya cuba Google terkejut melihat hasil carian mengenai Rumpai Laut sungguh banyak. Antara sebab Rumpai laut ini diburu oleh kaum wanita adalah khasiat kalogen asli untuk membuatkan kulit menjadi cantik, licin, tegang dan muda. Banyak testimonial mengenai kesan selepas mengamalkan memakan Rumpai laut.

rumpai laut berbentuk jel
Rumpai laut yang telah dimasak dan dibeku berbentuk jeli

Artikel dan fakta mengenai Rumpai laut dari Utusan Malaysia.

Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baru kepada nelayan khususnya di Sabah. Projek rumpai laut merupakan adalah sebahagian pembangunan industri akuakultur didalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9) disasarkan nilai pengeluaran 30,957 tan metrik atau 2%.

Sumber: Utusan Malaysia.

Rumpai laut jenis Eucheuma adalah yang berguna.

Rumpai laut liar jenis Eucheuma yang banyak terdapat di negeri Sabah telah dibuktikan dengan kajian saintifik mengandungi bahan untuk digunakan didalam proses asas biokimia dan bioteknologi.

Euchima cottoni mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti serat tinggi, kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, iodin, omega 3 dan anti oksidan  yang dipercayai memberikan kebaikkan kepada si pemakan.

2 jenis spesies Eucheuma cottonii dan Eucheuma spinosum ini tumbuh dalam air tenang atau dalam air yang bergerak perlahan.

Apa fungsi kalogen kepada kulit?

Kebanyakkan produk kecantikan untuk gadis dan wanita yang berada dipasaran ada menyebut kalogen antara bahan digunakan. Kalogen adalah unsur protin yang wujud disekeliling sel untuk meletakkan sel pada tempatnya. Kalogen berperanan membantu kulit kekal cantik dan muda. Apa bila jumlah kalogen berkurangan disebab peningkatan usia menyebabkan masalah kedutan, jerawat dan kulit kurang tegang.

Penafian: Saya tidak bertanggungjawab maklumat yang diberikan. Pengambilan Rumpai laut ini adalah di atas tanggunjawab sendiri.

Ash Parfum online shop
www.ashparfum.com
www.facebook.com/ashparfum

89 thoughts on “Rumpai laut kalogen asli untuk wajah muda”

  1. rumpai laut ni asli, hidupan laut .. banyak khasiatnya bukan sekadar kecantikan. bila diamalkan jgn lupa selawat. Kita hanya berikhtiar

    [Reply]

  2. Mana2 pun sekarang orang asek bercerita pasal rumpai laut ni…kalau dah kelua tv ..kelua paper..dan akan menjadi projek kerajaan RMK 9 , rasanya tak lah ragu2 untuk kita mencubanya…

    [Reply]

  3. saya dah makan,hampir 2 bulan,ok xde kesan apa2.sebenarnya rumpai laut banyak khasiat.boleh baiki/menyembuhkan organ dalam kita jg…kulit pn jd cerah ckt.lain org lain tindak balas nya..cuba lah,,,x rugi ape2 pn.tp kulit memang bersih n cantik

    [Reply]

    suri Reply:

    setuju sb ada guna ok jer heee

    [Reply]

  4. eh boleh jadi jelly la. nampak sedap. makan masa fresh keluar dari peti sejuk. wah!

    [Reply]

    suri Reply:

    salah satu cara mkn yg paling sedap selain jadikan pati air heee

    [Reply]

  5. Kawe yg duduk kat Sabah ni pun tak sedar peranan rumpai laut ni utk kecantikan. Org semenanjung yg tahu dulu ehhh… Tapi mmg banyak org kat sini bisness rumpai laut. Hmmm untuk jadi mcm Hanis Zulaika rupanya… or mcm Aron Aziz or Akubiomed kot :D

    [Reply]

  6. dekat ofis saya bertimbun timbun jual. tapi tak beli pun. he he.
    tak berminat la untuk kecantikan ni.
    biasa guna lumpur original.. masa camping aktiviti wajib.. lumurkan lumpur kat muka. nanti kering dah cantik dah…

    [Reply]

    KiD
    Twitter:
    Reply:

    waaahhh.. petua baru nih.. hik3
    KiD recently posted…UniFi Your Broadband ChampionMy Profile

    [Reply]

    suri Reply:

    byk pembekal ni tapi tka minat beli heee..

