Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.

Projek hujung minggu DIY tukar bingkai cermin tingkap Nako.

Sudah lama bercadang untuk menukarkan bingkai besi cermin tingkap yang boleh buka 4 cermin bawah dan 4 cermin atas. Projek hujung minggu DIY tukar bingkai cermin tingkap Nako memang tepat pada masanya kerana sejak beberapa hari kebelakangan ini cuaca agak panas dan kurang berangin.

Bingkai besi cermin tingkap Nako

Bingkai besi cermin tingkap Nako

Saya terpaksa buka cermin tingkap rumah untuk pastikan udara panas dalam rumah keluar dan digantikan dengan udara sejuk berangin dari luar rumah. Masalahya ada apabila cermin tingkap dibuka membolehkan orang melihat dalam rumah dari luar. Bingkai cermin tingkap saya adalah jenis cermin tingkap Nako, kalau sekali buka 8 cermin serentak.

Jadi saya pergi kedai Hardware untuk membeli bingkai cermin tingkap Nako yang boleh buka separuh bawah dan separuh atas. Saya beli bingkai cermin tingkap ini pada harga RM19 satu set. Saya membeli 3 set untuk menukar bingkai besi tingkap bilik dan bahagian dapur.

Buka skru bingkai besi cermin tingkap

Buka skru bingkai besi cermin tingkap

Bingkai besi cermin tingkap lama

Bingkai besi cermin tingkap baru perlu dipotong dibahagian hujung supaya muat untuk dimasukkan kembali bingkai tingkap kayu

Memotong sedikit bingkai besi cermin tingkap

Memotong sedikit bingkai besi cermin tingkap supaya boleh muat bingkai tingkap kayu

Memasang skru pada bingkai besi cermin tingkap

Memasang skru pada bingkai besi cermin tingkap

Bingkai besi cermin tingkap yang siap dipasang

Bingkai besi cermin tingkap yang telah siap dipasang

p/s: Boleh dapatkan tip memilih jubin boleh baca di blog kak Jie dan membaca pengalaman DenaiHati renovasi rumah beliau.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Hafizul October 28, 2012 at 6:34 pm

    wah pandai jugak ler ni bab bertukang nih..hehe..memang best bila da nako mcm ni..tak ada la buka semua smp nampak segalanya..hehe

  • mrazydy May 29, 2012 at 10:58 pm

    lawa theme baru ni..
    mrazydy recently posted..Pak Guard Yang Macam Mud GuardMy Profile

    • akubiomed May 30, 2012 at 12:55 am

      Terima kasih bro. Saya cuma tukar child theme sahaja. :-)

      • suri May 31, 2012 at 8:55 pm

        cmner bro nk tukar latar blkg blog tu heeee.. ada tips or panduan ker? bosan asyik love warna ungu huuu…

    • hafizmd May 30, 2012 at 10:40 pm

      setuju…font yg diguna sgt smart!
      hafizmd recently posted..5 Entri Pilihan Katakunci Lelaki KacakMy Profile

  • mrazydy May 29, 2012 at 10:56 pm

    memang terbaik diy tu.. belajar kat mana bertukang ni.. macam expert je..

    • suri May 31, 2012 at 8:56 pm

      ha bertukang ayat tak menahan…mesti tgok org buat pastu dpt blja sendri kot

  • Hairul May 29, 2012 at 6:42 pm

    satu langkah keselamatan pasang bingkai spt tu… mmg hebat la bro pasang sendiri je….
    Hairul recently posted..Resepi Roti Bun Pau Dan Pizza Dari Pengalaman Bekerja HotelMy Profile

    • akubiomed May 30, 2012 at 1:15 am

      Tidaklah hebat mana pun bro. Buka skru dan pasang skru pada bingkai baru. :-)

      • Hafizul October 28, 2012 at 6:35 pm

        haha..semudah makan kacang kan bro..hehe

  • Ummi Hanie May 29, 2012 at 5:16 pm

    encik azrin ni geng ayah mentua sayalah… jenis handyman. sng kan boleh buat sndiri smua kerja2 mmbaiki dan bertukang ni ;)

    • akubiomed May 30, 2012 at 1:16 am

      Kalau ikutkan saya lebih suka tukangan kayu. Cuma masa dan harga kayu agak mahal. Isteri sudah minta buat kabinet dapur dan almari.

  • Denaihati May 29, 2012 at 4:34 pm

    DIY boleh save banyak rm, tapi kena minat mcm bro. kalau tak minat, apa pun tak jadi.

