Red Wok Restaurant destinasi makan makan di Bangi

Makan Steambot di Red Wok Restaurant.

Hari Sabtu lepas saya telah berpeluang untuk makan steambot bersama keluarga di Red Wok Rastaurant yang terletak di Bangi. Adik lelaki saya berbelanja seluruh keluarga termasuk adik beradik koning.

red wok restaurant

Tempahan telah dibuat awal jadi tidak masalah untuk kami mendapat tempat kerana ketika sampai agak sesak. Jadi lega apabila tempahan telah dibuat awal. Ini adalah pengalaman ke 2 makan Steambot yang mana kali terakhir di Cameron Highlands. Kalau mengimbau kali pertama kali makan Steambot agak mengelikan hati mana taknya didalam ramai-ramai tidak seorang pun ada pengalaman makan Steambot.

steambot red wok restaurant

steam bot red wok restaurant

ketam segar

ketam segar

sos steambot

pencuci mulut cokelat

pencuci mulut

Pengalaman mencuit hati ketika makan steambot buat pertama kali.

Kalau siapa yang pernah makan Steambot tentu perasan ada dapur gas dan bekas air panas ditengah meja untuk merebus makanan mentah. Ketika sampai masing-masing terkejut dengan makan malam yang disediakan kerana tiada ada makanan terhidang selain makanan mentah yang terhidang dan sos didalam piring. Masing-masing memandang sesama sendiri macam mana hendak makan. Kerana masing-masing sudah lapar tahap maksimum tanpa segan silu memanggil pelayan cara-cara makan Steambot. Selepas diberikan tunjuk ajar, laju masing-masing masukkan makan mentah untuk direbuskan. :-)

Makan Steambot Red Wok Restaurant sampai terletang.

Kasar bunyi tetapi memang benar kerana selagi boleh makan selagi tidak ada pembaziran kerana Red Wok Restaurant menawarkan “All You Can Eat Steamboat Buffet/Korean Style Sizzling Steamboat Buffet”.

baby aslah, ibu & nenek

baby aslah & ibu

baby aslah

mak ngah & baby aslah

baby Iris

abang koning dan abang long

pakcik dan abang koning
Pak cik dan abang Koning makan ketam.

abang koning

abang long

abang ngah

baby aslah & ibu

AkuBiomed: Ada sahabat blogger yang suka makan-makan dan blognya mempunyai niche   mengenai makanan dikenali sebagai  HazmanFadzilDotCom.

Alamat:

Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
HP: +6019-339-4655 – Awang Hasyim
Email: redwok2u@gmail.com

48 total views, 1 views today

53 thoughts on “Red Wok Restaurant destinasi makan makan di Bangi”

  1. Salam… Lama benar tak makan steamboat.. Seronoknya makan dengan ahli keluarga… Sangat berselera tengok Abang Koning makan.. :)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Abang koning beberapa kali tawaf makanan yang disediakan. Makan pakai chopstick lagi. :-)

    [Reply]

  2. tak pernah lagi makan steamboat ni.
    kalau kita pilih untuk makan ketam tu sampai kenyang boleh ke?harga tetap sama atau kena tambah lagi.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Harga tetap sama makan seberapa banyak sekali pun asal jangan membazir. :-)

    [Reply]

  3. kalau makan buffet stemboat, mesti sampai x larat bangun… heheheh
    lama x makan buffet steamboat rstoran nelayan :)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Memang berat sahaja hendak bangun dari tempat duduk kerana terlalu kenyang. :-)

    [Reply]

  4. akak sangat suka makan steamboat, disebabkan tinggal di danau kota so untuk dapatkan restaurant steamboat memang tak susah, macam2 nama ada….

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya baru 2 kali makan Steambot kalau hendak komen lebih-lebih ada susah sedikit. :-)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge