Pulau Pinang mengamit kenangan lama

Pulau Pinang mengamit kenangan lama ketika kecil.

Saya pernah tinggal di Pulau Pinang yang dengan panggilan “Pulau Mutiara”. Kenapa saya tinggal di Pulau Pinang? sebabnya bapa saya berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia(USM) di Pulau Pinang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Pulau Penang mengamit kenangan lama yang manis disanubari AkuBiomed.

Pulau Pinang mengamit kenangan lama “Chombi”

Rumah kelahiran seniman agung Tan Sri P Ramlee

Kredit: Arkib Negara, Rumah kelahiran seniman agung Tan Sri P Ramlee

Bapa saya menyewa rumah yang terletak di sungai Pinang tidak jauh daripada rumah kelahiran seniman agung iaitu Tan Sri P. Ramlee hanya di seberang sungai ini. Tidak jauh daripada rumah sewa terletaknya stadium Bandaraya Pulau Pinang yang amat meriah setiap kali kalau ada perlawanan bola sepak. Lorong Kulit @ Rope Walk yang asal terletak dijalan Penang telah dipindahkan ke perkarangan stadium Bandaraya Pulau Pinang ini kerana “macam-macam ada” dijual dan kalau pengumpul barang antik boleh cari koleksi antik disini. Bapa saya antara pengumpul jam tangan lama mencarinya di Lorong Kulit @ Rope Walk.

Bangunan Komtar dan Feri Pulau Pinang

Kredit PolycarpNorbertNyulin: Bangunan Komtar dan Feri Pulau Pinang

Masih kekal diingatan saya apabila “Gerek” @ basikal memerlukan lesen yang digantungkan dibawah tempat duduk. Selama 5 tahun tinggal di Pulau Pinang, saya berkesempatan melihat pembinaan mercu tanda Pulau Pinang iaitu Komtar dan mengikuti perkembangan pembinaan jambatan Pulau Pinang.

Lorong Kulit @ Rope Walk boleh membeli barangan antik

Kredit orangkecilorangbesar: Lorong Kulit @ Rope Walk boleh membeli barangan antik

Saya juga sempat bersekolah di Pulau Pinang sehingga darjah 2 dan tiap-tiap hari kenderaan ke sekolah berupa “Lanca” @ beca yang amat sinonim dengan Pulau Mutiara ini. Lamanya duduk di Pulau Pinang sehingga bapa saudara selalu membahasa dialek utara “Hang” setiap kali berkomunikasi dengan saya. Jangan tidak percaya AkuBiomed ini dahulu amat petah bercakap mengunakan loghat Utara. Bolehlah ngam dengan bro Aiman ahli musik.

Chingay antara tarikan Pulau Pinang

Rasanya cukup setakat ini untuk mukadimah untuk contest “Panggilan Untuk Kontest Pertama Blog www.azmanisma.com” yang di anjurkan oleh Blog Azmanisma.

p/s: Kenangan yang tidak boleh lupa adalah ketika menunggu untuk menaiki feri yang mana saya tunggu feri Pulau Pinang. Rupanya nama feri diambil sempena nama pulau-pulau di Malaysia. :-)

Terima kasih kepada penganjur Azamanisma dan saya telah terpilih pemenang tempat ke 3 untuk contest “Panggilan Untuk Kontest Pertama Blog www.azmanismadotcom”.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Azman February 1, 2012 at 2:09 am

    Panggilan kedua contest sudah bermula!

  • MEKAR January 29, 2012 at 1:59 pm

    Sya selalu pegi penang ni. Mr suami org situ. Selalu buat aktiviti makan2 la kalu mari sini.
    MEKAR recently posted..Miang Khum…Appertizer Unik dari ThailandMy Profile

  • suri January 27, 2012 at 2:49 pm

    masa mula naik feri hati pikir mesti sy mabuk laut hee bila lama2 naik rasa ok jer heeee

  • puanbee January 25, 2012 at 7:17 pm

    baru lagi cuti CNY kami ke peneng , tp tk sempat jelajah peneng ..sedih

    • suri January 27, 2012 at 2:52 pm

      ni dah cuti sekolah heee blh pergi lagi

      • puanbee January 27, 2012 at 3:06 pm

        tunggu tajaan lah suri hikhik ..

  • dnoBiz January 24, 2012 at 9:45 pm

    dah lama tak pegi PP, pegi dulu pun sebab adik aku belajar kat USM… dan yang last dua tahun lepas tu pun pegi semata mata nak tengok wayang je hahaha :D
    dnoBiz recently posted..Pemandu berbahaya – Polis sedia timbang penjara mandatoriMy Profile

  • brohai January 24, 2012 at 8:26 pm

    Batu feringgi tempat yang baik untuk beriadah di pulau pinang.Suka bercuti disana.

  • Kimmy January 24, 2012 at 1:57 pm

    Last saya visit Penang in 2009

  • Norizwan January 24, 2012 at 12:40 pm

    kenangan lama tahun 2007 putus kasih di pulau pinang…uheue…har har…citer lama kan…pastu tak g dah…

  • benjy January 24, 2012 at 11:50 am

    Komtar tu pejabat ke pusat membeli belah ?

    benjy recently posted..GONG XI FA CAI – TAHUN NAGA AIR 2012My Profile

  • lunaticg January 24, 2012 at 9:24 am

    Dah setahun saya tak ke Penang. Harap-harap tahun ini dapat menjejakkan kaki ke sana lagi.
    lunaticg recently posted..Where to get Malaysia new currency?My Profile

  • Kak Long Mawar Merah January 23, 2012 at 8:42 pm

    Pulau Pinang memang banyak menggamit kenangan pahit manis buat Kak Long. Lama juga tak ke Pulau Pinang dan cuti CNY kali ini memang menjejakkan kaki ke Negeri Pulau Pinang walaupun cuma di tanah besar sahaja dan tak berkesempatan menyeberangi jambatan.

  • Kak Long Mawar Merah January 23, 2012 at 8:39 pm

    Pulau Pinang memang banyak menggamit kenangan buat Kak Long. Dan setelah beberapa tahun tak menjejakkan kaki, cuti kali ini jejak juga ke negeri Pulau Pinang walaupun tak sempat nak masuk ke pulau.

  • ShashaCahaya January 23, 2012 at 8:05 pm

    Hai akubiomed! Apa khabar?

    • akubiomed January 24, 2012 at 10:30 pm

      Syukur alhmadulillah saya dan keluarga didalam keadaaan sihat walfiat. :-)

  • chii January 23, 2012 at 5:47 pm

    pernah skali je chii jejakkan kaki ke pulau pinang.tu pun untuk berjumpa seorang kenalan friendster ..tahun 2005 di USM =)..alhamdulillah..perkenalan sehingga ke hari ini..boleh menggamit kenangan gak ni =)

    • akubiomed January 23, 2012 at 6:01 pm

      Hui, lamanya berkawan. :-)

      • suri January 27, 2012 at 2:40 pm

        aca ura2 ke nak lebih rapat lagi?

  • cik tom January 23, 2012 at 3:57 pm

    last pergi pulau pinang form 5 kot..rindu plk..

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:34 pm

      Lama dah tuh Cik Tom tentu banyak yang sudah berubah.

  • ciksembang January 23, 2012 at 12:56 pm

    mee udang Sg Dua memang power

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:35 pm

      Perlu ingat spot makan yang menarik. Terima kasih beritahu.

  • langosta termidor January 23, 2012 at 12:25 pm

    baru nie pie penang cari barang 2 tuk berniaga.ronda pekan jumpa lorong cambell
    tu dia borong sakan

    • akubiomed January 23, 2012 at 6:03 pm

      Rasa macam pernah dengat jalan Campbell tapi ingat-ingat lupalah.

  • topo January 23, 2012 at 12:23 pm

    dekat penang aku paling nak pi muzium permainan dengan nasi kandar beratur, tapi tak berkesempatan lagi -.-

  • Cyza January 23, 2012 at 2:12 am

    Aku tahun 2011 je tak pi Penang lagi…pasai takde conference kat sana yang aku pi…Anyway, aku seronok duk kat hotel2 kat tepi laut tu…area BAtu Feringi… :)

  • Cyza January 23, 2012 at 2:04 am

    Penang memang best…Ada tempat2 yang best…Aku hampir tiap tahun ke Penang…kecuali tahun 2011…nak buekcamna….takde conference yang aku pi kat penang….

    • suri January 27, 2012 at 2:40 pm

      wah naik feri mesti ddah rasa muak ini heeee

  • b3njy January 23, 2012 at 1:17 am

    Bilalah agaknya jambatan ke-2 Pulau Pinang tu akan siap yer ?
    b3njy recently posted..ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

  • b3njy January 23, 2012 at 1:16 am

    Benjy suka menu Nasi Qandak memang original dan asli.
    b3njy recently posted..ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:37 pm

      Nasi Kandar Pulau Pinang kalau makan memang terangkat bro. :-)

  • b3njy January 23, 2012 at 1:15 am

    Banyak tempat menarik di Pulau Pinang ni. Hanya pernah pergi atas urusan kerja tetapi bukan atas tujuan melancong.
    b3njy recently posted..ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:42 pm

      Dulu ketika bekerja di Miri dahulu ada juga dihantar ke hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan latihan.

  • kulanz January 22, 2012 at 10:26 pm

    Baca post rakan pasal Pulau Pinang ni, hati macam digaru-garu.. tak sabar nak pegi sana.. InsyaAllah, suatu hari nanti kalau ada rezeki

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:43 pm

      Boleh rancang cuti sekolah untuk ke sana nanti bro Kulanz macam tahun lepas turun Semenanjung.

  • adele January 22, 2012 at 10:01 pm

    kat penang nim satu je yg sy tak boleh lupa..laksa penang kat atas bukit bendera..mmg best!!

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:45 pm

      Saya pun tidak ingat suasana di Bukit Bendera kerana dulu naik pun masih kecil lagi tetapi apa yang saya suka adalah pengalaman keretapi menaiki Bukit Bendera.

  • yas January 22, 2012 at 9:43 pm

    Tempat jatuh lagi dikenang…inikan pula tempat membesar…pasti masih penuh dgn memori ye bro…
    yas recently posted..OPS Sikap Ke 25 Sempena Tahun Baru Cina 2012My Profile

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:45 pm

      Sungguh bro. Saya mempunyai kawan yang ramai disini berbanding tempat lain hanya kawan sekolah sahaja.

  • zik January 22, 2012 at 9:30 pm

    baru sekali pergi sana… itupun masa kecik2… mahu pergi sana juga lagi…. macam2 ada…
    zik recently posted..Angpau tahun ini, 2012My Profile

  • donny January 22, 2012 at 8:22 pm

    Hi Bro,
    Wah!rupanya2 hang dok penang lama jg ye? aq 12 taun kejo kat sana. hari2 mkn nasi kandaq haha! jumpa bini pon kat sna :)

    Tapi semuanya tinggal kenangan.aq skrg kembali ke tempat asalku d Negeri D Bawa Bayu..

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:49 pm

      Hai bro Donny :-) Lama tidak dengar berita. Hang ni bila balik kampung sudah tidak ingat Pulau Pinang no.

  • Mus January 22, 2012 at 8:05 pm

    teringin juga nak ronda-ronda ke sana.. saya di semenanjung hanya pernah ke KL jer..
    Mus recently posted..(Gambar) Sampulna In Threshold ModeMy Profile

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:50 pm

      Banyak tempat menarik di Pulau Pinang. Kalau ada kenalan berasal dari sana boleh dijadikan pemandu pelancong.

  • apaajanews January 22, 2012 at 7:35 pm

    penang dan padang kota tempat aku selalu pi makan pasembog….masa sekolah dulu, masatu KOMTAR kira top abih lah…yang palingbest…naik FERI la bro he he…kenangan
    apaajanews recently posted..KARAOKE DAH TAK BOLEH?My Profile

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:51 pm

      Naik Feri memang best cuma tidak tahu sampai bila syarikat yang operasi feri mampu bertahan.

      • PuanEma January 25, 2012 at 2:15 pm

        saya suka naik feri dr melalui jambatan PP. tapi tu la dulu p PP naik bas. skarang suda lama xnaik bas bila ada ank2 kecik ni.

  • azura January 22, 2012 at 4:36 pm

    awat bangunan komtar tu nampak macam senget ke kiri?

    • apaajanews January 22, 2012 at 7:38 pm

      komtar dah tak happenning macam dulu lagi
      apaajanews recently posted..SUAMI RINGAN TULANGMy Profile

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:52 pm

      Ketika duduk disana saya dapat menyaksikan komtar terbakar sebanyak 2 kali.

  • Denaihati January 22, 2012 at 3:30 pm

    penang memang best, bab pasemboq yg dok teringat je.

    • Fazreen January 22, 2012 at 4:48 pm

      nasi briani kambing kapitan la bos. terbaik!

      • akubiomed January 23, 2012 at 5:53 pm

        Buah pala dan jeruk jangan di lupakan sebagai buah tangan kalau ke Pulau Pinang.

  • klcitizen January 22, 2012 at 3:01 pm

    pernah juga ke Pulau Pinan. Saat yang ditunggu ialah menaiki feri :)
    klcitizen recently posted..ah…My Profile

  • Buzz! January 22, 2012 at 2:48 pm

    aku dari kecik sampai sekarang menetap kat penang.. aku rasa biasa je sebab ye la dah lama di sini. . eh kalau datang roger ye? hoho.
    Buzz! recently posted..Video Iklan Dari Samsung Memperlekehkan Peranti iPhoneMy Profile

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:54 pm

      Orang yang duduk di Pulau Pinang mungkin tidak merasai perubahan berbanding sesekali balik Pulau Pinang ada nampak perubahan.