    [Reply]

  7. salam..
    Mrs saya ada beli dari jiran sebelah rumah
    yang asal dari Sabah..ermm, tak tahu nak makan
    macam mana..ada dalam ice box tu..saya sendiri
    dok belek-belek apa mende nih..?rupanya rumpai laut..
    lepas nih bolehlah fikir nak buat apa :)
    Bro Zulkbo recently posted…Contest Kaca Mata PapaMifz.ComMy Profile

    [Reply]

    Pondok Papan
    Twitter:
    Reply:

    Hehe..saya tak pernah makan lagi..kalau agar2 tu pernah la merasa..tapi yang sudah masak la..hehe
    Pondok Papan recently posted…Cara Buat Duit Part TimeMy Profile

    [Reply]

    suri Reply:

    aik beli tak tahu camner nak guna syg bro zul.try google untk dpt info lebih lanjut

    [Reply]

  8. lelaki nak jugak berseri ..hehe

    [Reply]

    suri Reply:

    sekarang bukan zaman dahulu hee semua nak cantik tapi akhlak mesti elok juga

    [Reply]

    Pondok Papan
    Twitter:
    Reply:

    Emm betul lah tu..lebih2 suami kan?kena la jaga penampilan diri..kan tak pasal2 isteri jemu duk memandang..
    Pondok Papan recently posted…Cara Buat Duit Part TimeMy Profile

    [Reply]

    suri Reply:

    haa..semua kena jaga makan minum klu tak jaga kesihatan susah juga.sapa tak mahu cantik semua nak yang cntik2..asal sederhana ok

    [Reply]

  9. org umah saya pun sama amalkan makan rumpai laut nie..:) saya awal2 jer layan hehehe..banyak khasiat…:)

    [Reply]

    suri Reply:

    mesti kulit licin berseri ni bro

    [Reply]

  10. tak silap mahal juga produk berasaskan rumpai laut ni

    [Reply]

    Pondok Papan
    Twitter:
    Reply:

    Perkara yang baik..kadang2 harga tidak menjadi alasan..kan bro?hehe
    Pondok Papan recently posted…Cara Buat Duit Part TimeMy Profile

    [Reply]

    hairulafiz
    Twitter:
    Reply:

    betul kalau dah terbukti berkesan apa salahnya..

    [Reply]

    suri Reply:

    paling rendah sy dapat tahu rm22.00 yng pling tinggi rm25.00 ke 28.00

    [Reply]

  11. jiran saya ada guna heee..sy baca klu lama tersimpan ia akan hasilkan garam byj berbentuk puith2..kira byk gram sb asal dri laut.risau mkn sb bdan byk garam pula heee…tapi utk ambil sb mkn kecantikan tka bernai tak der kajian2 yg blh yakinkan hati huhu…takut pas stop mkn lain jadi hua…

    [Reply]

  12. Nampaknya bertambah satu lg produk carian ramai wanita, mungkin juga lelaki…hehe

    [Reply]

    suri Reply:

    dulu lelaki tak hiraukan kita semua blh jdi sbrg kemungkinan :)

    [Reply]

    suri Reply:

    bro hafiz nak cuba juga ker? cubalah hee. mana tahu muka makin berseri2

    [Reply]

  13. kalau menyumbangkan kepada kecantikan wanita.. mmg confirm laris dijual…
    bagus dibangunkan perternakan rumpai laut ini bagi meningkatkan lagi pendapatan nelayan..
    Petua Puteri recently posted…Resepi Ikan Pekasam Style Lenggong TownMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau penghasilan Rumpai laut ini dapat membantu menambah pendapatan nelayan adalah sesuatu yang positif.

    [Reply]

    suri Reply:

    ori mmg mahal jgn daptkan yg tak ori huhu.. ada rm blh buat duit ini.

    [Reply]

  14. rumpai laut ni makin femes eyh…rumpai laut ni boleh buat agar2 skali ke?hehee…xpernah try, tp dh byk baca testimoni pasal rumpai laut n kolagen ni…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Alga Merah juga adalah Rumpai laut yang boleh di buat agar-agar.

    [Reply]

    suri Reply:

    ada rasa pahit ker masam-masam manis?

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ada rasa hanyir sedikit.

    [Reply]

    suri Reply:

    perempuan dn kecantikan mmg tak blh di jarakkan makin dekat adalah

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge