Projek hujung minggu mengecat rumah

Misi projek hujung minggu ini mengecat dinding rumah.

Projek hujung minggu kali ini adalah untuk mengecat dinding luar rumah. Sudah lama saya tidak mengecat rumah sendiri kali terakhir 3 lalu untuk ruang tamu dan dapur. Ide pemilihan cat semuanya adalah datang daripada isteri tercinta.

Cat dinding luar rumah.

dinding

Bahagian luar rumah kami ada sedikit renovasi yang dilakukan pada tahun 2007 dengan menaikkan dinding tepi dan berbumbung. Asal tujuan pembinaan adalah untuk ruang minum teh pada waktu petang dengan meletakkan meja dan kerusi. Entah kenapa ide tersebut tidak dilaksanakan menjadi tempat letak motor dan basikal anak-anak berteduh. :-)

tong cat

Aktiviti pertama adalah mengecat cat base coat yang biasanya warna putih supaya lapisan cat warna yang bakal digunakan lebih kemas dan rata hasilnya . Selain itu cat base coat dapat menutup kecacatan seperti contoh dinding rumah saya telah di sembur cat tin warna merah oleh anak-anak. :-)

Kalau zaman dahulu proses mengecat mengunakan berus jadi ia mengambil masa untuk siap proses mengecat. Sekarang ini kerja mengecat lebih mudah dan pantas dengan mengunakan roller hanya perlu gelek pada permukaan dinding. Kalau tidak ada pengalaman pun tidak ada masalah untuk mengunakan roller buat pertama kali.

roller stanley

Nasihat saya belilah roller yang berkualiti dan begitu juga roller refill. Pilihan saya ada jenama Stanley dan harga  roller bersama roller refill dibeli pada harga RM9. Mana kala pengantian roller refill boleh dibeli pada harga RM6. Kenapa saya berkata demikian adalah kerana mengunakan roller yang berkualiti memberikan kemasan rata cat pada dinding. Kerja mengecat pantas dan kurang mercik berbanding roller murah serta tidak berbulu.

akubiomed cat base coat pada dinding

Selepas mengunakan roller boleh direndam untuk membuang baki cat yang melekat dan dijemur kering untuk kegunaan masa hadapan. Tukar roller refill apabila sudah ada tanda-tanda kerosakkan.

*************

AkuBiomed: Tanniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya melangkah ke Final Sukan Olimpik London 2012 bagi menentukan pingat Perak atau Emas didalam acara persorangan badminton. Sekali lagi beliau bakal bertemu Super Dan daripada China. Kalau sebelum ini beliau telah ditewaskan oleh Super Dan di Olimpik Beijing 2008 dengan pingat Perak. Harapan saya kali ini Datuk Lee Chong Wei akan menghadiahkan emas Olimpik pertama untuk negara. Dengar Baskin Robbin akan menghadiahkan ais krim percuma kalau menang emas.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • lepakk.com September 25, 2012 at 9:56 am

    Terbaik!

  • azydy August 10, 2012 at 1:19 pm

    saya suruh orang yang catkan..tak pandaile..mesti bersepah
    azydy recently posted..Husna Zahry Rafie Tunang Uztaz DonMy Profile

  • Oh! budu August 9, 2012 at 6:30 pm

    dah nak dekat raya kan. hihi

  • cik tom August 9, 2012 at 1:27 am

    rajin betul bro tiap2 weekend ye..ada je projek nak buat bersama famili..bgs2

  • Fahmi Raazali August 8, 2012 at 11:30 pm

    Kali terakhir saya mengecat rumah ialah beberapa tahun yang lepas. Pakai bantai sahaja. Janji ada hasil yang memuaskan. :-)

  • Mekar August 8, 2012 at 12:37 pm

    Penat woo.. bila dpt mengecat umah ni. Haritu masa adik nak kawin, sya pun bantu juga cat2 rumah kat kampung. Puas hati tapi penat !
    Mekar recently posted..Jerebu oh Jerebu !My Profile

  • dzuandiey August 8, 2012 at 2:12 am

    alamak..meriah ni bab mengecat..haha…serius best.. :-)

  • Blog Asyraf August 7, 2012 at 4:40 pm

    Rumah saya cat putih ja..huhu
    Blog Asyraf recently posted..Anwar Ibrahim Selar Kenyataan Adun ManoharanMy Profile

  • Blog Asyraf August 7, 2012 at 4:39 pm

    Raya tahun ini kelihatan baru la rumah haha..
    Blog Asyraf recently posted..Anwar Ibrahim Selar Kenyataan Adun ManoharanMy Profile