  • ShashaCahaya January 22, 2012 at 1:55 pm

    Saya pun pernah tinggal kat Pulau Pinang ni, masa belajar dulu. Masa baru sampai kena kejutan budaya. Ada ramai sangat orang Cina dan sikit India. Melayu lagi kurang…
    Aduh! terkejut budaya dibuatnya….

  • Razlan January 22, 2012 at 1:28 pm

    Pernah kerja kilang duku kat p.p ne,jarang gi jenjalan . Ada sekali pi batu feringghi puhh nampak mat saleh bogel
    Razlan recently posted..4 Contoh Soalan Temuduga-Kerja KerajaanMy Profile

  • faiz January 22, 2012 at 10:29 am

    rasanya baru 2 kali pergi penang ni…yg 2nd tu pun hntr adik pergi belajar..

  • Nadri January 22, 2012 at 10:07 am

    tahun lepas company buat convention dkt Hard Rock Penang…pulau pinang tak ubah seperti Singapura, pulau yg byk bangunan tinggi..merasa jugak naik feri masa dlm perjalanan balik…

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:55 pm

      Pengalaman naik feri antara pengalaman sukar dilupakan.

  • titan January 22, 2012 at 4:15 am

    emm..bilalah aku ada peluang nak gi pulau pinang lagi. Komtar tu dah berubah ke tidakkk..
    titan recently posted..Lelaki kacak suka Conteng-conteng buku.My Profile

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:57 pm

      Bro ada berani cuba anak mami? :-)

      • titan January 23, 2012 at 7:23 pm

        dah pernah ada awek penang dulu. Comel. Kacak.
        Tapi susah hubungan jarak jauh ni. Haha..
        so..hubungan tak jadi. Sebab aku suka perempuan lain setahun lepas tu. Hehe..jahat gila aku.
        titan recently posted..Lelaki kacak biasanya memang kelakar.My Profile

        • suri January 27, 2012 at 2:42 pm

          =) patutu jodoh sush nak lekat heeee..milih upenyer, ce nuntut dg ab

  • shraqs January 22, 2012 at 3:23 am

    3 tahun di Pulau Pinang ni (USM)… banyak pengalaman menarik… kalau sekarang ni dah jadi kewajipan, mesti pergi at least 1X/tahun. Terlalu banyak kenangan
    shraqs recently posted..Awas! Google Panda Akan Menghukum Blog Yang Banyak IklanMy Profile

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:59 pm

      USM sekarang ini sudah menjadi universiti APEX.

  • tehr January 22, 2012 at 2:30 am

    aku beberapa kali ke p.p ni sebab kursus je
    jadi tak banyak tempat dapat nak jejak
    tehr recently posted..Negeri Sembilan vs Felda UnitedMy Profile

  • zulkbo January 22, 2012 at 2:09 am

    salam..
    alahai..hilang pula komen saya tadi..
    teringin sangat nak ke sana cuti
    Raya Cina ni..nasihat kawan saya
    trafik jem time raya cina di Penang

    • akubiomed January 23, 2012 at 5:59 pm

      Pulau Pinang banyak jalan sehala maca Melaka.

  • hatiputera January 22, 2012 at 2:02 am

    tak pernah gi penang,,,

  • suri January 22, 2012 at 1:28 am

    siap d jemput cayalah heeee

  • sya isya January 22, 2012 at 1:25 am

    Sya gi penang last year sekejap je atas urusan kerja. Kalau jalan2 best ler :-)
    sya isya recently posted..SYARAT MOHON INNITY SEMAKIN KETAT (2 KALI GANDA)My Profile

  • ohcikgu January 22, 2012 at 1:13 am

    dah lama juga tak pergi pulau pinang nih..
    ohcikgu recently posted..Video Animasi Haiya Bid Doa (Jom Berdoa) – Tulus Fikir Animation HouseMy Profile

  • anif January 22, 2012 at 12:10 am

    Tempat jatuh lagi dikenang.. Inikan pula tempat bermain. :D
    anif recently posted..Sebentar Di Kota TinggiMy Profile

    • akubiomed January 22, 2012 at 1:10 am

      Ramai kawan-kawan saya di Pulau Pinang ketika kecil dahulu.

  • piah becok January 22, 2012 at 12:06 am

    waaaa… belum berkesempatan lagi nak ke pulau pinang. bestnye kalo pi, boleh shopping barang antik.

    • akubiomed January 22, 2012 at 1:11 am

      Aiks, tak akan barang antik. Macam-macam ada di Pulau Pinang ini. :-)

Trackbacks
  • Kontest Blog www.azmanisma.com January 22, 2012 at 12:49 am

    [...] 15. Akubiomed [...]