Berkongsi resepi cara buat Nugget ikan.

AkuBiomed ingin berkongsi resepi Nugget ikan lembut dan sedap percuma. Semalam saya berkesempatan untuk membuat Nugget ikan dirumah. Ini adalah kali ke 2 saya membuat Nugget ikan selepas menghadiri kursus di Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Bahan-bahan untuk membuat Nugget ikan.
- Surimi(isi ikan) atau ikan Dori 800g
- Tepung gandum 60g
- Garam 30g
- Serbuk lada sulah 30g
- Serbuk perasa MSG 5g
Cara-cara pembuatan Nugget Ikan.
1. Hancurkan isi ikan masih didalam keadaan sejuk dengan batu lesung. Kemudian kisar dengan mesin pengisar dengan dituang sedikit air sejuk. Isi ikan dikisar sehingga hancur. Pengunaan air sejuk supaya isi ikan tidak dimasak ketika dikisar pada kelajuan tinggi akan mengurangkan khasiat ikan.


2. Gaul isi ikan yang telah dikisar dengan tepung gandum. Tuang air sejuk dan digaul sehingga rata. Kemudian masukkan garam, serbuk lada sula dan serbuk perasa. Diuli adunan tepung Nugget ikan sehingga adunan sekata dan likat. Air sejuk digunakan supaya adunan tepung gandum akan mudah dibentuk. Simpan adunan tepung Nugget ikan didalam peti sejuk selama 15 minit.

3. Basahkan jari dan tapak tangan supaya proses membentuk Nugget ikan tidak melekat.

4. Ambil sedikit andunan tepung Nugget ikan lebih kurang sebesar duit 50sen.

5. Golek adunan tepung membentuk bola dan dileperkan. Kalau ada acuan bentuk boleh digunakan untuk mendapat bentuk yang disukai.


Abang Koning teman AkuBiomed golek tepung
6. Adunan Nugget ikan yang dibentuk akan dicelup dengan telur hancur dan kemudian ditaburkan dengan serbuk roti. Telur bertujuan supaya serbuk roti mudah dilekatkan.

7. Nugget ikan yang sudah siap boleh digoreng sehingga berwarna perang



menarik sekali.. ngapp satu lllagi sedap hehe
Anak-anak sukakannya selain ranggup ia lebih rasa ikan.
wahhh rajinnya…tak sangka rajin ke dapur rupanya….beruntung orang dapur yer…
Sekali-sekala menujukkan skill. Selalunya isteri yang ke dapur.
macam ni buat sendiri baru la aku boleh makan
yang beli kat kedai/pasar malam memang aku tak makan
tahniah, bro
Isteri cakap lepas ini tidak beli lagi Nugget dah sebab sudah ada yang boleh buat Nugget dirumah.
senang aje bahan2 nye ye
p/s: bro pi dak sepang 26 27 mei tengok lamborghini?
nuriz recently posted..Khairy Jamaludin: Jual Kway Teow Depan Rumah PM
Oh ada supercar pada 26-27 Mei ini.
mmg terbaiklah…nampak mcm nugget beli je..mesti rasa mcm keropok lekor kan? sbb pernah jgk beli nugget ikan n rasanya mcm kopok lekor
Tengok jenis isi ikan yang digunakan. Memang puas makan Nugget ikan yang dihasilkan kerana pengunaan isi ikan yang banyak.
Hoho… nampak sodap bila dicicah dgn sos…
Makanan basah seperti nugget atau fish ball
dan sebagainya memang sodap buat sendiri..
nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #45
Hmm..tak sempat keluar sos anak-anak sudah masukkan Nugget ke dalam mulut.
tentu sedap nuget ikan tu.. kena cuba nie..
Bro tahu tak bahan apa yang dibubuh supaya Nugget dapat bertahan lama didalam peti sejuk?
nyumm nak try buat nanti ..
Boleh cuba.
wah… hebat betul bro buat sendiri ja.. terbaik la..
Saya pergi kelas belajar barulah buat sendiri dirumah.
aku guna cara yang sama wat begerdel dengan nugget ayam. hehe..
titan recently posted..Lelaki Kacak dan Gunung Kinabalu
Wah pandai buat bergedel rupanya.
Wahh menjadi la..mesti best ni…..
best nih,,masak nugget pun gun breadcrumb rupanya..
eiela recently posted..Selamat Hari Guru Cikgu
Serbuk roti sebenarnya sekadar hiasan sahaja. Kalau tidak nanti jadi Fish cake.
sedapnya.. nampak seperti mudah…bleh chii try..thanks AB.
owh ye..ikan ditukarkan kepada ayam atau isi udang pun boleh juga kan
Boleh tidak menjadi masalah.
lopas ni boleh lah ambil order online pula ya bro. well done
Betol2….tambahkan pendapatan
hafizul recently posted..Selamat Hari Guru
Kalau serius perlu buat kajian sedikit.
Oh rupanya sedang membuat nugget ikan
Tutorial yang awesome. Rupanya bro pandai juga memasak.
Kalau me, hancuss. Makan je tahu.
Masih lagi tidak boleh lawan Mat Gebu.

akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # AkuBiomed vs Abang Long trademark Fatin Liyana
… tutorial lengkap
Saya tidak simpan rahsia dan bagi sebaik mungkin supaya Nugget ikan dapat dihasilkan.
bila buat sendiri rasanya memang betul rasa ikan dan baru puas makan
Isi ikan boleh ditambah mengikut cita rasa baru puas makan ada rasa isi ikan.
akubiomed recently posted..Merisik model baru Proton Preve’ di bilik pameran Proton Edar
Buatan sendiri lagi best..puas hati..kan abg denaihati..hehe
hafizul recently posted..Selamat Hari Guru
untunglah anak-anak.. bapa dah master buat nugget..
Mus recently posted..Wajib Cuba, Nasi Ayam Sedap Beaufort ‘Saiz XXL’!
Sudah masuk kali ke-2 membuatnya saya dapat selesaikan didalam masa 1 jam.
Wahhh…menarik…
hafizul recently posted..Selamat Hari Guru
nanti nak cuba resepi ni….
p/s 23 dan 26 Mei ada kelas juga, tapi tak dapat pergi
Nyum-nyum ini baru sihat buat sendiri
Bukan selalu makan Nugget ikan ini kerana ia bergoreng.
Rajinnya………

anif recently posted..Android Pertama Saya
Anak-anak dirumah suka tidak sampai hati melihat mereka.
Ayah yang mithali…hehe
hafizul recently posted..Selamat Hari Guru
sedap nampaknya. boleh cuba ni
Amirez recently posted..Demam Tumbuh Gigi
Saya mula tidak tahu ingat susah rupanya boleh buat.
Assalam…
Gigihnya…Untung dan jimat sebab tak payah nak beli yang siap…
Bila nak buat business ni???
Buat masa ini boleh buat untuk makan sendiri kalau niaga kena buat kajian lagi.
nanti leh try….cam menarik
Yummy….hehehe bila agaknya den leh raso nugget ni bro? teringin jugak ehhh…:)
yas recently posted..Pencuci Tandas Dapat Ijazah
boleh jual kat pasar mlm ni..mesti laku…
Pasar malam kebanyakkan jual yang Nugget yang dibeli di pasar raya kemudian di goreng sebelum dijual.
bila di kisar tu nampk cma senag tambah itu ini sikit dah sedai d goreng ..suami mmg penggemar mkn ini..blh cuba ni
Boleh order ke?
adamfaiz recently posted..Air Tangan Lelaki Di Hari Ibu
wah thanks share resepi ni…ciktom berminat nak cuba jugak..hehe
Sewaktu saya berniaga yong tau fu dulu, saya gunakan ikan tenggiri sbb ikan tu paling sedap, isi putih dan banyak isi tapi mahal. Kalau nak murah boleh guna kerisi. Mmg dapat banyak isinya tapi penat la nak asingkan dengan tulang. pernah juga guna ikan kacang yg banyak isi tu, kepala kecil, isi perut pun kecik. Tapi rasanya tak begitu mengancam. bau dia yg tak best tu
Semasa hadir kursus membuat Nugget ini ada peserta mencadangkan guna ikan tenggiri masalahnya hendak asingkan isi dengan tulang banyak kerja. Menurut tenaga pengajar sudah ada kilang jual Surimi ini didalam bentuk kotak.
Nugget ikan tak banyak kat pasaran sbb ikan mahal berbanding ayam. kalau buat sendiri lebih jimat dan puas. eh bro ada kira kosnya tak? Dapat berapa bijik? agak2 secucuk tiga biji nugget boleh jual berapa RM?
Abang koning tu mcm dah tak sabar je nak makan.
anak3 mesti mengadap punya depalah biasanya org pertama yg tak sabar heee
macam tu baru rasa bersemangat nak masak
Semakin kerap pulak cerita pasal makanan dlm blog ni. Satu perkembangan yang bagus
haaa mari kita ikut jejal kak nora ada blog enuh dg resepi heeeee
Wow ! wow ! wow ! biar betul ni broo …. ni satu hari nanti boleh jadi tauke nuget ni …