  • Blog Asyraf August 7, 2012 at 4:38 pm

    Rajin bro bulan puasa ni..hehe..
    Blog Asyraf recently posted..Anwar Ibrahim Selar Kenyataan Adun ManoharanMy Profile

  • Myra Jay August 7, 2012 at 12:55 pm

    Rajinnnya mengecat ;)

    Bila tengok hasilnya nanti mesti rasa puas kan :D

  • samdaddycool August 7, 2012 at 1:42 am

    Uish, rajinnya cik abang…

  • Ummi Hanie August 6, 2012 at 10:02 am

    rajin sekali deko2 rumah… owh sayangnya projek asal belum menjadi, tak mengapa lepas ni menjadi insyaAllah…

    suami saya pun menggunakan roller utk mengecat dinding rumah. pantas dan mudah jadi kerjanya…

    • dzuandiey August 8, 2012 at 2:13 am

      kan best kalau ada kartun yang tenyeh2 badan tu..best tengok iklan tu..hahaha

  • nizamghazi August 6, 2012 at 9:41 am

    Sejarah hidup : Saya belum pernah mengecat rumah.
    Mungkin aktiviti ini dapat menghilangkan stress jika dihayati.

  • Mus August 6, 2012 at 8:12 am

    rumah sewa saya dindingnya dah jadi mangsa contengan anak-anak..
    memang kena cat baliklah nampaknya
    Mus recently posted..Singgah Di Gerai Jual Sayur Di Bundu Tuhan, KundasangMy Profile

    • dzuandiey August 8, 2012 at 2:14 am

      hahaha..mesti menarik kan?… :-)

  • Norasikin August 6, 2012 at 12:40 am

    Teringin sangat nak mengecat seluruh rumah. Rasa mcm dah buruk sangat dinding luar dan dalam. Anak asyik conteng je. Susah payah dulu cat pakai cat yg boleh di lap dan dibersihkan. Anak conteng, langsung tak boleh lap pun

  • Kulanzsalleh August 6, 2012 at 12:29 am

    bagus juga projek mengecat rumah ni.. boleh isi masa lapang hujung minggu..

  • adele August 5, 2012 at 8:35 pm

    sy pun nak mengecat juga minggu ni..huhu

  • puanbee August 5, 2012 at 6:01 pm

    Raya tak balik kampung ke ?

  • puanbee August 5, 2012 at 6:01 pm

    Terima kasih dapat backlink dr sini ..

  • Jebeng Otai™ August 5, 2012 at 4:51 pm

    kalo menang 8hb bro..dpt ais krim percuma..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Pemadam Api SAT119My Profile

  • KiD August 5, 2012 at 3:42 pm

    ahhaaaa… rumah berseri raya nanti
    KiD recently posted..Lesen Memandu Percuma Sebulan?My Profile

    • dzuandiey August 8, 2012 at 2:15 am

      bau cat baru kan..hehehe…

  • puteri August 5, 2012 at 2:55 pm

    nanti da siap cat post juga tau

    ohya,, Datuk LCW mintak maaf dia xdapat emas sebab kalau dapat emas dia kena dipeluk lemas! hahaa

  • errah August 5, 2012 at 2:18 pm

    tahun ni xmngecat la plak sbb br je cat taun lepas..nk raya2 ni rumah kene berseri skit kan..hehe

  • wanabe August 5, 2012 at 1:06 pm

    penat mengecat rumah time bulan puasa ni..memang mencabar kesabaran dan keteguhan iman..hehehe..

  • neu August 5, 2012 at 12:24 pm

    ni projek stahun sekali ni bro
    neu recently posted..75 Perkara Yang Aku Pelajari Dari BlogMy Profile

  • maza August 5, 2012 at 11:46 am

    maza tunggu budak2 rumah ini membesar sedikti lagi baru mahu mengecat keseluruhan rumah..

    Tempoh hari mengecat di bilik, sudah ada macam-macam lukisan abstrak melekat di dinding.. itu baru seminggu mengecat…. aderkkk!!!