  • Nurul May 29, 2012 at 1:04 pm

    Wah.. Dah bertukang jadi tukang rumah/ Tukang Nako.. hehehe

  • suri May 29, 2012 at 12:49 pm

    salam..
    wah dah ada tugasan baharu, rumah kg sy persisnya bgtulah cerminya

  • eiela May 29, 2012 at 11:59 am

    oo tu ke namanya tingkap nako. hari tu adik pasangkan cerminnya, pecah
    eiela recently posted..BismillahirrahmanirrahimMy Profile

  • Izzuddin Fauzi May 29, 2012 at 8:21 am

    Operasi bertukang yer… :) DIY – Semuanya sendiri :)

    • suri May 29, 2012 at 12:50 pm

      yerlah klu nk suruh org bt paling tidak pun kita kena klrkan kos wang hee..ni kira jimat wang

  • MrShokri May 29, 2012 at 12:24 am

    Kalau dah pakar tu sejang je..Tak payah susah2 nak upah tukang buat..he3
    MrShokri recently posted..Line Internet Lelaki Kacak SemputMy Profile

  • cik tom May 29, 2012 at 12:24 am

    terernya buat sendiri…mmg bagus..

  • Nur May 28, 2012 at 11:05 pm

    Bagusnya DIY … Tak payah susah nak cari tukang repair. :)

  • Jebeng Otai™ May 28, 2012 at 9:29 pm

    mmg xyah upah2 tukng..jimat belanja..
    Jebeng Otai™ recently posted..Realisasi Kenderaan ElektrikMy Profile

  • cmratu May 28, 2012 at 5:21 pm

    rajinnya semua buat sendiri… untung isteri.. :)
    cmratu recently posted..Kuasa SEOMy Profile

  • sha May 28, 2012 at 4:05 pm

    org lelaki mmg suke dgn DIY ni… sama dgn hubby sha…bagus2x…

    • akubiomed May 28, 2012 at 11:13 pm

      Saya suka pasang-pasang terutama barangan daripada Ikea. :-)

      • suri May 29, 2012 at 12:52 pm

        ikea mmg terbaik..sy sering mikir bila le mereka nk buka cawangan..kmi dpt pergi ke kl beberpa kli jer..klu ada d ipoh bukan mudah hee..

      • hafizmd May 30, 2012 at 10:42 pm

        Sebut pasal barangan IKEA, mmg amat kreatif barang2 yg pasang sendiri dari IKEA. Terbaiklah!
        hafizmd recently posted..5 Entri Pilihan Katakunci Lelaki KacakMy Profile

        • suri May 31, 2012 at 9:14 pm

          jauh bro..klu kt area bro hafiz mesti dekat heeee

  • azman May 28, 2012 at 3:23 pm

    Kalau pandai tak de masalah he3..saya boleh bertukang nih..tapi peralatan kena cukup.

    • akubiomed May 28, 2012 at 11:13 pm

      Insyallah alat tukang memang boleh dikatakan lengkap hingga gergaji elektrik pun saya ada. :-)

  • tehr May 28, 2012 at 2:46 pm

    memang sesuai nako yang boleh buka separuh ni
    rumah mak aku juga sebahagiannya guna jenis macam ni
    tehr recently posted..Bagaimana Lelaki Kacak Memikat IsteriMy Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 11:14 pm

      Sudah lama hendak beli tetapi tidak beli-beli. Bila sudah cacing kepanasan baru hendak cari. :-)

  • Norizwan May 28, 2012 at 2:32 pm

    wah bro…ada perasan kat baju tu ada gambar logo tu…sajer edit ker tu hehehe…

    • akubiomed May 28, 2012 at 11:15 pm

      Memang ada logo MU pada bahu.

  • Dulu Lain Sekarang Lain May 28, 2012 at 12:53 pm

    Dlm banyak2 gambo, yg ada logo Man Utd tu yg paling mengancam!