benjy recently posted..NUFFNANG MENYUNTIK SEMANGAT DAN MEMBERIKAN SAYA HARAPAN
benjy bila lagi nak buat entri resepi ni? Suri dan akubiomed dah..
boleh kirim tak kat i dbrunei….hehehe
Tak pnh tgk orang buat sendiri, selalu beli dari supermarket, tinggal goreng je. Btw, baru tau kena gaul dengan tepung. Ingatkan tepung tu salut kat luar je
Bro boleh buat di Kanada. Isteri saya kata tidak akan beli lagi Nugget kerana sudah boleh buat dirumah.
memang sah lagi kebersihannya
Mus recently posted..Wajib Cuba, Nasi Ayam Sedap Beaufort ‘Saiz XXL’!
serius nmpk sangat mudah untuk membuatnya, cuma saya nak tanya, ikan dori tu ikan apa, ke ada ikan lain yg boleh digunakan
wahh..sedapnye..tapi nak cari isi ikan tuh kat mane??
Dekat pasar raya ada dijual ikan dori ini bahagian makanan sejuk beku.
akubiomed recently posted..Merisik model baru Proton Preve’ di bilik pameran Proton Edar
perghh..nmpak sedap plak=)
Resepi Nugget ikan yang dikongsikan puas makan kerana akan terasa isi ikan. Kalau beli kurang rasa ikan.
akubiomed recently posted..Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve
jom partner bukak bisness kat pasar malam.hehe
saya jual benderam je ;p
Saya lebih suka menjadi pengeluar.
bukak la kilang satu blkg rumah bro. Mesin pencincang yg rupa mcm piring terbang tu tak sampai sepuluh ribu.
memang dah boleh bukak kedai pehni bro..
p/s : awat muka chefnya tu serius je..hehehe..
Buat dengan Nugget ikan secara serius kot.

akubiomed recently posted..Tutorial kod trademark Fatin Liyana
pergh..kalo wat fillet pon leh pki cara ni kan??
lwh suggest kat ‘rasapariso’..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Tips Penjagaan Muka Lelaki Kacak
Boleh cuba nanti. Isi ikan boleh digantikan dengan isi ketam, udang dan macam-mcam lagi.
tak nak bagi tester ke? untung2 boleh niage ni.. hehe
izwanyusof recently posted..Kenali Fasa Hidup Pelajar First Year Hingga Final Year Di Kampus
Kalau serius hendak buat meniaga perlukan mesin kalau tidak tak mampu mengeluarkan kuantiti secara banyak.
akubiomed recently posted..Pelancaran Kawasaki MX World pertama
kalau baru mula tak perlu mesin dulu. Buat sikit2. Bila permintaan bertambah baru cari mesin. Jual sendiri lebih menguntungkan dari cuma jadi pengeluar. Kalau jual sendiri mmg tak perlukan mesin tp untung memang banyak. Jadi pengeluar duit jualan mmg tinggi tp margin keuntungan tak besar. Saya cadangkan bro upah beberapa orang indon utk jual dipasar malam. Sambil tu baru buat untuk dipasarkan sejuk beku tapi tumpukan pada pembekal makanan sejukbeku dulu. Kebanyakkan penjual burger, penjual nugget dan fishball dapatkan bekalan disitu
wah … bestnya

klcitizen recently posted..jemputan awal
Buat sendiri cikgu. Tidak ada perasan was-was dan untuk mendapatkan rasa boleh ditambahkan isi ikan ke dalam bahan.
wah nampak sedap nugget ikan tu..
erkk, sape la jadi kamera men tu, msti letih snap2 gambar byk2.
Beri upah makan Nugget ikan okay dah tuh.
halamak broo..tahnks sesangatlah pasal resepi percuma ni…bro..kalau tukar ikan ngan ayam leh jadi tak?? dan perisa tu perisa yang macam mana ye?
Isi ikan boleh digantikan dengan ikan dan cara-cara pembuatan Nugget tetap sama. Selamat mencuba. Perasa yang dimasukkan adalah MSG.
akubiomed recently posted..Tutorial kod trademark Fatin Liyana
biasanya nugget komersial menggunakan polyphosphate untuk menjadikan nugget lebih kenyal. Jadi, boleh lebihkan air kerana walaupun cair, setelah digoreng ia tetap kenyal dan tak pecah. Mereka juga gunakan titanium deoxide sebagai bahan pemutih. Kebanyakkan nugget ikan dan fishball sekarang ni menggunakan ikan keli sbb ikan keli yg tak dapat dijual akan terus membesar. Ikan keli yg besar memang tak mendapat permintaan. Jadi ikan ni dijadikan nugget. Kulit ikan keli yg hitam menjadikan fishball tak cantik. itu sebab pemutih diperlukan. Bahan ni sama dengan pemutih kulit. Cuba tengok pada mana-mana krim pemutih mcm fair & lovely dan lain2. Mesti ada bahan ni. Ada berani nak guna?