  • gamep01nt August 5, 2012 at 10:16 am

    Peh brand Stanley tu beb! mahaiii

  • irsah August 5, 2012 at 8:42 am

    Wahh kalau roller dah branded (stanley) confirm cat pun branded gak… terbaikk

  • sweetkurma August 5, 2012 at 7:14 am

    wahhhh sama lah projek hari minggu kita, cuma akak suruh contractor buat lah sebab akak mana lah larat kan huhu

  • Abe Mirul August 5, 2012 at 6:56 am

    Wah! Pasti berseri-seri rumah lepas ni…jiran2 pasti jeles dengan dinding rumah akubiomed yg segar dan baru. Menyerikan lagi hari raya. Hehe. Semoga cepat siap. :)

  • yas August 5, 2012 at 6:36 am

    Ni mesti projek utk raya nih…betoi x bro…he3x!!!
    yas recently posted..Olimpik London 2012My Profile

    • akubiomed August 5, 2012 at 3:40 pm

      Nak kata cat semata-mata kerana Raya tak juga. Cuma tepat pada masanya.

  • titan August 5, 2012 at 6:00 am

    aku tak nak askem. aku nak emas.
    titan recently posted..Peneraju Revolusi SEO Merah JambuMy Profile

    • akubiomed August 5, 2012 at 3:39 pm

      Emas 1 juta dengan duit RM5k tiap-tiap bulan lumayan.

    • KiD August 5, 2012 at 4:10 pm

      aku nak emas dan aiskrim.. hehehehe
      KiD recently posted..Pre-Shopping RayaMy Profile

  • Man August 5, 2012 at 5:52 am

    wah. berseri-seri rumah sempena raya nanti ni.

    • akubiomed August 5, 2012 at 3:37 pm

      Sudah tentu dari luar rumah akan bling-bling. :-)

  • pipoq August 5, 2012 at 5:43 am

    jenama cat pun main peranan penting jugak kalo nak cantik hasilnya..

    • akubiomed August 5, 2012 at 9:01 am

      Tak dinafikan jenama cat pun boleh memainkan peranan.

  • Dulu Lain Sekarang Lain August 5, 2012 at 4:45 am

    Boleh tahan lah bo.. Kawe tak larat dah buat keje2 mcm nie he he :D

    • akubiomed August 5, 2012 at 9:00 am

      Memang penat mengecat waktu bulan puasa dengan cuaca panas. Beberapa kali telan air liur tekak kering.

  • Denaihati August 5, 2012 at 4:25 am

    masing2 sibuk mengecat untuk hari raya, pbee pun nampaknya sibuk mengecat juga. ada anak2 kecik hasil seni anak2 kat dinding memang mengkagumkan…heee

    • akubiomed August 5, 2012 at 8:59 am

      Perasan juga ada ukiran bunga ros agaknya pada dinding rumah Puan Bee.

  • Sop August 5, 2012 at 2:47 am

    mengecat? sedia utk raya ker bro? heheh
    kalau Sop mengecat, anak2 selalu menolong.. excited dorang..:)
    Sop recently posted..Blog Review: TehaaNFM [blogspot]My Profile

    • akubiomed August 5, 2012 at 8:57 am

      Kalau nak kata cat untuk Raya pun boleh sekali kerana dinding telah disembur cat merah oleh anak-anak tinggalkan kesan tompokan.

  • nurmisnan August 5, 2012 at 1:54 am

    Suka mengecat rumah.. nampak cantik dan baru..
    love d fresh colours..

    Yup.. Baskin Robins akan bg free sekerim selama 2 jam =8pm – 10pm
    tak sanggup den nak beratur panjang.. hik3..
    nurmisnan recently posted..Full moon ramadhan + anak saudara baruMy Profile

    • akubiomed August 5, 2012 at 8:55 am

      Aduhai dibuka 2 jam sahaja tentu ramai yang perlu beratur untuk mendapatkan ais krim.

  • padin August 5, 2012 at 1:23 am

    wahh jangan lupa letakkan hasil rumah yang di cat nanti :D

    • akubiomed August 5, 2012 at 8:53 am

      Nak tujukkan hasil seganlah pula sebab cat dinding luar rumah sahaja.

  • hatiputera August 5, 2012 at 1:18 am

    nak raya nie memang ramai sibuk mengecat rumah.
    hatiputera recently posted..Blog Review di blog sop.name.myMy Profile

    • akubiomed August 5, 2012 at 8:52 am

      Biasalah Raya semakin hampir ramai mahukan rumah mereka berseri-seri.

Trackbacks
  • projek mengecat dan lanskap | sweetkurma August 7, 2012 at 12:33 pm

    [...] janji pulak dengan puanbee dan akubiomed, projek mengecat rumah cuma akak tambah satu lagi projek iaitu buat lanskap dengan tambah pepohon [...]