  • Zarul Umbrella May 28, 2012 at 1:16 am

    DIY value fr ur money hehehe

    • akubiomed May 28, 2012 at 11:15 pm

      Ada masa dan ada barang boleh jalan projek DIY. :-)

  • cikgu naman May 28, 2012 at 12:48 am

    nanti ambil upah tak renovate rumah? nak booking..hehehe

    • akubiomed May 28, 2012 at 11:16 pm

      Apa dia bro hendak renovasi rumah. Ampun…lebih baik bro tukang yang baik. :-)

      • suri May 29, 2012 at 12:53 pm

        tawaran telah di buka tunggu sebut harga nampaknya tu bro

  • titan May 28, 2012 at 12:34 am

    memang serba boleh ko ni. hoho..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 1My Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 1:34 am

      Tapi saya tidak boleh lawan makan Cendol dengan bro Titan. :-)

  • nurmisnan May 27, 2012 at 11:54 pm

    Bagus buat sendiri.. tak perlu upah orang.. jimat ongkosnya..
    nurmisnan recently posted..AuthorMy Profile

    • akubiomed May 28, 2012 at 11:16 pm

      Memang jimat. :-)

      • suri May 31, 2012 at 9:22 pm

        blh beli brgn yang lain atau save ke tabung

    • suri May 31, 2012 at 10:02 pm

      waduh bikon indo pulak deh

  • Juan May 27, 2012 at 11:52 pm

    saya suka tgk org buat DIY

  • zool May 27, 2012 at 11:46 pm

    bagus.. saya nak ganti pintu rumah sewa tak ganti2 lagi.. nak pasang tak reti.. duduk berlubang le penyewa..

    • akubiomed May 28, 2012 at 12:07 am

      Saya pasang pintu boleh tapi hendak buat tombol pintu tidak reti. :-)

  • akhiyy May 27, 2012 at 10:12 pm

    wahh..memang selalu buat DIY ke..memang jimat..

    • akubiomed May 27, 2012 at 10:13 pm

      Tahun lepas banyak juga dilaksanakan projek DIY ini.

      • suri May 31, 2012 at 9:24 pm

        harap tahun ini akan byk yg menyusul

  • donnyien May 27, 2012 at 9:26 pm

    Baguslah kalau pandai tukar sendiri, tak perlu upah orang buat, jimat kos. Don x boleh blah ngan Logo kat belakang baju bro tu hehe

    • akubiomed May 27, 2012 at 10:07 pm

      Ops..jangan marah yer bro Donny. :-)

  • azura May 27, 2012 at 9:07 pm

    rajin bro

    • akubiomed May 27, 2012 at 10:08 pm

      Bukan rajin tapi tanggungjawab. Kalau keadaan rumah panas tak akan hendak mendiamkan diri. Kesian kepada isteri dan anak-anak, rasanya ia adalah penyelesaian sementara yang terbaik setakat ini.

  • Mus May 27, 2012 at 7:31 pm

    Puas hati bila hasil kerja sempurna. Jimat belanja.
    Mus recently posted..Wajib Cuba, Nasi Ayam Sedap Beaufort ‘Saiz XXL’!My Profile

    • akubiomed May 27, 2012 at 10:09 pm

      Saya pastikan ia dilakukan seperti mana keadaan asal dan tiada skru yang berlebihan. :-)

    • suri May 31, 2012 at 10:02 pm

      hasil kerja tangan unik mesti gmbra

  • KiD May 27, 2012 at 7:04 pm

    waaaaahhh.. pandai bro bertukang yea..
    KiD recently posted..Masterchef Selebriti Malaysia 27 Mei 2012My Profile

    • akubiomed May 27, 2012 at 10:09 pm

      Insyallah boleh yang mana ringkas-ringkas boleh dilaksanakan. :-)

  • iza May 27, 2012 at 5:02 pm

    Assalam…
    Cuaca sekarang ni memang panas, elok la pasang nako tu..

  • pipoq May 27, 2012 at 2:58 pm

    tingkap nako yang boleh dibuka dua bahagian ni memang lebih mudah sebab kadang kadang tu kita cuma nak bukak sikit bagi angin masuk je..kalau nak dilepaskan langsir, sama macam tak bukak tingkap je..

    • akubiomed May 27, 2012 at 3:23 pm

      Betul bro. Rumah pula panas sebab itu terus tukar jenis bingkai tingkap cermin jenis ini.

    • hafizmd May 27, 2012 at 4:55 pm

      Setuju. Mmg lebih praktikal nako jenis ni. Bukan atas, tutup bawah.

      Bro AB, ni sape yg jadi jurugambar ni? =)
      hafizmd recently posted..Utusan Maharaja RomMy Profile

      • akubiomed May 27, 2012 at 5:59 pm

        Siapa lagi kalau bukan isteri sendiri. :-)

        • suri May 29, 2012 at 1:25 pm

          si dia mmg sporting